Jump to ratings and reviews
Rate this book

Langkah Sheraton

Rate this book
Apabila virus mula menjadikan mayapada ini mula porak peranda, Malaysia juga turut terpalit sama. Di sebalik kekalutan dan masalah yang melanda, Malaysia yang suhu politiknya agak mendatar tiba-tiba naik mendadak pada hari itu.

Segalanya bermula di sebuah hotel di Petaling Jaya, hampir keseluruhan ahli-ahli parlimen berkumpul di sebuah majlis. Rakyat dan para penyokong mula berteori, apakah niat dan tujuan majlis ini? Apakah akan terbentuk sebuah kerajaan baharu di tengah-tengah wabak yang menggila ini?

Akar permasalahan ini segalanya bermula pada 2 September 1998. Adakah perseteruan mereka ini mencapai kemuncak di hotel atau akan terus mewarnai politik negara hingga satu masa nanti.

Segalanya mungkin berakhir atau bermula di SHERATON.

220 pages, Paperback

Published August 1, 2020

10 people are currently reading
52 people want to read

About the author

Ahmad Faezal

4 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (38%)
4 stars
18 (33%)
3 stars
13 (24%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
August 8, 2021
Langkah Sheraton merupakan satu tragedi gelap yang berlaku di Malaysia. Pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.

Buku yang tak terlalu berat untuk dihadam dengan disajikan 599 nota kaki rujukan daripada akhbar dan buku-buku ekonomi dan biografi. Dimulakan dengan sejarah Anwar Ibrahim yang mengambil keputusan menyertai UMNO ketika beliau memegang jawatan di ABIM. Ini memberi tamparan kepada PAS, kerana ramai menyangka bahawa Anwar Ibrahim akan menyertai PAS.
.
Siri kepimpinan Paklah yang terkenal dengan masalah Sleep Apnea, didesak oleh Tun Mahathir untuk meletakkan jawatan. Hal ini, Mahathir mencabar Paklah atas dasar-dasar yang dibuat oleh Paklah. Namun, beliau hanya kembali kepada UMNO, apabila Najib diumumkan sebagai perdana Menteri.

Kewujudan fenomena Bersih, #Black505 serta Tsunami Cina yang merancakkan lagi suasana politik pada era Najib. Bahkan, kemunculan Tun Mahathir semasa Perhimpuman Bersih 4 yang juga menyaksikan terbinanya Deklarasi Rakyat yang ditandatangai oleh Syed Saddiq, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain masa itu.
.
PRU 14 telah menyaksikan segalanya di mana BN telah hilang 54 kerusi yang penting. Bukan itu sahaja, tewasnya Presiden MIC dan MCA juga memberi tamparan yang sangat besar terhadap BN. Bahkan, kata-kata Adnan Yaakob, " Potong telinga saya jika DAP menang di Bentong." Kata-katanya telah memakan diri apabila BN kalah di kubu terkuat mereka di Bentong.
.
Badai melanda Pakatan Harapan di saat BN menakluki Cameron Highlands, Kimanis. Bukan itu sahaja, acapkali soalan mengenai, " Mahathir fitnah atau Anwar liwat?" kerap ditanya. Isu perpecahan dalaman PKR kepada dua Kem iaitu Kem Rafizi dan Kem Azmin yang meletuskan kelemahan dalam PKR. Isu TRX dan ratifikasi ICERD serta Isu Arwah Adib juga ada disentuh oleh penulis.
.
Kesimpulannya, dinosaur-dinosaur di dalam dunia politik Malaysia yang kian kukuh bertapak perlu dihumban keluar bagi memberi laluan muka-muka baharu dan anak muda menyinari dalam kancah politik.
Profile Image for Izzat Isa.
421 reviews50 followers
August 16, 2021
Buku ini dimulakan dengan permulaan karier politik Anwar Ibrahim sejak 1980-an. Dipenuhi peristiwa-peristiwa politik sehinggalah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan. Setakat ini pujian harus dibuat terhadap usaha penulis mendedahkan segala peristiwa-peristiwa terbabit bagi kefahaman kita tentang senario politik Malaysia. Malangnya buku ini tidak memerihalkan pula atau memberi fokus kepada apa itu Langkah Sheraton sama ada daripada segi, senarai pemimpin politik yang terlibat, apa yang dibincangkan, bagaimana boleh berlaku lompat parti atau apa-apa yang penting semasa perjumpaan di hotel tersebut.
Profile Image for Eisya.
66 reviews5 followers
February 26, 2022
Peristiwa berhubungan Langkah Sheraton hanyalah merangkumi 30 daripada 215 muka surat dalam buku ini. Selebihnya merupakan rentetan politik yang menjadikan Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai watak utama. Saya mengandaikan yang ianya dibuat sedemikian bagi menarik perhatian orang awam untuk membacanya kerana buku ini diterbitkan pada Ogos 2020, bertepatan dengan tahun Langkah Sheraton berlaku yang menjadi titik tolak kepada pengambilalihan parti Perikatan Nasional untuk menerajui Malaysia sejurus tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

Maka, selain Langkah Sheraton, buku ini memuatkan isu-isu hangat yang kembali membuka mata serta memori saya antaranya pemberkasan Anwar Ibrahim, Langkah Kajang, inkues arwah Muhammad Adib, jenayah alam di Sungai Kim Kim, jatuhnya kerajaan Barisan Nasional, ratifikasi ICERD dan lain-lain. Meskipun penerangan yang ringkas, buku ini turut menghidangkan pautan akhbar hampir pada setiap muka surat yang membantu pembaca untuk membuat penelitian dengan lebih mendalam.

Cara olahan penulis yang memancing minat pembaca membuatkan saya terkesima, serasa seperti sedang menonton wayang. Geram, sedih, pelik😌, lucu pun ada. Idea yang bernas untuk menulis laporan politik Malaysia untuk dibaca, lebih-lebih lagi buat anak muda yang baru bertatih sewaktu era Tun Dr. Mahathir sebagai perdana menteri yang ke-4. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya sarankan untuk pembaca jelas dahulu tentang sistem dan mekanisme politik yang diamalkan di Malaysia. Naskah yang memaparkan senario percaturan aktor-aktor dinasour politik Malaysia ini bagi saya sangat menarik kerana tak lengkap rasanya sekiranya saya hanya mengenali cara mereka bermain politik pada waktu kini.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
January 19, 2021
Buku ini sepintas tentang apa yang berlaku ketika pru pada tahun 2018, kejatuhan BN, kebangkitan PH, jatuhnya PH dan naik PN. Ia sepintas lalu tentang isu politik yang berlaku pada tahun 2018, 2019 dan masuk 2020, banyak juga isu antaranya isu politik antara mahathir dan anwar juga turut diselit dalam buku ini. Dan macam biasa penulis akan tinggalkan beberapa pautan artikel untuk Kita tengok dalam internet, banyak yang ditulis ini berdasarkan artikel yang dipetik. Hampir kesemua muka surat ada pautan ke artikel yang menulis tentang isu yang dikupas dalam buku ini. Apa pun menarik baca kerana ia masih lagi kena dengan situasi sekarang, pengakhiran PH pun sesuatu yang baik untuk rakyat malaysia kerana kecuaian mereka dalam uruskan isu covid-19. Oh ada juga selit isu arwah adib dalam buku ni. Memang menarik bila baca buku ini hampir semua aku ingat balik apa yang berlaku pada tahun 2018,2019 dan 2020.
Profile Image for Hafeji A.D.
257 reviews1 follower
September 29, 2021
Aku betul-betul nak beli buku ini. Ketika itu negara baru sahaja melalui peralihan politik yang paling epik setelah jatuhnya Kerajaan Barisan Nasional ketika PRU14. Buku ini pula terbit ketika aku sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat kecil. Upahnya pula tidak besar, maka aku kendurkan hasratku untuk memiliki naskah ini. Sehinggalah pada 2021....

Untuk yang mahu tahu apakah akar kepada Langkah Sheraton, akar kepada politik negara, ikonnya, dan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Beleklah, kau akan puas hati.

-BUKU INI AKU SUKA-
39 reviews
December 27, 2021
Langkah Sheraton oleh Ahmad Faezal
-
“𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐒𝐡𝐞𝐫𝐚𝐭𝐨𝐧”
-
Masih tidak boleh dilupakan, malam sewaktu berlakunya Langkah Sheraton. Ketika itu saya di asrama, mendapat perkhabaran berkenaan isu ini daripada warden. Jika diingatkan kembali pada waktu itu, saya dan rakan begitu teruja sekali mengikuti perkembangan politik ini, siap adakan “forum kedai kopi”😆. Masing-masing mengeluarkan pendapat dan “analisis” tersendiri. Suasana mahal yang cukup dirindukan😭.

Minggu itu, Macam-macam jadi. PM letak jawatan, Kabinet terbubar, campurtangan YDPA, dan kemuncaknya kerajaan baru berjaya dibentuk tanpa PRU. Fuhhh, Perisitiwa sebegini belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air. Begitulah realitinya, dapat saya simpulkan bahawa politik Malaysia ini segila fiksyen. Anything can happen.
-
Buku yang diterbitkan oleh rumah penerbitan @thepatriotsasia ini mengupas beberapa “keypoint” penting yang membawa kepada tecetusnya peristiwa ini. Jika dibaca secara sepintas lalu judul buku ini, pasti ramai yang ingatkan temanya khusus untuk peristiwa Langkah Sheraton sahaja. Namun sebenarnya banyak lagi kisah-kisah politik lain yang menarik dalam buku ini. Seperti peristiwa langkah Kajang, krisis Umno 87’-88’, reformasi 98’. Overall memang menarik untuk dibaca! Penulis juga ada menceritakan sejarah penglibatan tokoh-tokoh politik tanah air berpengaruh seperti Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim, DS Najib Razak. Mereka ini kira macam aktor-aktor utama dalam kes Langkah Sheraton, semuanya ada memainkan peranan secara langsung mahupun tidak langsung. Berdasarkan pembacaan saya, penulisan yang dipersembahkan saudara penulis persis seperti laporan. Oleh itu, Membaca buku ini bagi saya seolah-olah seperti membaca artikel berita di akhbar.
-
Kesimpulannya, saya amat mengesyorkan buku ini kepada sesiapa yang berminat untuk memahami sejarah politik negara dengan lebih mendalam. Banyak pengetahuan baru dalam buku ini, memang berbaloi. Menurut saya, pemahaman akan bertambah baik jika menjadikan buku Politik Untuk Pemula sebagai panduan.
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
November 17, 2020
Buku tak heavy tapi berasap jugalah bila membaca. Sungguh tidak suka politik tapi doesn’t mean tak nak baca buku tentang politik. Kalau suruh menceritakan tentang isi buku ni pun, mungkin boleh capai setakat 40-50% je kot...ada jugalah rasa bersalah sebab sebagai seorang warga, berguna juga bila kita tahu apa yang berlaku supaya senang untuk kita buat penilaian sendiri. But reading about politics is just too much for me...sigh!
Profile Image for Ahnaf Yunus.
52 reviews
January 27, 2021
Saya berpendapat, tajuk buku ini tidak sesuai dengan kandungannya. Peristiwa Langkah Sheraton hanya ditulis dalam satu bab 'Seminggu yang gila' berisikan 12 muka surat. Sewajarnya, tajuk buku adalah seperti 'Disebalik Langkah Sheraton'. Kami nantikan buku dari The Patriots lagi. Sentiasa menyokong The Patriots!
Profile Image for Muhamad Usamah Haikal.
13 reviews
July 16, 2022
Penerangan yang amat baik dalam memahami bagaimana politik di zaman Mahathir membentuk perseteruan antara golongan-golongan tertentu sehingga mencetuskan Langkah Sheraton. Buku ini akan lebih bermakna untuk dibaca jika adanya edisi kemaskini yang menyentuh juga mengapa Muhyiddin bertindak meletakkan jawatan Perdana Menteri dan memberikannya kepada Barisan Nasional.
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
69 reviews1 follower
July 10, 2021
Habis baca dalam 2 hari sahaja.

Kesimpulannya, sudah 20 tahun arena politik kita berkisar pada Anwar- Mahathir.

Sekarang masa mereka telah tamat. Terpulang pada kita generasi muda pula untuk mencorak kanvas politik Malaysia
Profile Image for Marliana.
16 reviews
September 23, 2021
Secara peribadi, buku ini menceritakan senario politik Malaysia yang berpaksikan Anwar dan Mahathir sebagai watak utama, rentetan peristiwa, isu politik yang berlaku dalam pengetahuan kita. Penulis juga mengutarakan kisah2 yang jarang atau tidak pernah kita sedari berlaku.
Profile Image for Zatul.
200 reviews2 followers
Read
July 12, 2021
bruh I was reading this like it's a fiction eventhough they're actually real life events😅
because every event is spicy and dramatic man 🌶
Profile Image for Adelyne.
1,425 reviews37 followers
July 27, 2022
3 stars. Full review to follow.
5 reviews
November 17, 2022
mantap bai, baru tau pasal naik bangun Anwar Ibrahim, and also kerajaan malaysia. so good
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.