Jump to ratings and reviews
Rate this book

Melawan Arus

Rate this book
Bersandarkan pada keyakinan dan tanggungjawab, Sakinah mengorak langkah menempuh cabaran. Melawan Arus adalah karya novelis Khadijah Hashim. Salinan yang bercita-cita tinggi sering mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah keluarganya. Sakinah berada di persimpangan antara keluarga, cita-cita, kerjaya, kekasih dan prinsip hidup.

"Jangan dibiarkan tumbuh. Nampak hendak bertunas, pangkas terus. Kalau ada yang hendak bercambah, cabut terus". Itu arahan Datuk Hamzah kepada orang-orang kepercayaannya di kawasan parlimennya. Itulah cabaran yang terpaksa dihadapidan berjayakah Sakinah menghadapinya?

229 pages, Paperback

Published January 1, 1993

Loading...
Loading...

About the author

Khadijah Hashim

60 books44 followers
Former teacher, Khadijah Hashim (born 20 April 1942 in Batu Pahat, Johor, Malaysia) is a Malaysian novelist, scriptwriter and journalist. She has worked as a teacher, also as a journalist with local newspapers Utusan Melayu (1974–1976) and Berita Harian (1976–1985). She is more well known as a novelist, and has produced 19 novels. She also expanded her creativity in the field of short stories, radio drama scripts, children's books, rhymes and poetry. The children’s rhyme book “Sayang Sayang” has been selected to be on Honour List of the International Board on Books for Young People (IBBY) in Basel, Switzerland (2002) and “Semerbak Poetry” in Macau, China (2006). Khadijah continues her interests in writing rhymes, which led to her latest creation of “Putera-puteri Malaysia”.

Several of Khadijah’s short stories and novels have been adapted to TV dramas. Amongst them were "Mawar Merah di Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”, and “Badai Semalam” and “Dekat Disayang Jauh Dikenang” novels. “Laila Azwa Gadisku” novel was adapted to television film. Meanwhile, “Mira Edora" and "Pelangi Pagi” novels have been made into movie films with the title of "Mira Edora" and "Bicara Hati" respectively.

Her first and one of her most well-known novel “Badai Semalam” (1968) was used as school textbook in Singapore and Malaysia.[3] The novel has been translated into English, “Storms of Yesterday”, by Mahani Abdul Hamid in 1991 and Spanish, "Tormentos del ayer", by Alberto Balanza and Yahia in 2010. “Badai Semalam” was republished several times and the latest was in 2006 by Alaf21 in the nostalgic novel series. The English version was also republished in 2009 by Institut Terjemahan Negara Malaysia under the Malaysian Literature Series.

“Merpati Putih Terbang Lagi” novel won a consolation prize in a writing contest in the celebration of ten years of Malaysia’s independence. The novel has also been translated into Japanese by Tatsun Hoshino. “Exiled” novel has been nominated for the International IMPAC Dublin Literary Award in 1997. Her “Langkah Pertama” novel has won the Mobil-MABOPA Children's Book Award in 1995. Khadijah was the recipient of Southeast Asian Writers Award in 1999 and had undergone the International Writing Program at Iowa University in 1994. Her children's story book series, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” and “Siri Teladan dari Rimba” have been translated into English by the Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009).

Khadijah Hashim is amongst of the earliest female novelist get attention and place of the novel fans in Malaysia.
- - - - -

MEMANDANGKAN jumlah penulis wanita yang amat kecil bilangannya itu, tidak hairanlah kalau beberapa nama mudah diingati oleh peminat-peminat sastera seperti Adibah Amin, Salmi Manja, Fatimah Busu, Salmah Mohsin, Zurinah Hassan dan KHADIJAH HASHIM.

Khadijah Hashim merupakan salah seorang daripada penulis wanita yang paling aktif menghasilkan pelbagai karya kreatif. Beliau pernah menulis beberapa buah drama radio sebelum melangkah ke dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Sebagai penulis, Khadijah mempunyai bakat besar terutama sekali dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Malahan, beliau dapat dianggap sebagai seorang penulis yang berjaya dibandingkan dengan penulis-penulis wanita lain yang lahir seangkatan dengannya.

Khadijah Hashim menerima pendidikan awalnya di Johor dan kemudian buat beberapa waktu menjadi guru agama. Beliau pernah mengajar di Sekolah Seri Pelangi, Batu Pahat. Tetapi selepas itu pekerjaan sebagai wartawan lebih menarik minatnya dan beliau diterima berkhidmat di Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada tahun 1974. Beliau memulakan tugasnya sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu. Di samping menjadi wartawan, Khadijah mengelolakan ruangan `Dialog Kecil’, iaitu menulis kisah-kisah mengenai masyarakat yang berlaku sehari-hari. Di samping itu Khadijah

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (50%)
4 stars
1 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,582 reviews42 followers
July 30, 2020
Hebatnya seorang wanita bernama Sakinah, sejak dalam usia belasan tahun, dia sudah bercita-cita besar. Yang membezakan Sakinah dengan gadis lain, apa yang terdetik dalam fikirannya, bertungkus lumus diusahakan. Waktu di UM mengambil program ijazah undang-undang, walaupun lebih kepada atas desakan dan ingin menyenangkan hati ibu dan ayah, Sakinah 'work smart + work hard'. Sambil menunggu keputusan STPM pun Sakinah dah mula bekerja, sebagai pengacara program TV lagi. Kepetahannya, keberanian mencuba, keyakinan diri dan disiplin yang teguh melompatkan Sakinah dari satu pencapaian ke satu tangga pencapaian. Degree undang-undang dia dapat, kerjaya yang baik dapat, kerja part time yang lucrative dapat, kekasih pun Setia menunggu. Cita-cita politiknya, lebih thrilling. Kalah bukan bererti tidak cukup baik. Kekadang kalah disebabkan kecurangan pihak lawan. Sakinah tidak putus semangat. Berkahwin juga lebih kepada atas desakan keluarga, punya anak... Angan-angannya yang fibina berlandaskan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan berpaksikan sikap amanah dan bersih dari politik wang dan cronyism tetap diperjuangkan.

Cuma saya sebenarnya fikir, hubungan antara Johan/Safwan dengan Sakinah akan bertaut menghasilkan jambangan kasih. Mengapa tergantung?

Apapun, semakin saya baca karya Khadijah, semakin suka. Sebelum ini sudah beliau ceritakan kisah gadis bercita-cita mahu jadi juara tenis dunia dan mahu jadi pemuzik terkemuka seperti Maestro Hamzah Dolmat. Kali ini Sakinah yang agaknya bercita-cita jadi Perdana Menteri?
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 10 books55 followers
November 29, 2022
Mengisahkan seorang gadis bernama Sakinah dengan gambaran watak dan perwatakan yang bijak dan punya daya tarikan. Dikatakan dia seorang yang petah dan mampu berhujah. Walaupun usia masih muda, baru tamat sekolah, Sakinah sudah berani mendepani kerjaya sebagai pengacara televisyen. Bukan calang-calang orang yang mampu berdepan dengan kamera apatah lagi bila ia sebuah rancangan kuiz menguji minda. Kepetahan tanpa ilmu, tidak akan membawa seorang pengacara itu ke mana. Tetapi, Sakinah memilikinya. Malah, gadis watak utama cerita Melawan Arus ini juga dibekalkan oleh penulisnya dengan keyakinan diri yang tinggi. Juga, mempunyai ketegasan pendirian dalam mengejar apa yang diimpikan. Walaupun impiannya itu sering diperleceh oleh adik-beradik. Dibuat ulam bergurau ketika Sakinah balik.

Cerita ini juga tentang dunia politik. Sakinah, bukan sahaja bercita-cita setakat menjadi pengacara, pembaca berita, pemegang ijazah sarjana dalam bidang undang-undang, tetapi juga berminat menggalas tanggungjawab sebagai politician!

Dia percaya pada diri, pada niat dan pada Adlan. Jejaka yang berusaha memenangi hatinya sementelah mereka berkawan semenjak kecil. Dan, Adlan berjanji bukan sahaja pada Sakinah, tetapi pada diri sendiri untuk menyokong kerjaya wanita ini. Wanita degil, keras hati dan utuh peribadi dalam memenangi cita-citanya walaupun ia satu hal, melawan arus.

*banyak typo di dalam buku ini.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews