Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fasiq

Rate this book
“Bilik tu dan bilik ni ada penghuninya!”- NABILA

Zarina ragu-ragu. Masakan tiba-tiba rumah orang tua mereka itu berpuaka? Sehinggalah dia sendiri diganggu dan gangguan tersebut berlarutan sehingga dia pulang dari kampung. Nabila pula beria-ia mengatakan yang emak mereka ada membela saka, sama seperti yang dikatakan oleh orang-orang kampung.

“Lagi teruk gangguan tu bila tuan tu dah meninggal, tapi benda tu tak diwariskan, atau tak sempat diwariskan. Kadang-kadang, tuan tu sendiri pun susah nak meninggal.”- LUTFI

Gangguan yang terjadi semakin serius sehinggakan ahli fisiologi yang dibawa untuk membantu Puan Afiqah, ditemui mati tergantung di tingkat atas rumah itu. Zarina kian tertekan. Hubungannya dengan Nabila kian berantakan, lebih-lebih lagi dia mengesyaki Nabila bagaikan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

“Apa? Kau nak cakap yang arwah mak tu ada bela saka, kan? Sejak mak sakit, sampailah sekarang mak dah meninggal, kau masih nak fikir yang bukan-bukan pasal mak. Entah-entah kau sendiri yang memang ada sembunyikan apa-apa, betul tak?” – ZARINA

“Haji dah lupa apa yang si Tun tu tinggalkan untuk keluarga tu? Saya rasa sebab tulah semua gangguan ni berlaku.” – MAK CIK LIJAH BECOK

Haji Idris menjadi saksi apa yang berlaku. Ada rahsia yang disimpan rapi sebelum ini mengenai seseorang. Mungkinkah kejadian sekarang terkait dengan peristiwa 30 tahun yang lalu?

Adanya hati yang tidak pernah berdamai dengan waktu. Adanya dendam yang ingin dilunaskan. Di antara jalan yang haq dan batil, siapa yang memilih untuk menyimpang?

Paperback

Published July 10, 2020

20 people want to read

About the author

Daisy Zahra

20 books25 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (57%)
4 stars
8 (42%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Aest.
40 reviews1 follower
November 2, 2024
Kemas sangat cara penulis susun storyline dia. Ingatkan hujung-hujung cerita semua rahsia dah terungkai, rupanya ada plotwist sikit. Nice sangat! Akan try baca karya-karya lain dari penulis jugak. Kipidap, don gibap! 👍🏻
Profile Image for Ansya.
113 reviews
August 14, 2020
bismillah.
ok as usual. review ringkas from me.
kali ini kak daisy mempersembahkan sebuah tajuk mengenai evil doer ( fasiq ) so, aku rasa korg tahu kan apa tu fasiq? most of us tau lah kan..ok. jln cerita yg menarik, best, lebih2 lagi kak daisy semat kan ayat al quran di last page..itu sebagai kte peringatan utk kte sume..walau bagaimana pun, cerita maupun genre yg sebegini harus diketengahkan utk kte sedar bahwa ada manusia2 yg sebegini di dunia yg sementara ini..ada yg bertaubat ada yg tak mahu betaubat..so sebelum kte buat sesuatu utk menjahanam kan org lain..ingat lah hukum Allah Taala lagi hebat daripada kte buat kat org lain..dendam kesumat..iri hati..ngan org lain hanya kerna ikot hawa nafsu yg jahat tak kemana lah kte sebenarnya..tak jauh actually..sepandai2 tupai melompat sejauh jauh nya..akhirnya jatuh ke tanah jua akhirnya..maka..itu tahniah buat kak daisy! Aku suka jln cerita beliau! Perluaskan lah genre yg sebegini di masa masa akan dtg. Insya'allah. Allahumma Aamin. Sekian dari aku. Wassalam.
Profile Image for Cik Aufa.
12 reviews1 follower
August 14, 2020
Love this! Bagi saya DZ tak pernah gagal untuk sampaikan mesej2 yang berguna dalam karya2 beliau baik genre cinta ataupun seram.

Fasiq bermula apabila Pn. Afiqah jatuh sakit. Nabila menghubungi kakaknya Zarina untuk meminta kakaknya pulang ke kampung. Nabila juga turut memberitahu yang tingkat atas rumah orang tua mereka ada gangguan. Orang2 kampung pula mula spekulasi yang Pn. Afiqah ada membela saka. Satu demi satu gangguan mula terjadi. Part yang seram memang seram!! Dah macam level2 movie pula.

Seriously tak sangka watak jahat tu sebenarnya dia. Naskah ni banyak mengajar yang jangan mudah prasangka pada orang. Yang nampak baik belum tentu baik, yang nampak jahat belum jahat. Thumbs up 👍 Naskah ni memang berbaloi.
2 reviews
September 11, 2020
Novel ni ada pengajaran yang cukup bagus. Satu perkara yang I noticed cara penulisan penulis ni amat2 baik. Tak seperti sesetengah penulis genre seram yang lain yang kadang2 banyak perkara perlu diperbaiki baik dari segi penulisan mahupun jalan cerita. Membaca novel ni sehingga ke titik penamat memberikan saya kepuasan. Good job writer! Sy akan cuba dapatkan novel2 kamu yang lain
Profile Image for Amiratul Afida.
29 reviews3 followers
September 16, 2020
karya yg sarat dgn debaran dan persoalan tanpa ada sebarang lewah...walaupun tampil dgn genre berat tetapi sgt mengujakan dan tidak menimbulkan sebarang kebosanan...moral value jelas dan scara tidak lgsung dpt mndidik jiwa pmbaca...ending yg mndamaikan dan tidak mnimbulkan ketidakpuasan hati pmbaca...
gaya bhasa yg mudah difahami...tahniah penulis...
Profile Image for Syarul.
45 reviews1 follower
June 13, 2021
Ada plot twist dalam buku ni. Kalau rasa ragu ragu, beli je buku ni. Memang berbaloi baloi.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.