Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dendam Bersulam Cinta

Rate this book
Nurul Jannah

Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tetapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita.

"Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau." - Amsyar
"Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja." - Jannah

Lalu, aku bersumpah. Takkan semudah itu untuk Amsyar menghancurkan aku. Walau sedalam mana pun cinta aku kepadanya, aku tetap seorang wanita yang akan mempertahankan diri. Akan aku hadap semuanya tanpa tergugat. Biar dia tahu bahawa seorang Nurul Jannah bukan semudah itu untuk dihancurkan. Malangnya, bila kebenaran akhirnya terbongkar, aku jadi sangsi. Patutkah aku melawan atau biarkan sahaja Amsyar menuntut dendamnya?

Amsyar Mikael

Ini jalan yang sudah aku ambil dan aku akan benar-benar memastikan perempuan itu hancur tidak mampu bangkit semula. Dia harus membayar harga bagi setiap titik air mataku yang menitis, setiap laungan penuh derita dan setiap nyawa yang sudah direnggut. Namun, semakin aku melukai dia, semakin jiwaku sendiri yang terhiris. Air mata yang dia titiskan, bahkan umpama racun yang membunuhku dari dalam.

Tidak! Aku harus bertahan. Walau apa pun yang berlaku, dendam ini harus berbalas. Dua nyawa yang sudah terkorban itu perlu dibela. Perasaan dalam hati? Huh, aku lempar jauh-jauh! Tetapi, persoalannya sekarang, sampai bila aku mampu bertahan? Bila melihat dia sahaja, membuatkan aku ingin merangkulnya erat dan mengatakan...

"Abang cintakan Ana." - Amsyar
"Aku mencintai dia. Tapi sekarang, aku mahu cintaku kepadanya mati, tidak boleh hidup semula." - Jannah

639 pages, Paperback

First published August 1, 2020

33 people are currently reading
479 people want to read

About the author

Sara Aisha

18 books469 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
200 (44%)
4 stars
155 (34%)
3 stars
73 (16%)
2 stars
15 (3%)
1 star
7 (1%)
Displaying 1 - 30 of 96 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
January 26, 2021
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

My first Malay language novel for the year, and I am left somewhat disappointed.

Bila N baca sinopsis buku dekat belakang, berkobar-kobar jugaklah perasaan nak baca novel ni. Plus, Sara Aisha is one of my favourite author yang kalau ada buku baru keluar, N memang akan rembat tanpa baca sinopsis pun.

Watak Nurul Jannah digambarkan sebagai seorang wanita yang kuat selepas mengetahui perkahwinannya hanyalah atas sebab untuk melunaskan sebuah dendam. I thought I would get an awesome heroine ala-ala Irene dalam siri Dominan by Adnil Zaff. I thought Jannah ni jenis yang take no-nonsense and takkan biarkan dirinya dilayan macam kain buruk. I thought Jannah akan outclass and outsmart Amsyar seperti yang dilakukan Irene pada suaminya.

Banyak yang N harapkan dari Jannah tapi satu pun tak kesampaian. Jannah sering mengingatkan diri yang dia akan bangkit dan melawan dan tak akan biarkan dirinya dilayan teruk oleh Amsyar. Tapi sering kali dia tewas. Last-last, N yang mengalah nak sokong Jannah.

And can we stop being so tolerable when it comes to domestic/marital abuse? Yes, Amsyar tak pernah angkat tangan dan kaki terhadap Jannah. Jannah pun tak pernah lebam sana sini. But abuse is not just limited to physical altercation. Jannah dicengkam, dijerkah, diancam, dihina and oleh Amsyar. She is abused mentally and emotionally. And yet, bila Amsyar buat baik sikit jer like tanya dia pergi mana pun, Jannah dah jadi lembut hati. He called her a pelacur straight to her face, tapi Jannah masih mengharapkan Amsyar.

This story was written in 2020. Can we start normalizing strong, smart female character dalam novel Melayu? N pasti spesies wanita yang kuat, bijak dan tabah masih belum pupus lagi.

So, to make it short, jalan cerita agak menarik but watak Jannah sebagai tunjang utama kisah ini sedikit mengecewakan N.

Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
September 3, 2020
1.5*
.
Maaf.
Aku tertipu dengan cover-nya.
Aku terpedaya dengan tajuknya.
Aku kecewa kerana tidak mampu hadam dengan baik kisah ini.
.
Entah la
Tak tahu kenapa aku tak boleh masuk dengan garapan penulis untuk kisah ini.
Rasa lelah sangat nak habiskan.
Rasa macam penulis baru nak belajar menulis sedangkan ________.
.
Maaf.
Aku tak boleh nak kata cerita ni bagus (menarik) jika ia tidak kena dengan selera aku.
.
Maaf.
Aku dah jual balik novel ini.
.
Profile Image for Siqahiqa.
593 reviews106 followers
September 14, 2020
Bayangkan jika kau bercinta penuh keindahan selama dua tahun dan semua itu musnah pada hari perkahwinan kerana kau baru tahu lelaki yang bergelar suami hanya mahukan kehancuran kau.

Remuknya hati bila rasa diri hanya bertepuk sebelah tangan mencintai seseorang. Cuma adakah benar kewujudan cinta hanya di sebelah pihak saja dan kehidupan selepas perkahwinan mereka hanya penuh dengan kepalsuan?

Selepas enam tahun, Cik SA kembali membuat kejutan dengan menghasilkan Dendam Bersulam Cinta yang merupakan genre melodrama-romance. Cerita mengenai Amsyar yang mendekati Jannah dengan niat untuk membalas dendam atas perbuatan ayah Jannah satu ketika dulu.

Plot cerita dan watak berkembang dengan teratur. Pelbagai emosi wujud ketika membaca novel ini namun emosi marah, sakit hati yang mendominasi diri aku. Sangat terkesan dengan kekejaman Amsyar terhadap Jannah. Aku jadi sensitif dengan kisah hubungan suami isteri, jadi bertambahlah rasa sakit hati, sedih, kecewa, dengan perangai Amsyar. Benarlah kata Cik SA, Amsyar adalah hero yang layak dibenci sepenuh hati.

Namun, kan orang kata tak boleh benci sangat nanti memakan diri. Itulah yang aku alami. Haha. Berpaling tadah pulak dah. Sokong Amsyar apabila mengetahui kisah di sebalik tindakannya dan dalam masa yang sama faham akan apa yang Jannah lalui.

Membaca isi hati Jannah, buatkan aku menangis dan air mata mengalir tak berhenti membaca kisah Ana. Kalau dah penulis sendiri menulis cerita ini sambil menangis, apatah lagi pembaca kan? Sampai sungguh emosi itu dalam diri aku.

Seperti biasa, aku suka dengan watak wanita dalam setiap novel Cik SA. Wanita yang kuat, yakin dan berada dalam kelasnya tersendiri. Buat pertama kalinya aku tak suka dengan watak hero walaupun pengakhirannya hatiku berubah 🙈 Aku juga suka dengan watak sampingan seperti papa Jannah dan dua orang kawan mereka, Nadiya dan Syahril.

Pengakhiran cerita yang tepat. Ada bab klise di situ (memandangkan drama Korea selalu begini😅) tapi itulah yang perlu. Aku setuju dengan keputusan Jannah kerana itulah yang patut dilakukan in real life. We need time to heal ourselves. To become whole and find ourselves again. Sesungguhnya, hati kita yang paling susah nak difahami apatah lagi apabila berkaitan dengan cinta.

Tahniah Cik Sa atas penghasilan novel ini. Aku rekomen novel ini buat mereka yang suka membaca kisah perkahwinan yang diselitkan pengajaran hidup seperti peluang kedua, ruang dan waktu, persahabatan dan kekeluargaan.

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
May 1, 2022
TW-- Mental abuse, rape marital

Dendam Bersulam Cinta - Sara Aisha

Ini adalah novel kedua SA yang aku baca. Aku mengambil masa tiga hingga ke empat bulan untuk beli novel ni. Setelah berfikir panjang, aku setuju dengan otak sendiri untuk beli novel ini dan secara ajaibnya, aku dapat habiskan bacaan kurang 24 jam. Ini tersangat ajaib sebagai seorang pembaca yang slow.

Sungguh... Dendam Bersulam Cinta penuh dengan emosi seperti yang diperkatakan orang.

Bayangkan engkau bercinta dengan seseorang, lagi-lagi apabila itu adalah cinta pertama. Engkau sendiri pasti berbunga-bunga, bukan? Sepanjang tempoh mereka bercinta itu memang semuanya indah-indah belaka. Tetapi siapa sangka, tidak sampai beberapa jam selepas pernikahan mereka, semuanya berubah sekelip mata.

Amsyar Mikael yang pada awalnya seorang lelaki yang baik dan manis segera menunjukkan belang yang tersorok selepas dia dan Nurul Jannah sah bernikah. Dendam kesumat yang dipendam selama 30 tahun itu harus dilunaskan, fikirnya. Kerana itulah yang disogok sejak dia dari kecil lagi.

Sejujurnya, pada awal pertemuan Amsyar dan Jannah, aku juga seperti Jannah. Turut sukakan Amsyar. Apabila Jannah mengetahui tentang kepura-puraan Amsyar selama mereka bercinta itu, hati aku turut berkecai. Sanggup ya Amsyar menipu dan berlakon selama dua tahun? :)

Semasa mereka berdua sedang berbulan madu di Zurich, Switzerland, sesuatu telah terjadi. Tergamak seorang suami untuk memperkosa isterinya sendiri. Amsyar dayus! Sejak dari itu, aku semakin bencikan dia.

Tetapi selepas rahsia yang dipendam Amsyar selama 30 tahun itu akhirnya terbongkar, bukan saja Jannah tetapi aku juga turut berasa kasihan terhadap Amsyar. Aku tidak sepatutnya berasa kasihan kerana apa pun yang jadi, itu bukan tiket untuk Amsyar menyakiti orang lain.

Sejujurnya sampai sekarang aku masih termenung. Adakah aku akan jadi seperti Jannah pada penghujung cerita? Aku kasihan pada Amsyar tetapi dalam masa yang sama, aku tak boleh terima apa yang dia sudah buat pada Jannah sebelum ini. Walaupun dia sudah berubah pada akhirnya, jika aku ditempat Jannah, tidak mungkin aku akan dapat melupakan segala yang sudah terjadi. Ia memberi kesan yang sangat dalam pada aku.

Entahlah. Mungkin apabila kita cintakan seseorang, otak automatik menjadi bodoh. Hmmm...

Soal rating aku ada dua:-

1. Jika untuk jalan cerita, aku berikan 4/5.
2. Tetapi jika "okay" untuk normalisasikan hubungan yang cukup toksik, aku beri 0/5. Baik perempuan atau lelaki, dua-dua tidak patut hidup dalam hubungan toksik walau apa pun alasan. Titik.
165 reviews2 followers
December 26, 2022
sigh victim-blaming is too strong.

tw // marital rape, abuse
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,332 reviews67 followers
August 5, 2022
[BOOK 162]

Dendam Bersulam Cinta by Sara Aisha.
.

Dah lama tak baca novel SA yang melodrama gini. Last time was Pembuka Hati kot. PH tu memang aku suka gila! Lepas tu, banyak baca yang action romance je. errr tapi, 3 buku yang Code Name tu belum baca lagi, Saving Lucy dah keluar. hehee..bila entah nak bacanya.
.

Kalau ikutkan, idea untuk cerita ni, sebenarnya dah lama kan. Maybe around 2014 camtu kot kan. Buku ni bertemakan dendam dan air mata gitu. Oh ya, buku ni guna POV 1.
.

Amsyar dan Jannah berkahwin setelah 2 tahun bercinta. Masa malam perkahwinan mereka tu la, Jannah dikejutkan dengan tujuan asal Amsyar menikahinya. Semuanya kerana dendam. Dan Amsyar nekad untuk menghancurkan hidup Jannah.
.

So, antara dendam yang dilaksanakan ialah dengan menjatuhkan syarikat yang dibina oleh Datuk Johari, ayah Jannah. Selain tu, dengan menghalang Jannah untuk berjumpa ayahnya ketika ayahnya sakit. Sebab kata Amsyar, kesakitan ialah bila tidak dapat melihat orang tersayang pada saat-saat terakhirnya.
.

Dan macam biasalah, bila dendam terbalas, akan ada hati yang terluka. Terutamanya dua hati yang saling mencintai.
.

So, walau Amsyar berkali meminta maaf dan memujuk, Jannah nekad untuk berpisah sementara waktu and let the fate decides for them.
.

Okay, bagi aku, cerita ni complicated. Dan emotional. Aku rasa dalam banyak-banyak watak hero SA, Amsyar kot paling gaya meminta penampar. Tapi dia sendiri berperang dengan diri sendiri. Dibesarkan dengan motif untuk membalas dendam, but ending up, falling in love with enemy's daughter.
.

Watak Jannah pula, mulanya aku suka sebab dia melawan. Tapi lepas tu, cam dia mengalah je. Lepas tu melawan semula. Eh aku pun pening.
.

Untuk yang dah biasa dengan buku Rehan Makhtar yang mendera emosi dan melelahkan jiwa raga, buku ni pun macam tu jugak. Cumanya, at certain times, aku rasa agak dragging, maybe sebab naratif dan setiap scene tu agak panjang.
.

Otherwise, penulisan SA sememangnya tidak perlu disangkal lagi.
Profile Image for Hida.
119 reviews12 followers
October 29, 2022
My own rate for this book : 4/5

Apa yang aku boleh cakap : Buku ni lain sikit drpd kebiasaan yang aku baca drpd novel SA yang lain which selalunya action-thriller, tp still buku ni ada mystery jgk and twist here and there😌

Buku ni bagi aku pain ya. Pain level rate 4/5. Huhu, kesian sangat dekat Ana, menjadi mangsa pada satu dendam. Amsyar pulak karakter yang aku nak benci tapi tak boleh benci sepenuhnya 😅 Jalan cerita yang menarik bagi aku, dan ending yg aku tak boleh nak cakap aku suka sepenuhnya dengan ending tu. Tp aku setuju dengan keputusan Ana yang nakkan ruang dan masa. Yup, bagi aku itu memang terbaik, tak mcm ending Permata Hati (karya RM). Sbb ending yg itu aku tak boleh terima. Hahaha. Sbb bg aku, perempuan kuat bukan hanya dengan mempertahankan tetapi juga dengan melepaskan. 😌 Tapi, apapun, buku ni overall best dan buku yg Permata Hati tu still ok, sbb aku mmg suka novel2 yang pain 😌

Tiba-tiba sebut pasal novel lain. Hahaha, ok nak cari novel yg thriller pulak, so that otak aku rehat sekejap drpd novel pain 🤣 #emptycanvashida
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
February 24, 2023
Sejujurnya aku tak suka cerita dendam & penderaan macam ni. Aku cuba baca untuk tahu outcome macam mana SA akan buat.

Memang sakit hati betullah sebab dia guna Jannah untuk balas dendam yang nyata bukan salah Jannah pun. Pick the right person next time okay?

"For the sake of living! I hate so that I can live, Ana. Untuk terus hidup."

Tapi aku puas hati juga bila Jannah melawan pada mulanya tapi bila dah tahu 'kebenaran', jadi Jannah terima semua penderaan tu sebab dia rasa bersalah (bagi pihak Datuk Johari).

Sampai hati dia sendiri mati.

" Ana sendiri dah kehilangan diri Ana. So what make you think that abang belum kehilangan Ana?"

Penamat.

Agaknya cinta mengatasi semua? Semua?
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
August 17, 2020
Perfect. Worth waiting. Sebuah novel yg penuh emosi. Sgt berpuashati dgn perkembangan watak, emosi dan plot. Dendam menjadi tema utama selari dgn tajuknya. Kisah Jannah dan Amsyar ni sgt menyentuh hati. Congrats Cik SA sbb menghasilkan karya yg best. Menghasilkan satu lagi watak heroin yg kuat, berfikiran positif dan tahu menilai antara yg baik dan buruk. Redha menerima semuanya dan sgt tabah.

Nurul Jannah, aku kagum dgn sifatnya. Strong women. Jannah yg penuh cinta. Jannah yg sgt gembira dpt menjadi suri hati lelaki yg dia cintai, Amsyar Mikael. Tp semua itu berubah dlm sekelip mata. Mlm pertama Jannah disajikan dgn kebencian Amsyar. Amsyar yg penuh dendam. Perkenalan di Chiang Mai adalah satu perangkap yg dicipta Amysar utk memulakan rancangannya. Buat Jannah jatuh cinta. Dua tahun menyulam cinta, mrk disatukan.

Jannah tidak tahu apa salah dia sampai Amsyar sanggup memperlakukan dia begitu. Amsyar sgt mendera perasaannya. Yg Jannah tahu semuanya salah papa. Puas Jannah bertny apa kesalahan papanya tp Amsyar tak berterus-terang. Hny menyatakan yg dia mahu menghancurkan Jannah, cincang sampai lumat. Sememangnya dari awal pembacaan, aku sgt geram dan marah pd Amsyar. Tergamak dia melayan Jannah sebegitu. Tp bila aku tahu mengapa dan sebab apa Amsyar begitu, timbul pulak rasa kasihan. Dan bila Jannah dpt tahu kebenaran, dia rasa sgt bersalah. Papa yg dia sanjung & syg, adalah punca segalanya.

Paling sedih, saat Jannah kehilangan segalanya, Amsyar pula tiada disisi. Mcm2 yg terjadi buat jiwa Jannah mati. Saat itu Amsyar berubah tp Jannah mahukan ruang. Perpisahan yg Jannah pinta. Mahu dia dan Amsyar mencari diri sendiri. Biar masa Dan takdir yg tentukan segalanya. Jannah pergi membawa hati yg kosong. Amsyar pula setia menanti.

Dapatkah Jannah memaafkan Amsyar? Dan mampukah Jannah terus membenci Amsyar sedangkan hati penuh cinta? Cinta yg terlalu byk. Cinta sejati.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
September 28, 2020
Dendam bersulam cinta. Dendam yang tersemat di hati, tanpa sedar cinta yang menghampiri. Lalu sedikit demi sedikit memudarkan rasa dendam
.

Nurul Jannah, daddy' girl. Papanya cukup menjaga anaknya sehinggakan tidak mudah untuk didekati oleh mana2 lelaki. Pertemuan dgn Amsyar Mikael di Chiang Mai memutikkan rasa cinta Jannah terhadap Amsyar tanpa mengetahui itu semua sudah dirancang dgn teliti oleh Amsyar
.

Perkahwinan yg sepatutnya menjadi permulaan kpd hidup yg lebih bahagia, tp tidak pd Jannah. Disitula permulaan kesengsaraannya. Dia perlu membayar setiap penderitaan yg telah dilalui oleh Amsyar. Sering berlegar 'kenapa?' dan apa sebab dia harus membayar semua itu terhadap Amsyar. Tanpa sedar, yg sebenarnya ayahnya telah menyimpan satu rahsia lama, yg mana Amsyar dtg menuntut keadilan sekarang
.

DBC ini sgt sarat dengan emosi. Geram, marah dan sedih bercampur baur. Pada awalnya aku sangat geramkan Amsyar. Perlakuannya terhadap Jannah cukup menjelikkan. Sepatutnya sbg seorang lelaki yg waras, dia boleh fikir baik buruk sesuatu hal. Tapi tidak. Dia lebih pentingkan dendam. Dan akhirnya telah memakan dirinya sendiri. Jannah, aku boleh nampak betapa dia cuba untuk kuat dalam menghadam apa jua yg dilakukan Amsyar. Tapi awas. Usah bermain dgn kesabaran seorang wanita. Tatkala kita nampak dia lemah, suatu saat dia mendapat kekuatan itu sangat2 bahaya. Seperti Nurul Jannah
.

Memaafkan mungkin mudah untuk diucap. Tapi untuk melupakan setiap perbuatan atau perkataan sangat sukar. Time will heal
.
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
August 6, 2020
Perfect. Totally worth waiting.

Sy memang tak reti nak bagi review yang panjang tapi cukup cakap yang bila baca DBC ni sy rasa puas. Puas hati dengan plot, emosi, perkembangan watak. I love every watak dalam ni.

Macam mana nak membenci kalau hati penuh cinta?

Eh.

Love yourself ❤️
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
January 31, 2021
Hampir 5 bulan jugak untuk aku habiskan pembacaan. Aku kira aku ada masalah dgn watak si Jannah. Watak perempuan yg agak lemah tapi selalu cakap nak jadi kuat. At last tak jugak kuat. Menangis, menangis dan menangis. Amsyar pulak, hmmmm.. takpe lah.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
August 13, 2020
[75-2020]

#DendamBersulamCinta #SaraAisha

Saya percaya 5 bintang dalam goodreads ini tidak cukup untuk diberikan kepada karya hebat ini. Apa yang boleh saya katakan, novel Dendam Bersulam Cinta ini sebuah karya penuh jiwa dan kematangan tersendiri.

Bila kita berbicara tentang dendam, kebanyakan penulis telahpun menghasilkan novel di mana hero/heroin akan membalas dendam kepada satu sama lain dek kerana dirantai dengan masa silam. Begitu juga watak antara Jannah dan Amsyar. Tapi... Idea penulis dalam menghasilkan cerita sebegini sungguh luar biasa. Luar biasa sehingga penulis berjaya menjentik hati saya dan menitiskan air mata. Gituh.

Bagi saya setiap watak punya kekuatan tersendiri dan penulis berjaya mewarnakan setiap watak itu. Daripada watak Amsyar-Jannah, Nad-Syahril sehinggalah ke watak Khayla, tiada satu pun watak yang sekadar menjadi watak tempelan. Itu merupakan sebab mengapa naskhah ini sangat saya gemari.

Secara keseluruhannya, novel Dendam Bersulam Cinta ini membawa kita mengenal bagaimana dendam akhirnya memakan diri. Dan bagaimana di pengakhiran, hanya bahagia yang bisa menghapuskan dendam. Tahniah buat Sara Aisha!
Profile Image for Wan.
18 reviews3 followers
September 28, 2023
Buku keempat daripada penulis yang aku baca.Ketiga-tiga buku yang aku baca sebelum ni semua genre thriller.So aku agak teruja bila baca buku kak Sara Aisha yang ni kerana genre yang agak berlainan.

Buku ni sumpah best.Sangat-sangat bermain dengan emosi aku..Geram,marah,sedih semua ada lah.Awal- awal baca tu memang Amsyar ni asyik kena maki dengan aku.Tapi bila nak hujung- hujung tu memang airmata asyik tumpah je.

Tak dinafikan bahagian awal tu aku rasa sedikit bosan sebab Amsyar tak jelaskan kenapa dia nak balas dendam sangat dekat Jannah.Memang kesian la dengan Jannah sebab dia jadi mangsa keadaan.Aku suka dengan watak Jannah sebab dia tak lemah dan melawan jugak cakap Amsyar walaupun Amsyar buat macam - macam kat dia.

Aku start rasa kesian dengan Amsyar bila sampai bahagian dia tunjuk parut kat badan dia tu dekat Jannah.Memang air mata aku tumpah macam air terjun lah😌.

Bila Amsyar dah jelaskan semua dekat Jannah barulah aku faham kenapa dia buat semua ni dekat Jannah.Tapi still ni bukan alasan kau ye Amsyar.Walaupun kau dah menyesal tapi bagi aku kau layak dapat hukuman yang lebih teruk dengan Jannah.

Apapun aku suka dengan character development Amsyar yang asalnya hidup dengan berpaksikan dendam sehingga menjadi seorang yang sayangkan diri sendiri dan aku salute dengan Jannah kerana masih boleh memaafkan Amsyar walaupun Amsyar dah buat macam - macam kat dia.

Overall aku bagi 4.5* sebab emosi aku naik turun bila baca buku ni and harap kak Sara Aisha boleh hasilkan lagi novel yang pain macam ni🤭
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 4, 2023
Rasa intense sepanjang baca novel ni. Buatkan kita nak tau apa punca dan penyebabnya. Ramai ye tak suka dengan si Amsyar ni 😂 Boleh faham la kenapa dia jadi macam tu sebab dia pun mentally and physically abused.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
September 12, 2022
This is the first book that I read written Sara Aisha and I got this book because of BookTok recommendations and I must say...

I was slightly disappointed. But still, it was an 'okay' read.

Reader's discretion is required, some might find this book triggering.

MMC was really good with his facade, and not going to lie, there were times I felt like he deserved tons of cussings. Both MMC and FMC are victims of situations in this book. But as you read, you'll slowly understand the reason behind their behaviour. My heart hurts for both of them.
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
August 29, 2020
Lelah. Lelah dgn cerita Amsyar Jannah yg penuh emosi. Dari awal penceritaan lg kisah mereka sudah sarat dgn penderitaan. Awal cerita lagi sudah byk makian saya terhadap watak Amsyar. Amsyar yg kejam. Amsyar yg cuba utk membunuh jiwa Jannah hanya kerana sebuah dendam. Sgt kasihan dgn nasib Jannah yg dihukum tanpa dia tahu apa salahnya.

Namun bila kebenaran terbentang, tak semena2 makian bertukar kepada simpati. Amsyar yg berwatakan kejam rupanya dari kecil lg telah menerima hukuman yg berat dari org sekeliling. Setiap hari dibisikkan kata2 dendam sehinggalah dia didera oleh keluarga angkatnya. Ya utk pertama kalinya saya bersetuju dgn Amsyar. Dato Johari lah sebenarnya pemula angkara. Kerana ketamakkan dunia, byk jiwa yg terluka dan akhirnya meninggalkan parut yg amat dalam.

Keputusan Jannah meninggalkan Amsyar adalah sgt tepat. Kerana masa mereka berubah. Kerana masa mereka mula mencari diri mereka sendiri yg hilang. Dan kerana masa, cinta mereka semakin mendalam dan ikhlas menerima seadanya.

Bagi saya, DBC sebuah novel yg sempurna. Plot dan jln cerita yg kemas. Cuma ada sedikit typo tentang nama watak. Dan ianya tidak menjejaskan langsung cerita keseluruhannya. Anyway tahniah SA. Anda tak pernah mengecewakan👍
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
February 23, 2022
4.5/5 ⭐

i am emotionally unstable to review this, esok i review okay 🫂😢

novel ni best! tapi sangat sangat frustrating! rasa nak tumbuk tumbuk je Amsyar!!! ok, ana was sooo strong at first, tapi after she knows the truth, macam lembik sangat. no, i understand why but just... ugh frust tau tengok ana jadi camtu!!

kalau suami membenci, apa kau rasa dia akan buat? ya. it happened. even if he regret it for the rest of his life, it still wrong. i hated him for that, i hated Amsyar for still thinking dia ada hak untuk buat apa je dia nak buat.

"aku patut ada disini, aku suami kau" you were never her husband at the first place.

im more to romance girl, i hate conflicts like this, never really a fan tapi sebab penulis sara aisha, grab juga nak try bcs i love her writing. shifting around the characters pun smooth je.

all her works that i have read never disappoints me.
41 reviews1 follower
February 4, 2022
Novel ni akan best kalau ending dia Jannah dgn Amsyar bercerai. Sbb Amsyar tak layak dapat peluang kedua lepas apa yg dia buat pd Jannah... Abusive.. Merogol... Gelar isteri pelac*r dan banyak lg kata-kata hinaan... Jannah btul2 ada dlm toxic relationship... Tapi tulah... Susah jugak kalau dh terlanjur cinta.. Sampai lelaki buat macam2 pun masih juga butakan mata.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
August 19, 2020
"Time is very powerful. It gives the best reply for everything. All we need to do is... Let time takes it's time to show the right time for everything."

Selepas 6 tahun tanpa novel bergenre romance, akhirnya Cik SA buat comeback untuk kisah Nurul Jannah dan Amsyar Mikael. November 2014, ia cuma sebuah mini novel manakala Julai 2020 pula kisah mereka dicetak dalam naskhah penuh. Dalam kompilasi mini novel Cereka Cinta dulu, kisah mereka berdua adalah kisah favorite aku, mengalir juga air mata membacanya!

Apa yang boleh dikatakan untuk DBC versi novel penuh ini ialah i love it!!!

Pada awal cerita, memang aku letakkan seratus peratus kebencian untuk watak Amsyar Mikael. Nurul Jannah yang tak tahu apa-apa itu diperangkap dalam sebuah perkahwinan yang dirancang demi membalas dendam terhadap Dato Johari. Papa kesayangan Jannah. 2 tahun menyulam cinta dan sebaik sahaja sah menjadi suami isteri, Jannah ditampar dengan kenyataan bahawa perkahwinan mereka adalah disebabkan niat Amsyar untuk menghancurkan dia.

Pada aku watak Nurul Jannah adalah seorang wanita yang cekal dan tak mudah menyerah kalah. Dia tak sentiasa tunduk dengan segala perlakuan Amsyar. Dia suka melawan untuk melindungi perasaannya sendiri dan orang yang disayanginya iaitu punca kepada dendam Amsyar, papanya. Tapi selepas mengetahui rahsia yang disimpan papanya selama bertahun-tahun, Jannah rasa bersalah pada Amsyar. Dan disebabkan rasa bersalah itu, dia sanggup membiarkan dirinya diperlakukan sesuka hati oleh Amsyar dan sampai satu tahap dia rasa hilang dirinya sendiri. Dan dari situ, dia rasa dia perlu berpisah dengan Amsyar untuk mencari apa yang hilang dalam dirinya.

Amsyar Mikael, makhluk Tuhan yang paling kejam. Meletakkan segala kesalahan di bahu Jannah semata-mata dendam yang disimpan lama. Disebabkan dua nyawa yang terkorban dalam hidupnya angkara Dato Johari, dia rasa perlu untuk dia melunaskan segala dendam agar segala keperitan yang digalas selama ini terbalas. Tapi jauh di sudut hati kecilnya, ada sakit yang dipendam. Tanpa diduga perasaan dendam itu bersulam dengan sebuah cinta yang dia tak fikir akan bertunas.

Apabila segala cerita di pihak Amsyar Mikael pula terbongkar, air mata tanpa sedar mengalir. Tetiba hati jadi berbolak-balik. Aku rasa kisah Amsyar lagi perit untuk ditelan. Dari kecil sebenarnya dia sudah hilang kasih sayang orang yang sepatutnya menjadi penjaganya. Disebabkan satu ayat yang selalu dimomokkan dalam fikiran saban tahun, dia tumbuh menjadi insan yang penuh dengan dendam. Tanpa dia sendiri pinta. Dalam pada dia menyakiti seorang Nurul Jannah, dia sendiri merasa tersiksa. Rasa kosong, rasa bersalah dan rasa dirinya tak berguna.

Jadi, satu keputusan telah dibuat oleh Jannah dan Amsyar terpaksa akur. Biarlah takdir yang menentukan segalanya. Andai ada jodoh antara mereka berdua, biar ia terjadi dengan sendiri. Bukan seperti perjalanan cerita yang dahulunya diatur oleh Amsyar untuk sebuah dendam.

Last but not least, ada 2 watak lagi yang aku suka iaitu Nadiya dan Syahril. Seorang kawan Jannah, dan seorang lagi kawan kepada Amsyar. Beruntung sangat ada kawan macam diorang ni. Sentiasa ada saat susah dan senang. Kalau Nadiya tersakiti, Jannah ada untuk melindungi. Kalau Jannah terluka, Nadiya ada untuk merubat luka. Pada mulanya, aku ingat Syahril ni sejenis yang suka ambil kesempatan, but not true at all. Dia kawan yang baik juga untuk Amsyar.

Pokoknya, aku rasa penantian yang lama untuk DBC menjadi satu naskhah penuh berbaloi. Dalam pada berendam air mata, ada juga kemanisannya. Kalau nak rasa, kenalah baca DBC ni ya? You will love it!
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
March 17, 2023
Jannah - anak tunggal kesayangan Dato Johari. Dato' Johari ni very protective sampai Jannah tak boleh pergi mana2 seorang diri dan tak ada lelaki pun yg boleh dekat dgn dia.

Nak dijadikan cerita Jannah boleh pergi travel alone ke Chiang Mai. Kat situlah dia jumpa Amsyar Mikael dan start jatuh cinta. Diorang bercinta selama 2 tahun lepas tu berkahwin.

Perkahwinan tu tak seindah yg disangka. Turns out Amsyar kahwin dgn Jannah sebab nak seek out revenge dia je. Dia dah plan semua. Sebab apa Amsyar nak balas dendam? Apa nasib Jannah? Korang bacalah sendiri ye 😁

My thoughts?
1. Ni 1st time aku baca karya Sara Aisha yg bukan bergenre action/thriller. Surprisingly I like it very much. Storyline dan penceritaan was very good, I cannot put down.
2. This book is such an emotional rollercoaster. I really can feel the pain yg Jannah rasa sampai mengalir air mata. Mungkin sebab I've been there; I lost my dad once.
3. I love the character development. Kenapa Amsyar jadi macam tu dan how he showed remorse after what he did.
4. For me, Jannah is really a strong female lead. Dia tak terus terima Amsyar. Sampai dekat ending pun dia still buat keputusan for the sake of herself. I'm proud of her.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
August 6, 2021
"Forgiveness doesn't mean an automatic second chance."

Dendam Bersulam Cinta merupakan novel keempat Sara Aisha yang aku baca pada tahun ini. Ia sebuah novel yang bergenrekan melo-romance dan waktu aku baca novel ni, memang bertepatan dengan mood melo-romance walaupun mood tersebut sudah hampir ke penghujungnya.

Penulis membawa pembaca untuk menyelusuri kisah Amsyar yang memendam kesumat terhadap keluarga Nurul Jannah, dan perkara tersebut membuatkan aku rasa tidak senang duduk ya gais.

Apa yang berlaku kepada Nurul Jannah merupakan satu mimpi buruk, tetapi perwatakannya diolah untuk menjadi seorang yang lebih kuat, tidak hanya menerima, malah bangkit untuk mendapatkan jawapan yang jelas disebalik apa yang berlaku dan memegang prinsip yang berbeza ketika berhadapan dengan mimpi tersebut membuatkan aku boleh menerima naskhah ini.

Kebanyakan masa, aku tak ada masalah dan enjoy dengan olahan penulis yang sememangnya mampu merancakkan jalan cerita, memeriahkan bab dengan emosi yang turun naik, mengembangkan perwatakan serta menyelitkan mesej yang jelas.

Adapun yang mengganggu aku hanyalah ciptaan peristiwa yang sedikit sebanyak berkait dengan keganasan rumahtangga yang diulang beberapa kali untuk menguatkan atau menggambarkan 'ini yang perlu dibayar oleh Nurul Jannah kebencian dan dendam yang dirasai Amsyar, bukan lah sesuatu yang aku gemar. Dan, sebenarnya aku mengharapkan penamat yaang bertentangan dengan yang sedia ada. Mungkin rating aku akan berbeza kalau endingnya seperti yang aku harapkan. Apa-apa pun, tahniah penulis! Semoga terus menghasilkan karya yang lebih baik.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
August 9, 2020
Sakit hati ni dengan perbuatan Amsyar pada Jannah. Kesakitan Jannah tu macam sis plak yang rasa. Tapi Jannah is a strong women. Kagum! Kehilangan semuanya pada waktu yang serentak, dengan Amsyar tiada di sisi...eh! Sis pun menangis teresak-esak tau baca cerita ni... haihhh lar.... Klaw sis jadi Jannah, lammmmbaaattt lagi nak maafkan Amsyar tu. Hahaha. Nasib baik lar Jannah tu baik tau!
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
September 16, 2022
Amsyar & Nurul Jannah.

Ya Allah sumpah cakap awal2 pages dah menangis campur geram!🤬

Novel ni memang siapa nak rasa nak maki silalah baca. Siapa nak pain ha baca lah🫠

"Perkahwinan yg dikatakan indah. Tapi tidak bagi Nurul Jannah"

Lelaki yg disangkakan menyayangi dan melindungi dia hmmm. Itu jugaklah lelaki yg buat Jannah menangis dan sakit😫

Sebab dendam Amsyar sakitkan Jannah. Kejam yes kejam. Baru je kahwin dah kejam. Eiii geramnya.

Bila part Amsyar dh berubah tu Ad macam nak je cakap kat Jannah tak payah maafkan Amsyar. Tapu manusia berhak mendapat peluang kedua kan. People can changed.

Best tak cliche and sakit and pedih and geram eii. BEST TAU SILA BACA!
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
January 8, 2023
permulaannya agak boring sebab tak nampak why and how amsyar tu nak revenge. bila kat tengah2 cerita baru interesting.

tapiiiiik, marital rape is not a joke. and i still hate amsyar for doing like that! jannah deserve better.

ending tu okay la acceptable. but if aku jadi jannah, memang idok ler nak accept balik amsyar.
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
September 12, 2020
Dendam Bersulam Cinta.. aku mengikuti dari teaser pertama lagi dan itu yang membuatkan aku jatuh cinta untuk membeli😆..
.
Keseluruhannya, aku suka DBC ni.. memang tak dinafikan emosi memainkan peranan.. sampaikan aku tak tahu nak bagi reaksi apa masa baca buku ni..haha
.
Aku sebenarnya kasihankan watak Jannah sebab jadi mangsa Amsyar..ye lah kan, tetiba kena dendam tak tahu pasal apa memula.. tapi, aku juga tak boleh move on dengan dark past Amsyar..memang sakit sangat bila bayangkan... sebenarnya, bukannya manusia tak boleh fikir mana baik buruk kan😂so kalau Amsyar tak balas dendam pun takpe tapi dah tajuk buku Dendam Bersulam Cinta dan itulah kisahnya 🤣😅
.
Seperti yang anda tahu(kalau tak tahu aku nak beritahu ni)..kak SA ada kata baca buku ni sambil dengar lagu Agnes Monica.. Contohnya, teruskanlah dan karena ku sanggup (sanggup aku download lagu ni)😆.. memang "feeling"..aku ada juga nangis kat bab² tertentu..tapi aku tak nak lah spoiler di sini😉 hakikatnya, aku sendiri tak di"spoiler"kan oleh rakan aku waktu memula nak baca..memang spoil mood betul😅 aku pun macam "NOOO"😫..tapi tu lah aku pun masih tak dapat agak sebab plot twist kak SA kan best..tapi aku masih lagi mengira itu sebagai satu "spoiler" yang agak besar kot..
(Jadi aku nasihatkan nak baca nanti nak baca jangan tayang sangat kat orang sekali kena SPOILER)😑
.
Berbalik kepada tadi, aku tak boleh nak cakap apa tapi aku memang kesian kat Amsyar but in the same time aku rasa macam nak serang seperti Nadiyah..haha aku pun tak boleh tahan..tapi bagi aku, Jannah ni kuat dan tabah...(ps: semua heroin kak SA strong kan)
.
Bagi aku, cerita ni tak puas baca sekali.. memang aku akan reread balik buku kak SA.. nilai yang diperoleh ialah:
1. Dendam tak membawa apa-apa kebaikan malahan menyeksa diri kau.. lagipun dendam ni tak baik tau😅
2. Semua manusia layak diberi peluang kedua.. sedangkan nabi pun memaafkan seseorang yang membaling batu sehingga berdarah dan luka apatah lagi kita..sudahnya aku emosional
.
(ps: 3 tahun tu lama woo🤣ni kira spoiler 0.01%)
1 review1 follower
December 10, 2021
no..not for me too much victim playing and glorifying abusive and toxic relationship
19 reviews
August 14, 2020
4 jee sbb x puas dgn ending dia. Hmmm nk lagiiiiiiiiiiiiiiii uhuuuuu
Displaying 1 - 30 of 96 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.