𝑳𝒖𝒓𝒖𝒉 🍂
𝑲𝒖𝒕𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒃𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒖𝒕 𝒕𝒖𝒃𝒖𝒉𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒏, 𝒌𝒖𝒃𝒊𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒊𝒎𝒖𝒕 𝒌𝒆𝒎𝒂𝒂𝒇𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒑𝒌𝒖
5🌟
Angkara dendam, semua musnah. Kebencian membungkus diri, akhirnya memakan diri. Ego merasuki sehingga punah lebur segala tabur bahagia yang pernah diberi. Dan, hikayat mereka penuh onak duri diselangi cecair darah menyirami setiap langkah. Biarpun nyawa menjadi galang ganti demi secebis harapan yang belum tentu pasti akan terjadi.
Gadis diuji berkali-kali biarpun dunia bertindak kejam tanpa tongkah arus terhadapnya. Rayuan air mata mengalir, batang tubuh menjadi sasaran, tetapi dia teguh untuk keluarga tercinta. Tatkala usaha dipandang enteng, dia sematkan jiwa agar pergi dengan wajah baharu. Membuktikan ayah tidak bersalah, biarpun terpaksa tinggalkan suami yang dibenci. Namun dalam tidak sedar, ada benih cinta kian bercambah.
𝑫𝒂𝒏𝒆𝒆𝒏
"𝑲𝒂𝒏 𝑵𝒆𝒆𝒏 𝒅𝒂𝒉 𝒄𝒂𝒌𝒂𝒑, 𝑵𝒆𝒆𝒏 𝒕𝒂𝒌 𝒍𝒂𝒚𝒂𝒌 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂."
Setia dia menanti, janji dipegang kemas kendatipun peluang terbuka luas untuk mencari. Tujuh tahun, menanggung kerinduan kian menggunung. Rasa itu, tak pernah lenyap malah bertambah beratnya. Beban ini tidak terpikul, seakan terpukul pilihan yang ada. Dia terima dan mengapa isteri itu semakin degil membuahkan debaran jiwa serta kejutan gila. Sungguh, meletup dada dia lebih-lebih lagi kes lama terbentang luas kebenarannya.
𝑴𝒂𝒍𝒊𝒌𝒊
"𝑳𝒂𝒈𝒊𝒑𝒖𝒏, 𝑵𝒆𝒆𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈. 𝒁𝒂𝒉𝒊𝒓 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒕𝒊𝒏."
Di saat nyawa jadi taruhan, kala dendam menghiris kepiluan, beban dipikul kian memukul, mampukah segala rintihan berakhir dengan indah? Sememangnya hikayat yang diselusuri diuji malah dihenyak realiti perit.
Sejujurnya, intense betul plot. Tak pernah ku jangka begini sekali. Aku punya emosi macam roller-coaster tapi yang lima kali ganda kelajuan dia. Serasa macam nak terjun katil sekejap kutip balik jantung dan otak yang turut luruh ni tau. Air mata pula, kalah empangan pecah luluh dia. Cukup dia gambarkan kisah ini, gila. Semua bisa jadi di luar kawalan jikalau masing-masing ada agenda dan rahsia yang disembunyikan.
Untuk Maliki dan Daneen, aku kadang nak laga dua kepala ni. Mereka punya hati dah lama bersatu, cuma fikiran mereka kadangkala minta dilayangkan jauh terbang ke Antartika. Wanita sorang ni keras kepala sehingga menafi biarpun sarat dengan kerinduan. Yang jejaka pula lain hati berbicara namun mulut pula tidak sehaluan dengan batinnya. Memanglah, melahar sahaja nak dera jiwa dan jasad sendiri. Semua tersakiti sampai rasa tak tahu nak gelak ke nangis sebagai pembaca.
Dan ya, watak sampingan pun aku turut suka. Lagi-lagi ada kemunculan watak Han dalam Checkmate di sini, malahan menarik sungguh topik RM bawa kali ni, berkaitan tuntut bela, dendam kesumat dan kes guaman. Oh lagi satu, fav scene aku masa di ballroom scene tari-menari. I love it!