Watak-watak yang yang dikatakan menyerupai Dajjal wujud dalam tamadun terdahulu seperti Lord Pacal, Viracocha, dan Shi Huangdi adalah sebagai wakil Tuhan atau anak Tuhan Matahari. .. ..
Penjelmaan Dajjal dalam tamadun ini adalah di dalam bentuk manusia tua yang berjanggut. Lalu, sejauhmanakah kebenaran sangkaan para pengkaji ini terhadap kewujudan Dajjal di masa lampau? .
Adakah benar Dajjal melalui zaman demi zaman, menjadi penguasa dan pembina yang hebat.
Setiap tamadun yang dijejaki Dajjal, dia akan meninggalkan monumen sebagai simbol kehebatan ilmunya sebelum tiba zaman kemunculan semula Dajjal yang dijanjikan di akhir masa nanti. .. .. Jangan terus mengerutkan dahi anda, walau sebenarnya kajian ini agak pelik dan aneh bukan?
Pertanyaannya benarkah kemunculan Dajjal hanyalah selama 40 hari keberadaannya di akhir zaman, atau Dajjal memang benar-benar telah wujud mengembara ke serata dunia menyuntik doktrin sekian lama ? . Apakah definisi 40 Hari yang dimaksudkan oleh baginda Nabi SAW? .
Tidak dapat disangkal, kiamat pasti berlaku dan kita sedang berada di akhir zaman, di ambang kehancuran dunia.
Setiap yang terjadi sejak bermulanya peradaban seakan diatur oleh tangan-tangan yang misteri dan ghaib.
Malah tidak dapat kita elak dari berbicara tentang satu watak yang menjadi satu tarikan utama apabila bersoal tentang akhir zaman, tidak kira samada dari sudut bangsa atau agama. Watak tersebut adalah, Al-Masih, Ad-Dajjal.
—————
Buku ini padat, ringkas dan tepat.
Hasil karya @hadifayyadh_ dan kompilasi penulisan dari mereka yang berbicara soal konspirasi dan Dajjal. Boleh rujuk muka akhir buku.
Menceritakan tentang Dajjal dari sejarah kelahirannya, asal usul bangsanya, pengaruh Dajjal kepada setiap kaum dan juga konspirasi disebalik setiap agenda dan peristiwa yang berlaku didalam dunia kita ini.
Juga menceritakan soal isu-isu sosial, politik, ekonomi dan agama yang mungkin mempunyai susur-galur dengan perancangan Yahudi sejak zaman para anbiya.
Jujur aku katakan, buku ini boleh jadi sebagai satu ilmu tambahan kepada sesiapa yang curious, tetapi boleh menjadi satu ketaksuban juga kepada mereka yang terlalu fanatik mengejar hal konspirasi.
Ini kerana, buku ini ada bicarakan tentang filem, makanan, hiburan, nama tempat, nama tokoh yang mungkin agak keterlaluan untuk dikaitkan dengan konspirasi Dajjal, tapi ianya bergantung kepada pembaca untuk percaya atau membuat kajian sendiri.
Jangan risau. Setiap petikan atau claim, ada diberikan sumber dan dalil yang tertentu sebagai rujukan pembaca.
Pengajaran disini, kita boleh mengejar dan berbicara soal konspirasi, tetapi janganlah terlalu taksub hingga hanyut di dalam dunia serba fantasi.
Rujuklah sumber yang sahih dalam mencari kebenaran disebalik fitnah terbesar ini.
"Persiapkanlah diri kita dengan ilmu yang secukupnya, agar kita mampu membentengi jiwa dan iman kita agar tidak terjebak dengan dakyah yang menyesatkan ini" - Hadi Fayyadh • Buku ni merupakan karya Hadi Fayyadh yang pertama aku bce dan aku tak menyesal membelinya. Dri segi penceritaan dan penulisannya yang padat dgn maklumat-maklumat dan mudah utk difahami. Mmg dua atau 3 hari bole hbis pembacaan sbb kau akan rse nak tau dan nak tau lagi. • Secara ringkasnya, buku ni menceritakan tentang musuh akhir zaman kita iaitu Dajjal. Banyak topik yang telah dirungkaikan dalam buku ni seperti siapa ibu bapa Dajjal, ciri-ciri atau rupa Dajjal, kronologi kehidupan Dajjal dan sebagainya. Senang cite buku ni sebenarnya nak memperbetulkan fakta-fakta yg kita ketahui tentang Dajjal. Sebagai contoh, ada sesetengah orang beranggapan bahawa Dajjal ni mempunyai satu mata sahaja padahal hakikatnya Dajjal mempunyai dua mata mcm manusia biasa. Tapi, matanya buta sebelah. Jadi, dengan pembacaan buku ni, kita dpt memperbetulkan pengetahuan kita dgn fakta yang betul. • Bagi aku buku ni wajib utk dibeli. Bukan sekadar utk mendapat pengetahuan sahaja malahan dpat menyedarkan kita tentang hakikat yang sebenar. Ye, kadang2 kita terleka dgn dunia. Terlupa bahawa dunia yang kita pijak ini adalah sementara shj. Kita dihidangkan dgn keindahan dn kemewahan semata-mata smpai buta utk menilai.
"Sesungguhnya ketahuilah olehmu bahawa iblis dan syaitan telah mempunyai rencana yang hebat terhadapku, sejak aku belum dilahirkan lagi." -- "Manusia adalah bangsa yang mudah terikut dan terpengaruh, tiada benteng pertahanan jiwa yang kuat, adalah kelemahan yang memudahkan aku membunuh 'naluri spiritual' secara fitrah yang wujud dalam relung sanubari mereka." - Dajjal ........................................................................................ #SilenceProtocol #UrbanofConvergence oleh #HadiFayyadh ~ Penulis membentangkan hasil2 kajian para ilmuwan dan yang sewaktu dengannya tentang susur galur Dajjal, kaitannya dengan binaan2 menakjubkan di seluruh dunia, dan rencananya yang tidak diketahui oleh sesiapa. Kebenaran dan kesahihannya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. ........................................................................................ #DajjalAlMasih #MusaSamiri #NabiIsaAS #ImamMahdi #DuniaAkhirZaman #Kemuncak20202023 #1500H
Dari awal pembacaan, hati berdebar2 mengisahkan tentabg dajjal. Rupanya fitnah dajjal sudah berlegar2 sekarang ini. Buku yang boleh dihabiskan dalam sehari namun impaknya menyebabkan kita sentiasa berfikir bagaimana halus dan senyapnya agenda dajjal dari dulu sampai sekarang. A Must Read Book as an eye opener. Kerna kita sudah berada di zaman dajal yang kuasai semuanya. Hanya doa jaga amalan moga Allah lindungi seluruh keturunan kita semuanya dari fitnah dajjal. Ameen
I need to re-read this book again ! full of facts that i can't imagine and benda yang tak terfikir dek akal. tahniah to penulis. banyak inpot baru dapat & persoalan yang hadir after read this book.