As published in Value Relevance of Accounting Numbers (2005)
Muhd Kamil Ibrahim was born on May 19, 1964 at Kampong Bintang, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi MARA has conferred him a Professorship in Accounting at the age of 39. He completed his primary education in five years, instead of six; as best student. Subsequently, he was offered to go to three elite residential school; Sekolah Menengah Sains Terengganu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh and Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bharu.
He chose the latest because he was amazed with the uniqueness of its Minangkabau roof! Furthermore, MRSM does not practice school uniform; that made his life easier. In MRSM, he was elected as the committee member of Students’ Union (JPP) and hostel captain. He active in sports and had won the best debater title for the whole MRSM.
He received his Diploma and Bacc (Hons) from Universiti Teknologi MARA, his Macc degree from the University of Dundee, Scotland, and PhD from University of Wales, Bangor. He completed his Diploma as a group best student, and second best student for his first degree. His Masters’degree was completed one month ahead the schedule and his PhD was within 32 months, such a record for the Faculty of Accountancy.
He is also an associate member of Malaysian Institute of Accountants (MIA) and an academic member of Association of International Accountants (AIA).
He has been with UiTM since 1988. He had serviced UiTM Sarawak, Johor and Shah Alam. His main job scope is lecturing, but he had, so far, hold 11 academic administrator posts in his 17 years service in UiTM. Previously - among others - he was the Head of Education Development Center, Deputy Director (Academic Affairs), UiTM Johor, Program Head for Diploma in Accountancy, Head of Center for Continuing Education, Dean of Faculty of Sports Science and Recreation and special officer to Vice-Chancellor.
Muhd Kamil is also a prolific, talented and multidiscipline writer. His articles and writings cover motivational, accounting, environment and various current issues has totaled to more than 400. They have been published in mainstream media like Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Ekonomi, Dataniaga, Massa and Dewan Masyarakat. He was also a guest writer for Utusan Sarawak and Dataniaga and became the main contributor to Dewan Ekonomi from 1994-1996. He has written books specifically for students and youths such as Motivasi Minda Pelajar (1995), Kecemerlangan Remaja (1996) and Pelajar Cemerlang (1996).
Besides that, he also wrote Gelagat Pengurus Korporat (1996). His book: Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti was launched by the DYMM Sultan Selangor in December 2003. Then, he launched a book titled Financial Reporting in Malaysia: Some Empirical Evidence in June 2004. His most recent books include PhD kecil tapi signifikan and Value-Relevance of Accounting Numbers in Malaysia. He is the inaugural recipient of the “The Best Academic and Creative Writing”; award from his faculty and The Best Overall Writer (Single) from Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),
Muhd Kamil is also the founder and Head of the UiTM-ACCA Financial Reporting Research Centre (UiTM-ACCA FRRC). Through this center, he has done more than 25 researches in his specialized area for the past five years. His research articles appear in journals, including Asian Accounting Review, Malaysian Accounting Review, Capital Market Review, National Journal of Accounting Research, Journal of Accounting-Business Management and Malaysian Journal of Distance Education. One of his research article was published as a chapter in Contemporary Studies in Economic and Financial Analysis, 86.
Professor Muhd Kamil’s research explores accounting issues concerning financial reporting, value-relevance of accounting numbers, fair value of accounting, re-engineering of income, corporate governance, accounting for goodwill and accounting education. His research Role of Accoun
Alhamdullilah syukur, berjaya habiskan membaca buku yang pertama untuk tahun 2014. Tuan2 dan Puan2 mesti baca buku ini. Penuh dengan kisah yang boleh memuhasabahkan diri sendiri dan semua pembaca.
Saya membaca dengan penuh perasaan. Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman masih memberi kesan kepada saya. Saya semakin menginsafi dan mengakui kebesaran Allah. Dialah yang Maha Agung. Saya lebih menginsafi hanya Dia yang layak memberi taufik dan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Lihatlah kepada penulis ini. Bukan mudah menulis sesuatu tentang diri sendiri yang banyak kekurangan dan bukan perkara yang mudah mengakui kesilapan lalu untuk ditulis kepada tatapan umum. Sedangkan untuk berkata dengan lisan untuk mengakui kesilapan kita pun sendiri maklum akan kesusahannya!.
Kesungguhan Prof berdakwah kepada diri sendiri membuatkan diri merenung kembali apa yang telah saya lakukan untuk mencari keredaan Allah. Masya Allah, banyak sungguh kelemahan dan kekurangan jika ingin disenaraikan. Walaupun Prof hanya bercakap mengenai perkara-perkara yang 'asas' tetapi bahasanya bersahaja, mudah difahami, dan yang paling penting kata-kata ini datang dari lubuk hati yang ikhlas dan saya selaku pembaca dapat merasai apa yang ingin disampaikan.
Penekanan beliau terhadap kepentingan solat berjemaah terutama di masjid, konsep berdoa (berdoalah selagi boleh!), solat sunat dhuha, puasa sunat Isnin dan Khamis dan beberapa perkara lagi merangkumi pengalamannya semasa bekerja dan berdakwah kepada rakan-rakan 'sepermainan' golf, kepada pemandu-pemandu di UiTM Johor dan lain-lain sangat bermakna.
Malah, saya tersentak dengan kisah 'Imam Terawih'. Aduhai.. hal ini turut mengajar saya supaya "don't judge a book by its cover". Saya juga sebenarnya berpandangan seperti Prof dan hal ini menyebabkan saya selalu rendah diri apabila bertemu dengan rakan-rakan dari lulusan agama kerana saya menghormati ilmu yang mereka miliki dan kelebihan mereka dapat mempelajari ilmu agama ke peringkat yang lebih tinggi dalam usia yang muda.
Sesungguhnya manusia itu lemah tetapi insya Allah ada kelebihan yang Allah jadikan dalam diri setiap manusia itu. Jika tidak mengapa manusia dilantik oleh Allah menjadi khalifah di bumi? Malah Allah telah mengatakan bahawa manusia ini dijadikan dengan sebaik-baik kejadian (Surah at-Tin ayat 4). Terpulang kepada manusia untuk menjadi hamba ALLAH yang taat atau menjadi sebaliknya. Allah telah memberi pilihan kepada manusia dengan menjadikan syurga dan neraka. Maka, pertimbangan yang dilakukan dibuat dengan menggunakan AKAL. Tepuk dada, tanya iman. Wallahualam.
Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar. Semoga usaha Prof diberkati dan berjaya memberi barakah yang sama kepada semua pembaca. Saya ucapkan jazaakallah dan mabruk atas penulisan buku ini kerana lebih membuka mata dan hati saya seterusnya memberi motivasi untuk istiqamah melakukan yang terbaik. Insya Allah.
There are 32 chapters that are short and simple yet very captivating the interest to keep on reading. There's a lot of lessons that can be learned from this man's journey. It's not just about his post-Haj experiences and his success in 'khatam' Al-Quran, but the appreciation of every word he read and the enjoyment and satisfaction he felt from his journey of transformation. With easy and simple language, his words and messages are easy to churn and digest. And touching too. One of the messages that he keeps repeating is the power of doa. Read it to know about it. Believe me, there's a lot more good things in this book than all that I can write about it here.
Buku ni saya sempat baca habis dalam bas yang perjalanannya 5 jam. Penulisnya ialah seorang Professor yang menceritakan bagaimana ia berusaha berdakwah terus-menerus tanpa mengira lelah kepada orang sekelilingnya setelah ia mendapat pencerahan iman semasa menunaikan Haji di Mekah pada 2006. Professor ini menceritakan bagaimana dulu ia berubah dari orang yang tidak tahu baca Al-Qu'ran, solat paling minimum, menjauhi majlis ilmu, berjudi di padang Golf, dsb hingga menjadi orang yang berkobar-kobar ingin menjadi paling dekat dengan Allah. Dapat rasakan keikhlasan penulis ni untuk mengajak pembacanya supaya belajar mencintai Allah dengan sepenuh hati...
Penulisan yg sentiasa membuka minda, menyentuh hati dan terasa keikhlasannya. Seriously, I can't get enough from reading his and his wife's books. This time, he wrote about his journey in trying to "dakwah" for himself and the people around him after his 'hijrah'. His enthusiasm and low profile personality, trying to be the best of Rasulullah's ummah after being 'jahil' for almost 40years..had brought up, motivates and inspires me during my whole read..and wish I could have his strengths to keep pushing forward.
Sesuai dibaca bagi setiap individu yang bercita-cita menjadi daie dalam masyarakat. Kadangkala, sesuatu yang kecil dan mustahil itulah yang membuka jalan kepada kemanisan berdakwah dan beribadah
Buku yang sangat bagus untuk memandu diri kita kembali mengingati Pencipta. Pengalaman-pengalaman hidup yang dikongsikan walaupun nampak seperti satu kelemahan namun penulis berani mengakuinya untuk menjadikannya sebagai satu titik permulaan untuk memulakan penghijrahan dan sudi berkongsi dengan pembaca.
Beruntunglah bagi mereka yang diberi kekuatan berdakwah kepada orang lain. Pembaca sangat tertarik terhadap usaha dakwah yang dilaksanakan penulis kepada khalayak yang terhampir dan dakwah terhadap diri sendiri. Terpanggil rasanya untuk melaksanakan. Terutama perkara solat berjemaah yang disentuh penulis pada bab 7 hingga 11. Begitu juga pengamalan membaca al-Quran dan membudayakan membaca tafsir al-Quran supaya lebih faham apa yang dibaca. Selain itu penulis juga memberi cara perlaksanaan iktikaf di masjid pada bulan Ramadan. Pengalaman beliau beriktikaf di Masjidil Haram diteruskan di Malaysia. Pembaca dapat ilmu yang baharu. Begitu juga dengan ibadat-ibadat lainnya seperti solat Dhuha,berpesan-pesan kepada kebenaran dan kebaikan, menasihati, qiamullail, mengingati mati adalah perkara rutin yang sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan muslimah. Nampaknya ia semakin pudar sama ada di kalangan masyarakat biasa, tidak terkecuali orang berilmu. Perkara ini juga dientuh penulis dalam bab 15: Imam Terawih.
Buku ini sangat seuai dibaca untuk menyuntik dan mentajdid iman di akhir zaman ini.
Buku kedua tulisan Prof.Muhd Kamil Ibrahim. Membacanya membuatkan jiwa bergetar, keagunganNya di rasakan semakin dekat. Beberapa catitan yang dari bisikan hati penulis amat menarik, di sertai dengan teguran lembut untuk pembaca lebih memahami erti kehidupan.
buku ni bgus utk membantu kita bermuhasabah diri, dgn ayat yang ringkas dan mudah difahami, serta cenderung menggalakkan kita bersyukur ke hadrat ILLAHI serta mengajar kita bhwa setiap yg berlaku ada hikmahnya serta ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNYA.
Ya Allah kau ampunilah daku. Sesungguhnya aku lalai dan tidak upaya.malah,aku insan yang lemah.Kuatkan semangatku,berikanlah kekuatan untuk aku beramal ibadat kepadamu.Permudahkanlah ya Allah.Permudahkanlah ya Allah.
Membaca buku ini boleh mengalirkan air mata tanpa disedari. Sungguh terkesan pengalaman hidup seorang lelaki yang hidup lebih 40 tahun namun begitu leka. Tak tahu nak kata. Buku ini BEST!
ok lar isinya...ada satu part yg ak tertarik dimana dia bersungguh2 melawan nafsu bermain golf...anyway buku nie dah mcm diari prof kamil..tp pembawakan ceritanya bleh memberi kesedaran bertuhan..
alhamdulillah dapat habiskan bacaan buku penuh nasihat. iman kita adakalanya tinggi adakalanya alpa dibuai mainan dunia. bacaam ini mencetuskan keinginan memperbaiki hubungan kita dengan Allah!