Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saka

Rate this book
Sambungan dari novel bestseller Babi- Bercinta Di Balik Api

“Kalau Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku, belum tentu aku sanggup. Biarpun ramai yang cuba jadi Tuhan dan cakap mak aku ahli neraka!”- Leman.

“Kamu selalu bertanya, kenapa syaitan jahat? Kenapa syaitan mengganggu? Memang sudah kami berjanji dengan Tuhan kamu untuk menghasut hambaNya supaya di neraka kelak, kamulah yang akan menjadi sahabat-sahabat kami di sana. Tiada kuasa yang boleh menghalang kami. Melainkan setiap benda yang bermula dengan nama Tuhanmu!”- Seekor iblis.

“Jahat tak bermakna kau ahli neraka. Baik, belum tentu kau dijemput masuk syurga. Jangan jadi Tuhan yang bersifat manusia. Kerana Tuhan tahu itu lebih daripada kita segala-galanya. Ambil cermin, pandang diri sendiri. Tanya dalam hati, ‘Layakkah kita dapat nikmat syurga?’ sebelum kita bercakap ‘kau ni memang ahli neraka lah!”- Ustaz Syahmi.

312 pages, Paperback

First published April 13, 2014

7 people are currently reading
88 people want to read

About the author

Azwar Kamaruzaman

14 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (23%)
4 stars
39 (32%)
3 stars
30 (25%)
2 stars
14 (11%)
1 star
9 (7%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 22, 2018
2.3* untuk Saka!

Buku ini lagi kemas dan masih boleh layan berbanding buku pertama penulis - Babi. Owhh ya, beberapa tahun yang lalu, aku kena hentam oleh fans penulis disebabkan review buku Babi yang kurang menyenangkan mereka sehingga jadi isu di beberapa grup pembaca kaki kipas buku Babi itu. Harap untuk buku Saka ni, tak akan jadi isu lagi. Kalau tak, memang aku haramkan saja diri aku untuk baca karya penulis ni lagi lepas ni! *gelak*

Isu yang ingin diutamakan di dalam naskah ini adalah berkaitan keagamaan dan ketaataan seorang anak yang tetap menjaga ibunya yang disumpah menjadi babi. Ada beberapa kisah lampau dan potongan ayat Quran yang menguatkan sedikit cerita ini. Itu bagus. Cuma, narasi cerita naskah ini kekadang terlalu memaksa kita untuk kita menerima apa yang ingin disampaikannya. Tuan penulis, seperti memberi ceramah/syarahan islam di naratif cerita dan kekadang cuba disampaikan di dalam dialog watak yang ada.

Penulis cuba ingin memuatkan semua yang dia tahu di dalam buku ini sehinggakan kita tak tahu nak hadam mana satu, macam hidangan buffet sehinggakan satu masa kita rasa nak muntah sebab paksa masukkan makanan walaupun kita dah kenyang. Tapi tetap ada beberapa benda yang menarik dan mencuit hati dan mengenyangkan.

Aku tetap terganggu dengan beberapa nama watak. Dah lama aku baca buku pertama, jadi bila baca buku kedua ni, benda sama datang lagi. Kenapa ya nak guna nama lelaki atau nama perempuan untuk jantina yang sebaliknya? Unik? Tak itu menjengkelkan.

Tapi ini tulisan 2014. Aku yakin tulisan tuan penulis pasti lebih baik sekarang. Moga AK terus sukses di dalam bidang yang dia ceburi.

Kalian tak nak cuba? Cubalah, tapi aku tak nak rekemenkan untuk kalian. Tapi kalau nak baca juga, silakan.

Peace!
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
May 24, 2015
karangan yang disiapkan sebab masa tak cukup dan janji cukup bilangan patah perkataan. dia punya goreng sampai hangus.
Profile Image for Hafeji A.D.
257 reviews1 follower
December 27, 2023
Bacaan terakhir (barangkali) untuk 2023. Penuh dengan pesan-pesan yang baik dan mengajak pembaca menemui Tuhan yang sering saja ditinggalkan.

Buku ini dari segi cerita tidak semenarik BABI. Pergerakan cerita bagi aku tidak lancar kerana selalu saja diselangi dengan perenggan panjang berbentuk ceramah. Pesan kebaikan ini boleh dipuji, namun, gaya penyampaiannya tidak menarik bagi aku. Boleh rujuk karya Hilal Asyraf untuk gambaran yang lebih aku suka.

Buku ini dipenuhi typo, dan kesalahan sana-sini. Imbas kembali yang menyalin balik bab dari buku BABI sebiji-biji jugak merencatkan pembacaan aku.

Keseluruhan, buku ini sambungan yang ok saja.
Profile Image for Rizqan Sulaiman.
34 reviews
April 29, 2016
Saya membaca buku ni sejurus saya menghabiskan buku Babi. Novel ini mengisahkan usaha Leman untuk menukar babi-babi menjadi kepada manusia kembali, namun diganggu oleh saka kepunyaan Paul yang mengambil rupa bentuk Azmi ( although I was wondering why Leman tak tahu dia dah mati).

Sedikit berlainan dengan prequel, buku ini lebih kepada tema keagamaan terutama sekali apabila menghampiri penghujung cerita. Tapi saya perasan novel ini ada copy paste paragraph dari novel yang first, tapi nama Ustaz Mawardi tertukar jadi.. Akram? Pff takkan kesalahan macamni tak diedit (or am I missing something here?)

Anyhow, cerita ni sarat dengan pengajaran, mostly dari segi agama dan kasih sayang terhadap ibubapa. Saya *hampir* menangis baca scene Leman ke tali gantung tu. Dan the ending where everyone reads surat dari Leman tu memang terbaik dang menginsafkan, especially surat yang ditujukan kepada seluruh umat Islam. Nice way to end a good novel!
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
July 14, 2014
ok kalau nak ikutkan ini adalah sambungan kepada novel BABI yang femes tu.permulaan cerita agak slow untuk aku.bila dah sampai ke tengah baru mood membaca datang.sambungan kisah hidup Leman setelah berlaku kejadian yang tak diingini kepada Paul (mak Leman) dan ustaz mawardi.bagaimana Leman berperang dengan diri sendiri dan hasutan syaitan yang ingin menyesatkan die.hampir-hampir terpengaruh jugak tapi sempat diselamatkan. kesian Rokkyu,Asfam & Syasya.diorang menjadi mangsa,tak sempat nk bertaubat dan insaf.Endingnya sampai hati si Azwaq buat aku nangis sorang-sorang teringat mak kat kg!begitu terkesan dan memberi pengajaran.kesimpulannya,,nak pinjam moto sekolah aku jap: berilmu.beramal.bertaqwa.insyaallah..good book indeed!
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
September 7, 2020
Rasa seperti Saka tak perlu ada. Dan gaya penceritaan Azwar tidaklah seokay Babi.
Profile Image for libraryofshazz.
68 reviews
November 8, 2023
My friend recommended me to read this book. Buku ni pun saya pinjam dia punya. So before anything, thank you pinjamkan buku ni. :)


Saya tak pernah baca buku sebelum ini yang bertajuk BABI. Jadi saya terkedu sikit baca buku ni sebab srsly tak menjangka buku ni mengaitkan perkara perkara maksiat. Rasa berdosa pun ada yaa sebab baca scene scene sebegitu 😭

Tapi itulah orang kata. Ambil yang baik, simpan dalam hati. Yang buruk tu, lempar je jauh jauh.

Banyak pengajaran dan nasihat yang dapat diambil daripada buku ni sekaligus menjentikkan rasa keinsafan dalam diri. And saya suka itu. Dapatlah juga kebaikan, kan? Semoga kita semua dapat manfaat.


Mungkin penulis/pihak penerbitan boleh perbaiki tatabahasa dan typo-typo yang terdapat dalam buku ni. Kalau sikit sikit takpe tapi saya notice banyak jugaa kesilapan tatabahasa dan typo nye. Yang saya baca ini cetakan ke-4, Mac 2015. Tak tahulah maybe cetakan yang terbaharu mungkin sudah diperbaiki kesilapan nya.

Saya juga bersyukur sebab saya orang Kedah, jadi dapat faham loghat negeri yang digunakan. Ini first time saya baca novel yang menggunakan dialog loghat negeri Kedah. Nicee.
Profile Image for Azrie Idzmeer.
Author 3 books4 followers
January 25, 2020
Saya tolak tepi kesalahan tatabahasa, ayat yang tunggang langgang, kesalahan ejaan yang terlampau banyak dan jalan cerita yang sedikit perlahan jika dibandingkan dengan buku pertama.

Biarpun buku ini sebenarnya jatuh dalam kategori 'Tak Ada Pun Tak Apa', saya tetap terhibur. Kesinambungan yang tiada cacat celanya. Dan peleraian yang penuh dengan emosi.

Syabas buat Azwar. Tapi untuk karya anda yang seterusnya, dinasihatkan untuk periksa dulu semua ejaan dan penggunaan tatabahasa supaya tidak kelihatan menjengkelkan apabila dibaca.
Profile Image for Nurul Azzura.
5 reviews
April 2, 2019
Sambungan novel Babi.

Suka isi-isi buku ini yang mengajak kepada Tuhan walaupun ada juga rasa a bit too preachy. It'd be nicer kalau santaikan lagi 😁

Rasa macam ada banyak lompong plot di mana watak utama tak tahu tentang orang-orang sekeliling yg telah mati. Dan yg di mahkamah tu, cukup ke bukti untuk sabit kesalahan huhu. Sebak di akhir cerita.

Saka digambarkan dalam bentuk manusia tapi kurang logik watak saka dalam ni. Huhu.

Overall nice try. ☺️
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
dnf
February 27, 2022
DNF m/s 100+
Cerita meleret, penulisan dan penceritaan sedikit terabur dibanding dgn buku pertama. Ada beberapa perkara yg tak begitu 'realistik' sama ada reaksi watak/kejadian sampaikan terasa menjengkelkan.
Mungkin hati sy akan terbuka utk menyambung kembali cerita ni pada masa hadapan tapi buat masa ni ditinggalkan dahulu. Tak mampu utk habiskan
Author 2 books12 followers
April 12, 2025
Buku kedua, sambungan dari cerita BABI lebih fokus pada saka yang didampingi oleh mak Leman. Beberapa bap terakhir buat aku nangis bila baca. Suddenly, cerita yang awalnya moe to revenge, seram, thriller bertukar jadi cerita azab dan menginsafkan. Terima kasih penulis, sebab tulis cerita macam ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
January 31, 2018
Yang ini lebih baik isinya dari yang pertama. Banyak nasihat dalam naskah ni. Walaupun ada kurang disana sini sikit. Tetap isinya tu sampai kepada saya.
Profile Image for A.Nadhiey.
10 reviews
April 19, 2015
Masee mulaa mulaa bace sampai pertengahan, banyakk kalii gakk ahh aku tersenguk sengukk sampai tertidur. Bile dh nk ending baruu laa menarikk dan makin nak selakk sampai habis. Ade part part tngkap leleh. Well, bila dh melibatkan mak, mmg sng sng jee nk sebak.

Tahniah penulis. I think you did ur best. Well done
Profile Image for Diana.
35 reviews24 followers
July 17, 2014
SAKA makes all those things in BABI which do not make sense come to senses! I am touched with the ending.
Profile Image for Amalina.
6 reviews
November 28, 2014
salah satu cerita yang agak lain daripada yang lain. setiap manusia mempuunyai berlainan jalan hidup, dan leman(watak utama) merupakan karakter yang baik yang dihasilkan oleh kamaruzaman azwar
Profile Image for Sariy Syahmi.
2 reviews
June 15, 2015
mula baca agak bosan sikit.. tapi bila baca part leman mengaku yang dia bunuh tu agak teruja sikit nak baca.. dan bila ending dia membuat aku teringat kat mak aku..
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.