Tiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit di masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatannya gara-gara trauma yang memberi impak pada dirinya. Lantaran itu, Tihani sering terasa hidupnya bagai kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan. Tihani cuba meleraikan segala kemusykilan yang ada kala mengasak fikiran, tetapi usahanya sia-sia bila dia langsung tidak menemui sebarang jawapan.
Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar diiringi kata-kata herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus merasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi.
Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora.
“Aku tak boleh janji akan bagi kehidupan yang mewah tapi aku akan cuba jadi lelaki terbaik dan berusaha untuk bahagiakan orang yang aku sayang. Itu janji aku!” – Jihad Amjad.
Tanpa langsung mereka menduga, di sebalik pertemuan itu rupa-rupanya terdapat kisah yang bakal terungkai.
“Jihad, kalau awak nak saya ceritakan semula apa yang berlaku waktu tu... saya boleh cuba ceritakan sebab sekarang saya dah ingat.” – Ainul Tihani.
Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna muncul dengan novel pertamanya berjudul BICARA HATI.
Beliau bernasib baik kerana novel ini meletup di pasaran. Novel pertama yang mendapat sambutan jarang-jarang terjadi kepada seseorang penulis. Nampaknya, nasib menyebelahinya. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna terus menulis hingga kini. Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai. Insya-ALLAH.
Karya-karya Damya Hanna (setakat ini); 1. Bicara Hati (6 Mac 2003) 2. Sepi Tanpa Cinta (22 Jul 2004) 3. Saat Cinta Bersemi (20 Jun 2005) 4. Rela Ku Menanti (4 Mei 2006) 5. Senafas Rindu (30 Apr 2007) 6. Ternyata Cinta (5 Apr 2008) 7. Ilham Hati (15 Jun 2009) 8. Ingin Berkasih Lagi (20 Mac 2012) .
Untuk novel Sekilas Kenangan ini, apa yang dapat saya simpulkan, ianya lebih baik berbanding karya penulis yang terbit sebelum ini. Bermaksud, sentuhan penulis kembali menyengat melalui novel Sekilas Kenangan ini.
Berkisar mengenai Hani, seorang gadis yang pada mulanya berprasangka buruk terhadap Jihad, jiran sebelah rumahnya, sehingga sanggup memecah masuk rumah si jejaka demi mencari 'kebenaran'. Namun, lain pula yang jadi. Bermula dari prasangka membawa mereka mengenal hati budi masing-masing. Sehinggalah, peristiwa tidak terduga terjadi kepada Hani. Jihad jadi lelah sendiri. Apakah kesudahan kisah mereka?
Saya sangat suka dengan novel kali ini kerana gerak cerita tidak hanya tertumpu kepada elemen cinta dan kekeluargaan semata tetapi juga penulis terapkan elemen saspen yang bagi saya berjaya membuatkan saya terus fokus pada novel. Perjalanan cerita yang tersusun dan kesalahan ejaan yang minima (memandangkan saya tidak jumpa kesalahan yang terlalu jelas) membuatkan naskhah Sekilas Kenangan ini antara karya yang bagus dihasilkan penulis. Tahniah Damya Hanna!
Ini adalah novel ke-13 kak Damya dan novel ke 9 yg baca hasil tulisan beliau .
Kali ini, kak Damya membawa kelainan dalam penulisan beliau. Dimana tidak tertumpu pd genre cinta dan kekeluargaan semata. Tapi melibatkan genre aksi,misteri dan penyiasatan. Walaupon masih baru dlm genre ini, kulihat kak Damya mampu blend jalan cerita ini menjdi sgt menarik. Hinggakan aku tak mmpu utk letak novel ini. Plus cover dia sgt menarik hati aku .
Ainul Tihani, kelincahan dirinya menyebabkan org xpernah tahu bahawa dia mengalami satu tragedi hitam 12 tahun lalu. Hinggakan dia mengalami PTSD. Kehadiran kakaknya, Bariah yg sering menemani dirinya hingga sanggup mengorbankan cinta sendiri. Sejak akhir2 ini, Tihani mengalami mimpi pelik pabila hadirnya seorang kanak2 bernama Jannah. Siapakah Jannah? Apakah petunjuk yg Jannah cuba sampaikan pd Tihani? .
Jihad Amjad. Seorang pegawai penyiasatan. Dek kerana salah faham, dia mula berkawan dgn Tihani merangkap jirannya. Jihad, berperwatakan agak kasar. Mungkin kerana kerjayanya. Dek kerana apa yg pernah berlaku padanya dulu dia bersikap beku. Ditambah lg dgn pengkhianatan yg dilakukan kawan baiknya sendiri, Ehsan .
Aku suka dengan perhubungan antara Tihani dan Jihad. Nampak sangat sweet dan menjdikn mereka satu pasangan yg sangat cocok. Dalam tanpa sedar sebenarnya masing2 mempunyai sejarah hitam dalam hidup mereka. Apakah yg telah mereka alami? .
Aku sangat rekomenkan korang untuk baca novel ni. Terutama mereka yg sukakan genre penyiasatan ditambah dgn aksi. Tapi korang jgnla expect utk cerita ni banyak bahagian aksinya. Percubaan yg sangat mantap drpd kak Damya. Bagi aku balance antara genre aksi dan cinta .
Aku dari awal baca, dalam fikiran aku tertanya2 apa yg dah berlaku pd Tihani. Menyebabkan aku sukar nk letak novel ni sbb penasaran nak tau jawapannya 😆
Sekilas Kenangan merupakan novel ke-13 dari Damya Hanna. Pada aku, novel kali ini sedikit berbeza dengan novel-novel yang lepas. Dari segi genre, plot & karakter, aku temukan percubaan baru dari penulis.
Walaupun tema yang disentuh masih lagi berkaitan percintaan, kekeluargaan & persahabatan, namun plot kali ini lebih bersifat 'episodic'.Siapa yang belum pernah baca novel yang bergenre aksi-penyiasatan ini, tapi nak cuba, aku suggest untuk baca Sekilas Kenangan, supaya korang prepare, cerita kali ini bukan cerita cinta secara 'direct' & tapi cerita yang menimbulkan sedikit tanda tanya dengan kehadiran insiden yang menyebabkan kedua-duanya terpaksa mengimbau kenangan lepas.
Aku boleh cakap, aku enjoy baca kisah Tihani yang lepas laku & gelabah tapi prihatin dan juga, karakter Jihad yang agak 'keras' atau 'manly', mungkin disebabkan tuntutan kerjaya. Kedua-dua watak ini seimbang, cuma aku tak pasti kenapa aku lebih tertarik untuk raikan watak Bariah. Seorang kakak yang sanggup berkorban untuk adiknya, Tihani. Aku tak tahu la kenapa, tapi aku sangat terkesan dengan watak Baria beberapa scene yang menyentuh perwatakan Bariah yang buat aku reflect sebagai seorang kakak.
Hopefully, akan ada cerita tentang Bariah pula lepas ni! haha Tahniah untuk Damya Hanna kerana dah menerbitkan novel yang ke 13! wuhuu. Semoga terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti.
Secara jujurnya, kisah dalam ni mungkin mudah ditebak. Jadi sangat recommend untuk mereka yang baru nak berjinak dengan novel yang berkait dengan elemen misteri. Mungkin juga sebelum saya membaca buku ni, ada menonton Kdrama, Link:Eat, Love, Kill yang jalan ceritanya hampir sama. Bukan nak kata tiru memandangkan buku ini diterbitkan dahulu dan Kdramanya baru keluar tahun ini.
Kisah Tihani yang lupa ingatan memandangkan dia mengalami PTSD pada 12 tahun lalu. Trauma yang terjadi disebabkan dia menjadi saksi ayahnya meninggal dahulu. Ingatkan ayahnya yang merupakan pemandu lori yang bawa kanak-kanak yang diculik ni meninggal sebab lori yang jatuh gaung tu. Rupa-rupanya tak.
Tetapi selepas bertemu Jihad, memori yang dia lupa tu mula muncul kembali. Jadi dari situ juga nama ayah Tihani dapat dibersihkan di mata keluarga mereka dan penjahatnya juga diberkas.
Apa-apapun, penulisan penulis memang best dibaca dari dulu sampai sekarang. Tahniah dan terima kasih atas usaha penulis dalam menerbitkan kisah ini😊
Baca novel ini, rasa macam mengimbau kenangan lama curi-curi baca novel masa kat dalam kelas sekolah menengah dulu! 🤭
Cerita ni memang terbaik! Cinta sekadar 30%, itu pun cinta comel-comel macam perasaan suka budak-budak. Gaduh sana gaduh sini, tapi dalam hati ada bunga tengah mekar, rama-rama terbang berwarna-warni. 🥰
Jihad dan Tihani, berjumpa sebagai jiran di Apartment Baiduri Alam. Seronok baca cerita ni sebab berkisah sekitar Shah Alam, tempat kami bermukim sekarang, macam teruja pulak baca tempat-tempat setiap situasi. Terasa macam tengah berada di tempat tu sekali.
Buruk sangka seorang Tihani ni memang tak boleh bawa bincang. Ada ke si polis detektif Jihad dianggap sebagai penjenayah sebab berkelakuan mencurigakan, suka keluar malam dan sentiasa berpakaian serba hitam? Memang kelakar! Dah lama tak baca novel macam ni yang mudah, dan bahasa pun berbunga-bunga.
Tihani pernah terlibat dalam satu peristiwa hitam masa dia kecil dulu. Rupanya kes ini ada kaitan dengan kehidupan Jihad yang berubah 360 darjah selepas peristiwa yang sama!
Paling terkesan dengan sentimen kekeluargaan terutamanya antara kakak Tihani, Bariah dan Tihani yang sangat rapat dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Bariah sanggup ketepikan perkahwinan dia semata-mata untuk menjaga adiknya sehingga adiknya selamat bersama orang yang boleh diharapkan untuk menjaganya dengan baik. Bertuah Tihani.
Jadi, apa sebenarnya peristiwa hitam tu? Siapa si Munirah pula yang berlakon sebagai kawan yang baik tapi kemudiannya berkomplot menculik Tihani bagi balas dendam? Pastikan anda baca, memang tak menyesal!🌸
* nak letgo novel ni RM10 include postage.. berminat bolehla PM
Ainul & Jihad..chemistry antara mereka sangat-sangat kuat . Tak sangka pulak mereka berdua berkait rupanya. satu karya DH yang lain daripada yang lain tidak seperti karyanya yang sebelum ini . Teruskan berkarya dengan genre sebegini wahai penulis kerana anda sememangnya berbakat DH. Tahniaj
Dah lama tak baca buku dari author nie. Rindu nak baca buku2 penulis otai nie…💖❤️💛 • Rating: 🌟🌟🌟🌟.3 • Seorang wanita cuba menyiasat siapa sebenarnya jiran dia. Kerana perwatakan jirannya sangatlah mencurigakan. Keluar waktu odd hours, pakai serba hitam, berambut panjang. Dalam dok menyiasat tue, memori yang cuba dipadamkan dalam ingatan wanita tersebut, mula muncul, sedikit demi sedikit. Kenapa? Kenapa wanita tersebut cuba melupakan memori itu? Apa kaitan memori itu dengan wanita itu dan jirannya? Of course, kalau nak tahu, kena lah baca buku nie…😁 • ML - Jihad Amjad / Jihad / Ad Seorang detektif. Tinggal berjiran dengan FL. Jenis yang direct and tak suka simpan2 dalam hati. Watak ML nie tersangatlah hijau…🌳🌲☘️🍀🌵 • “𝑯𝒂𝒏𝒊, 𝒂𝒌𝒖 𝒏𝒊 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒅𝒂 𝒓𝒖𝒑𝒂 𝒑𝒂𝒓𝒂𝒔. 𝑨𝒌𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒎𝒃𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒌𝒂𝒚𝒂. 𝑨𝒌𝒖 𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒌 𝒅𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒈. 𝑨𝒌𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒌𝒆𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒘𝒂𝒉, 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒂𝒌𝒖 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒄𝒖𝒃𝒂 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒍𝒆𝒍𝒂𝒌𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒖 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈. 𝑰𝒕𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒂𝒌𝒖.” 𝑱𝒊𝒉𝒂𝒅 𝒕𝒐 𝑻𝒊𝒉𝒂𝒏𝒊. • And just like, ML bukan setakat curi hati FL. Dengan kita2 sekali terus tergolek, terus cair bagai…🫠🥰😘 • FL - Ainul Tihani / Tihani / Hani Bekerja sebagai personal shopper. Tinggal bersama kakaknya, Bariah. Seorang yang agak degil dan keras kepala. • Kita suka sangat cara pertemuan ML & FL. The first 70+ pages of the book, memang kelakar…🤣 The banter between ML & FL, memang buatkan kita tersengih2. Watak ML & FL nie matang. Tapi, bila mereka ada dekat2, dah jadi macam budak2 dan awkward. Itu yang buatkan mereka berdua nie agak special. Kita jadi seronok baca kisah mereka berdua…😍🥰 Bagi kita, watak mereka berdua nie langsung tak annoying…😘 • The way author menulis cara mereka jatuh cinta nie, memang boleh buat kita blushing waktu baca buku nie. Suka sangat the way ML suka pandang FL, lepas tue senyum2 jer sebab terhibur dengan perangai FL…🥰 • Kita suka sangat the way author tak rush into things. Author pandai membuatkan kita tertanya2, apa yang sebenarnya berlaku pada FL. Dan apa kaitannya dengan ML? Scene FL diculik, scene FL cuba ingat balik apa yang berlaku pada dirinya, semua tue, author tulis dan sampaikan dengan teratur. Tak terburu2. Kita suka sangat…😍 • Kita suka banyak watak dalam buku nie. Watak Bariah & Ehsan, watak Munirah dan watak Jannah (sedih kalau teringatkan Jannah nie…😭). Kita suka kematangan watak FL apabila watak ala2 penyondol, datang jumpa FL. Cara dia handle, tenang jer. Takder aksi tarik rambut bagai…😂 • Elemen thriller yang cuba disampaikan dalam buku nie, walaupun tak banyak, tapi bagi kita, ia cukup. Part ML datang selamatkan FL, agak mendebarkan juga, bagi kita. Memang terus nampak betapa jantannya ML nie…😍 • Penulisan author nie, memang sedap. Penulisan author nie lah yang membuatkan kita jatuh cinta dengan novel Melayu, berbelas tahun dahulu. Plot cerita yang simple, pace yang sedang elok, ayat yang sedap dibaca, kesalahan ejaan zero (apa yang kita nampak, memang takder kesalahan ejaan), ada satu grammar mistake, membuatkan pembacaan buku ini, is a pleasure to me…😍🥰 Even the font and susunan perenggan pun kita suka. Memang nampak berkualiti sangat karya author nie…👍🏻👏🏻 • Kita nak komen juga tentang buku nie, secara fizikal. Kita suka sangat how floppy this book is. Kepak lah macam mana pun, spine buku nie tak patah…😁 And, kertas yang digunakan. Nipis. Walaupun buku nie dalam 400++ ms, tapi buku nie nampak nipis jer. Memang jimat ruang kat rak buku…😂🤩 • Apa2 pun, kita nak mula balik baca buku2 author nie. Rindu sangat dengan penulisan author nie. To author, semoga author dapat menulis sesuatu yang baru. All the best, author…👍🏻👏🏻
kisah Tihani dan Jihad, takdir mereka sudah terjalin lama.
Tihani. gasi yang clumsy dan periang. kerana satu kejadian yang berlaku Hani mengalami PTSD, kisah lama yang membuatkan Hani lupa kenangan ketika dia kecil. Hani dan kakak nya Bariah berhijrah ke bandar utk memulakan kehidupan yang baru.
Jihat. Manly and Cold Ice. lelaki yang membawa diri dari kampung kerana ibunya yang telah buang jauh kerasa satu kesalahan. dan tiba Jihat utk kecapi bahagia Ehsan sahabat Jihad mengkhianati nya. lelaki yang pendiam dan hanya hiudp sendirian. kerana salah paham Hani dan Jihad dipertemukan dibalai polis. salah paham Hani terhadap Jihad yang membuatkan mereka kerap bertemu.
dalam mereka beruda mengecapi bahagia Hani tiba-tiba diduga satu mimpi yang pelik. Hani merasakan ada sesuatu yang sering menggangunya dan dia seperti diperhatikan. Hani dan Jihad sama-sama merungkai kisah silam yang terpendam dan cebisan Kenagan Hani yang lama hilang.
- Hani dan jIhad memang saling melengkapi... hai yang degil Jihad yang keras memang sangat seusai 2 orang ni.
-i love this story. ada element misteri, thirller and action. kenalah juga dengan pekerjaan Jihad.
-apa pun cerita yang sesuai utk yang baru nak baca buku ni and well this story boleh predict this kind of story but i love it suits my taste as a well.
- spread awarsness about mental health and move on from your past life story.
Sekilas Kenangan ialah sebuah novel karya Damya Hanna yang mengetengahkan kisah cinta dan pengorbanan dengan elemen drama yang penuh emosi. Jalan ceritanya menarik dengan latar yang sarat dengan konflik keluarga, persahabatan, dan perasaan yang terpendam.
Kisah ini berkisar tentang perjuangan watak utama untuk mencari kebahagiaan, meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Penulisan Damya Hanna cukup menyentuh hati, dengan penggunaan bahasa yang indah dan dialog yang mendalam, menjadikan pembaca benar-benar terasa dekat dengan watak-wataknya.
Walaupun terdapat beberapa babak yang agak klise dalam genre romantik, kelebihan buku ini terletak pada penceritaan yang mampu menggugah emosi pembaca. Watak-wataknya juga dikembangkan dengan baik, menambah daya tarikan kepada cerita.
Buku ini sesuai untuk peminat novel cinta yang gemar dengan naratif penuh emosi dan mesej tentang kekuatan menghadapi dugaan hidup.
Sebuah bacaan yang menyentuh jiwa dan penuh dengan emosi.
saya tidak pernah 'miss' mana-mana buku tulisan Damya Hanna,memang penulis novel kegemaran saya yang tidak pernah gagal memberi yang terbaik kepada pembaca.Kali ini diselitkan dengan aksi dan kes-kes pemerdagangan manusia yang sangat relevan dengan abad ini.Semoga kita semua dihindari dari terjebak dengan kancah jenayah berat sebegini
Bila baca buku ni, macam terlalu cepat dari 1 scene to another. Tak terlalu mystery sbb mcm boleh agak apa akan jadi next part. Tiba2 couple syok kalau panjangkan lgi scene. Overall okay