Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tetapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar.
Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tetapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi? Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar.
Tetapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri.
“Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak.” - Nizam
“Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni.” - Fauziah
“Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang.” - Irwan
“Saya rasa macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam.” - Hajar
Nizam seorang pengidap bipolar disorder selalu terperuk di kampung. Tetapi kedatangan sepupunya ke kampung membuka ruang untuknya bekerja di Kuala Lumpur. Hasrat bekerja disertakan dengan hasrat ingin mencari Hajar. Namun tiba-tiba terdapat gangguan yang mula terjadi padanya.
Pada awal naskah, pace cerita agak perlahan dan membosankan. Kerap berhenti pembacaan SH di awal cerita. Namun di tengah cerita pace penceritaan meningkat dan berjaya memancing sifat ingin tahu SH hingga buku terus lekat di tangan hingga habis pembacaan.
Konsep yang menarik sakit mental + gangguan. Hingga SH pon keliru gangguan ni sekadar ilusi atau benar-benar sebuah gangguan. Dan sama pulak dengan Nizam yang sendiri keliru dengan apa yang dialaminya.
SH geram betul dengan Luqman. Membara je baca tentang kelakuan dia. Kalau Nizam tu memang seorang pesakit mental tapi Luqman ni lebih teruk. Tak sakit tapi perangai macam orang takde otak. Geram sungguh.
Dan dengan pembacaan naskah ni dapat menambahkan pengetahuan SH tentang bipolar disorder. Yelah kalau baca kat google mahu tidur pulak. Bila baca secara santai melalui naskah fiksyen taklah terasa bosan walaupun maklumat tu sampai.
Tapi ending cerita ni memang bermain dengan emosi sungguh. Geram, sedih, pilu semua ada. Kalau yang sukakan bahan bacaan pasal kesihatan mental ni korang patut baca naskah ni. Memang best.
First time Yam beli buku seram karya penulis Murni Aqila.. Novel ni tak seram sangat pada Yam tapi attractive..Yam dah start baca susah nak berhenti.. Yang pertama Yam suka sbb jalan cerita dia teratur dan jelas.. Tak tergantung.. Jalan cerita mengenai pesakit bipolar yg diganggu dengan benda mistik.. Mcm tak percayakan? Sama ada sbb bipolar tu atau memang ada benda yg kacau.. Yam pun asalnya keliru.. Bila dah reveal semua benda, tiber jadi emosi ea🥺😭..
Bayangan mengangkat tema yang jarang disentuh secara mendalam dalam karya fiksyen iaitu masalah kesihatan mental..turut diselitkan elemen gangguan emosi, dan kehilangan orang tersayang. Gabungan ini menjadikan naskhah ini bukan sahaja menyentuh emosi, malah membuatkan pembaca berfikir.
Jalan ceritanya serius, namun langsung tidak membosankan. Permulaan cerita agak mengelirukan — kenapa tiba-tiba Nizam berubah? Tapi di situlah keistimewaannya. Penulis bijak menyusun plot agar pembaca tertanya-tanya dan terus mahu menyelak halaman seterusnya. Terima kasih buat penulis kerana mengetengahkan penyakit bipolar disorder, yang sering tidak difahami masyarakat. Nampak sihat di luar, tetapi sebenarnya sedang bergelut secara dalaman.
Watak Mak Uda sangat menyentuh hati — seorang ibu yang penuh kesabaran menjaga Nizam yang sakit sambil menanggung kehilangan anak perempuannya, Hajar. Air mata mudah jatuh bila sampai ke babak-babak akhir. Kisah Hajar benar-benar menyayat hati. Hidupnya penuh kesengsaraan… sampai ada bahagian yang aku sendiri terpaksa skip sebab terlalu pedih untuk dihadam (part kisah Hajar)😭😭😭
Kisah buku ini pula buat aku berteka-teki — berjayakah Nizam temui adiknya? plmempersoal tentang siapa sebenarnya yang mencekik Nizam itu bapak angkat Hajar ke? Epilog seperti memberi bayangan tentang jawapan, khususnya mengenai jacket yang disebut… mungkinkah itu petunjuk? Atau mimpi yang dialami hanyalah suara Hajar cuba memanggil abangnya? Banyak tanda tanya tergantung yang menjadikan pembaca bebas membuat interpretasi sendiri.
---
Apa yang menarik tentang Bayangan?
Mengetengahkan isu kesihatan mental secara realistik dan penuh empati
Jalan cerita emosi dan berat, namun tidak terlalu teknikal untuk difahami
Ada elemen thriller dan seram tapi tidak keterlaluan – cukup untuk menambah rasa misteri
Watak yang kuat dan relatable, terutama Mak Uda dan Hajar
Penceritaan yang meninggalkan kesan mendalam, membuat kita lebih peka terhadap orang sekeliling.
---
Kesimpulan:
Bayangan bukan sekadar kisah kehilangan. Ia adalah perjalanan tentang jiwa yang rapuh, trauma yang menyeksa, dan kasih sayang yang tak pernah putus walau diuji dengan derita. Buku ini berjaya menyampaikan mesej bahawa tidak semua luka boleh dilihat dengan mata, dan tidak semua orang yang senyum itu sedang bahagia.
Highly recommended untuk pembaca yang sukakan naskhah yang berat, berisi dan menyentuh emosi.
Bagi saya penulis dapat ketengahkan penceritaan tentang pesakit bipolar disorder. Pada mula cerita agak perlahan tapi sebab tak nampak arah tuju cerita, tapi cerita mula rancak bila cerita mula masuk bab tengah. Cerita tentang nizam yang berperang dengan penyakit bipolar dengan kedatangan seseorang yang Rupa seakan orang yang dia kenal menambahkan konflik yang sedia ada yang sedang dihadapi, seram Dan misteri dalam cerita agak perlahan kadang2 kita dapat membaca apa yang bakal berlaku. Cuma Pada pengakhiran buku penulis dapat menyentuh hati para pembaca, terima kasih penulis sebab dah buatkan saya habiskan buku anda dalam masa satu hari sahaja
"Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang nizam dah buat, kadang kadang nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul2 jadi, entahlah.. Nizam macam tak berapa sedar, mak" - nizam
"Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam katlengan nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi nizam ke a macam ni" - fauziah
9/10.❤️ Cerita dia simple but yang menariknya cerita ni digabungkan dengan penyakit bipolar disorder dan mistik. Makin kita membaca sehelai demi sehelai menyebabkan kita nak tahu apa jadi lepas tu. Wataknya pun simple je but pembangunan watak makin lama makin menarik. Banyak plot but mostly banyak plot sedih sebab perpisahan adik beradik start this plot jadi makin hura hara main character. Cerita tentang Hajar adik kepada Nizam sangat menyayat hati, rasa sebak dan hiba kejadian yang menimpa dia. Apa yang aku tertarik adalah plot keseksaan adik dia sama macam plot Nizam diganggu setiap bayangan tu muncul. So, I amazed the writer can brought story mystical and bipolar for the same situation. But banyak kekurangan dalam cerita ni lagi sebenarnya, by hook or by crook. I'm happy finished this novel and I'm satisfied reading this work from Murni Aqila. Good job👍
Pada pandangan peribadi saya, kisah ini sangatlah sedih dan meruntun jiwa. Ikatan erat antara seorang adik dan abang sungguh indah. Misteri bayangan yang mengganggu Nizam, sama ada disebabkan oleh penyakit mental yang dihadapinya ataupun gangguan makhluk halus terungkai akhirnya melalui petanda dalam mimpi Nizam.
Kisah ini seram tapi lebih kepada mainan emosi sedih berbanding tumpuan kepada emosi takut.
Pada akhir buku ini, terdapat satu ruangan ilham penulis. Penulis berkongsi cabaran beliau ketika menyiapkan manuskrip novel ini. Ada juga disebut agar tiada spoiler mahupun review dicatatkan oleh pembaca. Saya tak pasti kalau-kalau permintaan itu masih berkuatkuasa hingga ke hari ini.
Bagaimanapun, saya sangat mengesyorkan buku ini kepada peminat kisah seram. Terima kasih untuk karya hebat ini!
Aku baca buku ni sbb aku pon pesakit Bipolar. Tapi rupanya kisah ni lebih kepada misteri. Mula2 ingatkan dia berhalusinasi je. Tapi aku cuba berfikir seperti penulis mcm tak mungkin la kan..sebab ketara sgt. Sbb awal2 dia ckp dia ada Bipolar. So takkan begitu mudah teka teki selesai kan. Dan aku dah agak dah Hajar tu bukan adik dia. Haha sorry spoiler sikit. Overall bestla citer ni. Tapi kalau buat Hajar dan Nizam tu kembar lagi syok. Yela kan kembar dia ada persamaan. Tapi kembar yg tak sama muka la. Kalau sama kang snngla dia tahu Hajar tu bukan adik dia. Hehe. Last, aku teringin nak cerita ni dibuat drama. Tujuan aku supaya dpt spread awareness about mental illness ni kpd society. Keep it up penulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
9 tahun lamanya Nizam menderita kerana Bipolar Disorder. Selama itulah dia hidup di dalam dunianya sendiri.
Dengan takdir Allah, pada suatu hari dia sembuh. Lantas dia membulatkan tekad untuk meninggal kan kampung mencari rezeki di Kuala Lumpur & juga mencari satu2 adik kandungnya Hajar.
Pencariannya di Kuala Lumpur akhirnya menemukannya dengan seorang Hajar, tetapi adakah itu Hajar yang dicari?..
Detik itu juga, Nizam mula sering dihantui mimpi ngeri, bayangan & gangguan sehingga menyebabkan dia sakit semula..
Saya suka gaya penceritaan penulis ini, bagi saya punyai turutan yang "smooth". Ia membuatkan saya tertanya2, next!
Tahap seram dia 1/5 shj. Selebihnya lebih kepada kekeluargaan dan kisah hidup Nizam, pesakit bipolar disorder dalam merungkai misteri kehilangan Hajar dalam hidup dia. Masa baca tu memang dapat rasa ni based on true story sebab cerita dia sangat real. Semoga semua mental illness patients dapat kesembuhan dan menjalani kehidupan macam orang biasa. Permulaan cerita agak slow pace, dah hujung baru dapat momentum. Sedih betul ending cerita ni. Tak cliche, less love story, realistic. 3 stars sbb im expecting lebih seram sebab cover buku dia mcmtu.
Tahniah buat penulis.. Sha tak sangka novel ini sangat menarik dan mempunyai isi yang tak dijangka.. Pesakit Bipolar Disorder yang menerima gangguan mistik.. Memang sebuah kisah yang menarik.. Penulis juga berjaya memberikan info mengenai manusia yang sesuka hati melakukan kesalahan dan akhirnya dihukum dengan bantuan dari pihak berwajib.. Sebuah novel seram yang sarat dengan kasih sayang seorang ibu..
Novel seram yang sangat best pernah saya baca. Mengisahkan tentang hubungan ibu dan anak, serta misteri kehilangan seorang budak perempuan bernama Hajar. Daripada first sampai akhir baca, mengalir air mata. Walaupun novel seram, tapi ceritanya lebih fokus kepada emosi dan hubungan kekeluargaan. Boleh dibaca pada waktu malam sebab tak menakutkan.
Sorry maybe not for me lah huhu. Seram nya tu agak cliché sikit tak mampu nak teruskan baca 😭 maybe next time akan ku teruskan baca balik sebab org review macam best je storyline nya tu.
For me. Author karang jalan cerita terlalu slow😢 i just baca part awal n last je sebab nk sgt tahu ending dia🤭 i become more appreacite after know that some part is a true story🥺❤
This entire review has been hidden because of spoilers.
I knew something was off went the author reveal it a bit too early and macam tak ada kaitan dengan gangguan tu. At first macam clueless juga sebab tak nampak arah cerita ini sampailah nak dekat ke penghujungnya terus jadi sayu and sedih sangat-sangat 🥲
This book, element seramnya tak seberapa like 1/5 je. Dia lebih kepada mystery and tbh heartrending. First horror book yang buatkan I sedih tahap nak menitis air mata and also jijik. Jijik dengan perbuatan manusia bodoh 😔🙏🏻 Kena termenung jap lepas habiskan bacaan ni sebab nak rasionalkan balik minda and hilangkan loya.
Personally, this book deserves more recognition. Permulaan cerita ni pace dia a bit slow and jujurnya sedikit boring. Also slowly juga the storyline gets interesting and buat I eager nak tahu apa kaitan Hajar dan gangguan tu. Sangkaan I meleset sebab the plot twist was a bit shocking also heartbreaking 🥺
•Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Nizam yang menghidap penyakit bipolar berusaha untuk mencari Hajar selepas 17 tahun hilang tanpa khabar. Dalam usaha pencarian tersebut, dirinya sering diganggu dan diekori oleh ‘sesuatu’.
-1 bcs there are just a bit scary for me yeah buku seram kan supposed to be takut pasal hantu but aku lebih takut dkt manusia (mentioned MEN) dalam story ni. And I didn’t expect this book to be so sad from the beginning till the end😭 It’s tell us how struggle people who diagnosed bipolar disorder to live as normal person, the way people around him take care of him.
And tahniah to the author for leaving me in tears at the last chapterss😭😭Very recommended for people who didn’t like horror stories(if u scare to read any horror so this book is for you) hehe.