"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula. Deal?" "Ini deal sementara saja, kan?" "Tak. Ini deal seumur hidup."
Demi mendapatkan semula kekasih hatinya, tak mengapalah Hazel terjun dalam komplot jahat. Demi Raja Adib, tak mengapalah dia bersekongkol dengan Tuan Ahadiat.
"Hazel, pegang tangan, peluk dan cium pipi awak tak pernah masuk dalam komplot kita berdua. Jangan buat hal dengan saya!"
Demi Raja Adib, Hazel langgar semua protokol komplotnya bersama Tuan Ahadiat. Natijahnya, ada yang salah faham. Keluarga Tuan Ahadiat datang bersama cincin lamaran.
"Tuan, sekarang macam mana? Takkan kita nak berkahwin?"
"Saya tak tahu. Saya minta awak jangan terima lamaran keluarga saya. Tapi awak terima juga. Kenapa?"
Ya, kenapa dia tak menolak? Yang Hazel dambakan Raja Adib, bukannya Tuan Ahadiat. Sampai sakit-sakit kepala Hazel memikirkan hal tersebut. Tahu-tahu sahaja dia telah menjadi milik Tuan Ahadiat.
Lebih parah, Tuan Ahadiat itu hatinya telah lama dimiliki wanita lain. Dan wanita lain itu, sah-sahlah bukan Hazel. Hazel pun tahu cemburu juga.
"So, why has Little Red trespassed upon the property of the big, bad wolf?" Tuan Ahadiat sengaja meleretkan sebutan big-bad-wolf. Kemudian, tudung bawal warna merah yang berada di atas kepala Hazel dibetul-betulkan. Detik itu juga, tekak Hazel mengering ketika dia cuba memberi sepenuh perhatian pada Tuan Ahadiat.
"Saya nak tahu kenapa tuan sanggup jumpa Raihana di belakang saya?"
"Sebab saya dan Raihana, ada urusan jiwa yang belum selesai." Bahunya ditepuk-tepuk lembut oleh Tuan Ahadiat sebelum ditolak, juga dengan cara sangat lembut.
"Now go, sebelum saya tanggalkan baju awak satu-persatu."
Komplot Hazel melebur. Tetapi macam mana kalau... kalau sebenarnya ada komplot yang lebih besar sedang berlangsung? Komplot yang dirahsiakan! Komplot yang menakutkan!
Saya suka je dengan plot. Saya dah memang tahu olahan dari PK ni tak boleh dipercayai sangat. Ada je twist kat mana2 nanti.
Saya rasa saya tersalah pilih buku. Entah lah. Untuk kisah kali ni susah nak menghayati cerita. Dengan lawak double meaning macam tu. Jadi turn off. Maaf sekali lagi.
Kan lebih mudah jika Tuan Ahadiat jelaskan siapa Raihana pada Hazel. Sekali dengan saya ni pun jadi meluat dan curiga kalau melibatkan Raihana. Cis. Awkward rasanya bila dipanggil 'tuan'. Lagi suka kalau panggil Ahadiat.
puan penulis Pena Kayu, akak tak taulah nak kata apa. setiap kali baca karya puan penulis, rasa macam kena paku dekat dinding, rasa macam kena rendam dalam air panas, rasa macam kena berdiri dalam ribut, rasa macam kena simbah dengan air batu... don't know what else yang ada menanti di hadapan.
yang pasti, anda sangat menghuru harakan pembaca yang membaca karya anda!
komplot 18+.
rasanya macam ia adalah komplot puan penulis sendiri. sepanjang pembacaan, memang hazel ni kejam tambah bila sampai satu babak. sangat kejam. but, towards the end, anda lagi kejam, puan PK!
tuan ahadiat. hmmm... dia mangsa. tapi adakah benar dia di'korban'kan bak kata nenda? kenapa rasa sebenar, dia pun sama memilih untuk jadi jahat?
dan hingga helaian yang terakhir, semua watak. SEMUA. ada komplot yang tersendiri. termasuk raja adib yang konon kecewa sampai telan pil tidur berlebihan.
hati yang main peranan takluk SEMUA.
sama ada baik atau tidak. kalau akal gagal berbicara dengan hati, gagal duduk kejar hati yang jauh lari ke hadapan,
Satu yg buat saya salute dgn PK. Gaya penceritaan dan bahasa yg digunakan. Bila kita baca karya2 beliau, automatik kita tahu mmg itulah PK. Ada beberapa perkataan yg mmg sinonim dgn penulisan PK yg tidak ada dlm perkataan penulis yg lain. Cth sulit, khas, ukur badan etc😅
Tajuk pon dah komplot. Memang kebanyakan watak dlm K18+ ni pon ada komplot masing2. Ingatkan Hazel je ada komplot dgn Tuan Ahadiat. Laaa rupanya ada juga komplot Hazel-Raja Adib, Tuan Ahadiat-Nenda Khadijah dan last Tuan Ahadiat-Sherry. Adoii!
Dalam byk komplot tu rasanya yg paling kesian Raja Adib dan juga Nenda Khadijah. Raja Adib yg tersilap percaturan lantas membuatkan dia kecewa dgn komplot yg diciptanya bersama Hazel. Nenda yg begitu tenang akhirnya pergi dengan cerita palsu yg dibuat oleh Hazel.
Dan org yg paling berjaya dan menang dlm komplot ini haruslah Tuan Ahadiat. Akhirnya misi dia berjaya tanpa sesiapa tahu apa yg dia mahukan dlm misi komplot tersebut. Good job Tuan Ahadiat👍. Ya, kadang kala anda mmg jerk bak kata Hazel😂
Tahniah PK utk karya kali ini. Walau geram dgn watak Hazel dan Ahadiat tapi saya teruja utk tahu apa komplot yg sebenarnya dibawa oleh watak2 tersebut!
Sebenarnya, aku beli buku ni sebab nak baca Komplot 18+ tu je. Tak perasan pulak yang sebenarnya ada 2 cerita dalam 1 buku ni. .
2. Komplot 18+ by Pena Kayu. .
Aku dah tak tahu, sape yang berkomplot sebenarnya. Semua orang ada komplot dan agenda masing-masing. Aku rasa, yang jadi mangsanya ialah Hazel. .
Mulanya, Hazel bercinta dengan Raja Adib. Hazel ialah anak pembantu rumah yang bekerja di rumah family Raja Adib. Lepas tu, tetiba hubungan mereka putus. Dan munculnya Sherry, makin menambahkan keyakinan yang Hazel dipermainkan oleh Raja Adib. .
Lepas tu, untuk mendapatkan semula Raja Adib, Hazel berkomplot dengan Tuan Ahadiat. Kiranya ada syarat masing-masing la. Tapi komplot mereka jadi huru hara bila tetiba keluarga Tuan Ahadiat masuk meminang Hazel. Dan Hazel terima sebab sakit hati dengan Ahadiat tu. .
Haaa..lepas tu, barulah sedikit demi sedikit komplot terbongkar. Rupanya, ni semua adalah komplot Hazel untuk membalas dendam. .
Tapi, bukan tu je twistnya. Rupanya, orang yang nak dibalas dendam tu pun, ada komplotnya juga. hahaha. End up, semua orang termasuk dalam komplot ni. .
Aku suka watak Tuan Ahadiat ni. Mula-mula tu, geram je sebab dia suka main-mainkan Hazel, suka sebut perkataan double meaning la, suka buatkan Hazel salah faham. Tapi sebenarnya charming je hero ni. hahaha
akak perlahankan bacaan. tu yang cecah dua hari baru habis. walaupun cerita ni akak dah baca versi yang mula-mula dan yang ini versi extended, tapi perasaan haru birunya tetap sama.
puan penulis Pena Kayu memang sangat licik!
bila versi extended, perasaan haru biru tadi pun dah jadi extended. so, untuk tahan diri dari akak membebel pasal hazel, better i stop here. tapikan... hahahaha!! padan muka kau, hazel! komplot atas komplot. rasakan semua!
Permulaan bacaan, saya agak ini pun salah satu karya klise PK (heroin yg putus cinta dan ex-bf spesis minta kaki). Tapi saya tetap teruskan bacaan sebab seronok dengan olahan PK yang nampak agak berubah dan fresh (bagi saya sebelum ni agak kayu dan feel tak masuk).
Saya enjoy membaca sampailah twist demi twist yang terbongkar. Serius cakap, ini karya pertama PK yang amat² saya suka😍 Maybe sebelum ni banyak baca ebook dia yang lebih kepada genre light.
Apa yang best novel Komplot ni? Konflik agak heavy tapi PK berjaya mengolah nampak smooth dan relaks. Saya excited nak teruskan bacaan😍
Mula² saya tak suka watak Ahadiat😂 saya tak suka hero gatal merenyam cakap pasal ukur tubuh perempuan. Saya nak cabai mulut orang macam ni kalau jumpa depan²😆 Hazel pula tipikal heroin PK yg kuat berprasangka, tuduh melulu dan keras kepala. Saya kena belajar reda dan terima watak² macam ni. Takkan asyik nak watak novel yg sama aje, kan? Tak thrill laa😜
Tapi lama², PK bijak buat kita sukakan watak²nya. Part paling suka waktu Ahadiat pecahkan pintu bilik Hazel. HAHAHAHA berdekah saya ketawa🤣🤣 Tahniah PK. Saya suka karya anda yg ini😘😘 Amat² suka❤
Terhibur dgn karya penulis yang ini. Ini karya kedua penulis yg saya baca. Cuma minta penulis lebih berhati2 dengan typo. Boleh tahan juga dan ada kala mengganggu pembacaan.
Komplot atas komplot. Itulah dia. Komplot utk balas dendam, komplot utk bikin cemburu, komplot utk baik-kan orang ...
Berjaya tak kesemua komplot ni? Siapa yang untung agak2nya? Nak tahu, kena la baca 🤭
Apapun ada mesej dan nasihat yang nak disampaikan penulis 👍
Hazel dan emaknya mengalami kesukaran hidup sejak 16 thn lalu lepas kematian ayahnya. Emaknya diambil bekerja di rumah Datin Rahayu dan dia membesar bersama Raja Ehsan, Raja Adib dan Raja Anis. Ada rahsia silam disebalik kematian ayahnya. Dia menyimpan dendam terhadap pembunuh ayahnya. -- Raja Adib dan Hazel terputus hubungan bila Adib melanjutkan pelajaran ke UK dan bekerja di sana. Kini, Adib kembali ke pangkuan keluarga setelah putus cinta dgn gadis berambut blonde. -- Tuan Ahadiat, kawan baik Raja Ehsan dan cucu kesayangan Nenda Khadijah. Seorang sales engineer yg kacak dan serius. Dia sentiasa tenang dan berfikir tiga langkah ke depan dlm segala situasi. Dia dan Raihana ada hubungan yg sangat unik dan tak ramai yg tahu. Rata² membawa khabar Ahadiat seorang playboy. -- Kepulangan Adib merubah segalanya bila Adib dan Hazel declare sedang bercinta. Kebahagiaan hanya bertahan sebulan bila Adib putuskan hubungan mereka di depan semua termasuk kawan² Ehsan dan kemudian jadikan Sherry sebagai pengganti. Ahadiat juga ada ketika Hazel dilukakan. Kesilapan terbesar Hazel bila mencintai Adib sepenuh jiwa hingga sukar utk dia move on. -- Bermula komplot Hazel utk mendapatkan Adib kembali bila Ahadiat tawarkan utk menjadi kekasih samaran Hazel. Tanpa bayaran. Tanpa prejudis. Macam klise tp bukan yaa. Dan Hazel setuju. Tanpa sedar, ianya membawa Hazel masuk ke dlm komplot Ahadiat. Apa rancangan Ahadiat? -- Huru hara perasaan Hazel tambah² melibatkan Ahadiat dan Raihana. Ada rasa yg br muncul tp dinafikan hanya kerana komplotnya. Macam² yg terjadi hingga akhirnya Hazel terima lamaran dari keluarga Ahadiat walau ditegah. Ada komplot yg nenda Khadijah rahsiakan. Dan perkahwinan Hazel melukakan Adib. Adib yg tersilap percaturan membuatkan dia kecewa dgn komplotnya bersama Hazel. Apa sebenarnya yg dirahsiakan? Apa tujuan Hazel terima Ahadiat? -- Antara Hazel-Ahadiat ada Raihana. Ada urusan jiwa yg belum selesai antara mereka. Hazel yg keras kepala dan suka tuduh melulu, melukakan hati sendiri. Hazel mula menunjukkan sisi hitamnya dan Ahadiat sendiri tak mampu buat dia melupakan semua yg negatif dan hitam selagi dia ada penyakit yg disebut dendam. Komplot Hazel berjalan tak seperti dirancang. Berjayakah Hazel balas dendam? Apa kesudahannya? -- Sebuah kisah yg banyak konflik dan komplot. Konflik agak heavy tapi penulis sangat bijak mengolahnya jadi smooth dan relaks. Sangat teruja nak tau apa komplot yg sebenarnya. Satu demi satu terbongkar dan rupanya bukan Hazel saja, malah hampir semua watak ada komplot yang tersendiri hingga helaian yang terakhir. -- Serius aku terhibur dan suka sangat buku ni. Tersenyum-senyum baca sbb sweet sangat komplot Ahadiat & Hazel. Part paling win, masa Ahadiat pecahkan pintu bilik Hazel. Tak sangka. Bg aku, dlm semua yg berkomplot, Ahadiat yg paling berjaya tanpa sesiapa pun tahu apa yg dia mahu. Highly recommended. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
Komplot 18+ mengisahkan Hazel yang menerima pelawaan Tuan Ahadiat untuk menjadi kekasih palsu demi mendapatkan perhatian Raja Adib, lelaki yang telah memainkan perasaannya. Komplot mudah antara Hazel dan Tuan Ahadiat menjadi sulit tatkala Tuan Ahadiat lebih mementingkan Raihana dan Hazel makan hati! Lebih parah apabila keluarga lelaki itu datang menghantar rombongan meminang dan dia telah menerimanya dengan rela. Dan dalam diam, Hazel punya matlamat sendiri yang harus dicapai.
Sebagaimana tajuk buku, memang banyak rupanya komplot yang ada. Dan melibat semua watak penting. Dari awal cerita sehingga tamat, komplot demi komplot didedahkan sehinggalah kemenangan itu ada dalam genggaman Tuan Ahadiat. Mastermind yang sangat licik menyusun strategi.
Jujur kata, Tuan Ahadiat bukanlah watak green flag di mata aku. Dengan mulutnya yang tak sudah dengan perbualan matured audiences, dingin dan suka berselindung tentang hubungannya dengan Raihana membuatkan aku rasa nak cekik je dia kalau ada depan mata. Tapi sebab dia fictional character yang ada good qualities juga like caring, protective of his people, gentleman, bertanggungjawab dan family man, aku tak jadi nak benci watak dia. Geram sikit je. Lagi-lagi bila dia susah sangat nak buka kisah dia dan Raihana pada Hazel yang dah sah jadi isteri dia.
Hazel pula seorang yang mudah mengikut perasaan dan cepat berprasangka. Lepas tu, sendiri makan hati dengan assumptions yang dibuat. Memang padanlah mereka berdua ni. Sedar dengan perasaannya pada Ahadiat yang dah berubah, Hazel menjadi ragu nak teruskan rancangan jahatnya. Tapi, alahai dah buat jahat, cepat betul Hazel ni menyesal. Tak adalah jahat mana rupanya. Patutlah kalah dengan Ahadiat.
Penulisan yang santai dan olahan yang ringkas menjadikan cerita ni smooth untuk dibaca dan tak pening kepala walaupun konfliknya agak berat lagi berselirat. Aku memang terhibur habis la baca novel ni. Lengkap dengan pelbagai rasa terutamanya geram bagi pihak Hazel sebab jadi mangsa keadaan yang dia secara tak langsung cipta. Bolehlah lepas ni kita slow-slow kumpul bonda PK punya karya pulak.
4 bintang untuk jalan cerita. Rasanya macam PK tergesa-gesa plak bercerita, sebab olahannya ringkas je. Pendapat sis je ni.. Sis suka dengan watak Tuan Ahadiat, he is cool. Tenang je. Hazel yang kalut lebih, dia yang merancang tapi dia kalut bila Tuan Ahadiat ignore dia. Lepas tu tak habis-habis dengan assumption negatif dia pasal TA dengan Raihana. Lain kali tanya je terus terang klau nak tau. Konon nak jadi jahat, tapi bila terlaksana apa yang dihajati, mula rasa bersalah. Eh! Cepat sangat penyesalan ni, tak cukup jahat Hazel. Apa pun, akhirnya komplot yang sebenar tu terbaik! Orang cakap, diam ubi berisi...
Awal penceritaan agak menarikkkk dan nak tahu apa jadi untuk bab yang seterusnya, tapi bila dah sampai tengah2 dah tak best, idk laaa. Heroin pun sampai dah berkahwin still panggil si hero as "Tuan" hmmmm, entahlah. Haha. pastu kan, cepat sngat spoil sebab kenapa si heroin nak kahwin dengan hero.,nak teruskan bacaaan pun dah tk best, takde rasa nk tahu dah apa jadi lepastu sebab semua dahhhh normal,..
So far, okaylah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kalau you all tak suka ayat2 yang double meaning, boleh lah skip novel nie yer. Dalam novel nie, banyak ayat2 double meaning. Just a precaution.
Rating: 🌟🌟🌟🌟.3
Seorang wanita berkomplot dengan seorang lelaki. Hanya kerana nak mendapatkan kembali cinta bekas teman lelakinya. Tetapi, dalam berkomplot, ada lagi komplot2 lain. Adakah niat wanita itu baik? The same thing could have been asked, adalah niat lelaki yang berkomplot dengan wanita itu baik? Masing2 ada tujuan kenapa mereka berkomplot. Haaa, pening tak baca? Kalau tak nak pening, bacalah buku nie…😂
ML - Tuan Ahadiat Bekerja sebagai Senior Sales Manager. Berumur 36 tahun, 10 tahun lagi tua dari FL. Sangatlah gatal. Kalau dengan FL, mesti keluar segala ayat double meaning. Kalau kita di tempat FL, mau dah angkat kaki gamaknya…😤
FL try to control ML. ML pun cuba control FL. Dalam nie memang menari tango jer kerja dierorang…🤣😍
FL - Hazel Berumur 26 tahun. Berkomplot dengan ML sebab nak cuba dapatkan kembali cinta ex-boyfriend nya. Penat FL nak melayan segala ayat2 double meaning ML.
Setakat yang kita baca novel author nie, ini antara cerita yang orang jahatnya hampir tiada. Dalam novel nie, FL ada dendam yang perlu dilunaskan. Jadi, FL berkomplot dengan ML. Tapi, dalam masa yang sama, ML pun ada komplotnya sendiri. In the end, siapa yang menang dalam komplot2 nie? Tak nak spoiler, grab the book and read.
Buku nie, kita kategorikan agak seksi yer. Banyak ayat double meaning, yang mungkin boleh buat you all termalu sendiri. Especially part ML cuba tawan hati FL. ML & FL banyak bermain tarik tali. Dah suka, tapi ego tak nak mengaku. Watak ML jenis yang sentiasa tenang dan very calculative, while watak FL jenis yang kurang sabar. So, eloklah mereka berdua berjodohan…🤭
As usual, penulisan author nie memang kita suka lama dah. Sebab tue kita cuba kumpul semua buku2 author yang ada. Ayat yang bersahaja, plot cerita ala2 sinetron and cerita yang agak lengkap. Ada satu scene tue hampir jugaklah membuatkan kita rasa sebak. Bila FL dah mula sedar yang berdendam nie sebenarnya tak baik.
Overall, kita berpuas hati dengan novel nie, walaupun watak ML tue agaklah gatal merenyam. Ngeri kalau betul2 jumpa in real life orang macam nie. Nasib baik fiction sahaja…😑 Untuk author, kita sentiasa nantikan karya terbaru dari author. Teruskan berkarya…👍🏻
First of all, aku nak cakap yang aku suka watak Ahadiat. Ahadiat ni misteri tapi ada daya tarikan tersendiri. Then, cara pemikiran dia jenis sistematik, which aku suka lelaki macam ni. Yang otaknya akan rangka plan, dan berfikir dua tiga kali before do something. (Tapi tetaplah ada masa Encik Ahadiat kita ni tetap akan terbabas dan be so annoy sometimes 🌝)
Cumanya still ada benda yang aku tak berapa berkenan dengan Ahadiat ni. Especially part ayat2 'double meaning' dia tu. Jujur cakap, kalau Ahadiat tak guna ayat double meaning memang kita dah terfallen juta2 kali kat dia ok!
Untuk Hazel, aku banyak rasa geram dengan dia hahaha. Ada masa tu sampai aku rasa nak azan kat telinga dia pun ada. Tapi di sebalik rasa meluat tu, ada masa aku rasa Hazel ni kasihan. Entahlah. Cuma aku rasa watak Hazel ni kasihan...
Dari segi plot, aku rasa storyline komplot 18+ ni menarik sebenarnya. Tapi aku tetap berpendapat macam ada yang kurang, dan ada part2 aku rasa macam tergesa-gesa. Apapun kejutan kat hujung tu memang tak expect. Dan tahniah pada Ahadiat sebab jadi 'pemenangnya' 🤪 Kenapa aku kata dia jadi pemenang? Kena baca untuk tahu 😆
Overall, aku enjoy baca novel ni (even rasa off betul dengan ayat double meaning dan etc huhuhu) Tulisan author pun best dan menarik. Jadi bila baca tu, tangan rasa makin laju nak selak dan terus menyelak hehe. Insyaallah will give a try untuk novel author PK yang lain pulak lepas ni.
Lastly, keep improve and fighting! Btw bab bonus tu sesuatu sangat ye 🧐
Maaf lambat buat review. Ini first time baca karya Pena Kayu.. and what ? Best cerita ini
Dia macam dalam komplot ada komplot yang lain. Bila dah start baca memang susah nak tinggai sebab ada satu perasaan yang nak tau ok apa akan jadi lepas ni ? Siapa orang tu ? Apa yang dimaksudkan ? And so on ..