Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menyayangimu

Rate this book
Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula, sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama.

Jadi apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. Tetapi kenapa Iman rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara?

Ahmad Hadrian itu pula api kemarahannya. Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang segala kesumatnya pada lelaki itu.

Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya.

Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana?

Iman membantah sekeras-kerasnya cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing, sehingga memaksa Iman membuat keputusan sama gila.

"Rahayu call mak semalam. Dia beritahu, Iman dah setuju. Iman setuju kalau mak masuk melamar."

Iman tidak pernah mengenali Hadrian secara dekat. Berbual pun jarang sekali. Yang ada dalam dirinya cuma segunung prejudis dan perasaan negatif terhadap lelaki itu.

Tetapi kenapa semakin hari, Iman rasa dia salah membaca lelaki itu? Kenapa Iman rasa, Hadrian bukan seperti yang difikirkannya? Lebih penting lagi, kenapa dia mesti berfikir tentang ini semua? Atau dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu?

Gila. Ini kegilaan nombor dua!

"Kadang-kadang, Iman... apa awak fikir tak sama dengan realiti. Awak perlu bertanya untuk kebenaran." - Hadrian

Terlalu banyak rahsia yang perlu Iman singkap satu-persatu. Dan setiap rahsia yang tersingkap, hanya membuat hatinya semakin dekat pada Hadrian.

"Awak percaya saya tidur dengan Inara." - Hadrian

"Saya tak tahu, Hadrian. Saya dah tak tahu. Maybe you could explain it to me."

Yang tak berjaya Iman singkap, adalah rahsia Inara sendiri. Rahsia yang terlalu gelap. Terlalu menyakitkan. Dia mungkin kehilangan Hadrian, dalam proses dia menyingkap rahsia Inara. Kerana Hadrian itu, selamanya lelaki Inara.

"Awak masih berfikir tentang dia?" - Iman
"Ya. Setiap detik." - Hadrian

507 pages, Paperback

First published August 1, 2020

3 people are currently reading
66 people want to read

About the author

Pena Kayu

45 books82 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (40%)
4 stars
40 (40%)
3 stars
16 (16%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for zairaidah.
389 reviews39 followers
September 15, 2022
Random je ambil buku ni dan baca. Ingat biasa-biasa je rupanya tak. Sakit hati yang banyak. Dengan si Taufik terutamanya. Kenapa la ada manusia macam dia ni? Bijak putar belit keadaan. Awal-awal lagi dah jumpa Taufik. Awal pembacaan dah kacau bilau dengan perangai Taufik dan Ilya.

Lepas tu baru muncul Hadrian. Kalau boleh nak skip je part yang ada Taufik. Keseluruhan cerita ni berpunca dari salah faham. Hasad dengki dan cemburu yang turut menyumbang kepada salah faham tersebut. Inara dan Iman. Sepasang kembar seiras. Iman merasakan Inara lebih disayangi mama. Sebab tu dia memberontak. Begitu juga dengan Hadrian. Abang Sharif juga merasakan Hadrian lebih disayangi oleh mak. Dua buah keluarga yang tak harmoni dan berantakan hanya sebab rasa cemburu.

Tapi... kenapa semua masalah mesti nak diselesaikan dengan cara nak merogol. Geram lah. Lelaki tak guna. Hadrian juga yang baik. Eceh... Sharif dan Taufik ni memang bertindak ikut nafsu.

Okey la, sebab si Hadrian tu baik sangat. Iman mengalah jua akhirnya. Selama ni Iman salah sangka. Dengan semua orang terutamanya Inara pun dia salah sangka. Iman memilih Hadrian ketika itu sebab dia nak lari dari Taufik. Tapi tak semudah yang disangka. Masalah tetap tak selesai. Hadrian pulak memang dari dulu dia nak jaga Iman. Disebabkan apa yang terjadi pada Inara, dia terasa untuk bertanggungjawab. At least, Hadrian ada kalau Iman dalam kesusahan.
Profile Image for Eyd1410.
827 reviews22 followers
August 26, 2020
Lately ni asal dari Karya Seni mesti novelnya syok yg amat. Tak rugi beli buku dr PK ni walau asalnya beli sbb kombo dr KS. Ada beberapa typo bila nama Iman dan juga Innara ditulis. Patut Iman tapi ditulis Innara. Tapi saya boleh je abaikan asal saya faham ayat yg ingin ditulis😁.

Menyanyangimu memperlihatkan sisi hidup seorang Iman yg rasa dirinya tidak disayangi oleh org sekelilingnya. Dia merasakan kakak kembarnya Innara lebih bersinar berbanding dirinya. Jadi perasaan cemburu itu selalu timbul sehinggalah Innara tiada lg dlm hidup mereka.

Iman hidup dlm bayangan Innara. Iman hidup dgn rasa bersalah yg menggunung tinggi sehingga dia prejudis terhadap kasih yg dihulurkan oleh Handrian. Kagum dan sedih dgn Handrian yg byk berkorban. Berkorban utk Innara, berkorban utk Sharif dan juga keluarganya. Ohhh Handrian mmg hero dihatiku😍.

Untuk kali ini, jalan ceritanya ada sedikit twist. Memang tak sangka kenapa Innara buat begitu, mengapa Rose berwatakan sedemikian rupa dan yg plg menyampah dgn Sharif dan juga Taufik. Dua2 gila! Gila kerana cinta, otak pon jadi tak betul! Ishh geram betul dgn 2 orang malaun ni😠.

Apapun tahniah PK. Anda membuatkan saya teruja utk membaca novel anda seterusnya walau ada ketika dulu saya mula stop membaca cerita dari awak. Hope awak dpt kekalkan momentum penulisan sebegini👍

Recommended👏
Profile Image for Mslvoe.
1,972 reviews189 followers
January 17, 2025
Semua watak jantan dalam karya ni psycho, useless dan menyakitkan hati except lelaki yang bernama Hadrian.

Iman menghukum Hadrian tanpa cuba selidik cerita yang sebenar. Apakah yang terjadi pada Inara.

Hadrian ni baik sangat. Dahlah mak kandung tak suka dia.. mak tiri yang mak sendiri sakiti sanggup jaga Hadrian dan sayang Hadrian macam anak sendiri

Pada awal cerita ini menceritakan tentang Inara yang mengandung sebelum kahwin dan Hadrian akui dia yang terlanjur dengan Hadrian.

Hakikat sebenarnya lain. F jadi benci pada watak itu bila tahu cerita yang sebenar.

Taufik ni bekas tunang Iman mental arr. Dah bercinta dengan Ilya, kahwin sampai Ilya mengandung masih gila talak pada Iman. Depan family Taufik ibarat lelaki yang sempurna hakikatnya dia ialah jantan keparat!

F sakit hati baca karya ni. Sakit jiwa betul dengan Taufik Sharif Ilya dan Rose. Ya Allah mental diaorang ni. Desperate sangat!

Punca semua ini terjadi ialah miscommunication.

Sharif suka Inara
Inara suka Sharif
Inara ingat Iman suka Sharif
Sharif ingat Inara suka Hadrian

Padahal semuanya salah faham. Masing² assumed sampai terjadi benda yang buruk.

Sadis cerita ini 😔
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
January 14, 2021
Rupanya versi novel dan ebook banyak yang berbeza. Ofkoslah saya lebih sukakan versi novel. Tahap annoying dan nak mencarut Taufiq dan Ilya pun jadi berganda²😂

Tapi saya suka cara Hadrian tangani masalah. Maaf, saya kadang² annoying dengan Iman. Dia keras kepala, payah nak berkomunikasi dan cepat buat andaian😒 Tapi saya juga kena faham, Iman manusia biasa. Dia banyak simpan dalam hati sampai effect mentalnya.

Novel Menyayangimu sebenarnya hanyalah satu salah faham kecil dan satu pembohongan tapi jadi makin merebak besar hingga mengubah karekter manusia. Pembohongan dan salah faham tu melibatkan hampir keseluruhan watak di dalamnya.

Saya tabik pada puan penulis. Jarang² saya baca cerita hebat sebegini. Tahniah again❤❤❤

P/S tengah menelaah novel Ayah Saya Duda pula😍
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
August 14, 2020
At first Aku beli novel ni sebab dia sekali kombo dgn novel Dendam Bersulam Cinta. So terpaksalah beli sebab sebelum ni pernah baca karya PK tapi tak masuk dgn jiwa aku. Aku cakap dlm hati, 'sayang gila kalau novel ni tak best sebab cover kemain cantik betul'. Sekali tu, nahhhhh!!! Tak sangka novel ni best. Boleh buat Aku nak habiskan baca dalam satu hari. Sebab tak sabar nak tahu what's next! Anddddd Aku suka sebab ada beberapa plot twist yg aku tak expect langsung. This is very great!!! Recommended!!!
Profile Image for Eisya.
179 reviews4 followers
September 9, 2025
Hai si topik ni dia yang curang buat masaalah disalahkan iman…🤬🤬🤬🤬.. lepas tu bila tak terlayan cemburu ilya nak patah balik pulak pada iman.
Ilya pun satu, lemas dengan sikap cemburu buta sampai termakan kata kata topik tak percaya pula pada kakak sendiri.

Iman hidup dalam bayangan inara.. hadirnya hadrian nak bantu iman. Iman setuju nikah dengan hadrian sebab nak selesaikan masalah antara dia, topik dengan ilya.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
776 reviews228 followers
June 5, 2023
This Iman reminds me of Iman from Syud's Pelangi, Dua-dua keras kepala. Dua-dua hyper independent. Dua-dua suka buat keputusan sendiri without referring to their beloved ones. Perangai diorang sama sangat, nama pun sama. Cuma Syud's Iman is more cheerful.

Sebenarnya nak tau jugak, si Hadrian ni did he has some secret crush towards Iman previously? Macam ada but it was not shown so saya confuse. Pastu he's so mysterious. Rasa macam dah habis cerita pun I still dont fully kenal Hadrian ni cemana sebenarnya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
August 23, 2020
puan penulis Pena Kayu seringkali buat pembaca hilang kata-kata. lepas tu mulalah muncul rasa nak marahkan sesiapa saja yang lalu depan mata. walhal perasaan yang menyeksa jiwa hanya datang dari novel yang dibaca. sampai hati puan penulis!

rasanya ini versi yang lebih kejam dari ebook sebelum ni. dah tak ingat sangat isinya. elok pun. kalau ingat dua-dua takut lupa diri. inilah yang dikata, rupa cantik rupawan tapi kejam itu datang dalam pelbagai bentuk.

inara dan iman. kembar yang sangat berbeza personaliti dan pembawaan sikap. cuma pembaca hanya dihidangkan tentang iman. tentang inara cuma bayangan silam kerana inara wataknya telah mati. tapi still menghantui setiap watak yang ada. impak watak inara sangat kuat buat semua. diulangi, SEMUA.

hadrian, yang memandu hingga menyebabkan kemalangan hingga inara dan kandungannya terkorban kembali setelah menghilangkan diri selama lima tahun. sharif sangat sakit hati bila emaknya beritahu yang dia mahu mereka tinggal sama sekali lagi.

iman dan taufik putus tunang atas sebab taufik lebih mahukan ilya, adik inara. cemburu yang melampau dari ilya dan sikap bolak balik taufik buat iman menerima hadrian sebagai suami.

tapi, makin meruncing. taufik yang semakin gila. rose tunang sharif yang semakin menggoda. ilya yang semakin kuat cemburunya. sharif yang makin terbongkar belangnya. dan bila hadrian menjelaskan segala kebenaran tentang silam, iman makin hilang kata-kata. semua kepingan jigsaw yang bertaburan dapat disusun cantik hingga dia nampak jelas kisah semuanya.

adakala bila terlalu menyayangi, buat diri hilang pedoman. obses. tidak mampu nak fikir buruk baik.

hingga mampu lakukan segala yang luar bicara akal. hingga mampu mengorban jiwa manusia hingga hilang.

hilang pertimbangan.
hilang pedoman.

entahlah.

mungkin sukar untuk menerima. menerima sesuatu yang berlaku jauh dari apa yang dimahu.

takdir.

itulah dia.

tak harus salahkan takdir tapi belajar redha.
Profile Image for Qayiem Razali.
885 reviews85 followers
August 19, 2020
[79-2020]

#Menyayangimu #PenaKayu

Lelahnya baca novel ini. Bukan lelah sebab bosan, lelah sebab plot penceritaan seorang Iman berjaya membuatkan emosi saya tidak berpaksi pada yang sepatutnya. Gitu ayat. Sekali lagi banyak betul pujian saya untuk Karyaseni kerana terus melahirkan karya bermutu daripada penulis tempatan.

Berkisar mengenai Iman yang awalnya meletakkan benci pada seorang Hadrian kerana lelaki itu telah membuatkan hati kembarnya hancur luluh sehingga dia turut terkesan. Lama lelaki itu menghilang, akhirnya tanpa dipinta lelaki itu kembali lagi dalam hidupnya. Sudahlah hidupnya sedang dihurung malang, lelaki ini pula muncul. Lebih membuat keadaan jadi sukar pabila dia ditakdirkan memegang jawatan isteri kepada lelaki yang dibencinya. Namun, perkahwinan yang dibina ini berterusan diuji pabila rahsia yang dipendam lama perlahan-lahan terungkai.

Kesimpulannya, novel Menyayangimu nukilan Pena Kayu ini merupakan sebuah naskhah yang sarat dengan permainan emosi. Setiap bab kita dapat merasai sakitnya seorang Iman, deritanya seorang Hardian untuk menggapai bahagia. Perjalanan cerita dan pemilihan bahasa yang baik menjadikan novel ini sebuah karya yang wajib dimiliki pembaca yang menginginkan kisah air mata. Tahniah buat Pena Kayu!
Profile Image for Lana Alanna.
11 reviews15 followers
January 2, 2021
Suka cerita ni. Sebelum ni saya pernah beli novel penulis under Idea Kreatif, Lain Dunia tapi cerita tu tak kena dengan jiwa saya. Menyayangimu berbeza. Nampak ada peningkatan pada penulisan penulis. Tahniah Pena Kayu. Saya nak kumpul novel penulis lepas ni 😊 Namaku Khadijah dah dalam list
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
November 27, 2020
Karya pertama PK yang dibaca.
Jalan cerita yang sarat dengan emosi.
Profile Image for Bay.
244 reviews4 followers
December 30, 2024
Kesian kat Iman. Lepas satu-satu dia kena aniaya. Watak Taufiq tu memang bodoh tau. Dah betray Iman, nak pulak kat Iman. Aku rasa macam nak benamkan aje si Taufiq ni.

Nasib baik ada Hadrian yg menyejukkan hati. Terlalu pemendam pulak si Hadrian ni. Si Sharif pun bodo gak sebab terlalu ikutkan hasutan syaitan. Kesian kat Rose.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,301 reviews68 followers
April 24, 2021
[BOOK 39]

Menyayangimu by Pena Kayu.
.

Ya Allah, sakitnya hati baca novel ni. Aku jadi benci dengan Taufik dan Ilya. Aku benci Sharif. Aku kesian kat Inara. Dan aku jatuh sayang pada Iman dan Handrian.
.

Cerita ni ada few twistnya. Di permulaan cerita, aku ingatkan kenapa la Inara pujuk Handrian untuk kahwin. Ada betulnya jugak apa yang aku fikir. Tapi kurang tepat.
.

Dan kita dah boleh agak sebenarnya, who is the real culprit. Tapi kita tak tahu kenapa dia buat macam tu.
.

Aku suka Handrian yang baik. Dari dulu, dia dah banyak berkorban sehingga orang lain salah faham. Iman pulak sentiasa menganggap Inara masih hidup dalam hati Handrian. So, sikit-sikit Inara akan muncul dalam perbualan mereka.
.

Aku kesian kat Inara. Bukan salah dia bila emaknya pilih kasih dan lebihkan Inara berbanding anak yang lain. Bahkan Inara juga mengalah untuk Iman sehinggakan dia menjadi mangsa kekejaman manusia.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 7, 2020
wow!!!!! plot twist yang tak tak disangka .
oh Hadrian , kau lelaki ciptaan yang benar-benar menyentuh tangkai hati aku seriously.

Tahniah Bonda PK. Awesome!!!

teruskan berkarya..
1 review
July 19, 2021
Pertama sekali ini merupakan novel pertama dari Pena Kayu yang saya baca. Bila baca sinopsis bagi saya novel ni macam menarik juga. Dari segi plot cerita saya rasa ada menarik juga.

Cuma saya ada masalah dengan watak Iman dan Ilya, Ilya tu dah memang menyakitkan hati dari awal
lagi. Menyirap jugak bila baca part dia. Terfikir Ilya ni buta cinta ka atau memang bodoh otak batu. Hahahhaha. Kalau watak Iman, ini pun menyakitkan hati sebab ada part yg ego dia bukan main tinggi, keras kepala. Ke saya ja rasa macam tu?

Bila baca sinopsis tbh saya ingat yang relationship between Hadrian dengan Iman akan grow strongly. Sebab bila baca sinopsis saya ingat plot akan berkembang macam Iman akan sedar sendiri yang Hadrian bukan bapa anak Inara tu from perangai Hadrian like macam dia tertanya-tanya. Betul ke Hadrian yang mengandungkan Inara. Sebab seingat saya, Hadrian terus mengaku pada Iman yang bukan dia mengandungkan Inara barulah Iman sedar. Lagi sekali maaf kalau saya salah part ni sebab baca sekali ja.

Overall cerita ni taklah bosan sangat dan taklah tangkap jiwa sangat. Bagi saya tau bagi orang lain mungkin berbeza. Tapi kalau ada buku dari Pena Kayu lagi lepas ni inshaallah saya akan beli lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
21 reviews
October 11, 2020
Buku pertama karya Pena Kayu yang saya baca. Ramai cakap buku-buku hasil Pena Kayu ni best, so saya beli. Saya tiada mood sangat nak baca novel ni, tapi terpaksa baca sebab bosan masa pkp ni. Cerita ni, banyak konflik tentang keluarga dan dendam. Inilah novel pertama yang susah saya nak habiskan. Sakit jiwa baca permulaan novel ni sebab Ilya, adik Iman. Lebih seminggu, barulah habis baca. Watak Ilya sangat-sangat menyakitkan hati sampai saya sendiri rasa nak tampar je muka Ilya tu hshahahahahsha.

Hadrian pula, saya sangat suka watak dia! Penyabar, and tak mudah mengaku kalah. Dia jenis yang melindungi <3. Sayangnya, lepas dorang berbaik, scene Hadrian dan Iman tak banyak. Saya nak lagi! Sweet lah Hadrian ni eeee <3.

Iman pula, saya tak suka bila dia selalu berahsia daripada Hadrian. Hadrian tu suami dia :(. Kalau saya, semua benda saya bagitahu suami huehuehue. Tapi, nasib baik Hadrian ni jenis penyabar. Huhuhu wujud ke lagi lelaki macam Hadrian ni.

Overall, cerita ni best je walaupun bagi saya penulisan Pena Kayu ni so-so je tapi still okay! Cuma ada beberapa je lah yang buat saya hmmm. Lepas ni, nak beli lagi novel Pena Kayu yang lain!
1 review
July 1, 2023
For the first time saya baca buku dari penulis pena kayu

Saya suka dengan jalan cerita yang penuh dengan salah faham, hasad dengki dan cemburu antara adik beradik.

Penulis berjaya sampaikan karakter yang dibenci iaitu taufik serta ilya, kadang² rasa nak hempuk dua orang ni, yang taufik pandai putar belit cerita yang ilya cemburu buta melampau dia patut sedar yang sebenarnya dialah yg rampas taufik dari iman dulu lepastu suka betul tuduh iman dengan tuduhan tak berasas bila marah tu habis ayat tak sepatutnya keluar, bila dah okay mintak maaf bila jadi balik buat gila dia eh kalau depan tampo naya je 😂 .

Yang taufik pulak dah gila lepas iman dgn dia putus ugh. Tak sangka sebenarnya sharif punca inara tu so plot twist wow even dah dapat agak dekat chapter berapa ntah penulis bagi hint so boleh agak dah masatu.

Ada satu typo dalam chapter berapa saya tak ingat

Okay so saya sebenarnya tak berapa puas hati dengan apa yang jadi dengan sharif? Taufik? Ilya? Rose? Ya tahu taufik dan sharif dah dapat habuan tapi taktahu lebih detail?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izz.
419 reviews8 followers
November 10, 2020
Masalah utama cerita ni, terlalu banyak assumption dan miscommunication within watak. Iman, Hadrian, Inara dan Sharif, masing-masing simpan sendiri masalah dan perasaan, kemudian each of them come out with their own assumption. Orang ni suka orang tu, orang tu suka orang lain... omaii... lepas jadi tragedi, salahkan diri sendiri pula. Cerita ni menarik lar, twisted juga sebabkan assumption setiap watak ni sendiri. Tapi, watak yang paling menjengkelkan dalam ni Ilya dan Taufik. Rasa meluat sungguh dengan Ilya tu dan Taufik yang macam gila talak tu. Urgh! Annoying both of them.
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
November 5, 2020
Ini novel pertama yang saya baca daripada penulis Pena Kayu (PK). Terbeli buku ini kerana asyik lihat Shopee Karya Seni. Cover menarik jadi kita add to cart.

Pandai penulis bermain dengan emosi pembaca. Ada naik dan turunnya.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
September 4, 2021
Best sangat. Byk twist. Good job PK 😎
17 reviews1 follower
November 13, 2021
Penulisan Pena Kayu memang tak terduga, Readers akan rasa eh betulkah eh macam tak je. The Best setiap penulisan Pena Kayu watak hero memang tak pernah mengecewakan
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 19, 2023
I don’t put high expectations but this book is so good! Love it!
Profile Image for Ungupinklovernovel.
4 reviews
June 6, 2024
Suka cerita ni dan suka dgn penulisan pena kayu tapi dalam banyak2 cerita pena kayu yang saya baca cerita ni mcm missing something somewhere idk entahlah
Profile Image for sushji.
2 reviews
August 23, 2020
Novel menyayangimu by PK ni ada banyak plot twist yang buat saya rasa nak baca dan baca sampai habis. Anddd saya ter-in love dengan watak hadrian si bermata helang ni hahaha. Untuk kisah inara pula rupa-rupaya ada cerita sisi gelap yang saya tak expected telah berlaku. Overall, memang storyline novel Menyayangimu ni memang fresh lah tak seperti novel yang biasa saya baca. Good job to the writer Pena Kayu! 👍🏻💞 Tengok tengok dalam masa 2 hari, saya dah habiskan novel ni hehe
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
June 23, 2021
Cerita yang best dan banyak konflik. Konflik tu datang sebab masalah komunikasi semua watak dalam novel ni. Inara yang dah 5 tahun meninggal dunia berjaya menghantui semua watak dalam novel ni.

Iman, kembar seiras kepada Inara jadik seperti tidak siuman, dia merasakan Inara seolah olah wujud lagi. Dari permulaan bab jugak, aku confuse, mana Innara? Semua ni disebabkan perasaan bersalahnya pada Inara, dia selalu mencemburui Inara & bergaduh besar dgn Inara sebelum kematian Inara.

Hadrian pula dihantui rasa bersalah kerana menjadi penyebab kematian Inara. Kereta yg dipandu kemalangan dan menyebabkan kematian Inara dan anak yang dikandungnya. Ttp salute dgn Hadrian, dia mmg seorang kawan yg sejati.

Shariff, watak yg penting jugak, abg tiri kpd Hadrian. Dia jugak penyebab kepada semua salah faham. Disebabkan dia jugaklah, Hadrian mengaku mengandungkan Innara dan bersetuju berkahwin dengan Innara.

Taufik dan Ilya memang betul2 psiko. Geram sangat dengan mereka berdua.
Profile Image for Kayangan.
142 reviews1 follower
May 27, 2025
read this in 3 days after sooo longg of not reading malay novel, and OMG I CANT FREAKING PUT IT DOWN!

agak terlalu banyak konflik dan salah faham yang rasanya boleh saja di settle kan dengan bercakap, tapi still, good job in making me so invested in the plot that I can't stop reading it lol. Wishing for more Hadrian's POV honestly sbb his scene/pov always made me cry or giggling like high school kid lol sayangggg diaaa
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.