Seo Young-hae – seorang wartawan,diplomat, dan pejuang kemerdekaan. Beliau merupakan satu-satunya nama besar di Eropah yang menghubungi kerajaan bayangan di Paris dan berjuang selama 27 tahun untuk kemerdekaan negara Korea.
Jika kehidupan seseorang di dunia ini ibarat sebuah drama, kehidupan Seo-Young hae boleh menjadi sebuah drama yang menarik dan menakjubkan. Dari era penjajahan empayar Jepun sehinggalah zaman selepas kemerdekaan, pengiktrafan kerajaan dalam sejarah dunia dan pembangunan mega negara Korea tergambar daripada kehidupannya.
Seo-Young hae berjuang untuk kebebasan Korea seumur hidupnya. Beliau ada sewaktu negaranya dibahagikan kepada Korea Selatan dan Korea Utara. Beliau merupakan seorang yang bijak, percaya kepada falsafah moral Confucius, berbicara dalam tujuh bahasa, pasifis dan antifasis.
Tetapi sayang, beliau merupakan aktivis kemerdekaan Korea di Paris yang tidak didendang. Namanya jarang diketahui oleh genarasi sekarang.
Jadi, diharapkan buku ini akan dapat memberikan jawapan secara ringkas dan padat kepada soalan-soalan seperti, “Siapakah Seo Young Hae? Wujudkah aktivis kemerdekaan seperti itu?”
Yang paling sakit hati, kita tak tahu pengakhiran kisah hidup Seo Young-Hae ini. Itu saja yang aku geram.
Aku boleh tahu betapa bersemangat nya Seo Young-Hae bila berbicara mengenai negara nya, Korea. Betapa bangga dan jujur nya dia menjadi bangsa Korea. Mencintai negara lebih daripada apa pun. Itu lah Seo Young-Hae.
Terima kasih untuk pahit kehidupan dalam percintaan, lelah dalam mengejar ilmu dan tidak tunduk di atas mana-mana agenda politik di sepanjang kehidupan mu, Seo Young-Hae.
Semoga abadi, Pejuang Kemerdekaan yang tidak berlagu merdu.
Buku untuk pembukaan 2021, buku ni terjemahan buku original dari penulis korea. menarik dan seo young hae adalah wira korea yang tak didendangkan kisahnya, hebatnya dia adalah dia menggunakan media cetak untuk menyebarkan propaganda untuk memerdekakan korea dari imperialis jepun, yang mana zaman tu media cetak antara penyumbang untuk menyebarkan dakyah tertentu yang sekarang ni sangatlah kurang digunakan sebab teknologi makin canggihkan, Zaman itu orang yang berpemikiran yang jenis membawa revolusi cara inilah Yang terbaik untuk sebarkan agenda mereka, bermula sebagai pemuda Yang kosong datang ke paris pun tak tahu bahasa perancis dan berakhir menjadi antara seorang pejuang kemerdekaan korea, seorang yang cuba menyatukan korea utara dan selatan. Seorang yang anti fasis, anti komunis dan juga anti kapitalis dan seorang yang inginkan korea merdeka dan bersatu. Memang hebat lelaki Yang tak terikat dengan ketat terhadap mana-mana ideologi atau blok tertentu, antara buku yang terbaik aku pernah beli dan berbaloi untuk baca.
Seo Young-hae merupakan seorang wartawan dan diplomat yang berjuang memerdekakan negara Korea dari penjajah iaitu Jepun. Beliau berpusat di Paris yang dikenali sebagai bandar revolusi selama 27 tahun. Semangat juang Seo Young-hae memerdekakan negara tercinta perlu dipuji walaupun bukan dengan cara mengangkat senjata. Beliau menanam sentimen anti-Jepun dan berdiplomasi dengan negara Eropah dari luar negara sebagai wakil daripada Kerajaan Bayangan.
Hubungan Rhee Syngman dan Seo Young-hae sangat rapat sehinggalah mereka tidak lagi sehaluan kerana kedua-dua mempunyai arah gerakan kemerdekaan yang berbeza. 15 Ogos 1945 merupakan tarikh keramat untuk negara Korea setelah dijajah oleh Jepun lebih daripada 35 tahun. Namun, setelah kemerdekaan berjaya dicapai, Seo Young-hae berhadapan dengan pelbagai konflik antaranya ialah konfliknya dengan rakan baiknya, Rhee Syngman. Seo Young-hae menyokong penubuhan kerajaan bersatu Korea (Utara-Selatan) tetapi dibantah oleh Rhee Syngman. Banyak konflik berlaku menyebabkan Seo Young-hae agak kecewa dengan politik dalaman. Kemudian, beliau pulang semula ke Paris (tahun 1949) dan sejak dari itu, dia tidak pernah lagi kembali.
Jasa figura ini dilupakan begitu saja. Tiada khabar berita tentang Seo Young-hae selepas itu. Bahkan, kita tidak mengetahui bila tarikh kematiannya dan di mana beliau dikebumikan. Beliau seolah-olah lenyao daripada sejarah sehinggalah pada tahun 1995, anak saudaranya, Seo Jung-Cheol memohon kepada kerajaan untuk meraih Order of Merit dan Pingat Jasa Kebaktian bagi pihak Seo Young-hae. Sejak itu banyak usaha yang dilakukan untuk mencungkil kembali sejarah Seo Young-hae dengan usaha sama kerajaan Korea Selatan dan Perancis.
Buku ini merupakan sebuah naskah yang berkongsi suka duka kehidupan serta pengalaman seorang wartawan, diplomat dan pejuang kemerdekaan, Seo Young-Hae.
Buku ini merupakan hasil tulisan Jung Sang-Cheon. Edisi asal adalah dalam bahasa Korea, terbitan Sanzini Book Publishing. Naskah yang saya baca adalah edisi terjemahan ke bahasa Melayu, terbitan Patriots Publishing.
Nama Seo Young Hae mungkin kurang dikenali tetapi beliau mendedikasikan hidupnya untuk negaranya. Kisah hidup Seo Young Hae diceritakan bermula dari tahun-tahun awal kehidupannya di Korea, dan bagaimana beliau akhirnya sampai ke Paris. Susunan cerita yang teratur, memudahkan pembaca untuk menelusuri perjalanan kehidupan dan peristiwa penting yang terjadi ketika itu.
Secara keseluruhan, kisah kehidupan beliau serta perjuangannya disampaikan dengan baik oleh penulis. Turut dikongsikan surat-surat dan artikel yang ditulis oleh Seo Young Hae sepanjang penglibatannya dalam gerakan kemerdekaan negaranya.