Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bayu Aweera

Rate this book
Bayu Aweera. Lelaki yang terlalu setia dengan cintanya, penyayang serta bertanggungjawab. Namun, cintanya dinodai hingga menyebabkan dia berubah menjadi seorang yang kasar, ego serta pendendam.

"Kau pergi di saat aku sedang meletakkan dirimu di tangga yang teratas dalam hatiku. Kini kau kembali untuk menjadi yang teratas dalam tembok kebencianku." - Bayu Aweera

Cempaka Sari. Demi kasihnya kepada kakak kandung sendiri, dia terpaksa menyakiti hati insan yang paling dicintainya. Bertahun dia membawa diri bersama dengan cinta yang tak pernah terhakis dari hatinya.

"Memang saya yang pergi tinggalkan awak, tapi saya tak pernah menduakan cinta kita.” - Cempaka Sari

Tiga tahun berlalu, mereka ditemukan kembali. Namun tiada lagi yang indah di antara mereka. Bagi Bayu, Cempaka tidak layak untuk dikasihani dan dicintai.

“Kau jangan nak perasan lebihlah. Gelaran isteri itu tak bermakna apa-apa pun untuk aku nanti.” - Bayu Aweera

“Awak memang kejam.” – Cempaka Sari

Hanya kerana hasutan dan fitnah, kesetiaan dan kepercayaan Cempaka diuji lagi. Kali ini hatinya benar-benar terluka dan kecewa. Namun, saat kebenaran terbongkar, masihkah ada kemaafan buat Bayu walaupun lelaki itu melutut dan merayu? Masihkah ada sisa cinta buat lelaki itu? Dan apakah sebenarnya hubungan antara Sonia dengan Bayu?

Andai benar tiada cinta, kenapa hati mesti menangis bila terpaksa menyakiti?

510 pages, Paperback

First published April 1, 2020

6 people are currently reading
45 people want to read

About the author

Cik Tet

35 books114 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (40%)
4 stars
26 (47%)
3 stars
5 (9%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
October 19, 2020
[119-2020]

#BayuAweera #CikTet

Silapnya, novel ini dibaca selepas membaca novel yang sama pula tema dan jalan cerita. Lelaki ego tinggi, tak mahu dengar penjelasan daripada isteri. Isteri larikan diri disebabkan suami termakan fitnah si antagonis.

Maaf buat penulis. Mungkin pembaca lain boleh masuk dengan cerita ini. Apa-apa pun usaha penulis dalam menghasilkan karya ini wajar dipuji.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
August 13, 2020
Beli buku ni sebab penulisnya Cik Tet. Mungkin dah serasi dengan gaya bahasa Cik Tet.. maka kita penuhkan almari buku dengan karya Cik Tet.
Bayu Aweera..... Mengisahkan percintaan antara Bayu Aweera dan Cempaka Sari. Bayu seorang jejaka yg dikecewakan oleh kekasihnya yg meninggalkan dia tampa khabar berita. Jenuh juga Bayu mencari Cempaka tapi tak jumpa. Bayu ada seorang Abg Budi yg terlantar sakit . Sakit putus harapan hidup kerana isterinya melarikan diri. Isterinya Melati ( kakak Cempaka) melarikan diri kerana diugut oleh mak tiri suaminya Budi.. Mak tiri Budi sangat gilakan harta. Senang betul kerja Cik Tet.. buat watak Abg ( Budi)kahwin dgn kakak (Melati).. Adik (Bayu) bercinta dgn Adik ( Cempaka). Melati mengambil keputusan melarikan diri bersama adiknya Cempaka kerana utk menyelamatkan kandungan dia. Melati tidak mahu ibu tiri suaminya mengapakan anak yg dikandung.. kerana Melati Dan Cempaka menghilangkan diri tampa khabar berita dan meninggalkan pesan pada Bayu.. maka Bayu berdendam dgn Cempaka.
Selepas 3 tahun hilangkan diri. Cempaka dan Bayu berjumpa semula. Tapi api kemarahan Bayu tidak reda lagi. Namun Ada juga rasa Sayang bersulam dengan ego yg tinggi. Bayu dan Cempaka berkahwin. Oh ya.. Melati meninggal dunia selepas bersalin. Anak Melati dijaga oleh Cempaka. Budi yg terlantar sakit tu.. bila berjumpa dan bertemu anaknya Nyanya yg pelat itu.. terus pulih sedia kala.
Bayu nikah dgn Cempaka kononnya nak lindungi Cempaka dari Ibu tirinya.. tapi dalam cerita ini.. Bayu lah yg paling byk sakitkan hati Cempaka.. Bayu tu. Mulut je kata benci dan tak sayang.. tapi dia lah insan pertama yg akan lindungi Cempaka. Ego Bayu memang tak boleh nak bawa berbincang.. tetapi dalam cerita ni.. tiap Kali Bayu cemburu pada Cempaka... Mesti Cempaka disetubuhinya.. banyak juga lah adengan dewasa disini ... Cempaka ni pun satu.. mulut pun boleh tahan.. memang meminta lah nak kena marah dgn Bayu.
Part paling sedih bila Bayu halau Cempaka kerana salah faham dan cemburu.. Cempaka yg ketika itu mengandung.. membawa diri dalam rajukan.. bila Bayu dah tahu perkara sebenar akan fitnah yg dibuat oleh mak tirinya itu.. bermulalah sesi pujuk memujuk berlaku.. Jenuh juga nak pujuk rajuk si Cempaka ni.. habis semua kaum kerabat Bayu turut memujuk Cempaka... Akhirnya Bayu dan Cempaka bersatu semula... Buku ni santai je baca.. cuma sakit hati sebab banyak sgt ego nak kena layan.. Apapun tahniah buat Cik Tet.
Profile Image for yyyasmin.
134 reviews19 followers
December 15, 2020
1. Novel trope yang agak cliche. Dekat 300page jugak lah Bayu main tarik tali taknak kalah dengan ego. Lama tu jugaklah Cempaka yang blur tak paham dengan sikap laki sendiri.

2. Yang tak logiknya adalah diorang ni dulu couple kan? Cinta sampai mati kan? Tapi bila dah jumpa balik macam tak kenal langsung perangai masing-masing.

3.

4. Penceritaan watak dan latar belakang agak superficial. Kalau Bayu okeylah boleh bayangkan rupa macam mana. Tapi rasanya Cempaka takde pun gambaran camne rupa bentuk dia. Lepas tu takde langsung flashback time sebelum Cempaka tinggalkan Bayu. Jadi takde build-up langsung tentang hubungan diorang dan susah nak percaya yang diorang pernah jadi kapel sehidup semati sebab gaya macam bukan je.

5. Ni bukan buku pertama Cik Tet saya baca. Saya tetap suka gaya tulisan Cik Tet yang sempoi. Cuma mungkin buku ni kurang sikit bagi saya dari segi penjiwaan watak.
Profile Image for Diniy Qistina.
158 reviews5 followers
February 4, 2025
Cerita kali ni berat sikit. Sehingga ke ¾ cerita Bayu masih ego melangit. Sumpah geram giler dengan dia. Annoying, menyakitkan hati. Rasa diri dia je terpaling tersakiti. Tak ada nak cuba fikir apatah lagi faham perasaan orang lain. Agak stress jugak kita membacanya. 🙄

Cempaka Sari, tiba-tiba kembali ke kampung setelah tiga tahun menghilangkan diri. Semuanya kerana Sonia, anak buah kesayangannya. Cempaka ni style dia sama je dengan tipikal heroin Cik Tet. Cukup masa nanti dia hilangkanlah diri dia. 🙂‍↕️

Bayu Aweera, yih! Dia ni red flag tau. Suka memaksa. Asyik kena paksa ikut anak tekak dia je. 😭🫵
Sampai dekat-dekat penghujung cerita pun masih nak main tarik tali. Dok junjung ego tu. Memang asyik nak menangkan perasaan dia je. 💆🏻‍♀️
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
February 23, 2022
Sebabkan baca cerpen dlm 1 of cik ter pny buku..tak ingt mane..terpahn asmara kot..aq terus gigih cari buku ni sbb nak tau cerita details.. omaigod ego si bayu aweera ni mmg tahap langi ke tujuk..ke8 or maybe ke 10…obvious sgt still syg cempaka tu tp dok berkasar lagi…aishhh…geram je… tp aq suka watak hero mcm ni…hahahaaa..i enjoy… love the story.. recommended 👍😚
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
May 20, 2021
Tenang tanpa masalah berat. Tak berserabut. Tak kacau fikiran. Senang dicerna. Predictable. Adegan manis2 yang berlebih2. Handsome & Beautiful. Tidak gedek. Badan cantik menawan😍.

Tahniah, I love it.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.