Sepatutnya Hash, Hammad dan Nazim tidak menceroboh ke bilik perpustakaan arwah aki pada malam itu. Sepatutnya Sora juga tidak perlu terlibat dengan mereka bertiga. Sepatutnya mereka tidak memanggil makhluk itu....
“Kuseru namamu tiga kali, datanglah menjemputku.” - HASH
Jika mereka tidak menjadi pengacau, sudah tentu gangguan demi gangguan yang penuhdengan misteri itu tidak akan berlaku. Sudah tentu semua keanehan yang menyeramkan dan berbaur mistik itu tidak perlu dialami oleh mereka.
“Tapi yang aku tak tahan, lembaga tu masih kejar aku.” - NAZIM
“Kau fikir apa sebenarnya yang ganggu kita?” – HAMMAD
“Aku diganggu. Kau semua diganggu. Tak kira malam, siang pun diganggu. Sekarang kita nak buat macam mana pun kita tak tau.” - SORA
Penyesalan sudah terlambat. Mereka tidak boleh melarikan diri kerana makhluk yang bukan berasal dari alam manusia nekad mahukan mereka sama ada hidup mahupun mati. Jawapan harus ditemui sebelum semuanya bakal mati sia-sia. Mampukah mereka meloloskan diri daripada terus terperangkap di alam ghaib yang penuh dengan sengketa? Siapa lagi yang mampu menyelamatkan mereka atas kesalahan yang dicipta sendiri? Yang menoktahkan sebuah misteri adalah kuasa-Nya, sama ada mati atau pergi.
Hashim, Hammad, Nazim dan Sora merupakan sepupu yg berasal dari susur galur keturunan Taning. Mereka meminati perkara² yg melibatkan misteri dan suka mencari jawapan pd perkara yg tak jelas di mata mereka. -- Ashkii, Hania, Kieyo dan Mur merupakan sahabat baik suatu ketika dulu tp Mur telah melakukan satu kesalahan besar bila ada hubungan dgn seorang pemuda, berbangsa manusia. Kunsi adalah lambang pertabalan yg sah dan diakui oleh setiap penduduk di alam bunian dan disimpan oleh setiap pemerintah di tanah Tandek. Mur yg memiliki kunsi telah berikan kpd Taning dan menjadi titik mula punca tercetusnya perang antara 4 kaum. Kemudian... Kieyo menjadi pemerintah baru. Mur dihukum penjara. Hania diusir keluar oleh Kieyo. Ashkii dibuang dr daerahnya. -- Hash, Hammad dan Nazim berkumpul bersama keluarga besar mereka dlm satu majlis di sebuah desa di Longob, Sabah. Mereka menjadi teruja bila dpt masuk ke perpustakaan milik arwah aki yg dulu menjadi larangan. Dlm menghayati pelbagai barang dan buku milik arwah aki, mereka terjumpa sebuah buku berkulit hitam dgn catatan dlm bahasa suku Dusun Talantang dan tiba² satu objek bulat berkilau terjatuh dari buku tersebut yg seperti cincin tp agak besar. Tersentuhnya objek tersebut, tanpa diketahui rupanya mereka telah hantar satu isyarat ghaib kpd makhluk di luar alam nyata yg ada kaitan dgn objek itu. -- Cincin Permata Panglima Taning, nama yg diberikan oleh moyang mereka. Sejak hari itu, mereka diganggu oleh gangguan misteri, aneh dan seram hingga Sora terlibat sama. Makhluk dr alam ghaib mahukan mereka dgn apa cara sekalipun. Mereka diseru hingga terperangkap di sana dan terlibat dgn persengketaan makhluk alam ghaib yg telah berlaku beratus tahun lamanya. -- Sementara di alam ghaib, cahaya hijau yg muncul adalah petanda kunsi yg dicari telah dihidupkan. Dgn bantuan Uddi, Ashkii nekad mencari punca dan dapatkan kunsi demi pembelaan dan keadilan di tanah Tandek. Dia bawa Hebe, seorang gadis muda bersamanya krn satu sebab. Kieyo tak tinggal diam dan mengarahkan pengikutnya mencari Hania utk dapatkan kunsi. Berjayakah Ashkii dgn misinya? Adakah Kieyo terus menjadi pemerintah? Mampukah mereka berempat melepaskan diri dari alam ghaib? -- Sebuah kisah antara dua alam yg mengujakan. Di awal² bab, pembacaan agak slow sbb penulis lebih banyak perkenalkan watak dan suasana kedua² alam. Walaupun nama pelik² tp aku tetap menghayati kisahnya. Berdebar² bila memikirkan sama ada mereka berjaya atau tak utk kembali ke alam nyatamemandangkan ada puak alam ghaib yg mahu mereka dihapuskan. Satu pengalaman baru kisah dari dunia bunian. Kita hamba Allah baik manusia atau makhluk lain, sama saja. Selagi ada rasa tamak, selagi itu tak terlepas dari melakukan kesilapan. Apa kesudahannya? Menarik. Best ⭐⭐⭐⭐