Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!
Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.
“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?” - ANGGUN
“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.” - DEAN ILYAS Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.
Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?
“Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas.” – DEAN ILYAS
Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hari kerana Allah, bukan kerana insan yang tak sepatutnya.
Tapi, bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban separuh seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.
Mampukah kedua-duanya, menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
"You tetap diri you. Tetap istimewa dalam hati I. Perasaan I tak pernah dan tak akan berubah pada you."
"You bohong!"
"Kita dah lama bersama, takkan mudah-mudah aje I nak tinggalkan you. Hanya you yang faham I ni macam mana, orang lain takkan faham. Jadi you janganlah menggelabah sangat, tak ada apa yang akan berubah selepas ni."
🌈🌈🌈
O M G.
Sampai scene kat atas tu, memang rasa speechless kejap. I mean, aku memang dah boleh agak dan tahu isu yg diangkat dlm buku ni berdasarkan hint kat blurb belakang. Just, aku tak expect hero Kak UN kali ni betul-betul luar alam, ingat sikit-sikit jer yg tak normalnya.
Aku bkn tak pernah baca buku yg berkisahkan hero homoseksual ni. Pernah dulu baca Bukan Isteri Simpanan karya Mia Kiff, heronya luar alam lebih kurang mcm Dean jugak. Bezanya, perangai. Dean ni lagi baik. Baik sangat.
Perangai Dean ni memang org yg tak tahu rahsia dia tu, mesti akn cakap Dean ni perfect. Yalah... Soft spoken, hormat org tua, muka pun hensem, dan paling penting sekali dia tak pernah tinggal solat, siap jd imam lagi.
Tapi siapa sangka, kurangnya satu. Dan yang satu itulah yg menjadi kemungkaran Tuhan. Sesuatu yg Tuhan tak suka. Dilaknat.
"Saya tak ada perasaan pada Cahaya dan lebih-lebih lagi pada mana-mana perempuan. Perasaan saya kosong. Nafsu saya pun kosong pada perempuan. Saya tak ada nafsu pada perempuan."
Cahaya kelu. Gila, kalau aku ada kat tempat Cahaya sekali pun, memang tergamam habis. Yalah, luaran nampak segalanya sempurna, tapi hakikat sebaliknya hanya tuan punya diri yg tahu.
Tapi yg aku sangat sukakan watak Cahaya ni, sbb dia tak mudah melatah. Bila Dean sendiri buat pengakuan, Cahaya ambil masa utk tenangkan diri dan tak judge Dean. Kalau perempuan lain sah-sah lari dan terus mintak cerai sbb jijik. Tapi Cahaya tak gitu. Malah, dia tetap setia ada kat sisi Dean dan cuba ubah Dean sikit demi sikit.
"Jangan nak cuba-cuba sentuh aku! Kamu tu jijik, kotor! Jijik!"
Yg paling menyedihkan, ibu Dean(Datin Junaidah) sendiri yg tak beri sokongan pd Dean. Bknnya nk support anak utk berubah, tapi lagi dia cerca dan jijik pd anak sendiri. Sampai sanggup buang anak sendiri sdgkan anak tu dlm proses nk berubah. Hakikatnya, aku tak suka watak Datin Junaidah sbb terang-terang watak dia tu mementingkan diri sangat. Sibuk jaga maruah dan imej diri dia jer. Senang cakap, dia sibuk jaga ego diri dia jer. Bila status diri Cahaya terbongkar, laju saja mulut dia menghina Cahaya. Sdgkan dia yg jelas-jelas tak jujur, tak ikhlas dan ada agenda sendiri kenapa nk bermenantukan Cahaya tu, takde pulak Cahaya pergi 'sound' Datin Junaidah sekeluarga pasal sembunyikan hakikat sebenar diri Dean tu. Datin Junaidah ni selfish giler, kalau boleh dia nak yg elok-elok jer utk diri dia, yg tak elok dia cemuh dan buang. Kesian Dean, nasib ada Cahaya yg jd isteri yg baik utk dia.
"Dah lama I sedar. Rasa berdosa, bersalah tu sentiasa mengganggu hidup I. Tapi time tu hati I tak kuat dan tak ada sokongan. Berbeza dengan sekarang..."
"Oh, sekarang you dah dapat semangat dari perempuan tu? Dah hilanglah segala perasaan pada I? Perempuan tu lagi bagus, lagi hebat? You dah jatuh cinta pada dia sampai lupa I ni siapa?"
Dan inilah diaaa... watak Izfairin. Gilalah, rasanya first time aku baca buku yg orang ketiganya lelaki songsang yg kuat emo dan cemburu. Dia punya emo dan cemburu kalah perempuan! Watak-watak lelaki songsang dlm Bukan Isteri Simpanan(Mia Kiff) dan Membakar Syurga Mengguyur Neraka(Hana Ilhami) pun tak se-meroyan mcm Izfairin ni. Izfairin dia punya perangai jahanam memesongkan ank org tu lebih menyerlah.
"I rasa dah sampai masanya kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik, Iz. Kita bukan semakin muda... Umur kita semakin hari semakin menginjak kepada mati. Takut kalau tengah buat maksiat, Allah tarik nyawa kita, macam mana, Iz? Sementara Tuhan bagi peluang ni, marilah kita sama-sama berubah. I tetap sayang you Iz, sebab tu I nak you sama-sama insaf dan bertaubat. Bukan I seorang sahaja."
"Pirah... Go to hell taubat you! Ingat senang-senang Tuhan nak ampunkan dosa you yang berkarung-karung tu? Beratus tahun you taubat pun, belum tentu dapat ampun. Lagi baik you teruskan saja buat dosa. Mati terus masuk neraka lagi puas hati!"
Perghhh, dahlah luar alam, dia punya tahap bongkak tu perghhh. Mati terus masuk neraka lagi puas hati katanya. Amboiii, statement berani mati sangat, kan? Izfairin dan Dean ni jauh sangat bezanya. Songsang-songsang Dean, taklah jahat mcm Izfairin. Izfairin tu rasa mcm Dean tu hak dia, sbb Dean lama dah dgn dia, so bila Dean akhirnya pilih Cahaya berbanding dia, habis dimakinya Dean yg kononnya tak setia dgn dia tu. Bagi Izfairin, Dean khianati perasaan dia. Sdgkan dia setia dgn Dean selama ni (euw).
"Saya seorang suami yang beruntung dalam dunia ni. Ada isteri yang bukan sahaja cantik luaran tapi sangat indah dalamannya. Walaupun kat akhirat sana belum tentu lagi saya dapat merasa syurga, tapi sekurang-kurangnya saya sudah merasa tempias angin syurga sejak hidup dengan awak, Cahaya."
"Tapi Dean stres sebab tak mampu jadikan Cahaya sebagai isteri terbahagia di dunia, apatah lagi untuk beri bau-bauan syurga pada awak kerana diri saya sendiri pun berbau neraka."
Watak Dean ni memang tak sesempurna seperti watak hero-hero lain. Watak Dean ni kisahnya ada cela, tapi aku tetap suka sangat pada Dean. Sebabnya dia sedar diri, dan cuba ubah dirinya sedaya-upaya agar dia jd suami yg berfungsi utk Cahaya. Dia selalu ckp kat Cahaya yg dia suami tak berguna. Tapi hakikatnya Cahaya bahagia hidup bersama Dean.
"Bagaimana Cahaya boleh terlupa, jika setiap saat duk ingat kat suami saja? Doa untuk Dean lagi banyak dari doa untuk diri sendiri, abah. Dean kebahagiaan Cahaya. Jika dia baik-baik saja, maka baiklah anak abah ni."
Bagi Cahaya, Dean tu indah budi pekerti, hanya yg satu tu aje yg kurang. Hanya yg tu. Dan Cahaya sendiri pun, ada kurangnya. Baginya nasib dia dan Dean tak jauh beza, dihina dan dicemuh. Tapi Cahaya tetap tenang dan kuat. Tak pernah berhenti sokongan dan usahanya dlm cuba utk bantu Dean keluar dari dunia terpesongnya itu.
"Jijik atau tidak diri kita ni, hanya Allah yang menentukan. Bukan manusia."
Keseluruhannya, Imamku Lelaki Pendosa adalah karya Kak UN paling aku suka selepas KTAR dan JNA. Sangat-sangat suka! Best giler! Walaupun isu berat, tapi Kak UN berjaya olahnya secara santai dan tak melelahkan perasaan pembaca. Ikutkan banyak lagi aku nak taip untuk review buku ni, tapi takpelah. Tak nak bagi spoiler lebih-lebih. Pasal watak-watak sampingan pun aku tak sentuh. Tapi kan, watak Anggun tu best laa, memang dia seorang kakak yg perghhh, berani, tegas dan baik sangat pada Cahaya.
Memang tak menyesal beli n baca buku ni. Kalau tak beli, memang confirm aku menyesal. Hahaha.
Btw, ending-nya aku rasa touching sangat. Akhir-akhir ni entah kenapa terkena sindrom sebak baca ending walaupun buku tu happy ending. Asal kat ending jer, mesti bergenang air mata. Apa masalah pun aku tak tahu. 😂
Tapi ada satu ayat ni kan... betul-betul buat aku sebak. Ayatnya simple jer.
'Dia adalah pendosa yang berhajat untuk ke syurga.'
Wahh!! Tak rugi beli naskah ini walau permulaannya ILP bukan pilihan pertama. Tema cerita yg cukup sinonim utk digambarkan tentang masalah sosial yg melanda generasi zaman kini. Homoseksual dan skandal curang cukup banyak mewarnai di laman2 media sosial.
Dean Ilyas. Nama yg cukup indah. Luaran pon nampak yg baik2. Seorang anak yg taat, berbudi pekerti kpd org tua malah mempunyai hati yg sangat baik. Namun terjerumus ke dlm kancah nafsu songsang.
Cahaya Malaika. Juga nama yg cukup indah dan unik. Namun latar belakang dirinya membuatkan ramai yg menghina dan mengeji semata2 kesilapan yg dilakukan oleh ibunya sendiri. Angkara nafsu, Cahaya lahir tidak sah taraf walau pd masa itu ibunya sudah bersuami.
Dean dan Cahaya dijodohkan. Walau keduanya ikhlas menerima pernikahan tersebut, tetapi ianya tidak cukup mampu utk menutup aib keduanya. Dean cuba berusaha utk bertaubat dan menghindari kehidupan songsangnya atas bantuan Cahaya. Beruntung Dean kerana adanya Cahaya disisi walau Cahaya terpaksa menempuh pelbagai dugaan pahit utk mempertahankan Dean.
Bagi saya, ILP adalah salah satu karya terbaik. Walau kdg jijik dgn adegan 'cinta' antara Dean dan Iz, namun penulis berjaya menyuntik kesedaran kpd pembaca bahawa kita tak boleh sesekali menjatuhkan hukum kpd mereka tanpa kita sendiri membantu mereka utk kembali kpd fitrah asal.
Tahniah kak Umie Nadzimah atas karya yg cukup rencah dan hebat ini👍
Loyanya baca lelaki bercinta dengan lelaki. Seram sis dengan geli-geli mereka. . I needed a break from reading English book and non-fiction. Thus, I picked this light and easy Malay novel. Tertipu sis. Light reading pabendanya dalam ni ada kisah tiga insan: gay, anak luar nikah dan isteri yang curang dengan suami yang setia. Isteri curang dengan bos sampai tertanam benih. Tapi, suami terima juga isteri demi anak-anak mereka, namun tawar hati dah la dekat isteri tu. . Sis added this book into cart because of the unusual issue brought in. Tak pernah lagi baca novel tentang gay. Penulis tulis berdasarkan kisah-kisah sebenar dan pengakuan isteri yang ada suami bernafsu songsang. Macam tak ada ubat dah bila bernafsu songsang. Menurut watak dalam ni, Dean. Dia tak ada nafsu langsung dekat perempuan. Walaupun isterinya buat menggeletis pakai lingerie, Dean pandang isteri dia macam pandang batu tepi jalan. Tak faham juga sis tentang gay ni. Macam manalah boleh takda nafsu. . Sis suka how realistic it was bila penulis cerita kesan gay. Dean hilang kerja akibat video gay dia tersebar di YouTube, hilang keluarga, dipulau kawan, jatuh miskin expenses kena catu. . Novel ni lagi elok kot kalau penulis cerita proses penyembuhan seorang gay. Tertanya juga macam mana nak ubatkan golongan ni. . . Anyway, 4 bintang bagi. 1 bintang tak bagi sebab tak suka wujud lagi watak datin-datin.
Cahaya Malaika, gadis ini berpewatakan baik, lemah lembut dan penyabar. Sangat disenangi dalam keluarga. Bezanya dia dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf atas kekhilafan ibunya dahulu. Terkejut? Itu pasti. Meski begitu, dia cuba menerima kerana itulah takdir yang tertulis untuknya.
Dean Ilyas, tampak sempurna yang sememangnya menjadi lelaki idaman. Baik, hormat orang tua dan perfect dari segi fizikalnya. Namun begitu dia juga ada khilafnya. Mempunyai minat terhadap homoseksual iaitu perangai songsang. Insan tersebut, Izfairin. Agak meluat sebenarnya aku dengan dia ni. Geli aku. Ikutkan aku tak nak cerita lebih, loya tekak aku nanti. 😂
Tidak lama selepas putusnya pertunangan dengan Nik Shafri, Cahaya sekali lagi dilamar oleh Datin Junaidah bagi pihak anaknya, Dean. Namun, itu hanyalah rancangan bagi menutup aib keluarga. Namun bagi Cahaya dan Dean, mereka berkahwin dengan rela.
Cabaran itu ada dalam membina sebuah mahligai yang utuh dan bahagia. Beruntungnya Dean mendapat Cahaya yang menerima dia seadanya dan cuba untuk memulihkan dirinya ke jalan yang benar. Ya, dia lelaki penuh dosa dan tidak kurang juga Cahaya. Walaupun begitu, dia juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Sakitnya apabila mengetahui siapa dalang di sebalik kelahirannya itu perit.
Aku suka watak Anggun yang prihatin dengan adik-adiknya. Sikap Encik Firdaus yang tenang, penyayang dan sabar dalam menghadapi sesuatu situasi. Satu dalam sejuta. Sukar untuk dicari. Dahlia, penghibur dalam keluarga, gemar membuat lawak demi menceriakan suasana.
Manusia ini tidak pernah lari dari kesilapan dan penuh kekurangan. Tiada insan yang suci daripada dosa. Tidak kira apapun darjat diri kerana itu bukannya tiket untuk ke syurga. Bertaubat dengan bersungguh dari hati dan berjanji tidak mengulangi lagi. Ya, kita manusia penuh khilaf semestinya besar cabaran untuk berubah.
Pintu yang tak pernah tertutup adalah pintu taubat, Iz. Allah sentiasa bagi kita peluang dan ruang selagi kita masih bernyawa. Allah tak lihat permulaan kita tapi lihat pengakhiran kita macam mana. ~Dean
Okay, done. Berjaya habiskan dalam sehari. Alhamdulillah.❤️🤧
Wow! Novel Imamku Lelaki Pendosa ini saya kira antara novel yang terbaik bagi tahun 2020 ini. Penulis saya kira berjaya mengetengahkan isu anak tidak sah taraf dan homoseksual melalui watak Cahaya dan Dean. Sangat terkesan bagaimana Cahaya menerima diri Dean walaupun dia tahu suaminya itu tidak seperti suami yang lain. Ditambah lagi dengan watak-watak sampingan yang diwujudkan dalam kehidupan Dean dan Cahaya, menjadikan novel ini susah untuk dilepaskan daripada pembacaan.
Kesimpulannya, novel Imamku Lelaki Pendosa ini merupakan sebuah karya penuh tauladan, bukan setakat berfokus pada kisah dua hati sahaja. Nilai kekeluargaan juga diselitkan dalam karya ini menjadikan novel ini lengkap dengan pengajaran tersendiri. Tahniah buat penulis!
Solid 5 🌟 p/s: jarang aku nak bagi novel melayu bintang penuh
“Kami adalah pendosa yang teringin untuk merasa nikmat syurga di alam sana...” - Dean
Banyak karya penulis yang telah diadaptasi menjadi sebuah drama dan kebanyakannya aku tonton. Contohnya, dia isteri luar biasa, dia, kerana terpaksa aku relakan, si baju kurung kasut kanvas...eh banyaklah! Guess what? Semua drama tu aku tak suka. Jadi, ni first time aku baca karya penulis dan aku suka sangat! Sesetengah pembaca rasa penulisan penulis biasa-biasa saja dan ada yang komen tak ada kretiviti tapi itu tak menjadi masalah bagi aku. Penulisannya memang biasa tapi mudah difahami dan kreativitinya terletak pada jalan cerita. Sangat luar biasa! Setiap alur cerita, penulis banyak selitkan elemen kekeluargaan. Tak lupa juga dengan elemen agama. Ya, buku ni sarat dengan agama. Bagus sangat! Suka juga dengan setiap babak dari keluarga Encik Firdaus. Sampai teringin nak keluarga macam tu tapi realiti tak seindah fiksi. Tentang watak, aku suka heroinnya, Cahaya Malaika. Lemah lembut, sopan, tenang, muslimah. Mana nak jumpa perempuan macam tu sekarang? Perempuan sekarang banyak anginnya. Nak² yang muka lawa. Hero? Emm...okay lah jugak. Hampir 100% Encik Perfect 10. Babak romantik just nice. Alhamdulillah, tak ada yang meloyakan tekak (kecuali bromance Dean x Izfairin) Watak-watak antagonisnya tak adalah buat aku sakit hati pun. Boleh dicakapkan, masing-masing jadi jahat sebab tersakiti aje. Watak paling win and paling favourite aku of course Encik Firdaus. Pada aku, Encik Firdaus ni yang sepatutnya jadi hero rebutan walaupun kelabu 😂 Overall, semua karakter dalam novel ni boleh dicontohi dan dijadikan pengajaran.
By the way, novel ni pun dah diadaptasi and still tak suka dengan versi drama. Pada aku, watak Encik Firdaus dengan Izfairin aje yang menjadi. Yang lain buat rosak imaginasi aku je.
Jalan cerita yang menarik, tapi agak annoyed dengan beberapa ejaan yang tak cukup huruf 😭 rasa dia macam tengah baca cerita yang belum go through editing process.
Tamat sudah. Betul lah, kita tak tahu setiap kesusahan yang dihadapi orang lain. Sama juga dengan Dean dan Cahaya.
Cahaya, she is very soft and cute. And Dean, he is very gentleman.
Dua² ada kisah silam, seorang atas kehendak sendiri, yang seorang lagi atas kesilapan orang yang paling disayangi, malah syurga dia dunia akhirat.
Hailah, saya suka buku ni sebab cerita pasal struggle hero dan heroin tu lagi banyak diketengahkan. Adalah rencah sikit, Balqis, Mak Bibi, Nik Safri tapi tak melebih.
Pace buku ni pun sederhana je. Tak terlalu slow, tak terlalu fast.
Cuma satu je kurang, rasanya saya nak point out dekat editor. Ada kesalahan tatabahasa.
Atau mungkin penulis kena tingkatkan lagi cara menulis, sebab benda serius pun saya jadi macam rasa biasa² je. Begitu juga dengan dosa Dean, dia jadi macam biasa² je rasa. Macam dosa dia buat tu kecik, padahal sangat besar sebab ikut kaum Nabi Luth AS. Cara tulisan penulis, mungkin boleh ditulis dengan cara yang lebih matang sehingga boleh menjentik hati saya sebagai pembaca.
Apa pun, saya suka sifat Dean. Dean nak berubah, dan dia terima Cahaya punya nasihat. Girls out there, kalau lelaki tu tak bersungguh nak berubah please step out and walk away. Jangan tunggu, tanpa usaha dan berharap dia berubah dengan sendiri. Jangan seksa diri, sebelum sayangi orang lain. Sayangi diri sendiri dulu.
Cahaya pun tak ada kurang, Encik Firdaus didik dia dengan sangat baik. Sehingga terbentuk seorang anak gadis sebaik Cahaya.
Bye Aaron Aziz, saya tak boleh nak frame awak sebagai Dean Ilyas dalam novel ni 😂 sifat Dean dalam novel tak sesuai dilakonkan Aaron Aziz dalam drama. Ampun 🙏
Syukur pembacaan berjaya dihabiskan. Sejujurnya buku ini tidak masuk dalam senarai awal untuk dibeli kerana pada waktu itu cuma terfikir untuk beli karya terbaru Anjell (belum dibaca pun lagi). Oleh sebab pihak KS jual secara kombo maka buku ini pun dibeli sekali dan dibaca terlebih dahulu kerana bilangan helaian yang tidak sampai 500 m/s.
Alhamdulillah tidak menyesal malah rasa berbaloi buku ini dijual secara kombo, dengan sebab itulah buku ini terbeli.
Naskhah ini bukanlah sempurna secara keseluruhannya kerana ada bahagian yang aku rasa alangkah bagusnya jika ia tidak jadi begitu begini.
Yang paling aku suka tentang naskhah ini adalah POV (sudut pandang) bagi semua watak. Sebagai pembaca gaya penulisan ini sangat menarik buat aku.
Satu lagi yang paling bagus adalah novel ini stress-free. Bukan tertekan ibarat drama jam 7pm (walaupun bukan penonton tapi bolehlah diibaratkan macam tu). Aku paling tidak gemar kisah fiksyen yang stress2 ini sebab tujuan aku baca adalah untuk entertaining bukan depressing.
4 bintang sepertinya terlalu sedikit jadi aku ingin berikan 4.5 bintang.
There really was no chemistry between them when Cahaya was pregnant. Dean was balls deep with his bf -literally ew- even after marriage. He’s nice and all, but the fact that he would always bring up memories of him and bf in their early marriage really irks me.
The ending even felt a bit rushed. How, when and why is the mother and bf suddenly a changed person? What happened to the vid?
This book is really nice, the one reason i gave it a 3 was because of the cheating. The other reason is because of the rushed ending.
I don’t believe anyone can fully move on from their spouse’s infidelity for life. The mouth says yes, but what of the heart? Surely there are situations which can trigger that bitter memory.
Aku boleh katakan yang aku sangat suka dengan penulisan Umie Nadzimah. Rasa rugi sebab lambat mendapatkan dan teruja untuk mengetahui kisah ILP ini seiring. Kematangan penulis dalam mengolah jalan cerita dengan mengentengahkan tema organik yang masih lagi tabu untuk dibincangkan atau difiksikan, ini sangat membuka mata dan meluaskan pandangan.
Aku jadi teruja dan berlapang dada apabila ada penulis yang membawa satu tema yang jarang di garap oleh penulis lain, tetapi olahannya lengkap dan tersusun. Pada aku, binaan plot ILP ni lengkap. Pembaca boleh mengikuti pernceritaan dengan baik dengan menghayati permasalahan yang dihidangkan pada beberapa bab awal, sebelum menjadi rentetan peristiwa yang sempurna, dengan menyelitkan konflik dalam dan luaran antara Dean & Cahaya, dan watak-watak sampingan yang lain.
Binaan plot yang tersusun, jelas memudahkan pembaca menangkap konflik yang dibentangkan dan mengikuti jalan cerita sehingga selesai dengan lebih fokus. Konflik yang disertakan sangat relatable dengan kebanyakan situasi yang dilalui oleh pasangan suami isteri terutama yang mempunyai pasangan yang bertentangan dengan fitrah.
Yang terbaik tentang naskhah ini ialah gabungan konflik antara dua buah keluarga Dean dan Cahaya, apa yang berlaku kepada mama Cahaya antara ciptaan event yang menimbulkan rasa kesal dan rasa simpati kepada abah Cahaya dan meladeni apa yang berlaku terhadap Cahaya, suatu pengalaman yang sukar dimengertikan. Meletakkan diri aku ditempat Cahaya juga sudah tidak terbayang.Kepercayaan seorang ibu kepada anak ddi luarnya cukup baik dan smepurna, tetapi lupa bukan setiap masa terjaga dari 'selitan dosa' juga membuka mata aku.
Apa yang aku dapat simpulkan ialah, kisah antara Cahaya dan Dean ini tersisip banyak pengajaran terutama sekali bagaimana kita melihat dan bertindak apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang tak pernah dijangka. Konfliknya padat, sarat dengan mesej. Highly recommend!
Novel ini menyentuh isu taboo dalam masalah sosial masyarakat - anak tak sah taraf dan homoseksual. Pintu taubat sentiasa terbuka. Penerimaan masyarakat sekeliling tidaklah semudah yang dijangka.
Sadly, I'm disappointed with this book. The concept is interesting, but the way it was written is inelegant, the author writing style did not sit well with my preferences, I understand that it probably meant to create a light and casual effects but as I read it, it's brought an experience of being taken an ear off by the author rather than being absorbed in the narration of the main character. There is a repetition of word kut, kut, kut, everything got "kut" in it, then male pronounce themself as "orang", I find this to be unappealing. Other than that, I can't connect with the way Anggun talk with her sister, I don't think I pronounce 'I and You' between my siblings. I try to read this work after reading Rindu yang Terlarang with a hope that It is only a bad experience. But now I suppose that this author work doesn't par well with me.
The choice of word is clumsy, the character is clumsy, the story keeps highlighting " Perempuan tak sah taraf " again and again, and nobody will want to marry her. Is this supposed to be a big deal? It's not even her mistake that she is born out of wedlock. Other than that, there is also one part that Dean sister mention of wanting to pay for a hitman to beat her brother love interest, just to get some sense into him, is it the man fault that infers her brother sexuality? I have no energy to touch this sensitive issue. I don't enjoy reading this book, decide to DNF at chapter 21.
Mula-mula novel ni langsung tiada dalam senarai ‘wishlist’ nak baca. Tapi sebab nak isi masa lapang punya pasal, beli je memandangkan penulisnya pun agak well-known dan ada 1/2 buku beliau sebelum ni.
Secara keseluruhan, saya suka. Sangat suka. Temanya agak berat sebenarnya sebab ia mengisahkan apa yang terjadi pada masa kini. Tetapi cara penulis olah sangat menarik dan pada yang sama membuka mata, meluaskan minda dan membuatkan saya berfikir sejenak.
Konfliknya tak terlalu berat tetapi saya terharu melihat kesungguhan seorang hamba Allah yang sangat bersabar walau apa dugaan yang mendatang walaupun pada hakikatnya sangat susah sebenarnya bagi saya untuk hadap 😭 Juga yang berusaha sedaya upaya untuk kembali ke jalan yang diredhai Tuhan walaupun susah yakmat. Kecekalan hati itu, penting.
Cuma pada bahagian ending, penulis seperti nak bagi ‘cepat habis’ dan agak tergopoh gapah. No deeper details like from the earlier and middle part of the book. But overall, all is ok.
Idk..maybe aq bukn fans romance atau apa...tp bg aq buku ni biasa sahaja...jln cerita sama mcm drama melayu biasa dlm tv asyik2 psl org kaya..(org miskin/org biasa x bole bercinta ker), mak2 datin dan sebagainya...overall qq just nk ckp yg this book put me in a reading slump...but disclaimer this is just my opinion guys...
Pada awalnya saya rasa daripada adalah cliche, dalam anggapan saya seorang lelaki yang ada masalah perangai, bersosial dan melupakan agamanya. Tetapi dalam novel ini mengetengahkan apa yang cuba disampaikan dalam maksud walaupun kita sejahat mana, seburuk mana perangai tetaplah mendirikan solat. Sesungguhnya untuk mencari insan sebegini sukar, dikala terbelenggu dengan dosa yang nyata Dean Ilyas tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim malahan amat menitik beratkan tentang kewajipannya. Namun dia diuji dengan satu ujian yang menular dalam kalangan masyarakat kita kini. Tapi stigma dalam masyarakat kita dalam membantu golongan seperti Dean Ilyas amatlah rendah dan dipenuhi dengan pengaruh negatif. Dengan baca novel ini, saya jugak dapat mengubah perspektif diri sendiri tentang golongan ini yang mereka sebenarnya ada niat walaupun sebesar zarah untuk keluar dari kepompong gelap mereka. Ianya ibarat sudah melekat seperti gam. Namun dengan adanya kehadiran Cahaya Malaika yang sangat menyentuh hati. Benarlah wanita itu jika ianya dididik dengan ilmu agama, dia pasti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang patuh kepada syariat dan apa yang Allah inginikan, malahan Cahaya taat kepada suami dengan berada bersama dalam sukar dan duka.
Banyak pengajaran dalam novel ini. 1. Kesungguhan kita sebagai hamba dalam mengejar cinta Illahi. 2. Tanggungjawab kita sebagai hamba dalam membantu saudara/i berdakwah kepada jalan yang benar dan jalan yang diredhai Allah. 3. Sokongan dalam keluarga memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah terutamanya perasaan yang dihadapi bagi seorang yang mempunyai masalah. 4. Dosa lampau itu diambil sebagai pengajaran bukan hukum seumur hidup kerana setiap daripada kita ada ujiannya samaada melibatkan kesilapan kecil atau kesilapan besar yang mana melibatkan dosa pahala.
Sedangkan Allah itu Maha Pengampun, tetapi siapalah kita untuk menghukum secara mutlak. Pintu syurga itu untuk semua yang betul² bertaubat dan berada diJalan Allah, bukanlah satu rumah untuk manusia yang suci sahaja dan tidak pernah melakukan dosa.
Karya yang penuh dengan pengajaran dan juga salah satu cara dan situasi bagaimana jika kita nak hadapi apabila berada dalam isu dan dilema terebut
Dah habis baca buku ni 2 minggu lepas. Tapi sekali sekala bila nampak tajuk buku ini lalu di media sosial jadi teringat ingat.
Kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat sekarang, malah makin membarah sebenarnya. Antara kita tahu dan sedar atau tidak saja.
Penulis garap kisah dan isu berat ini dalam olahan kemas dan cukup tenang. Bagaimana sebenarnya golongan sebegini ada yang hendak berubah tapi menemui jalan buntu sebab tiada atau kurangnya sokongan ahli kluarga terdekat. Malah kadang kala kluarga sndiri memburukkan keadaan. Ditambah pula golongan yang sama sama amalkan kegiatan buat pujukan usah berubah. Dah selamanya jadi ahli neraka kenapa nak kembali ke pangkal jalan. Oleh itu ada yang tidak mustahil terus kan smpai mati, kan?
Sabarnya Cahaya dalam ujian hidup dia sndiri bila mengetahui siapa dia dalam hidup sebuah kluarga. Kenapa kluarga tidak semesra seperti kluarga lain, malah bila mengetahui suami dia begitu orangnya. Analogi ini boleh dikatakan, bahawa kita manusia ini hakikatnya punya banyak ujian hidup. Datang daripada pelbagai sudut dan arah. Hidup mana tiada ujian.
Malah jangan cepat menilai buruknya seseorang manusia berdasarkan siapa dia hari ini. Jika pndosa ingin meninggal kan dosa, mari jadi mereka yang menarik dia keluar daripada dosa dan sumbang ssuatu pada perubahan. InsyaAllah pahala yang berterusan selagi dia amalkan Ilmu yang kita kongsikan.
Saya beri 4 bintang untuk karya ini. Kurang permainan emosi, sebab buku ini digarap dengan sangat tenang walau isunya boleh timbulkan panik dan risau yang amat sangat. Tapi pngajaran dan nasihat disampaikan baik sekali. Pndosa tidak selamanya berdosa jika ingin bertaubat. Simpanan koleksi peribadi saya. Cuma tidak sesuai buat bacaan bawah umur sebab isu ini memerlukan keterbukaan minda dewasa untuk menganalisa bacaan ini. Malah tidak sesuai buat mereka yang alah dengan kisah begini. Saya faham, bukan semua menerima cerita sebegini. Manusia itu variasi sifatnya.
Actually nak bagi 3.5 star, star tu tak boleh nak shade half hahaha. Nak rating 3 star, rasa tahap best tu lebih lagi dari 3 star. Nak bagi 4 star, rasa tak sampai tahap 4 star. Nak kasi star pun susah.
Cerita yang kebanyakan wataknya mempunyai sisi hitam dalam hidup. "Kami adalah pendosa yang teringin untuk merasa nikmatnya syurga di alam sana..." - Dean
Bagi aku, cerita ni agak slow tapi tak bosan sebab still ada faktor yang buatkan kita nak tau apa akan jadi next and next. Aku suka tiap watak dalam cerita ni, tiap watak ada peranannya and takde isu "takde watak ni pun takpe" or "aku tak faham la apa fungsi watak ni". Just nice je watak dalam cerita ni. Minimum and full use of characters.
Aku suka cerita hasil karya penulis lama ni ceritanya takde nak selit unsur unsur cringe or soft porn. Kebanyakan novel sekarang ni tak banyak, sikit mesti ada part scene libatkan soft porn. Then penulis lama ni kebanyakkan they bear in mind yang they all menulis untuk sebar kebaikan dan beri pengajaran, bukan sekadar menulis untuk berimaginasi semata-semata. Contoh macam cerita ni, banyak isu salah laku dan perbuatan yang bertentangan perintah Allah disebutkan dan ditunjukkan keburukannya. And one more thing, tiap watak diakhiri dengan akibat perbuatan diorang which they show the consequences and show the moral. Ada juga watak yang jahat diakhiri dengan berubah to show that tiap manusia boleh berubah menjadi baik, berhak diberi peluang kedua dan pengakhiran seseorang manusia tu lebih penting dari permulaan hidupnya.
P/S : Lately ni login goodreads kat laptop, jadi rajin pulak nak update reading progress include review. Walaupun review ku tak macam orang lain and tak best baca :P
Aku suka karakter Cahaya, lembut orangnya, dia tau nak kawal emosi dia dan tak meroyan dan melalak macam monyet dan dia tau nak buat tindakan yang betul. Dean pula boleh dikatakan perfect tapi ada satu kelemahan dia yang agak besar juga. Pandai jaga kebersihan, tau hormat orang tua, solat lima waktu, pikul tanggungjawab dia dan tau cara yang betul nak melayan perempuan. Tapi satu kelemahan dia ni uishh, kalau aku dekat tempat Cahaya, I dont know laa, I freak out for sure beb😂
Perwatakan dalam ni bukan kaleng2 beb, boleh buat kau geram! Banyak jenis manusia dalam ni wehh and Its help me to learn how to handle people like this in real life. Umie Nadzimah betul-betul mendedahkan realiti kehidupan keluarga dimana depan kemain baik, manis semua tapi bila dekat belakang haa kau!
• Imamku Lelaki Pendosa ni, sekejap buat aku geram, buat aku senyih macam org gila, buat aku nak nangis, buat aku nak geram balik. I amazed dengan hasil penulisan Umie Nadzimah sebab cara dia mengetengahkan isu keluarga yang sememangnya berlaku di dunia nyata, juga dengan tambahan banyak ayat dari al Quran dan hadis.
Satu, aku suka the idea of the story. The fokus is tntg lgbt and how in real life it happen dlm rumah tangga.
Dari sudut karakter, aku suka versi drama sebab dlm semua aspek, penampilan dan attitude Cahaya melalui perubahan atau anjakan paradigma (giitu ayat. Sorry aku dh ngantuk sbnrya ni).
Dari tak bertudung ke bertudung, dari lembut ke tegas. Cuba mmg spoil kat drama bila karakter Saf masih berhubung dgn cahaya padahal kalau dlm novel takde pun. Ada kebodohan skit dlm wtk cahaya versi drama sbb suka2 keluar dgn Saf dan percayakan dia.
Bagi aku, versi novel ni hijrah yg dilakukan Dean sgt straight forward. Dia takde drama terdampar kat tepi pantai atau berubah jd panas baran. Ia lebih fokus pd usaha cahaya dan dean utk atasi semua mslh yg mereka hadapi. Versi drama sgt drama dgn kejadian pembunuhan balqis.
Teguran seorang pengamal undang2 baru2 ni tentang isu kedudukn cahaya sbg anak tak sah taraf patut diambil perhatian. In my defense as a reader sbnrnya penulis novel dah menggunakan istilah yang betul iaitu Dato( tak ingat nama dia ) adlh bapa biologi cahaya. Bkn bp kandung spt ayat yg dilontarkan dlm drama.
Aku tak tgk lagi pengakhiran dlm drama tp dlm novel ending dia straight forward. Org jahat insaf, keluarga dah berbaik....bg aku ok la cuma mcm cliche skit.
Overall i give 5 star utk keberanian cik penulis menulis isu berkaitan lgbt. Penat tgk novel yg isu rmh tangga dia hanya psl perempuan ketiga. Yg ini, is a real issue
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."
Serius, aku suka sangat jalan cerita Imamku Lelaki Pendosa. Kisah penghijrahan Dean betul-betul buat aku kagum. Argh! Isterinya, Cahaya Malaika terlalu baik, dia terima saja Dean seadanya. Sampai aku sendiri terfikir, "Kalau aku jadi isteri Dean, mampu ke aku buat sama macam Cahaya buat?"
Ujian yang diberikan buat mereka berdua boleh dikatakan besar. Tetapi, Alhamdulillah semua itu mereka dapat harungi dengan baik kerana menerima kekurangan diri masing-masing.
Setiap manusia tak terlepas daripada berbuat dosa. Siapa kita untuk menghukum mereka kerana dosa-dosa itu. Bahkan mereka juga mesti terdetik untuk berubah menjadi lebih baik, tetapi sudah namanya ujian, maka hati mereka sendiri pun berbolak-balik. Sebab itulah orang tua-tua selalu cakap, "Sejahat mana pun kita dan sebanyak mana pun dosa kita, jangan sesekali tinggal solat. Selagi kita tidak tinggalkan solat, Insha-Allah lama-kelamaan kita tanpa sedar akan tinggalkan kancah dosa tersebut."
Terlalu banyak pengajaran yang aku dapat daripada kisah ini. No doubt! Novel ni dah termasuk dalam list favourite novel aku!
I love it! Baru habis baca but I already miss Dean and Cahaya. Huwaaa! Overall, I give this novel, full star 🌟💛
✨ Segalanya tentang pendosa yang ingin ke syurga. ✨
Dean ni memang cukup pakej sebagai lelaki. Cuma satu itu je alahaii! Yang lain perfect! Gentleman. Sangat green flag. Cakap pun tak pernah marah orang.
Tapi saya pelik. Dia tak tinggal solat, siap jadi imam. Tapi.. boleh pula berzina? Like sumpah lah? Buat hubungan gituww? I mean, like kalau sekadar bercinta tu okey, tapi sampai berhubungan tu agak melampau.
Mangsa keadaan yang sebenar, Encik Firdaus dan Cahaya. Sangat-sangat tabah. Saya sangat respect dengan watak mereka ni. Paling menyampah pula; Mak Bibi, Datin Junaidah, Nik Safri dan mak dia. Izfairin tu menyampah juga la, cuma dia tu kelakar bila masuk scene dia haha!
I love Cahaya so much! Dia sanggup terima kelemahan suami sendiri, siap nak bimbing lagi sampai Dean berubah. Ya, bukan senang nak berubah dengan dibuang keluarga lagi, buang kerja, dan dikutuk orang ramai. Tak ada moral support ni sebenarnya sangat susah. Jadi Cahaya ni memang such a good wife! 🥹💕
Cuma ending untuk Datin Junaidah tu macam… tak memuaskan sangat. Sepatutnya dia pun kena balasan sebab bongkak sangat. Buang anak sendiri. Tapi begitu aje nasib yang dia dapat. Hmm… bolehlah..
Dah tahu keluar drama novel ni, tapi tetap nak baca. Bila baca, ehh best pula. Rasa nak layan drama dia. Now, otw nak layan sebab heroin dia dalam drama ni cantik 🙂↕️
I would say, I despise everything about this book. Trust me, I'm so close to throw this book across the room. So disappointing! The plot, the characters, the writing style ugh so meh. Everything is so unorganised and doesn't make sense. There's also a lot of errors in spelling and all like what? Hello, am I reading an unedited manuscript?
The characters, ugh I'm so mad! Why is everyone so ridiculous? Like I can't even relate to anyone, their traits feel so abnormal. Using "You/I" while talking to your siblings? Meh, it's weird and cringe. Do not mention about the writing style, I really can't stand it, it's so cringey for what?! Also, too much information dump annoyed me all the time. I feel like the author is rushing while writing, I can't even fee what I'm reading.
I'm sorry for ranting but this book is not for me.
Best! Cahaya Malaika dihina dan dicaci kerana statusnya sebagai anak tak sah taraf. Dean Ilyas pula punyai rahsia yang mengaibkan. Mereka bertemu dan berkahwin. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan Cahaya. Tetapi selalu saja kecundang. Akhirnya, mereka dikurniakan seorang anak. Dean di buang ibunya apabila videonya jadi viral. Cahaya tetap berdiri teguh kerana cintanya pada suaminya. Dean nekad mahu berubat agar dia boleh jadi yang terbaik untuk bidadari-bidadarinya. Lama dia pergi. Bolehkah Dean berubah setelah sekian lama hidup dalam kegelapan? Bagaimana dengan Encik Firdaus dan Puan Wahidah? Apa jadi pada Dato Seri Afnan dan Datin Junaidah?
Suka dengan sikap Cahaya dan Encik Firdaus yang sentiasa menyokong.
Kita jangan terus pandang serong pada orang yang melakukan dosa. Sepatutnya kita perlu hulurkan bantuan, bagi mereka dorongan untuk berubah. Bukannya terus mencaci, menghina dan sebagainya.
Banyak pengajaran yang boleh kita dapat melalui kisah Cahaya & Dean.
“Jangan pernah bersangka tak baik padaNya. Sedangkan orang yang kufur dan buat dosa pun masih diberi segala nikmat dunia, inikan pula bagi mereka yang dah insaf dan ingin bertaubat. Kita cuma perlu memohon keampunan, tentu Allah akan terima taubat kita. Yang penting Ikhlas.”
So far ni buku ketiga yg aku baca ada unsur gay. Buku sebelum ni, scene gay sikit and dah 100% berubah. But this book menceritakan bagaimana si dean tu cuba untuk berubah dan kembali kepada fitrah. Tak lupa juga tentang bagaimana Cahaya menerima takdir dia dgn hati terbuka. Menjadi anak tidak sah taraf tu tak salah, sbb dia tak pernah minta dilahirkan sebegitu. Tpi yg salah ialah pandangan masyarakat terhadap anak tidak sah taraf. Siapalah kita nak terus mengeji dan menghina sedangkan kita manusia juga tidak pernah lari dari masalah. And paling kagum dengan perwatakan Encik Firdaus. Dia bebetul ayah yang baik. Terima cahaya even know Cahaya bukan anak kandung dia. Respect!
This entire review has been hidden because of spoilers.
“Mungkin takdir untuk Cahaya selalu dipertemukan dengan lelaki-lelaki pendosa yang ada hati ingin ke syurga.” “Walaupun kat akhirat sana belum tentu lagi saya dapat merasa syurga, tapi sekurang-kurangnya saya sudah merasa tempias angin syurga sejak hidup dengan awak.” “Kami adalah pendosa yang teringin untuk merasa nikmatnya syurga di alam sana..”
I love everything about this book walaupun ada sikit geli geli baca 😩 The plot tersangat lain daripada yang lain. Dean Ilyas yang sangat perfect kecuali kurang satu tu je. Cahaya Malaika yang tak minta pun tak dilahirkan begitu tetapi tetap terima takdir dia.
i minat sgt dgn cahaya niiii first time minat gile ii ngn female lead selalunye sebok simping ngn male lead hekhek tpi klini mmg kerash ngn cahaya niiii!! baik mmg baik tpi bkn jenis yg baik sng dipijak tk lembik byk dugaan cahaya ni tpi tabah betol :// yg pling i suke lah dia mmg ikhlas dgn dean tk jijiks jijiks mcm buto baik je odo nk tolong dean berubah awww comei la >< ending je cam ekkk sket pttnye datin tu hmmm tak suke la dia dimaafkan cam gitu je perangai cam sakai je dia tu ngn hidayah tu un same tkde balasan ke tuk minah tu aku geram betolla 💀💀
This entire review has been hidden because of spoilers.