Novel pertama Azizi Ali. Novel thriller yang akan menggemparkan satu Malaya! Jadilah diantara mereka yang pertama untuk membaca novel ini.
Pada malam 21 Mac Dato' Henry Chin ditembak mati sementara isterinya, Datin Brenda, dicederakan. Sebulan kemudian, teman wanita Dato's Chin pula telah dibunuh. Iskandar, seorang bekas peguam jenayah, perlu menyelesaikan kes ini sebelum pembunuh itu bertindak lagi dan membunuh Datin Brenda pula, bekas teman wanitanya.
Sama spt buku² Azizi Ali sebelum ni, saya memang sukakan gaya tulisan beliau....cuma yg ini sedikit berbeza, kerana buku Azizi Ali seblm ni adalah non fiction, berkenaan dgn pengurusan kewangan peribadi. Semasa baca buku beliau iaitu Jutawan Dari Planet Jupiter, saya dah tertarik dgn penulisan beliau....dan pd masa tu dah terdetik dlm hati saya bahawa penulis ni kalau menulis novel pun tentu menjadi...sebab walaupun ia adalah buku tentang pengurusan kewangan, ia ditulis dgn gaya yg santai, ada humor, gaya bahasa yg menarik dan mudah difahami. Boleh dikatakan hampir semua buku Azizi Ali saya jadikan koleksi.
Bila membaca Ekuinoks, saya membacanya dgn rasa teruja kerana kali ni saya membacanya dr genre yg berbeza sama sekali dr buku² beliau sebelum ini, dan memang 5* harus diberi kepada penulis Azizi Ali kerana novel ini memang berjaya menyuntik rasa debar dan kita seperti menyaksikan cerita CSI pulak....walaupun dah dekat nak sampai ke akhir cerita, kita masih tidak dapat menduga siapakah pembunuh sebenar di dalam kes pembunuhan yg berlaku dan apabila terdedah siapakah pembunuh tersebut, sungguh orangnya adalah orang yg langsung kita tidak sangka. Di dalam ekuinoks ini, kita boleh lihat bahawa penulis tidak menulis secara semborono.....ada rujukan yg dibuat oleh penulis seblm beliau menulis. Ilmu fasal forensik dan teknik penyiasatan oleh polis yg diceritakan beliau, jelas menjadikan novel ekuinoks ini menarik utk dibaca. Selain dari itu, penulis juga memasukkan sejarah 13 Mei 1965 yg memasukkan isu betapa perlunya perpaduan antara setiap kaum di Malaysia. Tahniah buat penulis.
Saya harap Ekuinoks ini bukan novel yg pertama dan terakhir dari Azizi Ali....harap beliau terus menulis lagi dan lagi walaupun duit dia dh berkepuk dlm bank.....! Utk pengetahuan semua, Azizi Ali ini adalah salah seorang jutawan di Malaysia....seorang juru terbang MAS.....Penulis buku Pengurusan Kewangan yg Best Seller dan kini seorang novelis pula.... :)
Tak tahu nak kategorikan apa novel ni. Macam-macam ada. Cinta, sejarah, kisah pembunuhan, persahabatan dan kekeluargaan. Sains, perundangan, seni mempertahankan diri. Penerangan setiap perkara sangat jelas.
Kisah nya bermula dengan pembunuhan Datok Henry yang ditembak mati manakala isterinya Bendra cedera parah dipukul dan anaknya Brendan yang berumur 4 tahun cedera ringan.
Bendra dimasukkan ke hospital dimana Iskandar yang merupakan bekas teman lelakinya juga turut berada di dalam hospital tersebut. Siapakah sebenarnya pembunuh Datuk Henry? Sangat sangat tak dijangka kan.
Pembunuhan ini membuka banyak cerita yang tersembunyi yang kadang-kadang rasa betullah seperti kata pepatah 'berani kerana benar, takut kerana salah'. Pembunuh nya sangat yakin yang dia benar sebab itu dia tembak Datuk Henry tu. Sedangkan yang suspek sampai terpaksa membunuh orang lain gara-gara takut dengan kesalahan sendiri yang akhirnya menjerat diri.