Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.
Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.
Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.
Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
Oh boy, oh boy, macam mana eh nak cakap pasal buku yang satu ni? Three words: MINDBLOWING, FANTASTIC, AMAZING!!!
Anggapan aku at first pada buku ni? "Alah, mesti biasa-biasa je ni." "Mesti klise ni" But nah!!!! The story is damn freaking amazing, exceed my expectation and I really impressed with it. Storylinenya, the plot and the world-building? God above! Aku tak pernah baca buku fantasi Melayu klasik + moden ni. Memang gempak habis weh! Patut jelah ramai suka gila dengan buku yang satu ni.
Penulis berjaya membina satu dunia fantasi yang lain daripada lain. Dari karakter demi karakter, dari plot twist ke plot twist, memang fuh aku salute gilalah! Macam baca ala-ala YA fantasy book!
Karakter yang paling aku adore dalam buku ini? Oh, semestinya Elfa kesayanganku! Tapi sedih weh, kenapa dia mati? Sorry terspoil pula. Aku memang rasa nak tumbuk penulis ni, sumpah. Selain Elfa, aku juga suka dengan watak Andika. Oh what a man, aku yang lelaki ni pun boleh adore dia. Memang power jantan seorang ni.
Aku tak pernah expect the plot twist demi plot twist tu. Selalunya kalau banyak sangat plot twist, mesti rasa macam tak make sense, but this book? Make sense gila plot twistnya!
Part yang Laila dan Andika team up vs Maharani Duyung tu paling gempak, memang DA BOOM betullah! Aku tak puas hati kenapa buku ni just 400+ pages lebih je sebab memang tak puas baca. Tapi aku dengar cerita yang penulis akan buat next book? Okay, I'm rooting for it!
THIS BOOK IS DEFINITELY MY COMFORT AND FAVOURITE MALAY BOOK EVER!
Idea fresh, tak ada plagiat and memang terbaik punya! Aku memang bagi big applause lah kepada penulis sebab berjaya reka cerita sehebat ni.
REALLY RECOMMENDED TO ALL FANTASY LOVERS DEKAT LUAR SANA!!!
Rating: 5 out of 5 stars.
Shout out to Feyssa, because of her I pick this book. Thanks, babe <3
Sebuah novel bergenre fantasi yang diinspirasikan dari kisah dongeng melayu dan barat. Novel ni boleh tahan best, penuh dengan aksi pertarungan yang detail serta latar cerita yang epik. Cerita diakhiri dengan open ending, memungkinkan sebuah sekuel akan dihasilkan suatu hari nanti.
Mengisahkan tentang Laila Dahlia yang tiba-tiba diberitahu bahawa dia adalah pewaris takhta kerajaan mistik Purnama Sari yang menguasai pemerintahan alam ghaib di Pulau Sri Kemboja. Dalam masa yang sama, Andika, pewaris kerajaan ghaib Bara Pawaka cuba merebut takhta pemerintahan di pulau itu. Mereka berdua harus bertarung untuk merebut takhta itu, kerana jika pulau itu dibiarkan tidak beraja selepas 40 hari, Maharani Duyung Laut China Selatan akan memusnahkan pulau itu. Dengan bantuan Elfa dan Rizal, Laila harus mempersiapkan dirinya untuk menjadi Puteri Bunian Bulan...
* Novel fantasi dalam bahasa Melayu sangat kurang. Jadi, penerbitan novel ni sangatlah dialu-alukan. Harap Mahakarya menerbitkan lebih banyak novel bergenre fantasi lepas ni.
"Dan jika suatu hari nanti pulau ini dibiarkan tidak beraja selama 40 hari, bencana akan menimpa kamu dan seluruh isi pulau!"
Premis yang menarik, pengolahan yang boleh ditambah baik.
Mungkin mengandungi spoiler.
Baca buku ini macam sedang melihat seseorang sedang melalui krisis identiti. Bermula dengan campur aduk bahasanya yang tidak tetap sama ada mahu kedengaran moden atau klasik. Kejap-kejap bahasa moden, kejap-kejap bahasa klasik. Dan sewaktu nak guna bahasa klasik, banyak pula perkataan moden dan bahasa Inggeris tersesat sekali. Bahasa yang digunakan untuk menerangkan fizikal watak juga tidak begitu seimbang. Ada yang dijelaskan dengan panjang dan berbunga-bunga dan ada juga yang diterangkan sebagai gemuk gedempul sahaja. Atau sepatutnya gedempol? Watak yang gemuk gedempul ini pula berulang kali dikatakan gemuk gedempul kalau-kalau ada yang terlupa. Rasanya ada je bahasa yang berkias atau berlapik yang boleh digunakan untuk menerangkan fizikal yang tidak sekadar cantik, lawa, kacak atau tampan. Perwatakan wataknya seperti sekeping duit syiling — mendatar dan hanya mempunyai dua muka. Tidak dikembangkan dengan baik. Amat senang untuk berubah hati setiap wataknya dengan pertukaran sifat dan perasaan watak yang kebanyakannya secara mendadak.
Seperti wataknya, begitu juga konflik-konflik dalam buku ini yang muncul mendadak dan kemudiannya diselesaikan dengan mudah begitu sahaja. Hanya konflik di akhir cerita sajalah yang mengambil masa untuk diselesaikan. Itupun ketibaannya terasa mendadak juga. Belum sempat konflik sebelumnya memberi ruang untuk watak bernafas dah disuruh menyelam balik. Disebabkan itu tiada turun naik ketara sangat dalam ceritanya. Tambahan lagi, dengan gaya penceritaan yang terlalu banyak penjelasan secara berlebihan menerangkan apa yang sedang, bakal dan telah berlaku. Tidak memberi kepercayaan kepada watak-watak dan plot cerita itu sendiri untuk berbicara. Kalau tidak, mungkin akan lebih mengujakan dan mengejutkan ketika beberapa pendedahan plot berlaku. Beberapa penjelasan panjang lebar tentang sesuatu juga kadang-kadang agak sia-sia kerana selepas babnya sendiri dah tidak relevan atau digunakan dalam cerita. Sekadar menebalkan buku. Beberapa perkara juga kerap diulang berkali-kali bagi memudahkan pembaca dengan memori setara ikan emas memahami cerita barangkali. Contohnya ayat tentang bagaimana sekiranya pulau dibiarkan tidak beraja selama 40 hari, bencana akan menimpa. Terasa seperti sedang menonton iklan video di Youtube ("Dan jika suatu hari nanti pulau ini dibiarkan tidak beraja selama 40 hari, bencana akan menimpa kamu dan seluruh isi pulau!") yang tidak boleh ("Dan jika suatu hari nanti pulau ini dibiarkan tidak beraja selama 40 hari, bencana akan menimpa kamu dan seluruh isi pulau!") dilangkau ("Dan jika suatu hari nanti pulau ini dibiarkan tidak beraja selama 40 hari, bencana akan menimpa kamu dan seluruh isi pulau!").
Terlalu banyak mitologi dan fakta yang ingin disumbatkan, barangkali menjadi punca kepada beberapa isu tadi. Tambahan lagi, dengan cubaan untuk menyelitkan unsur islamik di dalam cerita. Ketidakseimbangan dalam menggabungkan tahyul dan agama bersama barangkali menjadikan begitu kerap perkataan Tuhan digunakan daripada Allah. Ya, Allah maksudnya Tuhan tetapi sekiranya Allah digunakan dengan lebih tetap dan kerap barangkali unsur islamik dalam cerita akan rasa lebih harmoni bergabung dengan unsur fantasi dalam cerita ini.
Tetapi secara keseluruhannya, buku ini agak memuaskan juga meskipun beberapa isu itu. Apa yang menarik adalah babak aksi dan lawannya yang seperti sedang membaca komik yang disasarkan kepada pembaca remaja lelaki dengan nama-nama teknik serangannya. Jadi, kalau suka perkara sebegini mungkin akan rasa tertarik juga dengan buku ini.
Menceritakan kisah Laila Dahlia yang merupakan pewaris takhta kerajaan Purnama Sari dan Putera Andika, pewaris takhta kerajaan Bara Pawaka. Laila menanti 40 hari untuk ditabalkan menjadi raja manakala Putera Andika menggunakan 40 hari untuk membunuh Laila. Mereka perlu bertarung untuk merebut takhta kerajaan Pulau Sri Kemboja.
Jalan cerita dan plot yang dijamu mudah membawa kita masuk ke dalam dunia fantasi ciptaan penulis. Bermula dengan prolog yang mantap, ia kemudian bersambung dengan satu penceritaan yang disusun kemas. Tambah menarik apabila penulis menyelitkan elemen dongeng dan sejarah dalam buku ini. Sayangnya lah aku pada semua watak protagonis!
Buku ini juga penuh dengan aksi pertarungan yang diceritakan dengan terperinci dan sungguh mengujakan. Perhitungan akhir dengan Maharani Duyung sangat terbaik. Dapat dilihat dengan jelas peranan setiap watak dalam pembahagian tugasan melawan kejahatan.
Penulis berjaya menghidangkan satu cerita yang menghiburkan juga memberi pengajaran. Banyak kejutan menambahkan kesedapan pada resepi adunan dunia fantasi ini. Sebuah karya bertema fantasi yang membawa dua mesej tersirat utama iaitu sifat syaitan dan iblis yang tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia, juga kepentingan bekerjasama untuk membanteras syaitan dan berjuang habis-habisan untuk agama dan bangsa.
PBB adalah buku pertama dalam siri Iblis Putih maka, pengakhiran cerita agak terbuka. Tidak ada satu perkara yang tidak aku sukai dalam buku ini. Highly recommend to all 🥰 Penulis ini sudah dimasukkan dalam list auto-buy author 👍🏻
4.5🌟 Best! Gempak🔥 Boleh dapatkan naskah ni di shopee @thepatriots dengan harga RM25 sebuah.. Done promoted ✔️
Naskah ini bertemakan historical aksi & fantasi. Sememangnya memerlukan daya imaginasi yang tinggi semasa menulusuri kisah ini.
Laila Dahlia, usia yang bakal menginjak 17 tahun. Di mana bakal mengetahui asal-usulnya. Merupakan seorang puteri daripada Purnama Sari.. satu-satunya pewaris takhta. Gelaran puteri bunian bulan kerana keturunan daripada Sultan Sina keturunan diraja. Gadis ini perwatakannya ceria dan baik hati. Sifat berkepimpinan tinggi.
Putera Andika, usianya sama seperti Laila. Perwatakannya baran dan tidak terkawal apabila berubah kepada bentuk jelmaan sukma. Namun sifatnya menyantuni orang tuanya itu harus aku kagumi. Merupakan anak sulung dan putera daripada Bawa Pawaka.
🔥"Jika dalam 40 hari Pulau Sri Kemboja masih tidak beraja, akan ku hancurkan seluruh isinya, akan ku lemaskan seluruh penghuninya." 🔥
Amaran ini cukup menggerunkan apabila Sultan Sina telah menuruni takhta. Maka, berlakunya perebutan takhta antara putera dan puteri. Syarat ditentukan, perlawanan bakal diadakan. Salah seorang bakal tergadai nyawa dan seorang lagi diangkat sebagai pemimpin... Apakah yang bakal berlaku pada kemuncaknya?
Majlis Kesatria.. Ada lima kesemuanya. Tanggungjawab kelima-limanya semuanya berbeza..bacalah sendiri, aku malas nak ulas yang ni😂 Satu yang aku kagum pada mereka, berkhidmat sehingga ke titisan darah yang terakhir. Sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan. Sumpah taat setia, takkan sesekali diingkari. Sungguh, aku kagum semangat kepahlawanan mereka.
Watak sampingan seperti Elfa. Gadis ini bagai pari-pari. Aku suka perwatakannya. Izan dan Salmi. Agak mysterious. Rizal? Pelajar biasa? Hurmmm..bacalah sendiri sebab kalau terangkan memang aku tak mampu..serius, storyline dia gempak... 🤧
Kisah ini terbahagi kepada tiga bahagian..tiga arc..aku paling suka arc terakhir sebab melibatkan peperangan dan pastinya kemurungan 🙂 aku siap open lagu perang nak feeling punya pasal..
Apakah pengakhiran kisah ini? Siapakah yang bergelar pemimpin. Apakah sejarah antara Purnama Sari dan Bawa Pawaka ini. Siapakah pengkhianat? Siapakah yang menggubal peraturan sekiranya tiada raja dalam tempoh 40 hari bakal berlakunya bencana?
Semuanya ada dan terjawab dalam naskah ini..
Sekiranya ditanya, mengapa aku tolak 0.5 bintang?🌟 Sedangkan semasa membaca aku boleh katakan emosi bagaikan roller coaster.. 🔥
Jawapannya sebab ending dia. Meninggalkan satu persoalan.. Kata penulis ada sequel buku ni..bila dah terbit, aku akan sambar segera...yeay^_^
Susah ya nak buat review ni..aku tak reti sebenarnya nak terangkan macam mana tapi harap korang terpengaruh😂
Jika dibiarkan 40 hari tidak beraja, pulau ini akan ditimpa bencana. 2 wakil kerajaan ghaib bertarung menentukan siapa raja/permaisuri seterusnya.
Naga Api vs Bunian Emas. Antara baran lelaki vs lembut wanita.
4.5/5 🌟
Peminat fantasi wajib baca!
Sebenarnya banyak persoalan yang menganggu fikiran aku sewaktu awal membaca PBB. Paling jelas: kenapa namakan sekolah menengah dengan nama kolonial kalau mood yang mahu dibina oleh Aliff adalah nusantara & tradisi?
Tetapi Aliff menjawab persoalan itu dengan baik menuju separuh kedua novel.
Seperkara yang menarik dalam PBB adalah apabila Aliff mengadunkan elemen nusantara yang mistik dengan realiti moden semasa.
Macam Hang Tuah meets Robot gituhh.
Setiap plot & subplot juga disusun kemas. Ada banyak watak yang memiliki cerita lalu (backstory) tersendiri. Teknik jungkir balik digunakan.
Tetapi aku tiada masalah untuk mengikuti cerita. Lancar, tidak serabut.
Mengetahui Aliff juga adalah peminat Naruto (macam aku), jadi jelas pengaruh jutsu macam Susanoo, Kage Bunshin no Jutsu & kunai teleport Minato.
Tapi Aliff bijak menggunakan inspirasi itu kepada gayanya sendiri: dengan warna nusantara 🔥
Ini separa spoiler: tetapi aku juga suka dengan ironi antagonis bernama Farouq itu
Bapak segala setan, tetapi digelar Iblis Putih. You get it?
Farouq: Pemisah antara haq & batil Putih: Warna kesucian
Tetapi diberikan kepada watak jahat. Aku nampak Farouq ni macam Voldermort.
Konsep 2 pemerintahan beraja berkongsi 1 wilayah juga menarik.
Aku tak sabar nak tengok bagaimana Aliff kembangkan semesta/universe PBB ini bila dia cipta kerajaan ghaib di negeri-negeri Malaysia yang lain pula.
Perasan tak? Fiksyen fantasi berkisarkan zaman purbakala jarang diadaptasi berbentuk novel bahasa Melayu? Kita sering melihat fiksyen fantasi Inggeris seperti Harry Potter, The Merlin and Lord of The Ring yang begitu terkenal sekali. Buku ini adalah buku paling menarik bagi aku.
Novel ini penuh dengan aksi pertarungan, digambarkan dengan sangat detail oleh penulis. Novel ini ala-ala membaca prosa tradisonal yang diceritakan melalui penceritaan moden. Melihat pada tajuk,aku sangka libatkan kisah bunian ke apa ke. Rupanya tak. Ianya berkisarkan kepada manusia yang berada di alam ghaib.
Menceritakan kisah Laila Dahlia yang tidak mengetahui bahawa dia ada kaitan dengan kerajaan mistik Purnama Sari. Terlalu banyak rahsia yang disimpan oleh mereka sedari kecil. Siapa sangka? Seterunya ialah Putera Andika,pewaris kerajaan ghaib Bawa Pawaka. Andika dan Laila perlu bertarung,merebut takhta kerajaan Pulau Sri Kemboja.
| Jika dalam 40 hari Pulau Sri Kemboja masih tidak beraja, akan ku hancurkan seluruh isinya, akan ku lemaskan seluruh penghuninya...
Sebagai seorang peminat kisah sejarah dan lagenda Tanah Melayu, kukira buku ini sangat sesuai dibaca. Patut lebih banyak buku bergenre fiksyen fantasi seperti ini diterbitkan. Aku sendiri tak sangka, banyak betul kejutan dalam buku ni. Kisah-kisah dahulukala yang berselirat dalam lipatan hidup Laila Dahlia. Seperti mana dia terkejut dengan kebenaran dalam hidupnya, seperti itula perasaan aku bila membaca.
Pengakhirannya agak terbuka bagi aku, mungkin penulis ada perancangan membuat sekuel pula? Nak tahu jugak pertarungan seterusnya dengan Farouq, Tentera Iblis Putih.
Gabungan kisah dongeng Melayu dan Barat yang disusun dengan begitu teratur sekali. Seronok baca,sayang nak habiskan. Setebal 402 mukasurat, memang puas baca! Macam baca kitab dongeng Melayu pula. Kalau Medusa terkenal di Barat, kita pula ada Sang Kelembai(mesti ramai tak tahu ni🤭 aku pun). Di Barat ada kisah pertarungan Harry Potter dan Voldemort, kita ada pertarungan Puteri Bunian Bulan, Putera Bawa Pawaka dengan Maharani Duyung. Haaa bestkan? Tak rugi baca~ 😂
Ps: saya menanti buku seterusnya dibawah penerbitan Mahakarya dan The Patriots ni.
Tidak sesangka ini pengakhiran buat buku ini. Apapun penulis doing a great job. Pengolahan cerita yang smooth. Tidak tergopoh-gapah untuk setiap adegan jadi seronok untuk membaca. Dan tak terjangka setiap watak yang diperkenalkan seperti memberi kejutan untuk pembaca semakin berkobar-kobar untuk teruskan pembacaan dan dalam kepala macam ‘Like seriouly?!!!!’.
Saya suka buku ini sebab penulis menekankan tentang amanah dan tanggungjawab. Setiap perkara yang diamanahkan untuk disimpan, disimpan rapi. Tanggungjawab yang diberikan, dijalankan dengan baik sekali walau terkorban diri. Semua watak ada ciri yang tersendiri terhadap amanah dan tanggungjawab bagi setiap perkara yang didokong. Membuka mata saya sebagai seorang pembaca untuk buat yang terbaik bagi setiap perkara yang kita lakukan. Bak kata Laila Dahlia
“ … dan yang paling penting, kita tidak disoal di alam barzakh kerana tidak berjuang untuk agama dan bangsa kita”
Bagi 4 bintang sebab banyak yang mati ... Tragis gila .... Kira Laila tu memang power gila ... Andika tu kena belajar dengan Laila Tapi kan rasa-rasa .. ada sambungan ke? Farouq iblis putih tu ... Misi dia belum tercapai ...
This entire review has been hidden because of spoilers.
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ At this rate, takyah kot kita explain assuming everybody already know what is PBB all about — not your typical Princess Diaries!
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Looking back, PBB is among the first ones that get me out of reading slump & made me believe — “𝘐 𝘴𝘩𝘰𝘶𝘭𝘥 𝘨𝘪𝘷𝘦 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘵𝘰 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺 𝘣𝘰𝘰𝘬𝘴, 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘣𝘰𝘰𝘬 𝘪𝘴 𝘢 𝘨𝘢𝘮𝘦 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘨𝘦𝘳”
♥ The plot? A whole new level! Twists and turns in each & every pages, keeps you on your toes! 🥵📈 ♥ World building? Chef’s kiss, undeniably magical 🤌🏻✨ ♥ Friendship & romance? Best among the best only. Sweet as it can be. You’ll have your lovelines, the suspense, in awe, cried, goosebumps — all are here 🫶🏻 ♥ Characters? I assure you, you would want to be friends with them irl! Laila, Andika, Izma, Salmi, Elfa, Rizal — if they have Twitter dah lama kita follow but my fav would be Tun Syed Adli hahahahah harap dia baik sampai ke sudah 😮💨🤚🏻 (kbai brb nak insert Syarifah dalam nama kita)
What I love the most might be on how this book breaks the Malay fantasy clichè & norm (at least in my pov). Kita selalu disuap fantasi tu harusnya klasik, duduk jauh di gunung, orang orang lama berkain lusuh & travel guna kapal kan?
But not PBB, buku ni dunianya modern & setting nya dia sekolah menengah buat readers boleh relate & senang adapt. Smartphones, roller coasters, teleportation like Harry Potter’s portkey — Malay modern fantasy with sprinkles of magic on top 🪄✨
Except for the history part, kita rasa sejarah dua puak ni agak repetitive cumanya each time dia cerita semula sejarah tu, akan ada few changes & alterations sebab ada ‘twist’ kan, so banyak kali jugak kita nak kena ubahsuai nota kita tapi okay je 👌🏻 Oh the 2km thing! Kita perasan roller coaster tu 2km long and I was like “really?” sebab roller coaster terpanjang dalam dunia kita search baru 1km 🤣
All in all, punya la kita suka buku ni (author take note please) sampai dah pujuk belas belas orang untuk beli & baca buku ni & THEY - LOVED - PBB, it shall now your turn, mutuals 🍻
✿ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 ✿ Semua orang! — Be it readers or non-readers, I believe this should be A MUST READ in your list ☝🏻 _______________ 𝑱𝒊𝒌𝒂 𝒅𝒊𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉 𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒏𝒄𝒊 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂 1 𝒋𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒅𝒊𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 23 𝒋𝒂𝒎 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉𝒏𝒚𝒂, 𝒂𝒌𝒖 𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒊𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈𝒊 - 𝑳𝒂𝒊𝒍𝒂
5🌟 and all stars in the world _______________ Notes: Tahniah @aliff_mustafa180, tunggu nanti kita spam PCS pulak! ☝🏻
Alam raya sedang mengalami perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Satu demi satu khalifah Nusantara mula dibangkitkan, bukan sahaja di alam nyata, tetapi juga di dunia sebelah sana.
Laila Dahlia, seorang puteri yang lahir di sebuah pulau di Pantai Timur Malaysia dan ditakdirkan untuk mengubah status hierarki beraja seluruh alam. Seorang putera, yang sangat mencintai maruah umat manusia dan sanggup menghancurkan segala - galanya demi membebaskan tanah kelahirannya daripada permainan syaitan. Pertembungan dua manusia berdarah istimewa ini akan menguji keazaman, kepercayaan, dan pengorbanan mereka demi satu matlamat agung.
Karya ini adalah genre fantasi aksi Melayu yang sinematik - penuh dengan pertarungan, konflik, dan elemen persahabatan serta semangat perpaduan. Bahasanya kaya dengan istilah dan simbolisme, namun masih mudah diikuti. Naratifnya pula cukup dramatik dan penuh emosi, sesuai untuk pembaca yang gemar kisah epik dan spiritual.
Sebuah kisah fantasi aksi melayu yang sedap. Ada pertarungan, ada konflik, ada elemen persahabatan, ada semangat perpaduan dan pengorbanan. Sebuah novel yang enak dibaca. Perlu ada banyak lagi kisah sebegini.
Saya percaya novel Puteri Bunian Bulan ni adalah permulaan kepada suatu saga yang epik.
Buku ini antara buku viral yang boleh dilihat sana sini orang membaca dan update dalam media sosial. Lepas baca siri Empayar (yang juga viral), saya tak meletakkan harapan tinggi sangat untuk Puteri Bunian Bulan (PBB). Baca pula beberapa muka surat awal terus saya mengeluh, terasa vibe plot cerita acah-acah yang meleret dan tak logik.
Tapi pandangan pertama tak selalu betul dan ini salah satu kes bukti. Buku ini best! Pembinaan karekter yang sangat baik, tak tergopoh dan berkembang secara gradual. Hampir setiap watak ada perincian peristiwa, ada latabelakang. Pernah bukan jumpa karekter dalam satu-satu cerita tanpa asbab yang jelas jadi jahat gila. Pembinaan watak macam ni kurang relevan, tiada fasa perkembangan. Kita boleh lihat filem-filem Hollywood mula fokus buat cerita pasal 'side lead' macam Joker, Maleficient, sebab nak bentuk watak tersebut lebih terperinci. Aliff Mustafa betul-betul bagi nyawa pada setiap karekter dalam PBB.
Cerita bergerak laju tapi tak kalut. Semuanya seperti cantik terletak pada tempatnya. Suka dengan permainan Aliff Mustafa yang seperti sengaja tak mahu pembaca berasa cepat lega dengan konflik-konflik yang berlaku. Perincian aksi juga tak memeningkan, bergerak lancar dan senang dibayangkan. Pembaca jadi asyik dan teruja. Rencah emosi dimasukkan sedang elok, babak cinta remaja nampak agak terlalu awang-awang dan tak realis, tapi tak mengapa, untuk buku remaja semuanya sedang elok dan secukup rasa.
Jika buku ini dibaca oleh pembaca serius atau pembaca non-fiksi, mungkin akan ada banyak point boleh dihujahkan. Tapi jika kita memilih untuk menikmati, pembaca akan rasa manis seronok dan puas selepas habis muka terakhir.
"... Tuan Puteri Laila Dahlia kini secara rasminya menjadi Puteri Bunian Bulan, pewaris takhta kerajaan Purnama Sari yang seterusnya."
●
tanpa sedar, Laila Dahlia sebenarnya berdarah kerabat yang dia sendiri baru diberitahu pada hari lahirnya yang ke-17 tahun. Kerana sudah tamat tempoh pemerintahan Sultan Sina di Pulau Sri Kemboja, terdapat dua orang berdarah kerabat yang layak mewarisi takhta tersebut iaitu Laila Dahlia, pewaris dari kerajaan ghaib Purnama Sari dan Andika, pewaris kerajaan ghaib Bara Pawaka. Mereka berdua harus bertarung untuk merebut takhta dalam masa 40 hari sahaja, kerana jika tidak, Maharani Duyung Laut China Selatan akan membinasakan pulau itu. Dengan bantuan dari Pemangku Raja dan para kesatria dari kerajaan Purnama Sari, Laila harus mempersiapkan dirinya dalam masa 40 hari untuk ditabal menjadi ratu. Buku yang bergenre fantasi dan thriller ini anda akan dapat menyaksikan pertarungan diantara dua pewaris takhta yang cukup handal dan jika digabungkan dua kerajaan tersebut, ia akan menjadi gabungan kuasa yang paling ditakutkan oleh seluruh kehidupan di Nusantara.
●
this is my first Malay fantasy novel. to me, this book carried well. the story plot, the character's development, and it were not predictable at all (but sometimes the author deliberately makes it easy for us readers to perceive the questions that emerge). But there's something that I don't keenly into it which is the writing style. to me, the writing style was not really enjoyable (in my opinion). it was like reading text book you know, but at some point, everything is just fine (n that's why I gave it 5/5). I think the author wrote it that way because it was a classic Malaysian book, so it makes sense (I'm not really into classic). I also like about this book because it's like watching Magika (a Malay fantasy movie), UI Keris Siamang Tunggal, and the last war scene in Avengers: Endgame. I don't really know how to describe the feeling when I'm reading this, I feel like I'm with them, fighting together, work in this together, doesn't matter what happens, we need to crush them (the enemies) down. The sacrifices, the spirit that the author flow in this book, it's just *chef's kiss*. The enemies to friendship to idk tropes also in this book guys HAHAH. My emotions while reading this book its like... : (im trying to insert a gif for the first time and if its not working, you know wht this link is about 🌚)
i will end my review by persuading you, yes you, to read this book. I swear if you never read Malay books before (beginner), and you like fantasy and action, you should start it with this. and for non-beginners, what are you doing? go grab this book NOW. just wanna share here that I listen to this one soundtrack on youtube while reading this and it makes me feel like I'm the main character 😙. Just search 'BRAVERY - Epic Powerful Cinematic Music Mix' and it will pop out, okay?. Can't wait for the author's next work 😌.
Buku pertama yang aku baca untuk tahun ni. Aku teruk dalam review, tapi I'll try to review this book. Buku ini bergenrekan fantasi moden + klasik Melayu.
Apa yang aku boleh katakan, aku amat gemar dengan jalan cerita buku ni. There is no any single pages yang aku tak suka. From the beginning until the end, I really really love it!
Daripada watak Laila ke watak Putera Andika dan Rizal, Elfa, Izma dan Salmi, semua aku suka. Semua memainkan peranan yang penting dalam buku ini, tiada satu pun yang tertinggal.
Pada setiap jalan cerita, mesti ada musuh yang gempak-gempak. Selalunya aku akan pening dan muak bila baca buku yang terlampau banyak musuh ini, tapi buku ni sumpah mengagumkan aku. Aku tak rasa muak pun.
Plot twistnya? Mashaallah, hebat! Penulis tak gagal langsung membuatkan aku asyik kagum. "Wow! Wow! Wow!" Itulah perkataan yang asyik keluar daripada mulut aku.
Tetapi, aku tidak puas dengan endingnya sebab baca-baca je, aku dah habis baca. Aku nak tahu apa akan terjadi kepada ______ (no spoiler here).
Aku dengar penulis akan mengeluarkan buku baru yang masih di bawah kronologi Puteri Bunian Bulan, in other words, the sequel dan aku serius, aku akan merembatnya bila dah publish nanti.
Tahniah untuk penulis kerana berjaya membuatkan aku yang too picky ini kagum.
Yang tulis dan masih tak move on dengan jalan cerita buku ni, Feyssa the Book Witch.
Aku rasa orang terlalu hype sangat dengan novel ni. Dan aku terpengaruh untuk baca juga, sebab aku memang peminat karya2 fantasi.
Kalau ikutkan 2⭐ je aku nak bagi sebab tak mencapai benchmark aku. Tapi disebabkan pembinaan dunia fantasi & kuasa sakti dalam novel ni yang bagi aku sangat bagus, jadi aku bagi 3⭐.
Novel ni sepatutnya 'my cup of tea' tapi disebabkan gaya bahasa penulis buat aku kurang rasa benda tu. Dialog klasik dan modern bercampur aduk menyebabkan Kadang2 rasa janggal dan tiba2 bunyi skema je. Tak natural. Benda2 camni memang mengganggu mood aku nak membaca. End up banyak juga yang aku skip sebab dragging sangat.
Love story agak cringe dalam novel ni. Tak sampai ke jiwa dan terlalu scripted.
Watak2 sangat mendatar. Kurang internal conflict yang menyebabkan pembaca kurang rasa. Lebih2 lagi watak utama Laila. Bagi aku Laila ni bosan, macam robot, takde internal conflict, just follow je takdir depan mata dia. Sebagai watak utama, dia tak cukup hero untuk jadi hero.
Andika bagi aku lagi kuat internal conflict dia. Sepatutnya highlight lebih kat Andika. Sama juga dengan watak bff Laila tu. Watak dah okay, bila nak dekat ending camtu je dia. Aku pun tak tahu nak explain camne... Seolah2 kau nak bersin, tapi tak lepas... Jadi rasa tak puas.
Aku rasa penulis kena menulis lebih banyak untuk asah lagi gaya bahasa dan pembinaan karekter. Sebab dari segi pembinaan dunia fantasi dengan elemen2 dongeng tu dah bagus dah.
konsep yang menarik ..fantasi ! aq x igt sama ada aq pernah atau tidak membaca karya berkonsep sebegini? oh ya.. anding ayangan by RAM..(x pasti pulak andjng ayangn fantasi.. rse bukan)
tbh, aq neutral dgn karya tuan penulis...best sgt pun x .. bad sgt pun x.. just suam2 ...bagi aq kekurgn buku ni adlh laras bahasa die... kadang2 tradisional tpi kdg2 urban... so flow pembacaan aq agak trganggu(tnda2 penulis prlu improve dri segi penggunaan bhasa)dan kadg2 ayt yg digunakan mmbuat aq confuse.. mcm ayt yg diterbalikkan tp salah teknik.. mgkin aq je kot yg lampi.. mungkin boleh bljr penggunaan bahsa dri krya2 ram .. a.darwisy dll
ade bbrapa part yg agak kurg dan perlu baiki lagi: 1) pemergian rizal... bagi aq .. pemergian rizal agak "tak kena" sbb tgh2 epik berlwan tu , pnulis ltakkan pemergian bliau.. alngkah cntiknya kalau diletakkan pada akhir2 novel.. kan lebih surprise 2)well rse smua prasan.. part dato nasemm fight "mcm xde" dan ape function bliau mase awl2 ombak tu??? skadr bdrdiri??? 3)part andika lawan maharani pun x byk dan seolah2 laila lagi dominan .. patut seimbangkan la
ksmpulannya, congrats tuan alif ats novel bliau... cuma harap ade inprovement dlm sequel novel ni.... and yes x lupa nk puji,, cover buku2 mahakarya mmg lawa siot!
*ada unsur2 batiniah seperti wali qutub,rijal ghoib,astral projection bla2........lol
Pada hari ulang tahunnya yang ke-17, Laila Dahlia, dikejutkan dengan berita bahawa dia sebenarnya adalah seorang puteri raja! Bukan puteri biasa, puteri alam ghaib tau! Dia bakal ditabal sebagai ratu bagi kerajaan Purnama Sari bagi meneruskan pemerintahan Sultan Sina yang telah cukup 100 tahun. Laila terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut, juga bertarung dengan Putera Andika (yang hensem hehe) daripada kerajaan Bawa Pawaka untuk menjadi pemerintah seterusnya! (Banyaklah benda best, tak boleh cerita banyak takut spoil hahah)
Novel ni adalah fantasi thriller yang boleh dikatakan cukup rempahlah! Ada elemen pertempuran, persahabatan, kepimpinan, semangat juang, pengorbanan, percintaan, dan paling menarik elemen fantasi yang memang WOW!
Dari satu arc ke satu arc, penulis bijak membawa pembaca merungkai hubungkait Laila dengan kisah pemerintahan di Pulau Sri Kemboja. Penggunaan istilah melayu klasik dalam suasana moden yang diterapkan cukup baik dari segi nama-nama watak, tempat, senjata, pakaian dan lain-lain. Deskripsi yang diberikan juga terperinci dan sangat jelas, membolehkan pembaca membayangkan setiap babak cerita!
Di akhir cerita, penulis tinggalkan persoalan mengenai Farouq, si iblis jahat yang ingin menguasai seluruh Nusantara, mungkin bakal diceritakan dalam buku kedua penulis nanti. Apapon, sangat unik, mendebarkan, plot yang tidak dijangka, perkembangan watak yang jelas, dan juga ada pengajaran tersendiri. Untuk mereka yang mencari karya fantasi tempatan, baca novel ni!👍🏻
Laila Dahlia seorang puteri raja yang disembunyikan identitinya atas faktor keselamatan. Bahkan dirinya sendiri tidak mengetahui status darah birunya itu. Genap usianya 17 tahun perlahan-lahan pelbagai rahsia diketahuinya. Tak kurang juga menjadi bangsa buruan insan yang tidak menyenanginya.
Sebuah kisah hikayat yang berlatarbelakangkan masa kini. Pelbagai jenis makhluk dalam dongeng dan hikayat disatukan dalam naskah ini. Sebagai seorang peminat kisah-kisah hikayat dan dongeng rakyat SH sangat menikmati pembacaan SH kali ini. Sangat menepati citarasa.
Pace penceritaan yang agak laju dan padat. Di awal cerita banyak persoalan yang timbul bila membaca. Namun semuanya terjawab satu per satu seiring perjalanan cerita. Itu adalah antara aspek yg SH suka. Jawapan tidak dilambakkan sekaligus kepada pembaca.
Suka dengan cara penulis mengembangkan watak-watak dalam naskah ini. Terutamanya Laila. Walaupun pada mulanya kelihatan seperti seorang gadis naif namun timbul kekuatan dalam perwatakannya seiring perjalanan waktu.
Bagi yang sukakan cerita-cerita hikayat dan dongeng korang memang kena baca naskah ini. Sangat berbaloi.
Saya tidak akan akan memberikan sinopsis berkaitan buku ini kerana para pembaca boleh membaca sinopsis yang telah tersedia di GoodReads untuk mengetahui secara ringkas apa yang buku ini ceritakan. Ini lebih kepada resensi atau perasaan personal saya setelah membaca buku ini. Saya akan menggunakan bahasa yang lebih mesra dan kurang formal kerana bagi saya sesiapa sahaja yang berminat atau membaca buku Puteri Bulan Bunian (PBB) ini akan saya anggap sebagai kawan walau tidak berkenalan.
Bismillahirrahmanirrahim,
Sebelum memulakan resensi, aku nak share cuplikan dari buku yang paling aku suka yang mungkin boleh buat korang jatuh hati
Sweet gila kan? Tapi jangan salah faham, ini bukan kisah cinta tapi persahabatan akrab antara Laila (Puteri Bulan Bunian) dan sahabat karib dia, Salmi dalam buku ni.
The reason aku rasa aku suka buku ni pun sebab semua genre yang aku suka ada dalam satu buku. Ye, genre seram, thriller, sai-fai, fantasi dan aksi, kalau buat movie memang aku orang pertama support. Ye penulis memang ada cakap yang buku ni pun ada genre cinta tapi bagi aku lebih kepada cinta antara persahabatan dan kekeluargaan yang di utamakan. Kalau korang mengharapkan kisah cinta-cintun, romantik, menggeletis, buku ni bukanlah untuk anda hahaha tapi adalah sikit, cinta antara Elfa (pemangku diraja/anak angkat Sultan Sina) dan Rizal. Tapi sikit jela, banyak action dan seram-seram sejuk.
Tapi serious banyak kali meremang bila baca sebab ada part yang bagi aku memang perghh merinding mungkin sebab imaginasi sendiri yang terlalu realistik memainkan peranan dan gaya penulisan penulis yang besttt bagi aku.
Aku tanak cerita lelebih, nanti spoiler tak syok pula. So kalau korang minat watak utama heroin yang agak keras kepala sebab lebihkan member dari misi atas dasar sayang dengan kuasa menyelamatkan dunia, elf world (bunian) versi melayu, non-stop action, plot twist after plot twist walau setengahnya expected tapi bagi aku memuaskan sebab ada part juga yang buat aku macam aik, ehh, tapi then mindblown, pasal pari-pari, saka mat salleh, watak lelaki ego tapi bertanggungjawab and penyayang dan betrayal, tolong pergi add to cart and check out cepat-cepat sebab buku ni panas, selalu sold out. hahaha
I actually have a lot of thoughts on this book. Tapi belum dapat diungkapkan dengan kata-kata hshshsh. Need to outline and organize my thoughts first because THIS BOOK DESERVES THAT MUCH. Review coming soon! _____________________
Kisah fantasi fiksyen bertemakan alam Melayu ghaib, berlatarkan dunia moden ini bagi aku sangat menarik dan unik. Selalunya baca kisah alam Melayu ghaib dalam prosa tradisional sahaja, jarang jumpa versi modennya. Memandangkan pembacaan novel fantasi Melayu aku masih kurang, aku tak dapat bandingkan dengan novel yang lain tapi kisah olahan @aliff_mustafa180 ini sememangnya unik, one of a kind dan sarat dengan isi-isi yang bermakna dan juga aksi. Watak-wataknya juga semua hebat-hebat, believable dan bagi aku watak utamanya top tier dalam sejarah pembacaan fantasi aku sendiri haha.
If you love fae stories with some political twist, give this book a try!
Untuk pandangan aku yang lebih lanjut tentang buku ni, aku ada sediakan link di bawah untuk reviu penuh di blog aku ✨
Sebagai seorang yang bukan peminat fantasi, novel ini berjaya buat saya jatuh cinta dengan genre fantasi. Mula macam agak skeptikal buku ini akan buat saya mengantuk dan membosankan (maaf tuan penulis 😂).
Mungkin sebab ada diselitkan unsur sejarah dari zaman Tanah Melayu ke zaman British, diolah dengan indah dan bersahaja. Juga babak aksi yang buat saya terus membaca dan tenggelam dalam buku ini. Mengingatkan saya pada drama sageuk (sejarah) Korea seperti Gu Family Book yang ada unsur sejarah sebenar + rekaan dan fantasi, dan juga beberapa anime seperti Fairy Tail, SOA, Naruto.
Setiap jenis watak juga dijelaskan dengan baik dan sejarah mereka itu siapa, kenapa mereka bertindak melakukan sesuatu. Setiap kuasa sakti pun dijelaskan dengan baik dalam bahasa santai, mudah faham. Tiadalah keliru dan terpinga-pinga akan apa yang cuba disampaikan.
Selalu sangat menonton cerita-cerita lagenda dari budaya bangsa lain. Kadangkala kita terasa seperti kekurangan, sebab bangsa lain penuh dengan epik lagenda yang boleh dibanggakan.
Akhirnya Puteri Bunian Bulan mengisi kekosongan itu. Membawa kisah epik lagenda Melayu yang menghidupkan rasa bangga dalam diri ini. Sesuatu yang perlu dipuji dan diraikan.
Aku tak katakan buku ini sempurna. Aku tak juga katakan yang buku ini setaraf dengan LoTR mahupun Game of Thrones. Tapi ia wajar diletakkan di setiap rak buku mereka yang memanggil diri mereka Melayu.
I don't know how to describe perasaan saya bila habis baca. Terlalu hebat. Untuk seseorang yang selalu stick dengan genre romance dan cuba untuk tukar angin, this is worth it. Buku yang berjaya tambah genre kegemaran saya. Memang semua plot cerita dan character digarap dengan baik. Susah ya nak berhenti baca. Saya suka buku ni, mengingatkan saya pada buku puteri-puteri yang saya selalu baca waktu kecil dengan twist aksi yang saya suka sekarang. Semua emosi ada dalam cerita ni. Marah, sedih, gembira, terkejut, kecewa. Berbaloi masa yang dihabiskan untuk baca buku ni. Anda takkan menyesal baca buku ni.
I guess its just not my cup of tea. I'm having a hard time to finish this. I keep questioning bila nak habis ni? Panjang lagi ke? Haha. Sedikit meleret la. Penulis suka ulang-ulang backstory yang sama dua tiga kali. Hmm tu agak membosan kan. Nak speed reading nanti takut tak faham pulak the whole story. Bahasa kejap-2 klasik, kejap-2 moden. Dan babak-babak cinta tu pun mcm cringe jugak.
Ini hanya pendapat peribadi saya. Apa-apa pun tahniah kepada penulis
Ohsem.. Perjalanan Laila dalam menjadi pewaris takhta Purnama Sari.. Pertembungan dengan Andika pewaris Bara Pawaka.. Kejahatan yang bersembunyi ingin merampas kuasa dan juga kuasa jahat yang dah lama mempermainkan keturunan Purnama Sari dan Bara Pawaka.. Ada pahlawan, jin, naga dan senjata yang unik.. Memang menarik dan cukup rencahnya.. Ending macam akan ada sambungan..
Perkara yang membuatkan saya sangat teruja untuk terus membaca buku ini ialah kerana watak Rizal. Awal-awal lagi watak Rizal telah diperkenalkan sebagai seorang yang suka membaca buku dan suka bermain badminton. Saya berasa sangat teruja kerana dua-dua perkara tersebut adalah hobi dan minat saya. Saya suka membaca buku, saya suka bermain badminton dan menonton perlawanan badminton. Saya sangat suka watak Rizal ini sehinggakan saya berharap dia benar benar wujud di dunia nyata. Hahaha. Kebanyakan watak lelaki di dalam buku ini semuanya gentleman.
Semasa saya membaca buku ini, saya selalu terbayangkan watak Barbie di dalam movie fairytale. Kisah fantasi Barbie yang mempunyai sayap, kuasa dan sebagainya ada iras sikit dengan watak Laila dan Elfa.
Bagi saya, penulis pandai untuk 'menipu' saya dalam penulisannya. Sebagai contoh tentang Salmi. Saya sudah agak pasti ada sesuatu tentang Salmi yang disembunyikan dan berdasarkan hint-hint yang diberikan saya rasa saya sudah cukup 'bijak' untuk meneka. Rupa-rupanya penulis lebih bijak daripada saya. Hahaha saya tertipu. Rupanya lebih daripada itu kisah Salmi daripada yang saya bayangkan.
Cumanya, saya sebenarnya berharap watak Laila dan kerabatnya bertudung kerana banyak perkara islamik yang diterapkan kepada Laila terutama ketika membuat persediaan untuk menentang Puak Bara Pawaka. Bukan sahaja perlu berlatih dari segi jasmani malah rohani sekali. Laila juga digambarkan seorang yang suka mengaji dan berpegang teguh kepada Islam. Jika tidak silap saya, ibunya juga melanjutkan pelajaran di Mesir, oleh itu pendapat saya lebih molek jika watak Laila itu bertudung.
Akhir sekali, saya setuju dengan Laila bahawa biarlah hubungan dia dengan Andika tidak lebih daripada saudara akrab. Walaupun pada mulanya saya inginkan lebih daripada itu untuk hubungan mereka.
Apa-apa pun, buku Puteri Bunian Bulan adalah sebuah buku fantasi yang sangat menarik walaupun saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya (mungkin kerana imaginasi saya agak sukar untuk menangkap imaginasi penulis yang sangat tinggi). Sangat tidak merugikan membaca buku ini.
*Tambahan: Pada muka surat 84, terdapat sedikit kesilapan. Sepatutnya 'Ayat Qursi' bukan 'Surah Qursi'.
Buku ini membuatkan saya lebih jatuh cinta dgn dunia fiksyen!
Perjalanan plot disusun kemas dan tidak meleret. Persoalan demi persoalan yang ditimbulkan dari awal pembacaan menuntut pembaca untuk terus menyelak ke mukasurat seterusnya sehingga hujung.
Penulis berjaya membawa saya mengembara kedunia ciptaanyaa seperti berada didalam kisah dongeng tpi pada masa yang sama masih hidup didunia moden.
Begitulah, saya tidak sabar untuk menunggu hasil buah tangan yang seterusnya daripada penulis!