Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog Pencinta Buku

Rate this book
Dunia pencinta buku adalah suatu dunia yang cukup mempesonakan dan amat mengasyikkan. Ia ibarat kenikmatan yang sukar diekspresikan tetapi kelazatannya amat dirasakan, dalam diri pencinta buku atau bibliofil.

254 pages, Paperback

Published January 1, 2020

6 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Shaharom T.M. Sulaiman

24 books44 followers
Shaharom TM Sulaiman merupakan seorang pengarang Malaysia dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepustakawanan. Beliau dilahirkan pada 23 April, 1962 di Pekan, Pahang. Berkelulusan Diploma Pemikiran Islam, Sarjana Muda Sains Perpustakaan & Maklumat dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (18%)
4 stars
9 (40%)
3 stars
5 (22%)
2 stars
3 (13%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
August 27, 2021
Seperti biasa esei-esei tentang buku sentiasa menambah rasa cinta terhadap buku dan membaca. Dalam buku ini terdapat banyak esei yang memberikan maklumat baharu dan segar, namun ada juga esei yang membicarakan hal-hal yang sudah biasa diulang di mana-mana. Sayangnya ada dua buah esei yang mempunyai pertindanan isi yang agak besar sehingga hampir sama sebahagiannya. Manakala kualiti imej kulit-kulit buku juga boleh ditambah baik oleh penerbit pada masa akan datang.

Dari segi judul, buku ini menggambarkan travelog, namun ia agak melencong dan untuk memberi ‘benefit of the doubt’, mungkin maksud travelog di sini boleh ditafsirkan kepada dua aspek: kembara fizikal untuk mengenali dunia buku luar negara dengan lebih akrab, dan kembara spiritual untuk mendekatkan buku dengan jiwa.

Kesemua esei dikategorikan kepada enam bahagian. Ada tiga bahagian yang memberi pengisian yang amat memuaskan iaitu bahagian tiga, empat dan enam. Pembaca dapat mengenali ramai tokoh pengarang seperti Edward Said, Enid Blyton, Eva Ibbotson, Rumi dan Gabriel Garcia Marquez. Turut dibicarakan ialah orang terkenal yang kisah mereka telah dibukukan, seperti Ngah Ibrahim. Idea-idea seputar oksidentalisme, feminisme, pengurusan dan banyak lagi juga dikongsikan dengan baik.

Keseluruhannya, buku ini berbaloi untuk dimiliki terutama untuk para pemula yang baru terjun ke dunia bibliofil. Namun, sebagai pembaca yang mengikuti perkembangan karya Shaharom TM Sulaiman sejak remaja, berasa agak terkilan dengan kemerosotan mutu penerbitan kali ini.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
March 10, 2021
Sangkaan saya bahawa buku ini akan membawa saya menjelajah ke tempat ikonik sastera, kedai-kedai buku ataupun perpustakaan, ternyata bukan. Pada awal bab sahaja penulis membawa ke Bandung, Beijing dan Melbourne, selebihnya penulis menukilkan 'travelog' yang dimaksudkan penulis adalah perjalanan mengenal sastera tanah air dan luar negara seperti Charles Dickens, Enid Blyton, Gabriel Garcia Marquez, Sophie Kinsella dan sebagainya.

Memandangkan sebelum ini saya telah banyak menghabiskan bacaan buku (berkenaan buku) dari penulis yang sama, tidak dapat tidak ada pengulangan beberapa artikel yang telah saya temukan sebelum ini. Namun, saya suka dengan kemas kini statistik yang dikemukakan oleh penulis yang seringkali diungkapkan dalam buku sebelumnya bahawa dapatan kajian PNM (2017) menunjukkan rakyat Malaysia membaca sebanyak 15 buah buku setahun; peningkatan daripada 2 buah buku setahun (1996).

Untuk buku ini, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan diberi tumpuan oleh penerbit untuk cetakan yang akan datang termasuklah suntingan sambungan (pengunaan sempang) di setiap penghujung baris kata sangatlah mengganggu pembacaan.

Contohnya "..pengkri-
tik..."
"..se-
mentara..."

Selain itu terdapat juga bab pengulangan iaitu bab 7 dan 27.
Profile Image for syufayqa.
46 reviews3 followers
January 19, 2021
Unpopular opinion:

Saya rasa buku ini perlu beberapa penambahbaikan, antaranya:

-Gambar yang disertakan sebahagiannya adalah tidak jelas. Adalah lebih baik sekiranya gambar lawatan penulis ke beberapa tempat yang disenaraikan adalah gambar peribadi yang diambil sendiri oleh penulis agar pembaca dapat merasai nilai “eksklusif” kerana telah memiliki buku ini.

-Saya rasakan buku ini seperti tidak disunting. Ini adalah kerana saya lihat terdapat beberapa kesalahan dari segi gaya penulisan dari segi teknikal mahupun tatabahasa.

-Selain itu saya juga merasakan beberapa ayat adalah seperti di “google translate” atau diterjemah secara literal yang menyebabkan sedikit kejanggalan dalam pembacaan.

-Saya juga berharap adanya penutup buku ini dari sudut perspektif penulis kerana pembaca juga ingin tahu pola pemikir dari penulis itu sendiri selain dari pendahuluan yang telah disampaikan oleh penulis.

-Mengenai buku-buku feminisme, menurut saya adalah lebih baik jika penulis menyatakan bahawa buku-buku tersebut merupakan antara buku-buku yang bersifat “controversial” kerana ianya boleh membahayakan pemikiran pembaca yang tidak berlatarbelakangkan ugama (dari segi pendidikan) contohnya pemikiran Aminah Wadud. 😣

-Mungkin juga saya terlalu mempunyai “high expectation” terhadap buku ini yang membuatkan saya terpaksa memberi 2⭐️ sahaja.

Semoga terdapat penambahbaikan pada buku-buku yang akan datang dan didoakan semoga lebih maju jaya. Aamiin 🤲🏻
337 reviews15 followers
November 12, 2020
Menambah koleksi buku mengenai buku sudah menjadi hobi baharu. Travelog Pencinta Buku membawa kita mengembara ke kedai-kedai buku di Bandung, Beijing dan Melbourne. Pembaca juga dbawa mengembara ke dalam buku-buku yang diulas penulis. Buku yang menarik untuk dibaca ulangkali.

Namun saya berasa sedikit terganggu dengan susun atur buku ini. Terdapat tanda sepang dalam perkataaan mungkin disebabkan susun atur yang kurang teliti. Juga ada kesalahan ejaan dan struktur ayat yang janggal. Terpujuk hati bila pengarang dan penerbit memasukkan perenggan akuan semakan pada mukasurat hakcipta dan akan membuat pembetulan pada edisi akan datang.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
July 17, 2020
3.5 bintang untuk buku ini

“Dalam diri bibliofil terkumpul tiga sifat luar biasa yang merupakan identiti personaliti seorang pencinta buku. Ia merupakan pengamal budaya membaca yang tinggi, pembeli atau pemburu buku yang luar biasa. Ia juga merupakan pengumpul buku atau bahan bacaan yang akhirnya mempunyai perpustakaan peribadinya sendiri.” .

Aku menjangkakan buku ini akan dipenuhi semata-mata dengan cerita-cerita tentang pengembaraan menjejaki kedai buku mahupun perpustakaan yang ada di serata dunia. Tetapi ternyata tidak. Hanya pada awal bahagian, penulis mencoretkan pengalaman beliau berkunjung ke beberapa buah kafe buku dan perpustakaan di luar negara.

Dalam bab-bab seterusnya penulis turut menyentuh tentang budaya membaca, memperkenalkan pembaca dengan tokoh penulis yang hebat, mencadangkan daftar bacaan dan karya-karya besar sehingga timbul keterujaan pembaca untuk turut membacanya dan juga membincangkan seputar isu yang berkaitan dengan biblioholisme.

Jadi, buku ini bukanlah semata-mata tentang kembara buku secara lahiriah tetapi mencakupi dunia buku keseluruhannya. Ya, kembara seorang pencinta buku bukan hanya bertumpu di perpustakaan mahupun di kedai buku. Mencari buku, mengenalinya kemudian jatuh cinta itulah sebuah pengembaraan yang mengasyikkan bagi seorang pencinta buku.

Cuma, beberapa kesalahan minor membuat aku sedikit ralat. Pertama, terdapat beberapa kesalahan ejaan namun tidak menjejaskan maknanya (moga diperbaiki untuk cetakan seterusnya). Kedua, berlaku pengulangan pada bab 7 dan 27. Aku sendiri tidak pasti sama ada ini disengajakan atau apa.


Secara keseluruhan, naskhah ini menarik untuk dibaca oleh sang pencinta buku atau yang sedang ingin belajar jatuh cinta kepada buku. Jauh di sudut hati sebenarnya aku menginginkan lebih banyak cerita kembara ke kafe buku dan perpustakaan di negara kita yang tak kalah hebatnya juga. Semoga saja akan ada yang berkisah tentangnya suatu hari nanti.
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
August 2, 2020
“Books are the planes, and the trains, and the road. They are destinations, and the journey. They are home.”

- Anne Quilden, How Reading Changed My Life

Seperti buku Biblioholisme yang ditulis oleh penulis sebelum ini, buku ini juga membawa saya kepada sebuah pelayaran yang cukup indah tentang pesona dunia buku.

Puas? Sudah tentu.

Kerana banyak info mengenai dunia buku dan perangai bibliofil dimuatkan dalam “Travelog Pencinta Buku” ini.

Ada juga beberapa buah fikir penulis yang membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk mencerna dan menilai semula suasana perbukuan negara kita.

Antaranya:

- Apakah jumlah orang yang membaca meningkat selaras dengan banyaknya buku yang ada dalam pasaran?
- Apakah usaha yang lebih jitu untuk memasyarakatkan budaya membaca?
- Sampai manakah pencinta-pencinta buku harus berperanan untuk menarik lebih ramai orang menjadi bibliofil yang berilmu pengetahuan?

Bagi saya, persoalan-persoalan ini dibentangkan secara ilmiah oleh penulis dan berjaya menjentik hati dan akal ini untuk berfikir.

Penulis juga membawa saya menghargai usaha-usaha komuniti buku yang kebanyakannya bergerak secara sukarela untuk memasyarakatkan budaya membaca dalam masyarakat.

Jujur saya katakan, komuniti buku dan rakan pembaca amat memberi kesan yang besar dalam menaikkan semula semangat membaca saya.

Terima kasih.

Satu wacana yang amat baik ditunjukkan oleh penulis apabila beliau sendiri menyatakan keperluan untuk negara ini mempunyai daftar baca kebangsaan supaya menjadi rujukan kepada anak bangsa menikmati sejarah peradaban negara tercinta.

Salah satu topik yang paling mencuri tumpuan saya adalah mengenai pelbagai ragam pembaca yang dirakamkan oleh penulis.

Ada pembaca yang mampu membaca buku sambil berjalan kaki seperti Lord Thomas dan Babington Macaulay.

Ada pula yang sanggup mengikat rambut pada tiang supaya tidak lekas mengantuk seperti Sun Ching.

Dan ada pula yang tersesat ketika asyik membaca sambil berjalan seperti yang dialami Thomas Haerne.

Kita tak dapat nafikan dunia buku ini sememangnya mempunyai pesona yang cukup indah dan asyik jika seseorang itu sudah tenggelam di dalamnya.

Lihatlah ulama Islam seperti Jahiz yang dihempap oleh rak buku beliau sendiri ketika mahu mengambil buku di tingkat atas raknya, dan beberapa ulama lain yang tidak jemu membaca kitab yang sama sebanyak beribu-ribu kali.

Tanpa jemu!

Kesimpulan mudah, milikilah buku ini dan nikmatilah pengembaraan dan keterujaan seorang pencinta buku.

Pelik tetapi indah.
Profile Image for MN Khamis.
25 reviews
June 2, 2024
Saya teruja membeli buku ini apabila membaca tajuknya. Berbalut plastik tanpa berfikir panjang mengenai isinya.

Tapi setelah dibaca saya sedikit hampa dengan mutu penulisannya.

Saya rasa pernah membaca dari penulis yang sama tapi untuk yang ini agak sakit mata dan jiwa untuk menghadamnya.

Seolah-olah tiada penyunting.

Bab-bab terakhir seperti tunggang langgang ayatnya. Adakah disalin dari sumber lain dan digunakan google translate untuk diterjemahkan ke dalam bahasa melayu?

Profile Image for Mukhlis Nasri.
10 reviews
June 28, 2021
Buku banyak menceritakan tentang peribadi penulis dalam meminati buku. Agak membosankan, tapi mungkin menginspirasikan bagi sesetengah orang.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.