Jump to ratings and reviews

Cinta Takkan Terhenti

Ada rindu yang tak terlafaz, ada kenangan yang tak pernah hilang.

WIYA. Separuh hatinya mati bila Reza memilih untuk pergi. Kata Reza, kerana sayang, Wiya terpaksa dia tinggalkan.

KHALED. Perginya Wardah ketika bahagia sedang melimpah. Pergi yang tak mungkin akan kembali lagi. Jiwanya mati, hidupnya terasa punah. Tapi dikuatkan hati demi anak-anak yang ditinggalkan Wardah.

Wiya didesak untuk melupakan Reza, Khaled dipaksa untuk mencari pengganti Wardah. Akhirnya jodoh mereka bertemu di tengah-tengah. Wiya menawar kerana kasih, Khaled menerima demi kerana sayang.

“Abang takut yang abang tak mampu untuk berlaku adil pada Wiya. Abang bimbang kalau-kalau Wiya bakal menyesal nanti. Sebelum ianya berlaku, baik Wiya…” - KHALED

“Tidak! Ini keputusan Wiya. Wiya tak akan berpatah balik dan Wiya tak akan tarik balik keputusan Wiya untuk jadi isteri abang. Wiya buat semua ni bukan kerana Wiya dah lama ada hati pada abang, tapi…- WIYA

Sedang dia dan Khaled menyulam bahagia, Reza pulang untuk mencantum rindu.

“Saya ingat pada awak Wiya. Setiap hari, setiap waktu, setiap detik. Tak pernah saya tak rindukan awak. Saya pulang kerana…” -REZA

“Dan saya macam orang bodoh, menunggu awak yang entahkan hidup, entahkan mati. Sampailah satu masa, saya fikir, cukuplah saya bazirkan masa saya menunggu orang yang tak pernah ingatkan saya.” – WIYA

Wiya fikirkan dialah yang banyak berkorban dalam cinta, tapi saat dia tahu kebenarannya, hatinya luluh, jiwanya seakan dibawa pergi. Khaled menyangka yang cintanya itu agung, tapi saat semuanya terbongkar, dia terasa betapa kerdilnya diri jika nak dibandingkan ‘dia’ yang terlebih dulu mencintai Wiya. Mungkinkah hati Wiya akan goyah dek kerana agungnya cinta? Atau mungkin Khaled dengan rela melepaskan Wiya pergi kerana terbongkarnya rahsia?

477 pages, Paperback

First published September 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Rissa Ahdiya

47 books310 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (53%)
4 stars
12 (40%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Eyd1410.
840 reviews23 followers
February 19, 2021
Habis pembacaan, saya terus berfikir. Cinta Takkan Terhenti. Pada saya title tu seakan menggambarkan cinta Khaled kepada Wardah dan juga cinta Reza kepada Wiya. Antara keduanya, bagi saya cinta Reza lebih mendalam terhadap org yg dicintai. Tetapi kerana cinta yg tiada penghujung itulah yg menemukan Wiya dan juga Khaled dlm ikatan sebuah perkahwinan.

Sedih, sebak dan kecewa bila saya letakkan diri saya di dlm diri Wiya. Ketiga2nya perasaan itu saling berkaitan bila Reza meninggalkan Wiya tanpa pesan. Hilang sebegitu shj.

Wiya jauh dari kesempurnaan jika dibandingkan dgn Wardah. Tetapi dlm ketidak sempurnaan itu, Wiya punya hati yg suci. Dia sanggup berkorban utk menjaga kedua2 anak Khaled dan Wardah bila Wardah pergi meninggalkan mereka semua. Sanggup bersengkang mata bila kedua2nya sakit. Sebelum itu pun dia sanggup menjadi isteri Reza walau dia tahu sakit Reza takkan mudah utk sembuh.

Khaled bukanlah sejenis lelaki yg manis mulut. Tapi lelaki yg penuh dgn rasa tanggungjawab. Respect juga dgn lelaki sebegini yg mengutamakan ank2 dari sibuk utk beristeri baru. Walau pada mulanya tiada cinta utk Wiya, dia tetap pertahankan Wiya dr ibu dan juga mulut org2 sekelilingnya. Namun saya rasa sedikit terkilan bila mana Khaled membandingkan Wiya dan Wardah walau tanpa disedarinya.

Cinta yg dahulu walau seakan hilang dr hidup namun di penghujungnya, Khaled dan Wiya tetap mengecap bahagia dan belajar mencintai diantara keduanya. Dan rasanya lebih manis bila mereka redha atas kehilangan org yg mereka pernah cinta!
Profile Image for Mslvoe.
2,361 reviews253 followers
January 14, 2022
Best!

Pada mulanya ingat watak utama Reza and Wiya. Tapi kisah abang ipar, Khaled and adik ipar Wiya.

Khaleed yang kematian isteri & Wiya yang kehilangan Reza tanpa khabar berita.

Cinta yang hebat dari Reza untuk Wiya. Sedih baca. Sebak weii.. rasa menusuk ke dalam.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books111 followers
September 25, 2020
cerita ini sungguh... memujuk hati akak yang kecewa beberapa hari lalu. ini yang sebetulnya kisah adik-beradik yang hanya boleh berganti tikar, bukan bermadu.

wiya, dia membantu emaknya menjaga airis dan nuh. kakaknya wardah meninggal ketika melahirkan nuh. khalid, abang iparnya itu bagi hilang punca bila kehilangan isteri tercinta.

wiya yang juga punya kisah cinta yang kelam bila reza meninggalkannya tanpa pesan. menolak walau berkali-kali wiya ajak bernikah dengan alasan tidak mahu wiya menanggung azab menjaga dia yang sakit. terkapai juga wiya tapi dia perlahan bangkit.

puan rahana, umi khaled yang tidak suka khaled melebihkan mak mentuanya menyarankan agar khaled berkahwin semula. hendak dijodohkan dengan roha. roha yang pandai serba serbi. akhirnya tertangkap jua sebab juga pandai mendera!

kenapa wiya setuju bernikah dengan khaled? kalau dilihat, sebenar bukan kerana anak-anak khaled pun. semua hanya kerana emaknya. dia berkorban, tidak mahu emaknya bersedih kalau terpaksa berpisah dengan cucu-cucu tersayang.

alangkah mulia hati wiya.

puan penulis. sebetulnya cara penyampaiannya ringkas, tapi setiapnya menusuk rasa. itu kelebihan puan rissa ahdiya. beliau jarang meleweh dan percayalah, kerana itu - 2 jam saja diperlukan untuk tatap buku ini dari awal hingga akhir. pembaca pun boleh hilang, tenggelam dalam pembacaan.

tak salah pun berganti tikar bila alasannya mulia. tak salah juga sebab itu adalah jodoh aturan dari-Nya.

aturlah sebaiknya. usah membandingkan kerana setiap manusia itu tak pernah sama.

cuma satu,

rasa dalam hati.

sebab apa?

bila cinta sesama manusia kerana Allah, nikmatnya akan lebih dirasai.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,371 reviews71 followers
October 15, 2023
[BOOK 144]

Cinta Takkan Terhenti by Rissa Ahdiya.
.

aaaaaaa....love this book!
.

Dalam banyak-banyak buku RA, aku rasa buku ni agak underrated, tapi aku suka! Sebab secukup rasa. Ada rasa bahagia, rasa sedih, rasa kecewa dan terluka.
.

Ni kisah berganti tikar ya.
.

Selepas kematian Wardah, Khaled mula hilang arah. Anak-anak nya diasuh oleh mertua dan adik iparnya, Wiya. Tapi memang Khaled yang jaga anak-anaknya sendiri.
.

Khaled lebih rapat dengan mak mertuanya, berbanding maknya sendiri. So, disebabkan maknya cuba nak jarakkan hubungan Khaled dan mertuanya, dia cuba jodohkan Khaled dengan Roha. Tapi Roha ni hipokrit. Dia boleh pergi dera anak-anak Khaled.
.

So, itulah titik mulanya hubungan Khaled dan Wiya. Demi anak-anak, Khaled sanggup menerima Wiya sebagai isteri kerana dia yakin tiada yang mampu menyayangi anak-anaknya sebaik Wiya. Wiya juga terima Khaled atas alasan yang sama.
.

Aku suka sebab kisah dorang ni real.
.

Khaled yang terlalu sayangkan Wardah. Dia sanggup hidup menduda, tapi fikirkan anak-anak, dia terima Wiya. Dan dia mula sayangkan Wiya kerana tanggungjawabnya. Mereka saling cuba menerima dan bahagia.
.

Hidup berumah tangga, adakalanya hati terluka. Tanpa sedar, Khaled membandingkan Wiya dan Wardah. Tapi hanya sekali, dan dia terus minta maaf.
.

Dan suka Khaled yang sentiasa back up dan protect Wiya bila maknya duk kutuk dan bandingkan Wiya. Ah, memang husband material ya kalau gini.
.

Suka Wiya yang melepaskan Reza sepenuhnya, bila dia bergelar isteri Khaled.
.

Dan watak Reza, walaupun secoet, tapi berbekas di hati. Dia sedar dia tak mampu membahagiakan Wiya, maka dia menjadi perantara untuk kebahagiaan Wiya.
.

Love this book!
Profile Image for Andiyanti.
10 reviews1 follower
June 16, 2022
Great book! Highly recommended! ❤️❤️❤️

Pada awalnya saya sangkakan tentu plot cerita menjurus kepada istilah ‘ganti tikar’ tetapi sangkaan saya meleset. Saya suka cara penulis menggarap watak-watak lain seperti watak Roha dan Reza. One valuable takeaway from this novel ialah kita harus sentiasa menghargai perhubungan dan silaturrahim sesama manusia seperti yang digambarkan dalam watak Khaled yang sangat menghormati bekas emak mertuanya.
Profile Image for N.A.N.A.
224 reviews6 followers
January 13, 2023
Seriously buku ni best. Sebak melihat pengorbanan Reza buat utk Wiya walaupun mereka tak bersama. Sakit hati dgn Puan Rahana selalu nak bandingkan Wiya dan Wardah. Apa2 pun mmg best novel ni 😊. Lps ni saya nak beli buku Rissa Ahdiya yg lain. Sumpah saya jatuh cinta dgn gaya tulisan penulis 👍🏻
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
November 23, 2020
Seperti biasa puan penulis sentiasa menyentik hati & perasaanku.
kisah yang simple tetapi tetap menarik untuk dibaca.
Profile Image for ZK.
340 reviews11 followers
March 14, 2023
Kasim Selamat 😎
Profile Image for Fyda Adim.
20 reviews3 followers
November 21, 2020
13.
.
Cinta Takkan Terhenti karya Rissa Ahdiya.
.
"Ada rindu yang tak terlafaz, ada kenangan yang tak pernah hilang."
.
Seperti biasa, novel penulis ini masih mengisahkan kisah kekeluargaan dan menyelitkan kisah percintaan.
.
Kisah seorang gadis bernama Wiya yang kecewa apabila ditinggalkan kekasihnya bernama Reza. Kata sayang tetapi Reza tetap memilih untuk pergi atas sebabnya sendiri.
.
Lama Wiya cuba melupakan Reza dan akhirnya dia menerima Khaled bekas abang iparnya akibat kasihnya pada anak-anak buahnya.
.
Part ni yang nak cepatkan bacaan sebab nak tahu bagaimana Wiya menerima Khaled dan waktu itu Khaled sudah bertunang dengan pilihan emaknya.
.
Kemunculan Reza menimbulkan konflik. Khaled seolah merajuk hati apabila mengetahui Reza cinta pertama Wiya.
.
Pengakhiran novel ini memang menarik dan aku sangat terkesan dengan watak yang dicipta. Betapa agungnya cintanya meskipun tidak bersama.
.
Bagus ceritanya. Adakalanya benda yang kita suka tak semestinya menjadi milik kita. Tahniah penulis.
.
#FydaAdimBaca

Displaying 1 - 11 of 11 reviews