Diva ; Gadis yang menjadi ‘everyone’s favourite’ di tempat kerja. Jenis yang tak payah ‘trying hard’ untuk meraih perhatian.
Dani ; Anak bos yang mengambil alih syarikat abah sementara abah bercuti panjang. Tipikal bos yang dibenci sebab selain muka handsome, tak ada yang menarik tentang Dani.
Awalnya tak ada yang manis dalam kisah mereka berdua. Hanya setakat hubungan seorang majikan dan pekerja.
“Malaysian bosses have no right to WhatsApp staff after working hours. Highlight yang sangat interesting, sebab tu saya tanya awak ada baca ke tak because it reminds me of you.” - Dani
“Bos, itu saya dah lama tahu. That is why I didn’t have any intention to reply your message after working hours.” - Diva
Tapi betullah apa yang Dani dengar sebelum ini, memang Diva jenis yang menarik hati semua orang termasuk dia.
“You annoy me more than I ever thought. But I want to spend every irritating moments with you.” - Dani
Ingin memiliki Diva dan ingin menjadi yang terbaik untuk Diva. Itulah nekad Dani. Tapi… boleh ke?
aduhai diva, comelnya anda. walaupun terpaksa hadap dani yang punya seribu satu macam perangai, tapi anda tetap dalam kelas yang tersendiri. salute!
suka watak ini. berani, tak banyak songeh, sempoi tapi sangat rajin dan bertanggungjawab. plus jadi diri sendiri dan tak bermuka-muka. no, means no. tak ada dolak dalik. mulut asyik menyampah dengan bos mudanya itu tapi tugas tetap dilakukan dengan cemerlang.
setuju dengan penceritaan puan doktor Emy Roberto. cinta bukan gula semata-mata. yang menjengkelkan itu pun adakala mampu menerbitkan rasa cinta tak terduga. yalah, dah asyik itu dihadap. dan bila dani selalu melindung dia dari siti, pun boleh buat diva rasa selamat. watak siti ni sikit je menyelit dalam babak tapi impak dia beri, fuh! ngeri juga.
Nice short love story…about diva ni and nama die pon literally diva.. typikal boss and pekerja meet and biasa la..si diva ni asyik kene usik je dgn boss die…ade benda die suruh diva buat..diva lak jenis melawan… cute couple la.. Nice story..
Yeahhh. lelaki yang dulu dibencinya kini menjadi lelaki yang paling dia cintai. Itulah Diva dan juga Dani. Dani dengan perangai annoying dan Diva pula dengan perangai yang berani melawan cakap si Dani. Tiada staff lain yang berani melainkan si Diva.
Hubungan mereka itu seperti love hate relationship. Seperti anjing dengan kucing. Dani yang suka guna kuasa veto dan Diva pula rasa menyampah dengan arahan yang bukan² dari Dani.
Tapi itulah bila selalu sangat gaduh² manja, akhirnya mereka saling jatuh cinta dan hubungan mereka juga smooth walau ada la seekor tungau yang sibuk menganggu. Namun sedikitpun tidak menjadi kudis buat Dani dan juga Diva.
A simple love story between Dani and Diva yang bekerja di syarikat yang sama. Cuma Dani ialah CEO sementara sahaja untuk menggantikan ayahnya yang pergi bercuti. Diva pula hanya pekerja di pejabat Dani. Dani yang cerewet and bossy itu tidak disukai oleh semua pekerjanya termasuk Diva. Semua menikus bila dimarahi Dani. Hanya Diva saja yang berani lawan balik apabila Dani melampau dengan kerja yang bukan-bukan disuruhnya. Keseluruhan jalan cerita agak menarik tapi terlalu deras penceritaannya dan sangatlah rengkas kisahnya. Jika dapat dipanjangkan tentang keluarga Diva dan adiknya Dina tentu terlebih perisanya. Jika dapat diceritakan tentang Siti yang taksub dengan Dani sehingga bertumbuk dengan Diva di pejabat, tentu plot ini akan bertambah menarik. Walau bagaimanapun, epilognya saya suka. Watak Diva yang kasar itu boleh bertukar bila kena dengan tempatnya.