Jump to ratings and reviews
Rate this book

Illiyyin

Rate this book
ETTY NURSERY menemukan Illiyyin dan Luf Hydad buat kali pertama. Pertemuan yang bermula daripada secebis salah sangka; salah sangka yang sangat manis!

“Yang bertiga tadi tu anak-anak puan?” – Luf Hydad

“Ya. Anak-anak saya.” – Illiyyin

“Suami puan tak ikut hantar sama?” – Luf Hydad

“Saya tak ada suami.” - Illiyyin

Bermula dari pusat jagaan kanak-kanak hingga ke tangga pejabat, takdir ternyata sentiasa menemukan Luf dan Illiyyin. Illiyyin mula mengenali siapa sebenarnya lelaki yang adakalanya menjengkelkan itu.

Sebuah insiden mengubah perjalanan takdir mereka berdua. Kerana sebuah pengkhianatan, hati Illiyyin luka berdarah. Namun dia tidak boleh terus hanyut dalam kesedihan lantaran ada tiga jiwa yang perlu dijaga dan dibahagiakan.

Dikala duka masih merah, Luf Hydad muncul mahu mengubat lara bersama lamaran yang Illiyyin terkesima.

“Kenapa awak nak jadi suami saya?” - Illiyyin

“Sebab budak bertiga tu perlukan seorang papa.” – Luf Hydad

Illiyyin rela dan reda. Bahagia mereka bertiga lebih utama. Itu sumpah dan ikrar di jiwa. Status isteri akan tetap dilaksana tanpa rasa terkilan, jauh sekali kecil hati. Namun layanan intim Luf sebagai suami buat hatinya tertanya-tanya kembali.

“Do you love me, Luf?” - Illiyyin

“Do you love me too, Illiyyin?” – Luf Hydad

Sungguhkah tiada sekelumit cinta di hati Luf buat Illiyyin? Sungguhkah perkahwinan mereka semata-mata kerana kasihan? Akan terjawabkah rahsia di hati masing-masing kala sudah sebumbung dan sebilik?

439 pages, Paperback

Published June 1, 2020

7 people want to read

About the author

April Snow

27 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (20%)
4 stars
10 (50%)
3 stars
6 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
August 28, 2020
puan penulis, karyanya dengan Penerbitan Teratak Kasih tak pernah mencacatkan hati pembaca setakat ini. walaupun tahap manisnya dah tak boleh nak dibaca dengan penyukat tapi keseluruhan topik yang disampaikan sangat jitu dan terkesan.

siapa nak jadi ibu segera tiba-tiba? belum berkahwin tapi tiba-tiba ada tiga orang anak yang harus dibela. tapi bila ingatkan arwah kak long yang sangat berjasa dalam seluruh hidupnya, illiyyin keraskan hati tidak mahu pisahkan rauf, alan dan alin seperti yang dicadangkan oleh kak ngah dan kak lang. dua orang kakaknya itu memang terang-terang lepas tangan bagai tak terkesan langsung dengan segala jasa arwah kak long.

sedih juga bila hubungan kakak adik yang tak seperti yang diharapkan. dan disebabkan tiga orang 'anak segera' itu, illiyyin ditidakkan oleh tunang sendiri, rafizi yang jelas menentang niat hatinya mahu membela tiga orang anak saudaranya itu. illiyyin tidak peduli alasan rafizi. lelaki yang bukan lelaki sebenar baginya.

muncul luf sewaktu dia menghantar tiga orang anak saudaranya itu ke nurseri. luf yang sangat menjengkelkan. urrghh... sama naik rasa menyampah pula dengan soalan-soalan yang keluar dari mulut lelaki itu.

tapi satu je yang sangat pasti

lelaki itu

sedar illiyyin lah yang membuka hati kepada cinta. wanita yang sangat tabah dan kuat.

here and there, kisah yang memang sangat menarik untuk dihadam hingga akhir. plus double triple sweetness yang membanjiri. terasa disayangi, terasa dihargai, terasa bercinta.

terasa juga yang dalam hidup ini dugaan itu adalah sebenarnya hadiah yang sangat berharga dari Yang Maha Esa bila lalui dengan penuh ketabahan dan redha.

hasilnya memang sangat manis.
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
March 1, 2024
3.5

Mula baca seronok jalan ceritanya.. di penghujung cerita banyak sangat pula scene 😘 antara papa luf dan mama yin..
Profile Image for Pablo Reading Books.
90 reviews15 followers
Read
November 17, 2020
Best juga..tapi kurang puas hati sebab x pembalasan utk watak2 jahat..cthnya Kak Lang dn Kak Ngah
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,332 reviews67 followers
November 27, 2023
[BOOK 157]

Illiyyin by April Snow..
.

Lama dah aku peram buku ni. And in fact, ada dalam 3 buah lagi buku AS yang duk menunggu giliran untuk dibaca.
.

Kisahnya, selepas kematian kakak dan abang iparnya, tanggungjawab menjaga 3 anaknya jatuh kepada Illiyyin memandangkan Kak Ngah dan Kak Lang, awal-awal lagi dah lepas tangan.
.

Dan pertemuan antara Illiyin dan Luf terjadi di Hetty Nursery sewaktu Illiyin menghantar budak bertiga tersebut ke nursery.
.

Dan macam biasa, dari pertemuan pertama membawa kepada langkah seterusnya.
.

Okay, setakat yang aku baca buku AS, memang manis bergula. Especially part suami isteri.
.

Dan aku perasan, jalan ceritanya lebih kurang sama dengan buku-bukunya yang terdahulu. Watak hero yang hebat, handsome, baik, kaya. Dan boleh menyelamatkan heroin. Watak heroin juga tidak kurang hebatnya. Dan semestinya ada watak kanak-kanak. Jadi, aku rasa ceritanya agak fairytale. Especially bila bos bagi hadiah rumah banglo sebagai hadiah kahwin. Aku speechless mengenangkan betapa kayanya bos.
.

Apa-apa pun, best je kalau sukakan sesuatu yang manis.
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
August 8, 2021
3.5/5

Rentak cerita yg sama seperti Aku Bukan Kelip Kelip. Nama Illiyyin dalam Aku Bukan Kelip Kelip buat rasa nak baca kisah dia. Membaca Illiyyin buat aku terbayang Zahirah McWilson berlakon jadi Athea tu. Saya suka dua2 character tu

Anak2 buah saya dah makin besar and selalu belek2 rak novel. So buku ni kena letak tempat susah nak ambik sikit sbb budak2 tak sesuai baca ye.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.