Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah.
“Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan difahami!”
Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari.
Lazimnya, saya menulis dalam keadaan saya tahu daripada apa sesuatu bermula, dan di mana noktah akhir yang disasarkan sebagai perhentian. Jelas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki namun, kembara di sebuah negeri salji bernama Finland ini penuh onak dan duri.
Sebanyak mana pun ia saya ungkapkan dalam bab demi bab, ungkapan itu hanyalah menceritakan sebahagian daripada apa yang saya mampu ceritakan untuk teladan bersama. Seumpama puncak sebongkah ais yang terapung di sepi Artik, apa yang dilihat mata, hanyalah satu persepuluh daripada keseluruhan bongkah ais yang terendam menurut Undang-undang Apungan Archimedes.
Saya hidup dengan persoalan.
Persoalan mendorong saya berjalan. Perjalanan yang saya coret dalam naskhah ini, tujuannya agar sepi di negeri asing ini tersimpan erat dalam kenangan.
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.
Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)
Ingatkan kandungannya sepenuhnya berkisar perbandingan sistem pendidikan Malaysia-Finland. Bolehlah saya buat jadi modal untuk bercakap di IPG Ipoh. Tetapi kandungannya ada juga campuran tentang resepi-resepi, imbasan masa lalu, menyambut Ramadhan dan pengalaman bersama pelajar-pelajar di sekolah Finland. Saya beli dan baca memang untuk mengumpul info tentang pendidikan di sana.
Saya pilih buku ini sebab kenal sangat dengan cara penulisan penulis yang santai. Namun begitulah. Saya kurang berjumpa apa yang saya cari seperti bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan, bagaimana mereka ajar adab dan budi bahasa tanpa agama, dan bagaimana memastikan murid bersemangat untuk belajar walaupun tiada peperiksaan. Saya guru di sekolah menengah. Setelah peperiksaan tidak lagi ditekankan dan pentaksiran dilakukan melalui PBD, sangatlah sukar untuk memotivasikan pelajar sehingga rakan guru saya menerima komen, "Cikgu janganlah bersungguh sangat mengajar. SPM kami lambat lagi."
Walaupun kurang jumpa apa yang saya cari, seronok sahaja membacanya. Seronok untuk kita yang tiada pengalaman buat PhD di luar negara. Boleh simpan buat koleksi di rumah untuk bacaan anak-anak sebagai pendedahan bagaimana rasanya belajar di luar negara.
“Without teaching people meaning & without teaching people purpose, you create monsters! Every civilization understood that learning was to make a better human being, learning was not to make more money; it was to make a better human being.” - Sheikh Hamza Yusuf.
Mä oon adalah bahasa Finnish bermaksud ‘I am’. Maka, mä oon Rizal bermaksud ‘I am Rizal’ atau nama saya Rizal. . Buku ini adalah pengubat kepada permintaan pembaca yang menginginkan buku ‘Teach Like Finland’ diterjemahkan di dalam Bahasa Malaysia. Ianya adalah hasil kompilasi pengalaman peribadi Ustaz Hasrizal yang menjadi pelajar dan juga tenaga pengajar di negara Finland.
Di dalam buku ini, Ustaz banyak berkongsi dengan pembaca tentang erti pendidikan. Sekolah hendaklah ditubuhkan dengan ilmu pendidikan, bukan dengan ilmu agama atau perniagaan, menurutnya. Hal ini sebenarnya mampu dilaksanakan jika ibu bapa turut memainkan peranan.
Semasa bermastautin di Finland bersama keluarga, Ustaz turut menceritakan cabaran mental dan emosi anak-anaknya ketika mula berasimilasi dengan kehidupan di sana. Anak-anaknya perlu bersekolah di sekolah antarabangsa yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Cabaran utama terletak pada keteguhan mereka untuk kekal bersolat, menjaga aurat, batas pergaulan dan pilihan makanan yang halal. Aku agak terkesan dengan pesanan ustaz di dalam buku ini yang berkata, “Bahayanya Islam dipelajari hanya dengang mengutamakan apa dan tidak bagaimana.”
Aku secara peribadi, rasa kagum dengan kecekalan dan kegigihan Ustaz sebagai pelajar dan abah yang sangat memastikan anak-anak beliau mahir ilmu agama dan Al-Quran. Mahir di dalam erti kata memahami dengan mendalam ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, dan bukan sekadar pada permukaannya sahaja. Ustaz juga sering mengadakan sesi perbincangan bersama anak-anaknya bagi mengupas sesuatu isu agama, masyarakat dan lain-lain bagi menyelami isi hati dan kefahaman mereka. . Aku sangat tertarik dengan cerita Ustaz ketika bulan Ramadan di mana Finland mengikut waktu solat di Mekah. Mereka bertarawih dalam keadaan cahaya matahari yang terang benderang kerana matahari tidak tenggelam! Bunyi macam aneh, kan? . Ada 10 perkara menarik tentang sistem pendidikan Finland yang boleh negara kita contohi. Yang paling aku tertarik adalah kesemua guru di Finland menjadi guru atas dasar cinta mereka kepada profesion perguruan. Tiada istilah terpaksa atau kerana gaji yang lumayan. Guru mereka pula wajib mempunyai sekurang-kurangnya sarjana, manakala guru prasekolah wajib mempunyai ijazah sarjana muda.
Ustaz juga ada menyentuh isu sindrom sekolah asrama, kecintaan dan kerinduannya kepada buku-buku yang ditinggalkan di Malaysia, filem terkenal ‘Love Story’ dan agenda kebencian terhadap Islam. Turut diselitkan resepi ringkas tetapi menarik beliau untuk anak-anaknya.
I was reluctant to pick up this book because it seems like a travelog, and I'm not usually a fan of travelogs. But I got it at a good deal, and having read 'Seni Berfikir Yang Hilang', I thought it wouldn't be too bad.
It was GREAT.
I found myself pausing here and there, wanting to let the passages sink in and change the way I think about things he talked about. I found myself nodding to the content, agreeing, and often seeing my thoughts and experiences being explained and made sense of.
I'm not a teacher, but as a parent, you're an educator anyway. And this book is a must read. It inspires, gives hope, and hopefully nudge you in the right direction when thinking about education. I myself am looking forward to learn more about the learning process in hopes that I could better equip myself to become a better parent to my children.
As always, his choice of words are excellent. They truly expresses his tone and meaning, in a smooth flowing way. A rarity in Malay books these days (at least in those that I've seen being popular).
2 5-stars out of 2 books so far from this author. Definitely picking up more of his books!
Catatan seorang guru dan pemikir yang ingin menjawab persoalannyang sekian lama menghantui mindanya. Apa yang dijumpainya adalah dinamisme pendidikan berteraskan nilai dan pembangunan diri
Tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya menghabiskan bacaan buku pertama tahun 2024!
Entah kenapa saya memilih buku ini sebagai pemula, mungkin saya mengharapkan tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal dapat menyemarakkan semula semangat jiwa saya yang sudah longlai kebelakangan ini.
Saya mengharapkan buku ini bercerita tentang bumi Finland, sebagaimana catatan ustaz dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih. Buku yang membuatkan saya menjadi angau dengan Turki, atau sekarang Turkiye. Dan, insipirasi buku itu menjadi penyumbang kenekadan saya menjejak tanah Istanbul pada tahun 2019.
Itu yang saya harapkan dengan Ma Oon Rizal.
Tapi, tak sama. Catatan kali ini lebih banyak bernuansakan pemikiran, lebih-lebih lagi dalam hal pendidikan. Sememangnya itulah tujuan ustaz ke tanah bekas jajahan Rusia itu.
Saya, yang sudah lama hiatus membaca (lebih 7 bulan!), terkejut dengan bacaan "berat" begini. Namun tidak pula saya tolak ke tepi, apatah lagi menoktahkan dengan status "DNF" seperti beberapa buah buku yang baca sebelum ini.
Tulisan ustaz seperti biasa, menarik mata untuk membaca helaian seterusnya. Itu magis seorang Saifulislam, penulisan terasa segar dan sebenarnya, tidaklah memenatkan kalau kita membuka ruang diri untuk berfikir.
Terima kasih ustaz, untuk buku yang menyedarkan mood membaca saya yang lama terbiar di bawah timbunan salji dingin Oulu -31°C.
Ustaz bahagikan buku ini kepada beberapa bahagian yang membawa cerita yang tersendiri, bersama pengajaran yang unik.
Bermula dari sudut pandang rakyat Malaysia kepada Finland, membandingkan cara berfikir dan rangka sosial antara dua negara. Dan cabaran sebagai seorang Muslim. Sungguh, cara kita berfikir dan bertindak adalah hasil pengalaman hidup kita dan selepas ‘belajar’ daripada pengalaman hidup orang, dan hasil interaksi dengan orang. Perbincangan yang terbuka dan berhemah menjadi menarik dan secara tidak langsung, menjadikan cara berfikir sesorang itu matang. Teringat lagu Malique dan M. Nasir,
“Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan Dari pengalaman bercakap dan bersalaman Konflik motivasi cuba meditasi Positif dan benci jadi inspirasi pagi”
Dan saya rasa bahagian ini sahaja dapat beri sedikit daripada pengalaman itu.
I don’t know but at this point I was thinking, on how Ustaz sanggup lepaskan apa yang penting kepada diri beliau, to look for answer, while here I am, still searching for a dim future, so scared of letting go. And this book easily knock that sense into me.
Kemudian melihat Malaysia dari jauh, melihat dari mata burung dan bukannya tempurung menjadikan kita kritis dengan apa yang kita tidak nampak selama ini, sekali dengan pengalaman di tempat orang, lantas banyak kali membuat kita teringin dan bertindak untuk perubahan.
Kemudian melihat Finland dan Malaysia dari rumah, di mana ustaz banyak berkongsi kehidupan keluarga dalam cabaran ini. Perbezaan dalam memimpin keluarga dalam persekitaran yang berbeza. Mana yang baik, mana yang buruk, dan apa yang selayaknya dibuat.
Akhirnya, tidak kira, Finland, Malaysia atau rumah, kita tetap hamba Allah. Tanpa sempadan dunia, kita tetap khalifah, dan dalam bermusafirlah, kita sedar, agama kita ada, kerana kita yang memerlukannya. Yang membantu kegusaran hati, yang meringankan sedikit beban.
Ada hikmah di setiap kejadian, bukan untuk menyalahkan Tuhan, tetapi untuk membenarkan badan peroleh sedikit ketenangan, bahawa tidak semestinya kita yang buat kesalahan. Kadang kala Allah nak panggil kita jalan pulang.
Buku yang hebat, yang sangat digalakkan untuk membaca.
Tulisan Ustaz Hasrizal sentiasa dipenuhi dengan pelbagai soalan yang membenak dalam fikiran dan hati yang akhirnya menuntut pembaca berfikir dan bermuhasabah dalam seharian.
Topik yang dikupas dalam buku ni antara pendidikan (jalan islah kepada sifat manusia sebelum memaknani agama), kehidupan seorang tarbiyah ayah kepada anak anak dalam menghadapi antara perubahan hormon/psykologi remaja dan keutuhan akidah, kepercayaan yang perlu ditanam sesama kita dan pelbagai soalan.
Walaupun bukan semua soalan itu ada di dalam buku ini, saya pasti jawapan sudah banyak dikupas dalam siri buku beliau yang lain. Persoalan itu sebenarnya kembali kepada diri kita.
"Pendidikan, sesungguhnya ia jalan islah" Perbincangan yang membuka minda dan menjentik fikiran...Sesuai dengan isi utama buku ini iaitu hanya dengan berfikir berlakunya proses pembelajaran.
Berfikir untuk belajar..berilmu untuk beramal. Di akhirnya setelah semua dilalui, muhasabah selalu..tanya kembali sudahkah terpelajar atau terdidikkah diri? Jika belum, ulang lagi fikir mencari solusi sehingga ilmu menyatu dalam diri terefleksi melalui peribadi. Masa bukan penghalang, selagi kita belum mendiami al-lahdi.
Tahniah kepada penulis yang selalu membawa pembaca ke daerah muhasabah.
Mengimbas kembali bacaan buku penulis di Hamparan Shamrock, latar tempat yang berbeza tetapi penulisan dan pengalaman yang hampir serupa. . Saya tertarik dengan sistem pendidikan Finland yang beliau sampaikan dalam buku ini. Tiada guru yang tidak menyintai pekerjaannya dan mereka tiada penganugerahan guru cemerlang. Guru cemerlang adalah milik bersama, mereka semuanya cemerlang mendidik, bermotivasi dengan tugas dan berintegriti. . Tiada penulisan beliau yang tidak membuatkan pembacanya berfikir dan bermuhasabah. Di satu bahagian buku ini, saya dapat mempelajari bagaimana mereka menangani isu disiplin pelajar. Jauh benar dengan amalan yang telah saya lakukan, sungguh inilah pukulan yang nyata dan membuatkan diri ini menyedari kesilapan berkenaan. . Penulis juga berkongsi beberapa resepi mudah dengan citarasa kemelayuan menjadi asasnya. . Pengalaman berpuasa di Finland yang dikongsikan oleh penulis membuatkan diri ingin merasai pengalaman yang sama tetapi hanya lewat penanya sahaja.
Pendidikan dari kaca mata seorang pelajar, cikgu dan juga bapa.
Penulis menceritakan serba sedikit tentang pendidikan yang diterapkan di bumi Finland. Mahu jadi seorang pendidik di Finland perlu ada rasa kecintaan yang mendalam terhadap kerjaya pendidikan. Kerana dari cinta akan lahir rasa yang ikhlas.
Sungguh. Banyak perbezaan dan beberapa persoalan yang diutarakan membuatkan kita terfikir dan adakala bersetuju dengan penulis.
I’ve always been a fan of Ustaz Hasrizal’s travelogue series. So here is another one. As usual, he reflected a loot of things during his stay in Finland especially about the education system. To be successful in education like Finland, we really need to have a strong support system...from the government, the school and also the parents. We need TRUST that teachers could do their job well in educating their kids. . We could also learn something from his conversation with his children..The way he teach them to question and look for the answers themselves (with his guidance) And not like what we did (spoon feeding) . If you enjoy this kind of reading..that means you should read this book. Don’t forget about the recipes too..he shared some of the dishes that he prepared for his family while in Finland. 😋
Buku ni lebih kepada travelog waima ada isi-isi yang bercerita tentang pendidikan di Finland yang boleh diambil pengajaran.
Tapi, aku lebih prefer penulis ini buat satu karya spin off cerita tentang pendidikan di Finland secara faktual tapi santai. Gaya bahasa yang dipakai memang sangat sesuai. Aku memang suka dengan gaya penulisan begini.
Kalau buat satu karya yang fokusnya pendidikan pun, aku rasa akan lagi best. Sebab pengisian pendidikannya sangat menarik. Tak boring baca walaupun ianya hal-hal serius.
Buku ini menyentuh tentang teori dan falsafah pendidikan dengan cara yang unik; menggabungkan ilmu dan naratif pengalaman realiti dan menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami. Ma Oon Rizal membuat saya berfikir tentang nasib pendidikan anak-anak di Malaysia, yang gagasannya berubah setiap kali kerajaan bertukar. Membacanya membuatkan saya berharap semoga ada sinar untuk pendidikan di Malaysia.
Aku sentiasa ingin tahu, sejauh mana kehebatan Finland dalam bidang pendidikan. Membaca buku ini menjawab sedikit sebabyak persoalan aku.
Antara perkara yang aku suka dalam buku ini, apabila penulis mengulas filem yang ditonton. Di ulas dari sudut akademik, dari sudut perasaan. Aku catat semua filem yang diulas dan berazam untuk menontonnya juga. Aku suka melihat sudut pandang orang lain.
Membaca buku ini mengajak aku berfikir tentang pendidikan. Terutamanya aku yang menjalani pendidikan sepenuhnya di Malaysia, duduk di asrama sejak berumur 13 tahun, adakah aku menerima pendidikan yang terbaik ? Aku tidak pernah mendengar tentang boarding school syndrome. Pada hemat aku, duduk di asrama mengajar aku untuk menjadi lebih matang, lebih mandiri, lebih berani. Ternyata banyak lagi perlu aku pelajari.
Aku terasa ingin menambah ilmu tentang pendidikan kerana aku tidak mahu generasi akan datang melalui sistem pendidikan yang berdasarkan ikutan. Tanpa mengetahui sebab dan tujuan.
Membaca buku dengan niat untuk sama-sama belajar kerana kita faham belajar ini tiada titik akhir kecuali mati.
Aku yang dipilih oleh Allah untuk duduk diposisi sebagai pendidik perlu mengambil ibrah untuk sentiasa bersedia untuk belajar bukan sekadar mengajar.
Aku bukanlah orang yang layak untuk mempertikaikan sebuah sistem, tapi setelah membaca buku ini aku rasa aku perlu sentiasa menambah baik dari sudut cara dan isi pengajaran dalam lingkup kelas aku sendiri. Semoga manfaatnya kembali kepada generasi yang sedang dididik, InsyaAllah.
Alhamdulillah, terima kasih atas catatan perjalanan ini.
Seronok. Itu yang saya rasa sepanjang pembacaan kali ni. Sebagai orang muda yang kurang pengalaman, membaca pengalaman orang lain sangat menimbulkan keseronokan dan keterujaan. Dalam isu pendidikan, sering kali sistem pendidikan di negara kita dibandingkan dengan negara lain seperti Finland terutamanya berkaitan dengan peperiksaan. Pendapat peribadi saya, untuk mengubah sistem pendidikan memerlukan masa yang panjang dan proses yang rumit. Namun semua itu bukan mustahil. Sebagai seorang pendidik, banyak manfaat yang saya dapat dari buku ini terutamanya pada bab ‘Apa yang Boleh Kita Ambil dari Finland’. “Jika kita mahu belajar, kita boleh belajar. Jika kita suka beralasan, kita ada seribu alasan untuk tidak belajar dan mensesiakan teladan-teladan baik yang ada di bawah hidung kita sendiri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” -m/s140
Best buku ni sebab Ust Hasrizal ceritakan pengalaman beliau menjadi seorang muslim di samping menjadi ketua keluarga jauh di negara "la ilaha" di sana. Ust Hasrizal banyak membuka pandangan sarwa yang baik dan segar mengenai kehidupan beragama. Tambah2 tatkala menjadi kelompok minoriti, bagaimanakah sepatutnya elemen "beragama" itu yang seperti itu. Sikapi. Dalam persekitaran itu, barulah kita akan rasa betapa istimewanya hubungan kehambaan kita dengan tuhan. Tatkala tiada laungan azan, tiada kawan2 yang mengajak untuk solat bersama, tiada musolla disediakan di ita, di situlah datar sekeliling kita, datangnya perasaan dari dalam bahawa diri kita sendiri yang memilih untuk menjadi muslim (yang menyerah) yang taat dan membina hubungan dengan pencipta. Pengalaman yang tidak akan kita rasai dalam masyarakat majoriti muslim.
Dari kaca mata penulis yang merupakan seorang pendidik, dapat kita lihat betapa kompleks proses pendidikan dan pembelajaran seorang manusia. Dan yang lebih utama, bagi seorang Muslim, kepentingannya terletak kepada proses pendidikan dan pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan refleksi penulis, sesungguhnya sumber yang kita ada untuk mempelajari Islam itu sememangnya pelbagai dan banyak namun ternyata permasalahan yang dihadapi Muslim pada zaman ini bukanlah disebabkan kurangnya sumber sebaliknya kurangya ilmu mengenai proses mempelajarinya.
Personally not my cup of tea but there are gems here and there that you can take so it's fine.
Apa yang menarik dalam buku ni: - Ada QR codes untuk kita tengok video-video berkaitan dan ada links sumber untuk bacaan lanjut. - Ada terselit resepi memasak setiap beberapa bab.
Sesuai untuk: - Para guru / individu-individu yang bertanggungjawab dalam institusi pendidikan. - Mereka yang sukakan topik pendidikan.
insightful. love the way the Finnish government invest on education and really made sure no kids is left behind. i hope the author will come back to his country and spread those ideas. anyway, good book. makes me want to be a better person and do good and leave this earth as a little bit better place than when i was here.
Buku yang berbicara soal pendidikan dan sistem pembelajaran yang menyeru kita untuk refleksi diri. Selain itu, erti berugama di negara yang tidak mengamalkannya menyeru kita agar sentiasa refleksi diri dan mentaliti praktik Islam.
Memberi pengalaman baru kepada kami yang tak pernah ke Finland. Paling penting, budaya berfikir yg ditekankan dalam buku ini, turut mengesankan sesiapa sahaja yg membaca.