Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kala Hati Terusik

Rate this book
Hakim dan Sarah, dua insan yang berbeza dari segi latar belakang kehidupan. Ibarat langit dan bumi. Namun kedua-duanya mempunyai satu persamaan; pernah ditinggalkan oleh cinta pertama.

Saat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia pasrah untuk menerima pilihan keluarga tanpa rasa curiga. Walaupun gadis pilihan ibunya seorang yang tidak sempurna, Hakim masih ingin meneruskan perkahwinan itu.

Sarah yang tidak mahu membebankan ibu saudaranya lagi, tekad memulakan kehidupan baharu bersama lelaki pilihan keluarganya.

Ijab dan kabul mengikat dua insan dalam ikatan halal. Bagi Sarah, cintanya akan diberikan kepada suaminya sahaja.

Saat hati Hakim terusik dengan cinta sang isteri, cinta pertama Hakim muncul kembali untuk menagih kasih. Dia keliru dengan rasa cinta antara isteri dan bekas kekasihnya, Maya.

Hati Sarah hancur dengan kecurangan Hakim. Dia masih lagi ingin berusaha untuk terus kekal di sisi suaminya kerana tidak mahu menjadi seperti arwah ibunya. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Sarah sebaik sahaja dia mengetahui hubungannya dengan Maya.

Dapatkah Sarah menandingi cinta pertama Hakim? Atau perlukah Sarah mengalah demi kebahagiaan Hakim?

446 pages

Published January 1, 2020

21 people want to read

About the author

Mia Azwari

80 books371 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (26%)
4 stars
9 (34%)
3 stars
9 (34%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
July 29, 2024
template penulis ni mostly lebih kurang sama je.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
October 4, 2021
kalau nak senaraikan dugaan yang perlu sarah hadap, memang banyak. tapi, dia seorang gadis yang cekal. walaupun pada zahir kelihatan seperti seorang gadis yang lemah tapi semangat dalam dirinya itu harus dipuji.

dari kecil, dia hanya punya ibu. ayahnya ceraikan ibu hanya kerana malu dengan anak yang cacat. itulah alasannya tapi sebenarnya ibunya telah diduakan. kaki sarah sedikit tempang. walaupun sering dikeji, tapi sarah lalui saja hidup dengan baik.

tapi, dia tetap terluka. pemergian ke kuala lumpur untuk bertemu dengan amsyar menjadikan dia saksi pada kecurangan amsyar itu sendiri.

opps... kita masuk pula bab watak encik singa. hehe... hakim. dia ni pun kecewa dengan cinta pertama. alasan paling mudah maya beri untuk putus dengan hakim - hakim terlalu sibuk dengan kehidupannya. walhal lelaki itu begitu komited pada kerja. bila dah curang, ada sajalah alasan.

hakim dan sarah. pendekkan kisah, mereka diijab kabulkan atas pilihan keluarga. sarah redha dan hakim hanya turutkan pilihan keluarga yang pasti terbaik untuknya. bagusnya hakim ni, dia tak kisah pun tentang keadaan diri sarah.

puan penulis Mia Azwari memang bijak dalam menangkap emosi pembaca sepanjang pembacaan. itu sebab karya puan penulis ni memang sentiasa ditunggu. akak pun kira terlambat juga, baru ajelah nak kumpul mana yang dapat. hehe...

kehidupan ini, kan... semua berpaksi pada takdir yang telah ditentukan. sememangnya manusia takkan pernah tahu apa yang bakal dilalui. dan jangan lupa, anugerah terhebat yang Allah beri - akal. gunalah sebaiknya.

jodoh juga. bukan boleh dipaksa. tapikan puan penulis, kenapa aura dani tu kuat eh? ke akak sorang je terasa gitu? kihkih.
Profile Image for Nor Lynn.
5 reviews2 followers
September 4, 2020
Kisah cinta yang dikhianati.

Puan Salwa (ibu Sarah) diceraikan suaminya kerana malu mempunyai anak yang cacat.
Hakim yang dicurangi Maya dan Sarah yang dicurangi Amsyar. Lalu kedua-duanya dipertemukan dan ikatan terjalin atas aturan keluarga.

Bermulalah kisah Sarah, insan istimewa dan Hakim yang panas baran dalam melalui asam garam kehidupan berumah tangga. Kemunculan semula Maya dan Amsyar dalam kehidupan mereka menimbulkan pelbagai salah faham. Dengan Sarah yang sentiasa merasa rendah diri dengan keadaannya sehingga mampu mengusik jiwa sesiapa yang membacanya. Bukanlah cerita yang baik kalau tak ada konflik kan? Tahniah penulis kerana berjaya melakarkan watak antagonis dengan berkesan sehingga menimbulkan konflik demi konflik.
Profile Image for Neryss.
5 reviews1 follower
November 17, 2025
My most dislike book from the writer.
Hakim yang baran, Sarah yang perangai mcm tak matang. kenapa kalau pertemuan pertama je kena perempuan comot dengan lelaki segak?😐
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
March 20, 2024
Sejujurnya saya tak boleh go sangat dengan perangai Hakim, mungkin sebab dia jenis cepat melenting dan panas baran. A bit turn off. Cuma kagum yang Hakim walaupun macamtu, dia tetap boleh terima kekurangan Sarah dengan seadanya. Cerita okay lah for me light conflict. At the end of the day, melibatkan first love. Apa pun, once a cheater will always be a cheater so takyahlah berfikir nak bagi second chance ke apa, buat tambah masalah je
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.