Jump to ratings and reviews
Rate this book

Susuk Setan

Rate this book
DIKHIANATI! Husna si cantik manis dikhianati orang yang dianggap darah daging sendiri. Wajah cantiknya berubah hodoh. Tunang kesayangan meninggalkan dia saat dia memerlukan sokongan. Dia kecewa hingga hampir meragut nyawanya sendiri.

Wanita bernama DEWI hadir dalam mimpi Husna. Wanita cantik itu mengatakan yang dia keturunannya. Wujudkan wanita itu? Husna ragu-ragu. Dia hanya bertemu wanita itu di dalam mimpi bukan di dunia nyata.

"Susuk setan bukan sebarangan susuk. Ia bukan saja menjadikan kamu cantik yang luar biasa tetapi ada syarat yang perlu kamu patuhi. Tiada pantang larang yang perlu kamu takuti. Tapi ingat ayat-ayat al-Quran adalah racun terhebat bagi kamu!" - DEWI

"Saya takkan lepaskan orang yang buat saya." - HUSNA

DIHIMPIT dengan rasa amarah dan dendam Husna sanggup bersekongkol dengan setan. Sementara itu, Detektif Eshan dan Detektif Rafeek melakukan siasatan kematian wanita-wanita yang berkaitan dengan susuk. Ditambah dengan satu lagi pembunuhan ngeri melibatkan lelaki-lelaki kasanova.

"Rupa paras mangsa bukan disebabkan pembedahan plastik. Mangsa tidak melakukan pembedahan plastik. Dua mayat sebelum ini tidak dilihat pula jarum-jarum halus ini keluar dari wajah mereka." - DETEKTIF ESHAN

DAPATKAH Husna melunaskan dendamnya terhadap mereka yang menganiaya dia? Siapa Dewi yang sebenarnya? Bagaimana pula Detektif Eshan dan Detektif Rafeek menyelesaikan dua kes yang sukar untuk dijejaki 'pembunuh'nya.

371 pages, Paperback

First published March 1, 2020

4 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Ilya Abdullah

45 books47 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (29%)
4 stars
12 (29%)
3 stars
17 (41%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
January 16, 2025
ambil masa tiga hari untuk aku habiskan pembacaan aku kali ini. Ini kali pertama aku baca karya dari Ilya Abdullah, aku tertarik untuk membacanya kerana cover buku sangat menarik bagi aku 👍🏻

bagi aku buku ini banyak pengajaran dari seramnya. Watak-watak utama yang dimainkan dalam buku ini semuanya mempunyai dendam, kesedihan, tamak dan kebodohan kecuali Detekftif Ehsan dan rakannya.

Aku lebih tertarik dengan betapa suramnya kehidupan Husna sekeluarga, Dewi, Ranie dan ibunya. Taktahu kenapa aku dapat rasakan betapa serabutnya kehidupan diorang kerana bayangkan hidup hanya untuk membalas dendam atas kesalahan diri sendiri 🙁

Pengajaran dalam buku ini, redha dengan takdir Allah SWT. Semoga kita semua dijauhkan dari amalan ilmu hitam dan yang seumpama dengannya.

Oh! Cover buku memang sesuai dengan jalan cerita 👍🏻👍🏻
Profile Image for Kai Tungkai.
24 reviews1 follower
October 12, 2020
1. Novel ni macam typical novel seram yang lain. Jalan cerita dah ada, mudah difahami dan tidak terlalu tebal dan tidak meleret. Just nice.

2. Terdapat beberapa plot twist tapi tak berapa kuat sangat untuk membuatkan korang rasa "Oooo....ko rupanya!!".

3. Suasana penceritaan tiba-tiba berubah. Contohnya ketika detektif Eshan cuba mengingati kejadian dia pergi ke spa Ibu Dewi malam sebelumnya. Terdapat perbualan dengan detektif Rafeek agar detektif Eshan balik untuk rehatkan minda ketika berada di office. Perenggan seterusnya tiba-tiba bertukar suasana di parking lot..?? Ada lagi beberapa situasi yang tiba-tiba berubah.

4. Ending tak berapa dramatik sangat.

5. Yang last ni paling hangin...... Editor tak buat kerja ke...??
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
August 22, 2020
[83-2020]

#SusukSetan #IlyaAbdullah

Novel ini merupakan novel bergenre seram kedua terbitan Kaki Novel selepas novel Bunian. Kisah ini bermula daripada dendam seorang perempuan dan membawa kepada keturunan yang dibencinya. Bagi saya kisah Susuk Setan ini biasa saja. Tidak lebih dan tidak kurang. Cuma usaha penulis mungkin boleh ditambah baik untuk novel seram akan datang. Apa-apa pun novel Susuk Setan ini masih boleh dihadam.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 25, 2022
Semuanya kerana dendam yang tak bertepi.. Dikhianati orang tersayang menyebabkan dendam bersarang hingga sanggup menyekutukan Allah.. Manusia jugalah penyebab manusia lain menjadi jahat.. Namun niat tak menghalalkan cara..
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews42 followers
September 26, 2022
Berkisarkan kisah hidup Husna yang disihir angkara hasad dengki dan iri hati. Wajahnya diburukkan, cinta hatinya direbut. Kehadiran Dewi yang sanggup membantu memulihkan kecantikan Husna angkara sihir dianggap penyelamat.

Husna gadis cantik idaman semua orang. Namun angkara sihir semuanya hilang. Perwatakannya berubah setelah itu berlaku.

Dewi pemilik spa kecantikan yang mengamalkan ilmu susuk untuk pelanggannya. Seorang yang cantik tapi penuh misteri.

Detektif Eshan seorang pegawai polis yang komited menyelesaikan kes kes jenayah. Kini menyiasat kes kematian wanita berkaitan susuk.

Kecantikan memang menjadi idaman wanita. Namun ada yang sanggup melanggar perintah Tuhan hanya kerana ingin cantik. Mengamalkan ilmu salah juga hanya untuk cantik.

Jalan ceritanya agak laju namun agak ringkas. Walaupun kebanyakan jalan ceritanya boleh dijangka namun ada sedikit plot twist yang menarik. Pengunaan ayat yang ringkas tanpa banyak bunga bunga bahasa.
Profile Image for meenie.
331 reviews3 followers
July 27, 2024
done. finished. dusted. devoured. loved it.

mengisahkan tentang ibu dewi yang menjalankan perniagaan susuk pada masa kini. tetapi - awas ! susuk yang dipakaikan bukan susuk yang sebarangan. susuk yang diberikan nama susuk setan. tiada bayaran yang dikenakan namun sampai saatnya, ada yang bakal diambil tanpa sang pemakai sedar. husna, yang sering dipandang hina oleh masyarakat akibat wajahnya yang hodoh mula memilih susuk sebagai jalan penyelesaiannya. tetapi - ada rahsia lain yang menyebabkan mengapa ibu dewi memilih husna sebagai pelanggannya.

personal opinion ; JANGAN. PAKAI. SUSUK. LAGI-LAGI. SUSUK. SETAN !!!!! gila. satu perkataan menggambarkan apa yang dibaca. takde langsung part yang bosan. REAL !! setiap kali selak page baru mesti rasa BERDEBAR! highly recommend plus yang paling best - everyone has their own background story. oh - AWAS ! kadang yang terlihat baik dan sempurna - itulah yang memakan diri kita 😮‍💨😮‍💨😮‍💨
Profile Image for Sarieyna Marman.
43 reviews1 follower
February 23, 2025
Ringkas, mendalam, dan penuh makna. Susuk Setan bukan sekadar cerita seram biasa—ia tentang obsesi manusia terhadap kecantikan dan kuasa. Bila terlalu taksub dengan rupa, tamak, dan dendam, akhirnya boleh hilang diri sendiri.

Di sebalik elemen mistik, terselit kisah tentang kehilangan, penyesalan dan harga yg perlu dibayar akibat pilihan sendiri.

Kalau suka cerita seram yang buat bulu roma meremang dengan hantu yang betul-betul mengganggu, mungkin novel ini bukan untuk anda. Tapi kalau suka seram yang buat kita fikir tentang realiti dan sisi gelap manusia, Susuk Setan tetap menarik untuk dibaca.
Profile Image for Zahirah.
471 reviews17 followers
October 23, 2025
Suspen memang ada tapi penulisan ada masanya berterabur. Cepat sangat tukar adegan, ayat pendek2, bahasa percakapan tak bersahaja, banyak klise. Macam novelisasi filem yg literal. Kurang seninya. Jalan cerita masih okey sebab saya terdorong nak baca sampai habis.
Kritikan terakhir yang mungkin terlebih dramatik untuk novel hiburan seperti ini tapi majoriti watak wanita jahat2 belaka, lelaki pula hanya mangsa atau penyelamat. Adakah ini masih kebiasaan untuk novel Melayu?
Profile Image for Mohd Ashmunir.
173 reviews3 followers
April 4, 2023
Cemburu… Dengki… Dendam… menjadi teras kpd kisah ini… overall I just love the way this story going from one chapter to another… expecting some love story between the main character but x da… Tp it’s ok… sbb dh cantik jln ceritanya… nice…
Profile Image for Nor Fadhilah.
2 reviews
July 7, 2023
Jangan bandingkan karya ni dgn karya penulis2 seram yg lain sbb ni karya seram pertama penulis. Jalan cerita yg baik. Penulis dpt beri gambaran yg jelas dgn situasi disetiap babak. Penggunaan bahasa yg agak "skema" bagi sy. Tapi overall, nice.
2 reviews
September 12, 2020
Better sikit daripada buku2 penulis sebelum ni. Tapi rasanya masih boleh diperbaiki lagi dari segi tulisan. Taklah terlalu seram. Biasa2 saja.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.