Jump to ratings and reviews
Rate this book

Miss Awesome

Rate this book
Ben, abang kepada Shuhada, merupakan seorang pemantun yang pernah mewakili Malaysia ke tahap antarabangsa. Shuhada bercita-cita mahu menjadi seperti abangnya dan memasuki Akademi Usman Awang, tempat bermulanya legenda karier Ben sebagai seorang pemantun.

Namun, alangkah terkejutnya Shuhada apabila sekolah itu dipenuhi pemantun dari serata Malaysia yang mendaftar kerana sistem istimewa sekolah itu: Laga Pantun. Bagi mewakili sekolahnya sebagai seorang pemantun, Shuhada harus mengalahkan ramai pesaing yang berbakat.

Namun bagaimana dia mahu mengalahkan mereka, jika Ben langsung tidak pernah mengajarkan asas pantun kepadanya?

118 pages, Paperback

First published July 1, 2020

2 people are currently reading
47 people want to read

About the author

Osman Deen

13 books109 followers
Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;

Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (59%)
4 stars
28 (38%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
August 26, 2021
DAEBAK! Bayangkan korang laga pantun, tetapi gaya anime: garuda & rimau menjelma sebagai bayang dan berentap di gelanggang! Lagi berseni dan nuansa pantun, lebih rancak berpencak!

Serius ini fantasi Malaysiana yang patut korang baca!

Harry Potter meets YuGiOh meets Shokugeki no Souma meets Pantun.

Di Akademi Usman Awang, para pelajar dibahagikan kepada 4 Panji: Garuda, Jentayu, Petala & Cenderawasih.

Mereka dibenarkan untuk mencabar sesama sendiri untuk berlaga pantun. Gelanggang akan dibuka secara rasmi & pemenang akan diberi markah berdasarkan kemenangan & keindahan bahasa yang digunakan.


Idea yang unik! Plot yang lancar & watak yang menarik: semuanya dipakej dalam novel ini: Miss Awesome!
Profile Image for Glow.
81 reviews
January 20, 2023
Aku suka idea penulis. Tapi bila baca ending... aku rasa macam akan ada sekuel je 😁 Nak-nak identiti ehem tu masih buat aku tertanya-tanya. Kalau ada, cepat sikit terbit ye. Nak baca untuk sekuel pulak 😂
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
September 19, 2020
Apa yang boleh aku katakan, penulis memang sangat pandai menulis. Sebaik sahaja tau bahawa penulis juga merupakan seorang scriptwriter, baru aku macam, “Now that makes sense!” Kudos to writer. You can expect great things coming from him. He’s blooming and he will bloom fast.

Buat sesiapa yang mengikuti review aku dari 2018 onwards, hampa akan tau bahawa aku tak sesenangnya memuji sesebuah buku. I’m a bit critical when reviewing books. Dan suka untuk aku katakan bahawa karya ni masuk kategori excellent.

PLOT

Dari segi plot cerita, tak banyak yang boleh dilakukan untuk sebuah kisah fantasi yang limitnya hanya 22K. Untuk buku pertama, cukup rencahnya. Aku memang mengharapkan subplot yang centered kepada watak utama (instead of watak sampingan). Aku juga mengharapkan lebih daripada plot yang 70% centered kepada Laga Pantun. I want to know more about the worldbuilding, AkUA & the history. Tapi disebabkan ini karya pertama dan susah nak fit fantasy genre dalam 22K, bolehlah dimaafkan.

Kalau hampa mahukan karya yang fast paced, ‘bam bam bam’, hampa akan suka plot karya ni. Penulis pandai buat cerita stail ni.
Tapi kalau hampa mmg peminat tegar genre fantasi, hampa mungkin mengharapkan lebih lagi.


WRITING

Kebiasaannya scriptwriter memang pandai menulis, terutamanya dialog yang hidup. So hampa akan enjoy bila watak2 ni berbicara.


CHARACTER
Aku cuma mengharapkan lebih emosi watak utama, instead of watak sampingan. Satu lagi, ada watak yang disebut2 banyak kali seolah2 penting sangat untuk plot cerita. Alih-alih terbang dibawa angin. Ini antara pet peeve aku je la. I know the purpose is for a sequel but if you don’t wanna pay off in this book, then just mention it once. No need sampai 3 to 4 times.


All in all, it’s worth reading. Must have in your collection.

Tahniah buat penulis! 💪🏻😍👏🏻👏🏻
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
August 13, 2020
Kisah perjuangan Shuhada dalam dunia pantun, bagi mengikut jejak langkah abangnya, Ben, yang merupakan pemantun yang disegani.

Akademi Usman Awang - institusi yang bagi aku seakan-akan macam Hogwarts. Ada macam-macam kursus pengajian tapi berpantun itu satu aktiviti wajib. Bestnya kalau tradisi pantun dapat terus berkembang dalam generasi kita sekarang ni.

Jalan cerita yang smooth. Gabungan watak serta perwatakan mereka juga direncah dengan baik. Konflik yang ada pun tak berat dan membebankan pembaca.

Menerapkan nilai persahabatan, keluarga (adik beradik), senior junior. Plot twist yang ada pun cantik je.

Nilai murni : terus berusaha meskipun jatuh berjuta kali. Mulai dari bawah dan terus jadi hebat! Jangan berputus asa.

Kepada penulis, tahniahhh! Serius suka dengan cerita ni. Saya bagi 🌟🌟🌟🌟
Profile Image for SS.
514 reviews5 followers
February 28, 2021
Saya start cari buku Miss Awesome ini selepas baca review di GR. Kebetulan, memang mood nak membaca buku keluaran Bookiut. Tambahan, bila baca sinopsis, katanya diselitkan pantun. So, lagi membuak-buak rasa nak baca.

Mengisahkan tentang Shuhada yang ingin mengikuti jejak langkah abangnya iaitu Ben. Ben yang handal berpantun telah menjadi buah mulut orang. Kemasukan Shu di sebuah akademi kesenian paling ternama di Malaysia iaitu Akademi Usman Awang(Akua) yang sama dengan abangnya telah menjadikan dia sebagai perhatian pelajar di sana. Mereka sangkakan Shu sama mcm abangnya. Handal berpantun. Padahal, hanya Shu saja yang tahu realitinya bagaimana. Nak tahu apa kena bacalah Miss Awesome ini.

Di Akua, kalian akan dibawa menyelusuri keunikan akademi itu. Dapat rasa vibes seperti cerita Yu Gi Oh, Pokemon dan seangkatan dengannya.

Saya akui saya tertarik dengan cara penyampaian dialog yang ditulis penulis untuk karakter beliau. Rasa santai dan tidak dibuat-buat. Lagipula, bila cakap soalan pantun. Bahasa yang indah dari seseorang itu dapat dilihat dalam buku ini.

Cumanya, watak macam Ben itu terasa seperti terlalu menonjol sangat pada awal cerita sehinggakan saya rasa Ben akan tetap berada sehingga ke penghujung cerita. Mungkin saya terlalu berharap sangat yang Ben akan muncul walaupun seketika. Haha. Tapi apa pun, usaha penulis dalam menulis cerita ini boleh dipuji kerana penulis mengetengahkan satu jalan cerita yang menarik dan lain dari yang lain.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
May 23, 2022
One word: Best!

I rate this book 5 stars ✨️!

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang mengesyorkan buku ni! Tak menyesal beli.

Bacaan ringan yang bagi saya sangat-sangat menarik. Penulis punya idea yang luar biasa, mengisahkan sekolah seni yang dikenali sebagai Akademi Usman Awang aka AkUA. Tak sangka penulis ketengahkan sebuah warisan Melayu iaitu pantun, yang bagi saya nampak biasa tetapi penulis buat saya rasa pantun itu menjadi sebuah warisan yang terlalu luar biasa.

Untuk buku ini, penceritaan lebih kepada pengenalan. Tetapi boleh saya katakan info dumpingnya cukup untuk saya fahami situasi, sistem di sekolah bagaimana, watak² untuk buku ini juga buat saya jatuh cinta. Sangat sesuai untuk bacaan anak remaja, yang perlukan semangat untuk menghadapi dunia sebenar.

Begitu juga dengan unsur fantasi dalam buku ini, bayangkan kamu tengah laga pantun yang ada disebut burung Garuda tiba² entiti burung tersebut muncul terbang hinggap ke arah kamu. Rasa macam tengok anime pun ada, macam waktu Ash baling bola tiba-tiba keluar Pikachu padahal kita tahu benda tu tak logik pun. Tapi kita suka nak tengok sebab apa salahnya berfantasi begitu kan?

Sangat sukakan Shuhada, seorang anak gadis yang punya semangat. Saya rasa tak annoyed langsung dengan watak seorang Shuhada padahal waktu awal² nampak macam anak manja. Begitu juga dengan Rain, seorang anak remaja laki² yang berani!

Hilal dan Delila tu macam sesuatu tapi takpe kita tunggu je nanti 😂

Terima kasih Osman Deen sebab tulis buku ini. Saya harap penulis akan sambung tulisan buku ini dalam masa terdekat. Perjalanan mereka baru nak bermula dan saya tak sabar nak meniti hari² bersama pelajar Kelab Pantun.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
February 10, 2021
Kira macam cerita Yu-Gi-Oh atau Beyblade versi pantun la buku ni.

Aku sebenarnya suka baca atau tonton cerita yang mengetengahkan minat terpencil atau tidak meluas. Sebagai contoh macam karuta (Chihayafuru), rakugo (Shouwa Genroku Rakugo Shinjuu), catur (The Queen's Gambit) dan Scrabble (Word Nerd dan The Fingertips of Duncan Dorfman). Jadi, bila tahu buku ni tentang pantun, tu yang tergerak minat nak baca. Tapi tak sampai separuh dah mula hilang minat dengan buku ni. Malang betul.

Buku ni lebih fokus tentang laga pantun dan ilusi-ilusi yang dibangkitkan pantun-pantun yang diucapkan tu je. Selain itu, tak ada apa yang mengujakan sangat berlaku. Aku lebih suka sekiranya diselit juga sedikit sebanyak cara secara teknikal untuk menulis pantun dan sudah tentunya sedikit penerangan mengenai apa yang buatkan pantun itu sebuah pantun yang baik dan indah. Lebih-lebih lagi apabila watak utama buku ini juga seorang buta pantun. Jadi, banyak sesi pembelajaran boleh diselitkan di situ. Dan ingin aku tambah, adalah satu perkara yang aneh juga tentang watak utama ni. Dia bercita-cita nak jadi pemantun terhebat macam abangnya tetapi takkanlah tak merujuk dengan mana-mana buku pantun atau melalui carian di internet mengenai pantun untuk belajar mengarang pantun. Tengok video rakaman lama pertandingan laga pantun ke? Sebab sekurangnya, masuk akal jugalah watak utama tu memang berminat nak berpantun. Daripada pasrah jadi buta pantun semata-mata kerana nak tunggu abangnya mengajar dia berpantun. Tiada inisiatif sendiri untuk belajar sesuatu yang diminati.

Rasanya kalau watak utama buku ni menunjukkan keghairahan dia belajar berpantun mungkin buku ini akan jadi lebih mengujakan. Diselitkan sedikit sebanyak pemerhatian dan kajian terhadap penulisan pantun atau memetik satu dua nama-nama pemantun yang hebat atau paling tidak pun sebuah dua pantun terkenal dan sedikit penerangan mengenai bagaimana pantun itu masih lagi diingati sehingga sekarang dan kemudian mungkin menjadikan pantun itu juga sebagai rujukan dalam mengarang pantun. Kalau adalah satu dua perkara ini, mungkin aku akan sedikit sebanyak lebih berminat dengan pantun dan lebih berminat nak tahu cara terbaik dalam mengarang pantun. Sepertimana minat aku sedikit sebanyak berputik untuk lebih mengenali minat-minat terpencil atau tidak meluas sewaktu membaca atau menonton cerita-cerita yang aku senaraikan tadi.

Kalau nak beri alasan kenipisan buku ni dan perkataan yang terhad, macam tak kena pula. Sebab seperti dalam Word Nerd, buku kanak-kanak yang agak nipis jugalah, dapat lihatlah watak budak tu suka Scrabble dengan menyenaraikan dan mengingati perkataan-perkataan yang boleh diguna dalam permainan. Boleh rasa keghairahan watak tu. Tetapi watak dalam buku ni, aku cuma tak rasa minatnya dalam berpantun. Jadi, aku pun jadi kurang minat juga.

Idea buku ni sejujurnya dah menarik dah. Cuma malangnya banyak terlepas pandang potensi yang boleh menjadikan cerita lebih menarik.

Apapun buku ni bolehlah juga kalau setakat nak dijadikan bahan bacaan ringan. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak, khususnya yang kurang cerewet.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
December 15, 2021
"𝘽𝙪𝙧𝙪𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙜𝙚𝙣𝙙𝙖 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙧𝙪, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙩𝙞𝙗𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣 𝙙𝙞𝙟𝙪𝙖𝙡!"

Gila gempak! Tak tipulah, aku habiskan novel ni dengan satu duduk je. Fuh memang gempak!

Mengisahkan Shuhada, adik kepada Ben, pemantun lagenda yang pernah mewakili Malaysia hingga tahap antarabangsa yang mendaftar masuk ke akademi sama abangnya iaitu Akademi Usman Awang (AkUA). Impiannya adalah untuk menjadi seorang pemantun lagenda seperti abangnya. Tetapi ada satu sahaja masalahnya, dia tidak tahu asas pantun jadi dia perlu bermula dari bawah.

Dalam masa yang sama, dia dicabar oleh seorang pelajar lelaki bernama Azrain atau panggilannya Rain untuk berlaga pantun tetapi dia selalu kalah. Itu menyebabkan dia bernekad untuk mengalahkan Rain yang bijak pantun dan angkuh itu.

Apa yang boleh aku katakan, novel ni memang best. Like, dude! How can a novel be this good? I'm speechless while reading this book! Plot, jalan ceritanya, latar tempatnya, gaya bahasanya dan semuanya aku suka. Penulis juga ada berkongsi tentang asas pantun dan sebagainya. Memang terbaiklah!

Tapi ada satu je yang buat aku tak puas hati. Iaitu, cepat sangat jalan cerita novel ni habis! Kalau boleh aku nak sequel novel ni. Hopefully!

Kudos to Abang Osman Deen for creating such an amazing novel!

Rate: 5🌟
—Feyssa.
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
December 20, 2024
This story is about Shuhada, where she got accepted to Akademi Usman Awang, that has a special school merit system, which is done through Laga Pantun. As the younger sister of a renowned pemantun, Ben, some people from the academy put a high expectations on her, but little did they know, she actually doesn't know the basic foundation of pantun. What should she do, and how about the system itself? Trough the story we get to see her never giving up and rising up to become better and to set a name for herself with the help of her friends and her seniors in the world of Laga Pantun!

First foremost, wow, I wasn't expecting anything when I got into the book. I first heard about it a couple years back when the author himself tweeted about it, thus I know it's about pantun, but I didn't know that it's actually an urban fantasy book? And a fun one at that? Well let's go!

I actually had to adjust myself when I read the 'magical' elements of the story with modern settings at first, but it gets really fun the more you read them! Like, you bayangkan masa you bepantun, kakya keluar semua gambaran yang nyata dari alam berdasarkan daripada pembayang pantun yang dibaca, yes, that's what the premise of the book is about, and yes, it's quite epic.

Actually kan, this story is more about different individuals and their own stories rather than Shuhada herself, especially another character called Rain as well. So the story focuses more about friendship and a side of rivalry, with different conflicts at hand. It's a short novella, but the conflicts, characters development, and background of each character were told excellently. Also, I love how the friendship being told and developed over time, and we could see how genuine they really are.

The Laga Pantun plot itself is simply brilliantly told and done by the author. I love how it introduces our pantun heritage, and how it could evolve into such an interesting premise, so it was fun seeing how the characters'fought' and united through pantun. As a former Sastera Bahasa Melayu student myself, I couldn't help but get super excited when reading all of the pantun that we're written in the book! Sik ada lah gaya laga pantun macam buku tok, tapi tulis pantun was surely my favourite past time haha. On another note, it's nice that we have fun fiction books like this yang mengetengahkan budaya dan tradisi negara, and it reminded me so much of some of the Japanese mangas premises that I used fo read when I was younger, and I remember a Motomi Kyousuke's one shot where she tells a story about a school tournament, and the students have to play a card game called 'uta-gurata', which is a Japanese traditional poetry card game, and the sense of feelings I got when reading this book is the same with how I read that story from back then. Even if you don't know how to pantun, (and from the uta-gurata story pun saya sik paham puisi Jepun haha), but the sense of pride and enthusiasm of the characters towards the art itself would surely give you the same feelings and enjoyment just from reading it as well!

I don't need to say much, but the author's writing and storytelling is just simply really good, all of the pantun pun sangat well written. Cara pengolahan dan penulisan penulis sangat elok, lagi-lagi dengan aspek fantasi yang diceritakan, he did such a good job at describing the environmental settings of each pantun, smooth and vivid jak cara nya cerita ya.

Just voicing out a bit of personal appreciation, suka lah dengan how a lot of the pantun included hikayat dan cerita lagenda Malaysia, rindok lah agik agik bila ada satu pantun dijual sebut Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang hehe.

Oh, before I end the post, dan empat tahun berlalu since the book was published, Osman Deen sikda plan eh nak buat sequel kah, sambungan kah for this story? Yalah, sebab the ending bunyi macam supposedly ada, and the questions surrounding Ben pun masih tak berjawab. Tapi walaupun sikda sambungan, it's still a great book on its own hehe. In correlation, I guess the premise of Laga Pujangga is similar to this book, so maybe sooner or later I'll pick that one up too due to how much I enjoyed this one!

And a bit of a small complaint, tapi more towards the publisher lah, since this book is older, and they're still doing it until today: tapi kenak title buku Bookiut dalam Bahasa Melayu masih macam tok bah? I don't like putting gender on books, tapi it is how they do it, tapi buku yang supposedly 'targeting the boys' always sounds epic and unique, and even novella English pun cantik betul tajuk buku, tapi yang melayu 'for girls', mesti title simple dan kongsi title yang sama jak jak: 'miss-girl-gadis'? Like, doesn't anyone think it's too childish, especially for a YA? Like saya pun an avid YA reader dolok, tapi if dolok saya tengok title macam ya, I would've thought they're books for kids and toddlers instead. If zaman dolok mungkin lah acceptable, tapi entahlah, kenak buku English boleh lain, buku with male protagonist boleh lain, tapi yang tok masih formula yang sama? And does anyone remember, buku young adult PTS zaman dulu pun menarik jak title nya, jadi what happened bah?

Even for this book pun, honestly speaking, the title didn't match with the content of the book at all, no hint and correlation at all for what the book is actually about, and why would they titled it in English sedangkan konten buku pasal orang berpantun dan memartabatkan bahasa Melayu? Honestly, if the author didn't explain on his own what the book is about, I probably would never think about picking the book up at a store's bookshelf.

Overall, what a good YA / middle grade story, it's also suitable for adults juak! If you want to read something light, yet you still enjoy fantasy elements of fantasy with a touch of pantun, just go pick up this book.

P/s: Karakter Osman ya Osman Deen himself kah oh haha sebab make sense if nya markah paling tinggi sebab nya tulis semua pantun dalam cerita tok hh
34 reviews2 followers
February 10, 2021
Novel pendek kanak-kanak/remaja yang sangat baik. Umpama gabungan anime & fantasi Harry Potter, tapi dalam latar belakang budaya Melayu, khususnya permainan Laga Pantun.

Bertempat di Akademi Usman Awang, setiap kali berpantun, bayangan fantasi isi pantun akan keluar menggegarkan persekitaran sekeliling. Misalnya kalau pantunnnya berbunyi:

"Di tanah Singa, todak melanggar,
Habis dikerat, rakyatnya lumat,
Tuah difitnah, Melaka pun hingar,
Mengapa ditikam, Saudara Jebat ?"

Bayangan ikan todak akan keluar melanggar pantai, serta dua pendekar keluar bertikam keris. Kalau berpantun di dalam dewan, dewan akan bergegar, retak, basah seperti dilanggar todak. Memang menarik.

Cuma aku kurang berkenan dengan judulnya. Kenapa 'Miss Awesome' sedangkan kandunganya ditulis dengan bahasa Melayu yang cukup sempurna.

Aku kasi 4/5.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews69 followers
September 1, 2021
Seronok baca buku ni.

Penulisan nya simple, memang sangat sesuai dibaca oleh pembaca pemula. And even as an avid reader pun aku rasa this book sangat endearing.

Bila baca buku ni aku rasa macam tengok anime, dengan macam-macam makhluk muncul masa watak-watak berpantun nya. Cool sangat!

Premis dia macam simple sangat je. Watak utama masuk sekolah tu and belajar berpantun. Tapi cara penulisan dan macam mana characters tu interact yang buatkan buku ni seronok untuk dibaca. Aku harap ada sequel lah.
Profile Image for Latte Tiramisu.
47 reviews4 followers
June 25, 2023
🌟𝚁𝚎𝚟𝚒𝚎𝚠 (𝟿)🌟

"𝙎𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙗𝙖 𝙜𝙞𝙡𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙎𝙝𝙪."

Rate : 8 / 10 🌟

𝙼𝚒𝚜𝚜 𝙰𝚠𝚎𝚜𝚘𝚖𝚎 mengisahkan tentang Shuhada yang bercita-cita mahu mengikut jejak abangnya menjadi seorang pemantun dan pernah mewakili Malaysia ke tahap antarabangsa. Wow tak wow, bukan? 😱

🔑Lepas 6 tahun,akhirnya impian Shuhada untuk masuk ke AkUA (Akademi Usman Awang) tercapai. Secara automatik dia dikenali ramai dek abangnya yang tersohor di akademi tersebut. Dan semuanya fikir Shuhada ini bijak berpantun sama seperti abangnya. Benarkah sangkaan mereka tentang Shuhada? 🤔

🔑Masuknya Shuhada ke AkUA dia bertemu dengan ramai kawan baru dan juga senior yang baik-baik belaka. Yang paling rapat dengan Abby yang berasal dari negeri bawah bayu. Rain yang pada mula perkenalan mereka sangatlah angkuh dan ego. Hilal dan Del, senior yang baik hati dan tidak lokek berkongsi ilmu. Lebih-lebih lagi ilmu berpantun.

Latte terhibur dan berimaginasi ketika membaca karya Osman Deen ini. Ada unsur fantasi yang tak terfikir dek akal Latte. Rasa dah lama sangat tak baca genre seperti ini. Mantap sangat 👍👍👍

Apa keistimewaannya AkUA? Kenapa Shuhada nak sangat jadi macam abang dia? Serius, tak rugi grab Miss Awesome ni. Seronok baca pantun dalam ni. Lagi-lagi part Laga Pantun... Memang terbayang habis! Gempak betul bila berpantun ada unsur-unsur fantasi yang bertebaran. Dahsyat penulis ini olahkan karyanya.

Latte suka sangat. Tapikan...

Nak sambungan, plish 🥺 tak puas baca 🖐

Recommended ✅✅✅ kepada yang minat genre fantasi dan berpantun. Latte suka berpantun masa sekolah dulu tapi tak pandai nak rangka pantun sendiri. Suka baca aje. Hek 🤪

Dan saya suka watak Hilal, Si Ketua Panji Garuda 👑

Bil. Muka surat : 118

𝙈𝙖𝙣𝙞𝙨 𝙗𝙞𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙪𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙟𝙚𝙡𝙞𝙩𝙖,
𝘽𝙚𝙧𝙡𝙖𝙜𝙖 𝙥𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣 𝙙𝙞𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖!
Profile Image for Amal Ghani.
4 reviews1 follower
April 8, 2021
Buku yang sangat menarik. Sesuai untuk semua peringkat umur. Ringkas dan padat. Sesuai jugak untuk orang yang baru nak mula membaca atau pembaca2 yang nak ambil retak membaca semula.

Penceritaan pasal Shu untuk jadi pemantun yang hebat dengan kawannya. Jalan cerita yang boleh diagak cuma untuk Delila tak terfikir pun. Tersusun betul elemen seprais dekat situ. Elemen persahabatan yang dibawa penulis mengingatkan aku zaman2 asrama dulu. Elemen klasik pun aku suka. Aku dapat bayangkan akua ni seni binanya cantik, tradisional dan klasik.

Oh yang menariknya buku ni, bila kau baca kau memang dibawa dalam fantasi pantun dimana kau boleh membayangkan burung berterbangan, ada angin yang kencang, pokok2 yang cantik mengikut imaginasi tersendiri. Kalau cerita ni dijadikan movie macam ala-ala magika mesti seronok untuk ditonton.

Cuma, kekurangan yang boleh dibaiki disini ialah aku masih tertanya2 kenapa Ben menjadi pembaca berita dan pengacara bukannya bekerja dalam bidang teater? Ben cakap tunggu masanya dan aku mengharapkan dipertengahan cerita atau di perleraiannya ada menceritakan sebabnya tapi tidak ada. Pada mulanya aku menganggap kerana ayahnya yang sudah berkerusi roda dan selepas itu aku menggangap kerana Alya, Ben buat keputusan sebegitu tapi tiada pencerahan untuk tanggapan tu. Keduanya, Osman itu membuatkan aku tertanya2 betapa misterinya dia. Pelajar top rank tapi tidak dikenali ini sangat misteri.

Entah kenapa jauh disudut hati, aku berharap penulis menyambung penulisan Miss Awesome ini dan jadikan ianya bersiri. Mungkin lebih cantik hala tuju ceritanya. Apapun, buku ini sedap dibaca. 👍
Profile Image for Kieraeinz.
38 reviews3 followers
November 21, 2022
Miss Awesome merupakan sebuah novella jadi dia nipis je. Insha Allah boleh habiskan dalam masa sehari.

Aku sukakan plot digunakan dalam novella ni. Terutamanya apabila pertandingan pantun tu diadakan, yang dipanggil Laga Pantun. Ia mengingatkan aku pada anime Yugi Oh atau Cardfight Vanguard.

Cumanya ilusi pertandingan tu diMelayukan dengan jadikan pantun sebagai asasnya. Setiap ilusi pantun yang muncul pula merupakan lambang kewibawaan jenis pantun tu.

Kalau korang sukakan kisah yang ada ciri cerita Jepun tapi masih terasa ciri Malaysia, jadi cerita ni adalah pilihan terbaik untuk baca.

Ke aku sorang je rasa ada style Jepun? Aku tak maksudkan budaya tau. Tapi bila baca terasa la perjalanan tu macam komik Jepun gitu. Aish, nak terangkan pun payah.

Miss Awesome ni berkisahkan tentang Shuhada yang nak jadi pemantun hebat macam abang dia. Dia masuk ke dalam Akademi Usman Awang tanpa sebarang asas berpantun pun.

Dan di akhir cerita tu ada plot twist yang terasa keremajaan gitu. Hehehe... Kiranya korang tak payah nak fikir panjang, nak fikir belit-belit untuk plot twist. Semuanya senang dihadam 😄

Lagi satu... Ada satu watak aku rasa macam... Adakah watak itu sebenarnya penulis? 😏
Profile Image for Naadhira Zahari.
Author 5 books96 followers
May 22, 2021
Miss Awesome oleh Osman Deen ialah sebuah kisah tentang pantun, tidak berputus asa dan kepentingan persahabatan. Buku ini boleh dibaca dengan pantas yang dilatarbelangi suasana persekolahan yang sangat menarik, Akademi Usman Awang. Sebuah sekolah yang mempunyai sistem istimewa iaitu Laga Pantun.

Buku ini memang lain daripada yang lain daripada semua buku yang pernah saya baca sebelum ini. Kerana ia mengetengahkan Laga Pantun yang terhasilnya ilusi seakan magis setelah mereka mempersembahkan pantun yang amat unik. Gaya bahasanya juga tinggi dan gaya penulisannya sangat atraktif.

Tetapi kenapa saya hanya memberi buku ini 4 bintang dan bukan 5 bintang? Ini kerana saya berpendapat bahawa penamat akhirnya tidak begitu gempak yang telah saya sangkakan. Sebaliknya, saya ingin melihat watak-watak utama Shuhada dan Rain saling bersaing Laga Pantun. Namun, apa yang tertera juga kesudahan yang baik dan mengajar pembaca untuk belajar dari kesilapan dan sedar bahawa persahabatan jauh lebih baik dari permusuhan.

Kesimpulannya, buku ini adalah bacaan yang menyeronokkan dan saya akan mengesyorkannya kepada pembaca-pembaca lain di luar sana.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
May 27, 2024
Pernah perasan, namun tidak ku pinjam atau beli atau baca buku ini, hanya kerana aku kurang minat dengan tajuknya, Miss Awesome. Walhal, aku telahpun membeli Laga Pujangga karya Osman Deen atas saranan penulis berpengalaman, Noor Suraya. Ya Tuhan, betapa silapnya aku dalam memilih!

Miss Awesome mengisahkan Shuhada yang berjaya memasuki Akademi Usman Awang. Kekalahan Shuhada dalam Laga Pantun pertama kepada Rain, nyata mendukacitakan. Namun, dia tetap bangkit dan belajar dari pemantun yang lebih handal daripadanya.

Novela ini walaupun nipis, namun padat dengan kisah persahabatan dan nilai-nilai yang indah. Rasa sedih dan kelakar yang terselit dalam novela ini menambah rencah emosi yang padu untuk buku senipis ini.

Nyata sesuailah tajuknya, kerana ketika membaca separuh novela ini, Laga Pantun di antara Hilal dan Rain di padang, OMG, memang betul-betul AWESOME! Memang itu yang terlontar dari mulutku ketika membaca babak ini. Ya, elemen fantasi yang disuntik begitu memukau, indah dan hebat. Elemen pantun yang menjadi tunjang novela ini, dikarang dengan padu oleh penulis.

Awesome!
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
June 14, 2022
SUPERB!!!

Kalau tengok muka depan dan tajuk buku ini, memang automatik akan fikir buku ini adalah untuk kanak-kanak. Tapi lepas baca buku ini, saya boleh katakan buku ini bukan level biasa-biasa yang mana penulis berjaya memasukkan unsur2 fantasi untuk menggambarkan makna pantun yang dijual beli seperti contohnya kehadiran burung Petala dan Garuda yang berlawanan satu sama lain dll.

Selain itu, sebagai seseorang yang meminati pantun, saya amat suka membaca semua pantun yang diletakkan penulis. Boleh dikatakan dalam setiap bab, ada sesi jual beli pantun. Ditambah pula pemilihan perkataan yang sesuai, elemen2 budaya Melayu, isu2 semasa yang dimasukkan penulis dalam pantun menambahkan lagi tarikan pada buku ini.

Kekurangan pada buku ini bagi saya adalah memandangkan banyak unsur2 fantasi dimasukkan , adalah lebih baik sekiranya diletakkan sekali lukisan2 gambar untuk menggambarkan unsur2 tersebut supaya lebih mudah untuk berimaginasi😃.
Profile Image for Akif Irfan.
23 reviews
May 18, 2022
Beli sebab terpaksa tunggu kawan beli belah. Jadi kita masuk kedai buku, grab and read. Tapinya dah tahu sinopsis buku ni sebelum beli. Pernah baca review. Tapi tak sangka buku ni segempak ni.

Seriously jalan cerita memang anime style. Aku tak tahu berapa kali aku teruja bila baca buku ni. Novel bacaan ringan dan boleh habis dalam sekali duduk.

Aku rasa nak menjerit setiap kali Gelanggang Laga Pantun dibuka. Sebab teruja nak tahu skill. Dan perlawanan paling epic mestilah perlawanan Hilal vs Rain. Itu serious meremang bulu roma.

Cuma spoil sikit ada beberapa kesalahan ejaan dalam buku ni. Dan secara peribadi tajuk Miss Awesome tu kurang sikit bagi saya. Apapun buku ni tetap awesome.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
December 10, 2022
Suka nau baca buku ni sebab ada laga pantun. Pertama kali dengar. Cuma sayang, kalau ada sentuh sikit pasal pantun dengan lebih mendalam lebih2 lagi bagi saya yang agak buta pantun ni lebih baik. Lagi2 bilamana cerita bagaimana Del dan Hilal tolong diorang semua. Huhu. Ke akan bagitau dengan lebih mendalam untuk buku yang seterusnya? Rasa nak jadi remaja balik dan baca semua buku2 macam ni. Hahahha. Sebab feeling baca waktu remaja dan dewasa ni tetap ada sedikit perbezaan. Hihi. Apapun, buku ni best. Terima kasih. Dan tahniah kepada penulis. Hihi. (Tengah tunggu masa nak beli buku penulis yang lain lepas dah baca buku surat untuk azazil juga)
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
January 28, 2021
Karya bookiut yang lain dari kisah kebiasaan. Ada unsur kekeluargaan, persahabatan dan semangat setiakawan. Finished this in one day. Gumbira sebab buku ni memenuhi apa yang aku cari - kisah yang mudah faham, tak meleret, dan tak klise.
Gambaran penulis tentang persekitaran AkUA tu menarik. Ada Depan lah, Debar lah, Panji bagai, blok dia pun nama blok Bi, Si, menarik bagi aku 😬


Pengajaran utama yang aku dapat dari cerita ni: kemahiran berpantun datang dengan prektis. Dongibap!
Profile Image for Haziqah.
9 reviews2 followers
April 24, 2022
4.5/5 ⭐
Syok gila baca buku ni <3
Buatkan saya rasa minat dan ingin tahu tentang pantun dengan lebih mendalam.
Konsep laga pantun dalam buku ni buatkan saya teruja.
Harap buku ni ada sambungan sebab teringin nak baca apa jadi dengan Shuhada, Abby, Rain dan lain-lain.
Nanti watak-watak lain pun boleh dikembangkan lagi.
P/s saya awalnya waswas dengan buku ni sebab tema dia memartabatkan bahasa Melayu/budaya pantun, tapi tajuk buku lari tema pula 😅
Profile Image for Adlina G..
13 reviews
June 18, 2021
Kulit muka depan: A+++

Jalan Cerita:
Paling mengasyikkan waktu beradu pantun, dan bayang² yang muncul!
Bagi saya, novel ni sangat sesuai untuk pembaca yang baru nak berjinak dalam dunia pembacaan 😄. Kekurangannya pula, ada sedikit lompang yang buat pembaca agak tertanya-tanya. Dan macam ada rahsia yang masih tak dibuka, mungkin ke ada sambungan untuk Miss Awesome?
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
December 23, 2025
Sebuah novella comel tulisan Osman Deen yang rata-rata pengikut beliau sedia tahu akan minat beliau terhadap pantun. Saya rasa seronok membaca dan menyelami dunia pelajar yang suka akan pantun dan menjadikan pantun itu sebagai sebuah kebanggaan mereka.

Mengisahkan watak utama, Shuhada yang dibayangi abangnya Ben, seorang jaguh pantun di Akademi Usman Awang. Rata-rata pelajar menganggap mestilah Shuhada sama hebat dengan abangnya dalam arena berlawan pantun. Shuhada yang baru sahaja mendaftarkan diri di Akademi tersebut terkejut dengan budaya ‘Laga Pantun’. Ada sedikit unsur magis yang membuatkan buku ini menarik, bagi saya.

Cadangan saya cuma tajuk buku yang boleh dikaitkan dengan pantun. Pantun kan budaya Melayu. Jadinya tajuk “Miss Awesome” tidak menggambarkan tema cerita sebenar yang ingin diketengahkan. Gaya buku ini semacam ada sambungannya nanti.
Profile Image for Syu.
40 reviews
August 14, 2021
Saya nantikan sambungannya untuk penjelasan lebih tentang watak Osman 😁
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
August 30, 2021
Tahniah buat penulis.. Memang sebuah cerita yang mengagumkan, indah dan sangat laju pergerakan wataknya.. Penyampaian yang sangat menarik dan mengancam..
1 review
May 29, 2024
Sesuai untuk menarik minat remaja untuk berpantun...
Profile Image for Beelah.
312 reviews18 followers
September 23, 2025
Hebat! Memukau! Syok!
Disyorkan untuk peminat budaya melayu + magis. Sesuai untuk semua golongan.

Banyak betul pickup line buatkan saya tersengih2 membacanya.

Penulis mengangkat tema budaya melayu yang terkenal iaitu pantun sebagai asas cerita dengan tambahan magis. Setiap pembayang pantun yang diungkapkan menerusi aktiviti Laga Pantun (lawan pantun) akan dizahirkan separa realiti, hanya di Akademi Usman Awang (AkUA). Ini pertama kali saya jumpa tema macam ni. Teringat pula akan manga popular "Chihayafuru".

Mulanya agak skeptikal pada buku keluaran Bookiut, mungkin target pembaca dari kalangan remaja sedangkan saya seorang dewasa dan tajuknya pula agak klise. Tetapi tetap tertarik dengan covernya yang comel. Saya tak berkenan dengan pemilihan tajuk untuk novel ni sebab tak boleh nak hubungkait dengan isinya. Saya agak Miss Awesome yang digambarkan pada tajuk mestilah seorang yang menonjol kehebatannya seperti para ketua Panji (ketua pasukan Kelab Pantun) walaupun tidak berapa ditonjolkan dalam ceritanya, dan semestinya seorang perempuan.

Novel ni akan ada sambungan ke? Sebab macam tergantung je, tunggu masa nak jatuh. Penulis kena bina jambatan cepat2 ni untuk teruskan kembara Shuhada, Sabariah, Azrain, kawan2nya, ketua2 Panji, abang dan kakaknya dan pendek kata semua wataklah.

Trivia: Penulis "Osman" Deen mencipa watak misteri yang bernama "Osman" yang juga pelajar Akademi "Usman" Awang.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.