Realiti yang dihadapi oleh guru sepanjang PKP. Bukan hanya duduk-duduk sahaja di rumah sepanjang cuti PKP yang lama ini. Membaca setiap satu pun terasa kelelahannya.
Namun terasa aura semangat mereka mendidik anak murid dan kesungguhan membantu masyarakat seterusnya negara. Bangga dapat mengenali insan-insan di dalam buku ini.
Realiti kehidupan seorang guru. Walau apa pun keadaan mereka tetap memikirkan anak didik. Susah atau senang mereka pasti berusaha untuk terus memandaikan anak bangsa.