Adakah si gadis bisu ini selamat di tangan 'prince charming' selepas dia 'terlepas' dari keluarga durjana? CINDERLICIOUS karya sulung DYNNA ZAIN (Azra Irdina) yang sangat matang, teliti dan mendebarkan! DHEA mengelap sedikit meja kaunter yang sedikit berhabuk itu. Lunch hour sudah hampir ke penghujungnya bagi pekerja ofis. Dan pelanggan mula berkurangan seperti biasa. Loceng pintu kedengaran menandakan ada pelanggan baru melangkah masuk ke dalam kafenya. Terus wajah Dhea mendongak memandang raut wajah seorang wanita itu. "Akak. Saya nak Carrot Cheese Cake satu." Seorang wanita tersenyum ke arah Dhea. 'Kejap ya.' Jari-jemari Dhea 'berbicara' lancar. Dhea berlalu ke arah meja kek. Baru saja dia ingin mengambil potongan terakhir kek itu, ada suara yang memetir. Automatik perbuatannya terhenti serta-merta. "Bagi kek tu. Saya nak beli." Dhe mendongak. Sepasang mata hazel miliknya bertemu dengan sepasang anak mata hitam pekat itu. Lidahnya tiba-tiba kelu. Tangannya juga bagaikan beku, tidak mampu bergerak walaupun sedikit.