Jump to ratings and reviews
Rate this book

Diari Abah: Berfikir Dengan Hati, Berperasaan Dengan Akal

Rate this book
Lebih banyak seorang abah membabitkan diri di dalam keluarga, lebih positif perkembangan diri anak-anak. Ketika al-Sunnah banyak menekankan kemuliaan emak, al-Quran pula mendahulukan pelajaran buat abah dengan menyenaraikan sekumpulan bapa untuk hadir memberi teladan praktikal. Ia memberi panduan bagaimana sebuah institusi keluarga memerlukan abah berperanan sebagai tunggak demi melunaskan amanah Allah yang terpikul di atas bahunya. Para rasul seperti Ibrahim, Yaaqub dan Syuaib, hadir bersama iktibar yang rabbani, seiring dengan Luqman sebagai watak abah yang khusus, dalam merangka nasihat penuh hikmah untuk anaknya. Naskhah DIARI ABAH ini adalah catatan seorang insan fakir yang cuba melakukan muhasabah ke atas kebapaannya merentas usia rumahtangga, keluarga dan anak-anak menuju dewasa.

Paperback

Published August 1, 2020

25 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

27 books878 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
94 (72%)
4 stars
30 (23%)
3 stars
4 (3%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 8, 2021
Diari Abah adalah himpunan catatan peribadi penulis sepanjang membesarkan anak-anaknya. Catatan beliau lebih tertumpu kepada aspek pendidikan dan penekanan kemahiran berfikir kritis semenjak mereka kecil. Metacognition Learning. Anak-anak diajar supaya berfikir tentang apa yang mereka fikir, menguji apa yang mereka belajar supaya mereka sedar apa yang masuk ke dalam minda dan bagaimana mereka memahaminya. Bukan sahaja membantu mereka lebih ingat, malah mengingatinya dalam ayat kefahaman sendiri, bebas daripada hafalan kaku yang tidak menambah bijak.

Buat mereka yang pernah membaca karya penulis sebelum ini, kita tahu beliau dan keluarga bermastautin di Oulu, Finland dan semestinya sangat mencabar menjadi satu-satunya keluarga Muslim Melayu di situ. Sangat banyak pengajaran dan tips praktikal yang dikongsikan dalam catatan ini. Antara yang boleh saya kongsikan, metode khalifah yang digunapakai untuk mengimbangkan ketegasan dan kelembutan dalam mendidik. Selain itu bagaimana menjelaskan isu aqidah kepada anak kecil, menerangkan persoalan seksualiti, memantau media sosial mereka, dan banyak lagi.

Buku keibu-bapaan yang sangat sesuai dibaca oleh semua terutama oleh ibu bapa dan pendidik. Sangat banyak input yang boleh dipelajari juga sangat menginspirasikan. Memetik kata beliau, sebagaimana bekerja sebagai apa pun perlukan ilmu dan kemahiran, demikian juga tanggungjawab sebagai bapa. Belajar sepanjang masa❤
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
September 18, 2020
Diari Abah - Hasrizal Abdul Jamil

Abah, Ayah, Abi, Daddy, Walid - figura yang memimpin sebuah keluarga.
Tonggak utama yang memikul amanah besar di dalam memandu seisi keluarga menuju ke jalan yang lurus.

Al Quran sendiri banyak mencatatkan kisah tentang ayah dan anak.
Nabi Ibrahim A.S berdialog dengan anaknya, Nabi Ismail A.S.
Nabi Yaakob A.S dan kemelut baginda dengan anak-anak.
Nasihat Luqman Al Hakim terhadap anaknya.
Semuanya berkisar tentang perhubungan seorang ayah dengan anak-anak.

Buku ini menceritakan tentang pengalaman seorang ayah yang mendidik anak-anaknya dari kecil hingga ke peringkat remaja. Ada dua sisi yang berbeza. Sewaktu dia sangat sibuk dengan kerja di Malaysia dan waktu yang berkualiti bersama anak hanyalah sewaktu menghantar anak-anak ke sekolah manakala satu sisi lagi adalah semasa di Oulu, di mana dialah ayah dialah juga ibu kepada anak-anaknya.

Satu kekuatan Ustaz Hasrizal dan anak-anaknya adalah komunikasi terbuka di antara mereka. Payah juga untuk meneladani beliau dalam keadaan kita yang suka bercakap berlapik dan rajuk yang panjang berjela (nota : bercakap tentang diri sendiri).

Buku ini banyak membuat saya berfikir. Membaca tentang kepayahan seorang bapa mengemudi sebuah keluarga menginsafkan diri ini dan bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk solo hingga ke hari ini. Tak tergalas tanggungjawab yang besar di dalam mendidik zuriat sendiri. Tersentak sewaktu membaca sebaris ayat di dalam buku ini :
'Rupa-rupanya, sukakan kanak-kanak tidak sama dengan sukakan anak-anak.' (Mukasurat 108).

Dipanjangkan lagi ulasan tentang ayat di atas.
'Sukakan kanak-kanak, kita suka bahagian yang menyukakan sahaja. Bahagian comelnya, bahagian suka bermainnya, bahagian suka diagah, bahagian pandai bergaya dihadapan kamera. Semuanya indah dan menjadi kenangan.'

'Tetapi kita tidak boleh menjadi ibu bapa yang baik jika hanya suka dengan kanak-kanak. Kita kena suka dengan anak-anak.'

Allah... Tepat sekali. Ada lagi ulasan tentang ini di dalam buku. Bacalah. Menjadi seorang abah bukan hanya mengambil yang cantik dan manis sahaja. Ambil juga bahagian yang mendatangkan pedih, sakit dan sedih.

Apabila anak penulis bertanya, andai secara teorinya ada antara mereka yang menyimpang dari landasan yang lurus (nauzubillah) lalu menjadi murtad, gay atau lesbian, bagaimana reaksi beliau? Jawapan penulis amat menyentuh perasaan.

Akhirnya dan sepatutnya, tempat paling selamat bagi anak adalah di dalam pelukan dan pangkuan ibu dan ayah walau apapun pilihan anak. Seperti juga Nabi Nuh A.S yang tidak jemu-jemu memujuk anak baginda untuk menaiki bahtera walau ditolak anaknya hingga ke saat yang terakhir. Itulah peranan ibu dan ayah di dalam memikul amanah berat dari Allah.
Tidak berputus asa membawa keluarga ke landasan yang betul.

Amat saya syorkan buku ini dimiliki oleh setiap unit yang dipanggil keluarga. Banyak yang dapat kita pelajari dengan membaca buku ini. Sekurang-kurangnya ia akan membuatkan kita berfikir.
Wallahualam.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
August 3, 2025
MEMBESARKAN ANAK: UNTUK MEMENUHI CITA-CITA TERBENGKALAI KITA ATAUPUN BUAT MENGEJAR IMPIAN MEREKA?

Buku jujur dari penulis yang selama ini kita lebih kenali karya-karyanya dari sisi pandang beliau sebagai seorang pelajar, agamawan, pendidik, peminat sejarah, mahupun pengembara. Namun dengan buku ini, penulis berkarya sebagai seorang bapa. Seorang bapa kepada 4 orang anaknya, dalam tempoh 18 tahun membesarkan mereka. Bagaimana beliau mengharunginya.

Tiada motivasi melampau & tips penyedap jiwa. Hanya realiti dan kejujuran. Banyak yang manis, namun ada juga yang pahitnya. Riwayat hidup sebenar seperti seadanya.

Banyak ilmu kebapaan yang saya perolehi dari buku ini, walaupun belum lagi bergelar suami, apatah lagi seorang bapa buat masa ini. Tips & ilmu bagaimana untuk membesarkan anak berdasarkan peringkat usia mereka. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis sendiri, berlandaskan saranan Nabi & ajaran agama, serta nasihat dari dunia Barat dari buku-buku berkaitan yang beliau teladani.

Bagaimana membesarkan mereka, menghadap kerenah mereka ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pula apabila telah masuk ke alam remaja, untuk menghadapi segala soalan sensitif & janggal dari mereka, dengan segala sifat memberontak mereka. Bagaimana menyediakan akses pendidikan buat mereka dan bagaimana pula jenis pendidikannya, ikut selera kita sebagai ibubapa ataupun ikut minat mereka. Semua diperincikan dalam buku ini.

Pelbagai info menarik seputar pelbagai bidang lain juga banyak diperihalkan penulis di dalam buku ini, seperti kebiasaannya dalam banyak penulisan beliau yang lain. Perihal ideologi, dunia, sejarah, dan sudah tentunya akhlak & agama.

Buku yang sesuai buat bakal bapa, mahupun buat bapa sedia ada yang ingin menambah ilmunya, mahupun buat yang ingin mencapahkan ufuk pandangnya.

Saya akhiri ulasan ini dengan petikan menarik dari buku ini, yang mana boleh dikatakan dapat menggambarkan secara menyeluruh cara, idea & pendekatan penulis dalam membesarkan anak-anaknya selama 18 tahun usia catatan ini. Ringkas & padat, namun mengesankan.

"Anak-anak bukan kita, bukan alat memenuhi impian kita, bukan pelakon melakonkan watak kita. Mereka adalah individu seperti buah kelapa yang bukan bergantung di pohon selamanya. Mereka berputih, membesar, untuk gugur dari pohon, dan menjadi pohon yang seterusnya ... Bantulah anak untuk memenuhi impian mereka. Jangan jadikan mereka buruh paksa yang dikerah untuk memenuhi impian kita, biar pun kita ibu bapa mereka, kerana mereka bukan kita, dan kita bukan mereka."
337 reviews15 followers
January 17, 2023
Membaca coretan diari seorang abah membuat saya terkenang arwah ayah saya yang kerap melontarkan soalan untuk mendengar jawapan anak-anak perempuannya. Saya dapat berempati dengan penulis kerana kami
membesar di hutan kota dan masyarakat majmuk mendedahkan kami dengan roda-roda kehidupan. Perhati dahulu. Dengar dulu. Baca dan selidik. Fahami dulu. Barulah berpandangan. Islam itu sempurna tetapi Muslim tidak.

Dialog-dialog antara bapa dan anak menyerikan setiap bab.
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
November 22, 2020
Tahniah kepada penulis yang sudi berkongsi cerita dan rasa sebagai seorang Abah moden.Setiap abah akan menghadapi cabaran yang berbeza.Penulis mempunyai ilmu sebagai abah selari dengan saranan al quran seperti banyak diceritakan melalui kisah luqman dan anaknya di dlm surah luqman dan lain2 surah.Menjadi seorang abah bukanlah sesuatu yg senang.Perasaan seorang abah juga akan berubah2 seiring peningkatan usia.Abah ketika berumur 30an tidak sama seperi abah ketika berumur 50an.Ketika 30an saya agak garang dengan anak2.Kesian kepada along dan angah selalu juga kena rotan .Apabila telah menjangkau 40an sifat abah berubah menjadi lebih sabar dan tak rotan anak2 lagi.Untung lah anak ke 3, 4 dan ke 5.Sekarang setalah berada dipertengahan 50an tidak ada apa yg lebih membahagiakan seorang abah melainkan apabila dapat melihat semua anak2 berada di depan mata setelah lama terpisah.masing2 belajar di IPT ada yg jauh di utara dan ada yg di ibu negara .Mujur juga ada PKPB semua balik kg belajar on9.ada hikmahnya PKPB ni hehe
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
December 18, 2021
Finished and enjoyed reading within two days and this book is unique in its own genre. Hamka once wrote a book on his father entitled “Ayahku”, but this book is a story from a father’s point of view – on parenting, schooling, teaching and education as a whole.
11 reviews
April 30, 2021
[Diari Abah]

Alhamdulillah, tamat buku ke-10 tahun 2021. Buku kedua bulan ni.

Sebagai diri sendiri juga seorang abah, banyak benda boleh reflect dari buku ini. Tentang keibubapaan, tentang mendidik anak-anak, tentang menjawab soalan-soalan anak-anak dan tentang tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Walaupun namanya Diari Abah, namun buku ini bukan untuk abah sahaja. Buku ini sesuai dan sangat penting untuk dibaca bagi semua. Sama ada ibu bapa, guru, ustaz atau sesiapa saja. Kerana anak-anak ini sentiasa ada bersama kita dan mereka makhluk yang perlu dikasihi dan disayangi.

Buku ini merupakan dialog penulis bersama-sama anak-anaknya. Soal jawab, penerangan dan kekadang perdebatan. Baca buku ni kekadang menimbulkan persoalan, "eh kalau ada anak aku tanya soalan begini, macam mana nak jawab?" Haa penerangan penulis kita boleh 'copy' untuk jawab depan anak-anak nanti.

Persoalan tentang ajar kanak-kanak kecil tentang solat wajar atau tidak, soal penggunaan media sosial anak-anak di bawah umur, isu membanding-bandingkan anak-anak atau kanak-kanak, kewajaran hukuman denda atas pendidikan semua diselitkan dalam buku ini.

Anak-anak penuh dengan soalan. Dari mereka kecil hingga mereka dewasa. Jangan jemu menjawab. Dan jangan jawab dengan penipuan. Kekadang blur juga nak menjawab. Kena banyak membaca. Penipuan kepada anak-anak adalah satu racun.

Anak-anak bukan selamanya kanak-kanak. Mereka akan dewasa. Sayangi anak-anak sebab mereka itu anak kita, walaupun sudah jadi bapa kepada anak-anak pun.

"Sebab itu sangat penting untuk ibu bapa mematangkan diri, seiringan dengan proses kematangan kanak-kanak yang anak itu meniti dewasa. Cabaran semasa mereka kecil, berbeza dengan cabaran semasa mereka dewasa. Baik atau buruk, mereka tetap anak-anak.

Mengasihi anak-anak semasa mereka menghiburkan kita, itu mudah. Namun, tetap mengasihi anak-anak semasa mereke terjebak dalam kesilapan hidup yang mengundang keaiban dan kesusahan, mungkin ada ibu bapa yang kecundang."

"Sebagai bekerja apa pun perlukan ilmu dan kemahiran, demikianlah juga tanggungjawab kita sebagai bapa."

Terima kasih Ustaz Hasrizal atas penulisan buku ini.

My Learning Journey
#MalaysiaMembaca
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
September 24, 2021
Walaupun diri ini bukan seorang 'abah' tapi ku kira penulisan dari Ustaz Hasrizal memang wajar dibaca kesemuanya. Saya pinjam buku ini dari perpustakaan, sekali pendang, buku nya tebal. Tapi berjaya dihabiskan dalam masa 2 hari setengah. Isi nya penuh dengan ilmu parenting khususnya mendidik anak dalam zaman penuh mencabar ini. Banyak poin penting yang saya belajar dan harapnya boleh mencontohi sedikit sebanyak cadangan dari Ustaz untuk diterapkan dalam mendidik anak supaya menjadi manusia Muslim. Buku ni bagus dibaca oleh sesiapa sahaja tetapi terutamanya disarankan pada ibu bapa. Belajar lah kerana dengan ada nya seorang anak itu tak bermakna kita sudahpun tahu ilmu menjadi seorang parent.
Profile Image for Syamim.
67 reviews
June 17, 2021
Tajuknya "Diari Abah", ditulis oleh seorang lelaki yang sudah beristeri dan beranak empat. Juga seorang guru. Dan dibaca pula oleh saya, seorang perempuan yang tidak berkahwin, tiada anak, malah sayalah yang anaknya untuk ibu bapa saya di rumah.

Tulisan-tulisan ini adalah catatan peribadi penulis, relevan dengannya. Tetapi saya yang latar belakang dan pengalaman tidak serupa dengan penulis tetap dapat kaitkan banyak perkara dengan apa yang ditulis. Seperti Bab 58.: Memaknakan al-Quran Dengan 'Asbab al-Nuzul' Keluarga Masing-masing, saya rasa saya sendiri sedang memaknakan apa yang ditulis dalam buku ini dengan apa yang saya sendiri sedang lalui dalam kehidupan saya.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
November 3, 2020
Hasil nukilan serta celoteh dari Ustaz Hasrizal jarang membuahkan satu buah fikiran baharu kepada pembaca untuk dihadam. Sejujurnya, buku ini perlu dibaca oleh seorang abah mahupun bakal abah untuk masa hadapan dalam mencorak gaya pemikiran serta minat anak-anak. Buku parenting yang disampaikan dengan gaya penyampaian yang santai serta idea yang diselitkan amatlah berguna.

Teruskan berkarya Ustaz, semoga lebih banyak karya yang mantap dihasilkan pada masa akan datang.
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
October 17, 2020
Satu lagi karya Ustaz Hasrizal yang sangat berkesan di minda dan hati.

Di dalam buku ini, penulis mengongsikan pengalaman beliau dalam membesarkan anak-anak.

Ada pengalaman ketika mereka masih kecil, ada juga ketika mereka di sekolah rendah, dan yang terkini, ketika mereka remaja.

Apa yang membuatkan perkongsian 'Abah' ini unik adalah latar belakang pendidikan penulis yang mengkaji bidang pendidikan dan sains pembelajaran.

Maka, dalam penulisan beliau ini, beliau akan mendedahkan kepada para pembaca, konsep-konsep penting dalam pendidikan dan pembelajaran.

Penulis menekankan kepentingan untuk ibu bapa dan guru memahami 'bagaimana manusia belajar' agar proses pembelajaran anak-anak itu bermakna.

Terlalu banyak pengajaran dan mesej yang boleh diambil dari buku ini - bergantung kepada 'siapa' diri pembaca.

Salah satu perspektif yang boleh diambil; sebagai orang yang belum mempunyai anak atau ibu bapa muda (anak masih kecil) - mesej penting daripada buku ini adalah untuk SENTIASA MENUNTUT ILMU.

Ilmu keibubapaan, ilmu pendidikan awal kanak-kanak (Early Childhood Education), ilmu tentang perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak/remaja, ilmu agama (untuk diajarkan kepada anak-anak), dan macam-macam lagi!

Yang paling jelas ditekankan dalam perkongsian penulis ini adalah untuk ibu bapa sentiasa membiasakan BERKOMUNIKASI dengan anak-anak, ketika mereka kecil dan comel, mahupun sudah remaja yang akan sering menyakitkan dan melukakan hati.

Ah, sukar untuk dihuraikan dengan kata. Bacalah buku ini dan lihat sendiri contoh-contoh yang penulis kongsikan.

Seperkara lagi yang saya suka, bagaimana penulis menerangkan perlunya kita membetulkan cara kita beragama. Jadi manusia, sebelum jadi muslim. Ha? Macam mana tu? Kena baca buku ini. ☺️

Kesimpulan: Sesungguhnya menjadi ibu bapa itu tidak mudah.

Buku ini tidak mungkin dapat menjawab semua persoalan/keperluan ibu bapa tetapi ia mengajar kita bagaimana untuk bermula dan memberi idea apa bekalan yang diperlukan.

Tanggungjawab kita untuk melengkapkan dan menyediakan diri dengan ilmu secukupnya.
Profile Image for Nurulnaziefa_.
65 reviews5 followers
November 17, 2020

PERKAHWINAN.

Hati itu tenteram dengan kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan.

Kebaikan disyukuri, kekurangan diredhai.

ANAK.

Apa yang berlegar di fikiran anak tetap sesuatu yang penting untuk diberi suara. Didengar. Diberi hak.

Anak-anak yang sering disindir oleh ibu bapa menjadi anak-anak yang jiwanya penuh dendam, memberontak dan sangat jauh daripada komunikasi yang berkesan.

Franz Rosenthal “Jika kita ingin memahami wajah sebenar sebuah masyarakat, lihatlah bagaimana sikap mereka terhadap kanak-kanak.”

Meninggi-ninggikan suara bukan cara untuk bertegas.

Bukan sahaja ibu bapa yang memerlukan anak-anak sebagai penyejuk hati, anak-anak juga memerlukan ibu bapa yang menyejukkan amarah mereka.

Sentiasa mencari kekuatan untuk memaafkan anak-anak, setiap hari. Maafkan mereka supaya kita terus connected dengan mereka.

Menolak kemudaratan lebih utama daripada mendapatkan manfaat.

Kegemaran mereka bermain itulah sebenarnya alat terbaik untuk mereka belajar.

Kejayaan adalah sebuah perjalanan, bukan destinasi.

Yang manis, jangan terus ditelan. Yang pahit, jangan terus dibuang.

Perasaan suka dan duka itu tidak boleh diajar. Ia hanya boleh dirasa.

Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang memanusiakan mereka, sebelum mengislamkan mereka.

Agama bukan untuk dihafal, tetapi untuk digunakan dalam kehidupan.

Dalam belajar, soalan lebih penting daripada jawapan.

Kepercayaan mesti diperolehi melalui pembuktian berperingkat.

Elakkan membandingkan keluarga kita dengan keluarga orang lain.

Terus menambah ilmu, dan terus menyayangi mereka tanpa syarat.

Sebagainana bekerja sebagai apa pun perlukan ilmu dan kemahiran, demikianlah juga tanggungjawab kita sebagai “BAPA”

DIARI ABAH🤍
Profile Image for Amirah.
11 reviews
October 15, 2020
The title says it all. Youre basically reading someone's diary of being a Dad. I like how the author is merely sharing his daily struggles, great tackles, good and bad parenting experiences organically without telling we need to do this or we need to do that in parenting while being a "single dad" in an abroad country away from strong social support and the toll its taking on his own mental health and being. Just what most people go through but seldom shares as fear of the stigma of imperfectness. He somehow for me, let us think and allow us to make best decisions for our own family choices as each family has their own dynamics while sharing his own techniques. I would strongly recommend each moms and dads to read this book as to prepare yourself for the teenage years of parenthood as we all know those years are most challenging and fragile part of parenthood.😁
Profile Image for Athirah Hazwani.
3 reviews1 follower
January 18, 2021
Diari abah. Sesuai dibaca oleh abah dan ibu. Penulisan yang rapat dengan kehidupan kita sebagai ibu bapa. Diari abah fokus kepada pentingnya penglibatan seorang bapa dalam sebuah institusi kekeluargaan. Mendidik anak tak semudah yg disangka lagi lagi apabila mereka semakin meningkat remaja seterusnya dewasa. Segala kisah comel dan gembira dengan mereka tak mustahil bertukar menjadi pahit seiring dengan meningkat usia mereka di mana tugas “memanusiakan” mereka menjadi semakin mencabar. Pendidikan yang memanusiakan dan juga pendirikan yang mengislamkan sangat berkait rapat. Ramai yang berjaya dalam kehidupan tetapi tak semua berjaya menjadi “manusia”.
Penulisan yang membuka mata dan minda penulis utk terus mencari ilmu buat bekalan perjalanan yang masih panjang. Cari ilmu yg berterusan.
Profile Image for qasdina.
19 reviews
January 20, 2021
Penceritaan yg sangat hebat. Penuh dengan ilmu terutamanya dlm tema Keibubapaan and Kekeluargaan. Buku ini membuatkan saya terfikir, adakah saya akan bersedia untuk menjadi ibu kepada bakal anak-anak(Inshaa Allah) kemudian hari?
Profile Image for Aisyah Zin.
16 reviews
October 5, 2020
Gaya bahasa yg santai dan maklumat yg sangat berguna. Pada saya, buku ini wajar dibaca bukan sahaja bagi golongan bapa atau ibu akan tetapi boleh juga dibaca oleh golongan bujang sebagai persiapan sebelum perkahwinan dan persiapan sebelum punya anak. Mungkin akan lebih terbuka akan realiti kehidupan sebagai ibubapa dari segi kepayahannya mendidik anak, peri pentingnya komunikasi dalam institusi keluarga. Saya juga tertarik dengan topik yang diketengahkan penulis tentang bagaimana menyukai kanak-kanak adalah berbeza dari anak. Ia menjadi satu kesedaran yg hebat buat saya ketika saya membaca buku ini.
Profile Image for Ahmad Justin.
3 reviews
January 12, 2021
Sebagai seorang bapa, saya sangat tersentuh dengan nasihat-nasihat dan pandangan-pandangan yang ustaz Hasrizal kongsikan di dalam buku ini. Terasa seperti seorang abang menasihati seorang adik dalam bagaimana menjadi seorang bapa.

Saya suka dengan cara ustaz Hasrizal menulis pengalaman beliau menjadi bapa, daripada anak pertama sehingga kini, dan berkongsi kepayahan menguruskan bukan sahaja keperluan jasmani tetapi juga rohani anak-anak.

Banyak ilmu keibubapaan yang saya belajar dari buku ustaz Hasrizal ini. Saya sangat sarankan supaya ibubapa membaca dan mengambil manfaat dari penulisan ustaz Hasrizal.

Semoga Allah muliakan ustaz Hasrizal sekeluarga, dan semoga Allah jadikan kita ibubapa yang hebat!
Profile Image for Al-Kubrawiyyah.
77 reviews1 follower
July 2, 2021
Pengalaman beliau dalam berkomunikasi dengan anak-anak remaja adalah boleh dijadikan panduan berguna.
Profile Image for Mohd Noor.
32 reviews
September 14, 2025
Buku DIARI ABAH : BERFIKIR DENGAN HATI BERPERASAAN DENGAN AKAL.
Bilangan Halaman : 392 Halaman.
Mula Dibaca : Sabtu, 23 Muharam 1447 Hijrah, 19 Julai 2025.
Tamat Dibaca : Jumaat, 07 Safar 1447 Hijrah, 01 Ogos 2025.

Tiada abah tanpa anak-anak.

Bukan abah, sebelum dirinya adalah suami kepada isteri.

Apabila berbicara berkenaan rumahtangga, yang selalu diangkat cuma peranan ibu dan isteri padahal rumahtangga memerlukan suami dan isteri, bapa dan ibu sama-sama memainkan peranan masing-masing. Yang selalu dicanang cuma kisah lelaki dayus, lelaki kaki pukul dan bermacam lagi label buruk kepada lelaki. Untuk wanita pula siap diterbitkan rancangan khusus yang menceritakan pelbagai kisah kejayaan mereka.

Maka, buku Diari Abah ibarat hadiah atau penghargaan buat kita orang lelaki khususnya yang bergelar bapa dan suami. Tetapi hadiah ini bukan mendodoikan kita dengan pujian kosong dan bukan semata-mata kisah perjalanan hidup penulis sebagai ketua keluarga, jauh sekali mengajar pembaca bagaimana menjadi ketua keluarga sebaliknya ia penuh dengan nasihat dan kritikan tajam bukan saja kepada ibu bapa tetapi juga kepada anak-anak dan pihak sekolah.

Penulis cuba berlaku adil terhadap semua pihak yang terlibat dalam pendidikan anak-anak. Anggaplah naskhah ini sebagai nasihat pedas tetapi penuh kasih sayang. Tanda kita disayangi adalah apabila ada yang sudi menegur tindak-tanduk kita.

Buku ini dimulakan dengan sedikit kisah cabaran penulis yang masih di peringkat awal membina rumahtangga. Pada bahagian akhir buku pula, penulis mengongsikan rutin harian beliau bersama anak-anak semasa menyambut Ramadan dalam musim pandemik Covid-19. Ternyata cabarannya bukan mudah apatah lagi duduk jauh di negara orang yang sudah pasti berbeza adat dan budaya.

Membesarkan anak juga memerlukan ilmu dan kemahiran. Maka, ibu bapa perlu terus-menerus menambah pengetahuan. Cabaran mendidik anak-anak zaman sekarang tidak mudah lebih-lebih lagi di era digital ini, dunia terbuka luas, seperti tiada sempadan dan banyak perkara buruk dan baik begitu mudah diakses hanya dengan telefon pintar. Tidak mustahil anak-anak akan bertanya soalan pelik, tidak logik dan di luar kotak.

Mahu tidak mahu, kita ibu bapa perlu mempersiapkan diri dengan ilmu. Apabila anak bertanya, itu tanda anak percaya dengan kita. Jika kita tidak mampu memberi jawapan atau buat acuh tidak acuh dengan soalan mereka, boleh jadi anak-anak akan mencari perhatian dengan orang luar. Keadaan akan menjadi lebih parah apabila anak-anak lebih percayakan orang luar berbanding keluarga sendiri.

Walaupun buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian tetapi pada aku tidak ada masalah untuk memulakan bacaan dengan mana-mana bab dahulu kerana majoritinya tidak bersambung antara satu sama lain. Boleh mulakan dengan Bab 32 kemudian undur sedikit ke Bab 17 atau melompat jauh ke Bab 54. Setiap bab ada coretan pengalaman penulis sendiri yang penuh pengajaran zahir dan batin.

Pelajaran PALING UTAMA dan PALING PENTING buat anak-anak sudah semestinya ilmu Tauhid. Kenalkan anak-anak dengan Allah, kenalkan anak-anak dengan perbezaan antara Sang Pencipta dengan makhluk. Di dalam buku ini ada bab di mana penulis berdialog dengan anaknya soal akidah.

Didiklah anak-anak dengan pandangan hidup Islam, supaya mereka tahu menilai baik dan buruk mengikut neraca Islam. Apa yang baik dalam Islam, itulah yang baik buat mereka, begitu juga sebaliknya.

Rumah adalah madrasah pertama manakala ibu bapa pula adalah guru pertama bagi anak-anak. Bukan sekolah, bukan juga guru. Ramai ibu bapa yang tersalah anggap bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak terletak sepenuhnya di atas bahu para guru.

Hingga hari ini pun, masih ramai ibu bapa yang berbangga mendidik anak dengan rotan, getah paip dan penyangkut baju. Alasan murahan yang selalu mereka beli adalah "anak mereka jadi orang juga". Pada zahir memang mereka berjaya dalam hidup tetapi benarkah anak-anak benar-benar jadi orang? Pernah ibu bapa peduli sama ada emosi dan mental anak sihat atau tidak? Ramai ibu bapa tidak peduli sebab mereka sendiri mengukur nilai hidup dari pencapaian material!

Melepaskan amarah dengan cara memukul, menengking dan mengherdik memang mudah kerana ibu bapa tidak perlu mengawal tenaga melalui kaedah mengawal kemarahan. Buat apa susah-susah, tengking saja, lega seketika amarah ibu bapa, tidak begitu? Tetapi jangan menyesal di kemudian hari apabila anak yang kita sayangi itu membenci kita nanti. Jangan menyesal jika anak menjauhkan diri. Masa itu, jangan selewengkan naratif bahawa anak itu sudah melupakan rumah tempat mereka bermain. Tetapi berapa kerat saja ibu bapa yang berani mengaku silap mereka?

Pandanglah anak-anak bersesuaian dengan usia mereka. Bukan memaksa mereka dewasa sebelum usia. Buah yang dipetik sebelum masak ranum akan menjadi racun bagi sesiapa yang memakannya.

Ibu bapa perlu banyak berbual dan meluangkan masa dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menyertai anak dalam aktiviti membaca dan bermain, itu semua membawa kepada perkembangan yang positif. Anak-anak akan lebih cekap berfikir dan tinggi keyakinan diri. Biasakan supaya anak-anak belajar buat silap, dengan ini mereka akan tahu cara membuat pilihan dan menanggung risiko jika pilihan itu silap.

Berfikir dan berani menanggung risiko. Itulah yang perlu kita terapkan. Berbeza pendapat juga tanda kita berfikir. Bukan cuma ikut sesuatu dengan membuta tuli tanpa menganalisis terlebih dahulu.

Ibu bapa jangan malu mendidik anak mengenai isu seksualiti. Terangkan isu ini secara terang dan jelas bukan dengan menggunakan kata ganti nama yang entah apa-apa. Terangkan kepada anak lelaki dan perempuan berkenaan fungsi setiap anggota tubuh mereka, mana satu bahagian yang sensitif, apa fungsi kemaluan, bagaimana cara mempertahankan tubuh badan dari disentuh oleh orang lain dan sebagainya.

Penulis turut berkongsi tips bagaimana menyediakan anak-anak yang bersemangat dan ceria untuk ke sekolah. Sediakanlah ruang pembelajaran yang selesa buat anak di rumah, dorong mereka mengurus sendiri kerja sekolah dan sediakan sarapan berkhasiat sebelum mereka memulakan aktiviti pembelajaran.

Kes-kes jenayah di madrasah dan pusat tahfiz boleh jadi berpunca dari sikap segelintir ibu bapa yang menghantar anak-anak bermasalah ke tempat yang salah sebagai solusi mudah. Orang 'sakit' perlu dirawat di tempat yang bersesuaian, kerana madrasah adalah tempat mempersiapkan bakal-bakal ulama', ilmuwan dan cendekiawan yang akan berfungsi sebagai pemikir dan pendidik. Madrasah bukan tempat merawat. Jika fungsi asal madrasah diganggu, maka proses melahirkan pemikir akan turut terganggu. Lagi teruk, bakal pemikir pula akan dijangkiti penyakit yang dibawa orang berpenyakit.

Penulis mengkritik sistem pendidikan negara kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan, seolah-olah sekolah adalah kilang dan pelajar adalah pekerja buruh untuk menghasilkan banyak 'A'. Sekolah menilai pencapaian melalui berapa banyak 'A', berapa ramai pelajar yang mendapat berbelas-belas 'A' malah ramai ibu bapa pun sependapat dengan sekolah dalam isu ini. Pelajar memperoleh 'A' dalam hampir semua subjek dianggap cemerlang manakala pelajar yang mendapat pelbagai abjad dianggap tidak layak dibanggakan.

Anak yang cemerlang adalah anak yang bahagia. Adakah anak-anak kita berasa bahagia sepanjang proses menempuh alam kanak-kanak hingga remaja? Maka tidak mustahil ramai belia hari ini sakit jiwanya asbab dari kepincangan sistem pendidikan itu sendiri. Belia bukan lagi manusia sebaliknya robot yang mengulang-ulang rakaman seperti kaset rosak.

Sekolah hanya melatih pelajar untuk menghafal dan memahami sedangkan dua aspek ini hanya sebahagian cabang dari proses pembelajaran yang luas. Pembelajaran sepatutnya menyeronokkan, bukan sekadar interaksi satu hala. Guru mengajar di depan dan pelajar hanya mendengar dan mencatat.

Proses pembelajaran perlu diisi dengan perbincangan, sesi soal jawab, tugas berkumpulan dan pembentangan idea. Pendidikan seharusnya menyediakan manusia dengan ilmu yang sesuai diaplikasikan apabila pelajar mula menempuh alam dewasa dan bekerja nanti. Sistem hidup hari ini lebih banyak melahirkan buruh berbanding pemikir. Inilah kesan Revolusi Industri.

Kita semua seperti terlupa untuk memasukkan aspek akhlak, empati, emosi dan kasih sayang dalam silibus pendidikan. Sebab itu kes buli masih tidak selesai.

Lambakan sekolah integrasi juga turut masuk dalam senarai kritikan penulis. Ibarat dua sekolah di bawah satu bumbung, bukannya menggabungkan kedua-dua ilmu agama dan akademik tetapi diajar secara terpisah juga. Integrasi yang bukan integrasi.

Aku paling suka bab berkenaan media sosial. Benar seperti kata penulis, Facebook adalah tempat orang bodoh berbangga dengan kebodohan. Tiada keperluan bagi kanak-kanak dan remaja mencipta akaun Facebook sendiri. Jika remaja sudah memiliki akaun sendiri sekalipun, ia tidak boleh lepas dari pemantauan ketat dari ibu bapa. Di media sosial juga, golongan pedofilia ligat mencari mangsa. Kenali tanda-tanda seseorang itu pedofilia supaya anak kita tidak menjadi salah seorang mangsanya. Nauzubillah.

Umat yang tidak kenal sejarah adalah umat yang tiada hala tuju dalam mencorakkan kehidupan mereka. Apabila tidak kenal identiti sendiri maka lagi mudah kita akan diperdaya. Kongsikanlah ilmu sejarah dengan ahli keluarga kita. Tanam minat mereka kepada sejarah.

Sebagai ibu bapa, banyakkan berdoa buat anak-anak dan kasihilah mereka tanpa syarat.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
September 29, 2020
Perkongsian pengalaman yang penuh warna warni oleh seorang abah sepanjang perjalanan beliau mendidik anak-anaknya. Penulisan yang tulus dari hati dan bermanfaat untuk diteladani. Sarat dengan ilmu dari pembacaan penulis sebelum ini. Penulis juga turut memuatkan petikan ayat-ayat alQuran dan hadis Rasulullah saw sebagai panduan dan pedoman. Seperti buku-buku penulis sebelum ini, naskhah hasil tulisan beliau tidak pernah mengecewakan.
6 reviews
January 8, 2021
Sejak membaca buku ini, baru kami sedar, kami kurang LEGAS. Kami kekadang tegas lagi keras. Atau lembut sampai terlepas bebas. Hakikatnya Lembut dan Tegas itu wajar dimiliki oleh semua daripada kita sebagai ibu bapa. Apabila LEGAS, lahirlah komunikasi yang bagus di antara abah Dan anak-anak seperti Mana kisah yang Cikgu Rizal bawakan. Boleh pesan buku ini dengan kami jika berminat.
4 reviews
January 7, 2021
"Bersabarlah dalam mendidik anak-anak, bukan hanya semasa mereka kanak-kanak, tetapi selagi hayat dikandung badan, ke hujung nafas, nafas kita, nafas mereka."
Profile Image for Anas.
142 reviews4 followers
February 13, 2021
saya memang suka Ust Hasrizal bercerita pengalaman dia.
3 reviews2 followers
January 20, 2022
Dari perspektif seorang bapa membesarkan anak anak. Saya suka pendekatan yang dibawa. Banyak menggalakan anak berfikir,banyak bertanya dengan anak anak. Meraikan anak anak. Dan bagi tugasan pada anak anak supaya mereka rasa responsible dan yakin dengan diri sendiri
Profile Image for Suzianah Bakri.
11 reviews1 follower
November 14, 2020
Rangkuman kisah Ust Hasrizal ketika beliau dibangku sekolah. Sosok almarhum ayahanda yang tegas ditangisi pemergian ketika beliau berusia 17 tahun. Kemudian, pembaca dibawa menyelami sedikit kisah beliau berumah tangga dan meneruskan kembara ilmu ke bumi Ireland.
.
Pengorbanan seorang suami yang berjauhan dengan isteri diawal perkahwinan mereka hinggalah dikurniakan putera sulung Yusuf Islam. Daripada plot ini pembaca akan menyusuri tatacara keibubapaan yang dibawakan oleh beliau dalam bentuk penceritaan mudah mendidik anak-anak.
14 reviews1 follower
July 26, 2022
"Berfikir dengan hati, berperasaan dengan akal"

Itu ayat yang ada pada kulit buku. Mendalam maknanya dan ayat itu juga membawa mesej menjadi seorang abah itu tidak mudah.

Walaupun saya seorang ibu, saya membaca buku ini kerana saya tahu sudah nasihat, pandangan dan pengalaman penulis berguna baik untuk abah mahupun ibu.

Seperti biasa untuk menghabiskan bacaan setebal 392 halaman bagi saya tidaklah mudah. Sebagai seorang karyawan, isteri, anak dan juga ibu sudah tentu aktiviti membaca ini hanya dilakukan apabila saya berjaya mencuri masa. Khasiat buku hanya akan dapat apabila kita habis menghadamnya. Justeru, dengan keyakinan itulah saya berdikit-dikit , walaupun payah tetap saya ingin teruskan membaca. Moga Allah SWT sentiasa membimbing saya dalam hal-hal kebaikan.

Saya sememangnya sukakan tulisan-tulisan penulis. Penulisan beliau hasil daripada refleksi hidup beliau sendiri lalu diterjemahkan kepada masyarakat untuk memperoleh kebaikan dan pengajarannya.

Saya sebagai ibu yang anak-anaknya masih kecil masih belum pun cukup usia untuk bersekolah memanfaatkan penulisan dan pengalaman penulis semasa anak di peringkat usia kanak-kanak. Apabila anak-anak mula bertanyakan macam-macam soalan. Saya juga teruja untuk tahu apabila membaca bahagian penulis mendepani anak yang menjengah remaja. Ya, saya yakin dan percaya sungguh cabaran mendidik anak pada usia remaja ini bukan calang-calang. Jujur saya katakan, menghadap anak-anak yang belum sempurna akalnya pun sangat menguji kesabaran, apa lagi pula menghadap anak pada usia mereka merasakan mereka tahu segalanya sedangkan tidak. Sudah tentu letihnya lebih berganda.

Namun, mesej akhir penulis itu yang utama perlu dipegang, iaitu kita perlu pada ilmu dan kemahiran. Untuk itu teruskanlah belajar selagi hayat dikandung badan.

Terima kasih ustaz Hasrizal untuk satu lagi penulisan yang bermanfaat! Sungguh hanya Allah SWT sahajalalah yang mampu membalas dengan kebaikan yang tidak terbatas kepada ustaz. Aamiin 🤲
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
September 23, 2021
Coretan seorang abah menerapkan ajaran Islam kepada anak-anaknya boleh dijadikan contoh macam mana kita hendak berinteraksi dengan anak-anak terutamanya apabila mereka memasuki alam remaja. Beliau menerapkan kaedah berfikiran kritis (metacognition learning) di dalam mendidik anak-anak.

Ibu bapa sentiasa perlu bersembang dengan anak-anak. Hapuskan terus jawapan 'dah memang macam tuh' daripada kamus apabila anak-anak bertanyakan soalan. Perlu ilmu untuk menjawab soalan anak-anak terutamanya berkaitan akidah dan agama Islam.

Ibu bapa sendiri sebenarnya yang perlu belajar sehingga akhir hayat dalam melunaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Anggrenami.
72 reviews25 followers
September 7, 2021
this book wont bore u out. i am admiring the way the author sees things & i learned a whole lot of new insight reading the chapters, especially during the chapters when him and his kids are having short tazkirah session after terawih prayer. like who knew there will be a lot of things that we can learn and led us to discover new stuff if we know the right question to ask. anyway i hope author can list out the books he read because there were a lot of interesting stuff that i just re-discover.
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
69 reviews1 follower
August 18, 2022
Saya adalah bapa kepada seorang anak.

Saya follow tulisan ustaz sejak dari zaman Aku Terima Nikahnya lagi.

Dan buku ini, adalah diari terbuka yang terhebat pernah saya baca.

Terima kasih ustaz atas sisi pandang yang dilontarkan. Serius ia buat saya terfikir mana arah tuju lepas ini dan membuka minda saya untuk saya didik anak lepas ini.

Terima kasih!
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.