Jump to ratings and reviews
Rate this book

7 Kematian

Rate this book
Kematian hanyalah satu permulaan...

Datuk Makhtar sanggup bersekongkol dengan iblis dan syaitan untuk mengalahkan musuh-musuhnya. Demi membalas dendam, dia perlu melengkapkan tujuh kematian yang berlainan sifat dan kekuatan. Namun begitu, Datuk Makhtar tidak menyedari dirinya bakal membangkitkan satu makhluk yang amat jahat dan kejam di atas dunia. Pertumpahan darah yang amat dahsyat bakal berlaku sekiranya makhluk hitam itu dihidupkan semula.

“Kejahatan takkan selesai selagi kiamat belum menjelang.” - KIYAI

“Makhtar jangan! Dengar cakap aku, jangan! Orang tua ni bukan manusia! Dia hanya ingin memperalatkan kau!” - DATUK KARIM

“Memang jin tu mampu membunuh. Silap langkah, darah dan daging kamu akan menjadi santapan.” - TOK BAKIN

424 pages, Paperback

First published March 15, 2020

38 people want to read

About the author

Saidee Nor Azam

30 books44 followers
Nama pena lain: D. Rafael

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (55%)
4 stars
13 (32%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews43 followers
December 8, 2023
Angkara dendam dan tidak puas hati Datuk Makhtar sanggup menyekutukan Allah. Dia berusaha mengumpulkan 7 khadam yang kononnya mampu memberikan pelindungan kepadanya. Namun tanpa dia sedar diri hanyalah boneka demi tujuan seseorang.

Sebuah kisah yang laju penceritaannya. Penuh dengan aksi-aksi yang mampu membuatkan SH tidak senang duduk sepanjang pembacaan.

Cuma di hujung cerita, ada 1 fakta yang agak lari sedikit daripada kisah asalnya iaitu Margasatwa. Menurut Tamrin, Ariga kalah dengan abangnya iaitu Tamar. Tapi kalau nak diikutkan Ariga sebenarnya kalah kepada Jagat iaitu guru kepada Tamar dan Tamrin.

Walaupun kisah ini ada sedikit kaitan dengan siri Margasatwa namun kalau dibaca secara 'stand alone' masih lagi boleh difahami tanpa ada persoalan besar yang tertinggal.

SH memang geram dengan Datuk Makhtar tu. Dahlah panas baran. Layan isteri pun dengan keras. Nasib baiklah dia masih melayan anak dia dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Lepas tu sanggup pula ikut cakap Tok Bakin tu semata-mata inginkan kuasa yang bersumberkan dari iblis.

Bukan geram dengan Datuk Makhtar je, yang lain pun boleh mendatangkan marah ye. Seronok pula mereka ni menjatuhkan pihak lawan walau dengan apa cara sekali pun. Bomoh dah macam menjadi pilihan utama. Yang sana Tok Bakin. Yang sini bomoh siam.

Dan dalam naskah ni nyata terlihat betapa halusnya permainan Iblis dan syaitan ni. Licik dan penuh muslihat. Di sebalik yang dijanjikan ada imbalan yang diperlukan. Dan sememangnya itulah tugas mereka. Menyesatkan umat manusia hingga ke akhirnya.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
September 12, 2020
[103-2020]

#7Kematian #SaideeNorAzam

Berkisar mengenai Makhtar yang ingin membalas dendam terhadap musuh yang menjatuhkan kedudukannya dalam syarikat. Dia bertemu Tok Bakin yang dikatakan mampu membuatkan Makhtar kembali bangkit. Namun, tak siapa menduga dalam diam Tok Bakin punya rencana tersendiri.

Kesimpulannya, novel 7 Kematian ini punya plot penceritaan yang saya kira 'segar', penulis punya idea yang sangat bagus. Ditambah lagi dengan tersusunnya gerak cerita membuatkan novel ini berjaya membuatkan saya fokus sehingga halaman terakhir. Elemen seram yang diterapkan juga terasa terutama sekali apabila melibatkan babak mereka mencari khadam Makhtar. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
October 30, 2020
7 kematian sebuah novel yang membawakan cerita mengenai Datuk Makhtar yang terlalu berdendam bkla dirinya dianiaya sehingga sanggup bersekutu dengan kejahatan.. Malangnya tanpa Datuk Makhtar sedari, beliau telah jatuh ke dalam perangkap kejahatan yang sangat kejam..
Profile Image for Safura Mizhar.
48 reviews5 followers
January 31, 2025
7 Kematian adalah sebuah karya yang penuh dendam, tamak dan keserakahan manusia yang menyebabkan seseorang hilang pertimbangan dan mengorbankan segalanya demi mencapai tujuan peribadi.

Datuk Makhtar dikuasai rasa tidak puas hati setelah kedudukan yang dijanjikan dalam syarikat tidak ditepati malah dikhianati oleh rakan sendiri, Datuk Karim. Dia sanggup menyekutukan Allah dengan meminta bantuan Tok Bakin. Datuk Makhtar perlu mengumpulkan 7 khadam untuk mendapat kuasa bagi mengalahkan musuh-musuhnya.

Cerita tak berapa seram sangat, horror yang ringan. Setiap khadam tu ada sejarah sendiri, membantu menambah dimensi pada cerita ni.

Penulis berjaya mengingatkan kita untuk tetap berpegang pada iman dan bahaya tipu daya syaitan. Satu persoalan, macam mana Kiai yang sudah dikatakan meninggal boleh hidup semula dan membantu Syafiq dalam perang ini?
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
May 6, 2024
Memang horror cerita ni. Baca malam² sebelum tidur, boleh masuk mimpi, pasty mimpi pasal setan yang bukan². Horror!
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
July 24, 2020
Salah satu cerita seram terbaik dari pengarang. Dari awal sampai akhir, memang sukar untuk diletakkan. Mesti nak baca sampai habis. Jalan cerita menarik dan padat dengan isi. Recommended read untuk sesiapa yang ingin mula membaca karya dari Saidee. Good job Saidee! 👍🏻
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
January 3, 2023
My 1st reading for 2023

Jalan cerita yang mengisahkan sifat tamak dan dendam boleh membuat seseorang itu hilang pertimbangan yang wajar.

Sebagai orang islam, kita dilarang sama sekali terlibat dalam hal yang menyekutukan Allah Yang Maha Esa.

Percayalah setiap dugaan yang dititipkan buat kita pasti ada hikmah dan kebaikan. Jalani dan nikmati dugaan kita ini.
Profile Image for Kai Tungkai.
24 reviews1 follower
January 12, 2021
Ceritanya biasa-biasa sahaja. Penceritaan mengenai sejarah setiap khadam agak menarik. Setelah habis membaca novel ni terasa jalan ceritanya seakan sama dengan movie 13th Ghost. Cuma yang ni hanya 7 sahaja dan diubah menjadi versi nusantara.
Profile Image for CutieDora.
15 reviews1 follower
June 15, 2021
One of my favourite novel. Congrats writer 👏👏👏
Profile Image for Mohd Ashmunir.
171 reviews3 followers
March 17, 2024
Best… Jln cerita yg menarik… watak2 yg menarik… perkembangan dan klimaks yg mantap… cuma satu je yg kureng… saiz tulisan kecik sgt… haha
99 reviews2 followers
Read
March 22, 2023
Nota untuk aku

Novel yang aku baca tanpa rasa nak berlengah untuk menghabiskan.Dan aku suka novel yang ada 'isi'. Tapi ada part cerita yang aku x gemar iatu pengulangan cerita yang di ambil dari novel penulis sebelumnya terlalu panjang.Contoh bab Silirwati.Nak di skip rasa sayang akhirnya aku baca juga walau terasa agak sebal.Tetapi keseluruhannya, novel seronok di baca.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.