Aurora. Gadis berusia dua puluh tahun yang mempunyai impian dan fantasi untuk mencari cinta sejati seperti papa dan mamanya. Namanya diberi sempena lambang cinta papa dan mamanya yang bertemu di bawah langit aurora.
Eidlan. Anak jiran sebelah rumah. Kembar kepada kawan baik Aurora. Kali pertama bertemu sewaktu mereka berusia dua belas tahun, hati Aurora sudah terpaut. Namun segalanya berubah apabila dia kenal siapa Eid yang sebenarnya.
I hate him. Itu fakta. I despise him. Ini juga fakta. - Aurora
"Tapi aku tak pernah anggap kau musuh aku. Aku tak pernah benci kau." - Eid
Saat Eid hulur kemaafan dan ingin berdamai, Aurora ikut aje. Follow the flow. Tanpa dia sedar, dia semakin rapat dengan Eid. Terlalu banyak memori 'first time' yang mereka cipta bersama.
Namun, mereka kembali menjauh bila Aurora mula mengenali Ariff. Crush dia di library.
"Aurora tak datang pun bro. Dah dua jam kau tunggu. Dia tak akan datang punya. Terima ajelah kau dah kalah. Kau tak berjaya nak tackle dia. Hmm... aku ingat kau akan berjaya buat dia jatuh hati kat kau. Tapi rupanya tak." - Fakri
Bila Aurora tahu Eid berbaik dengannya hanyalah demi bet Eid bersama kawan-kawannya, hati Aurora terluka. Segala memori indahnya bersama Eid adalah dusta. Hanyalah sebuah lakonan untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
"Aku tak sangka kau sejahat ni. I hate you Eid. Jangan berani muncul depan aku lagi." - Aurora
Kerana luka yang ditinggalkan itu, Aurora baru sedar akan perasaan sebenarnya. Hatinya masih menyayangi Eid. Tapi kenapa Eid tergamak menghancurkan hatinya? Kenapa lelaki itu kejam dengannya?
"Kenapa Aur tak boleh nak ada kisah cinta yang indah macam papa dan mama?"
"You will... one day."
Persoalannya, adakah detik bahagia itu akan muncul dalam hidup Aurora? Bisakah Aurora menggapai fantasinya? Berjayakah Aurora mendapatkan cinta sejati yang dia impikan?
Fuhhh... Dapat jugak habiskan. Pulun baca sebab geram dengan Eid. Gerrraaammmm.... Sampai hati buat macam tu pada Aurora. Untuk part ending tu kan, saya macam 'eh! Banyak cakap plk Eid ni.' Semua benda dia cerita pada Aur. Eid yang suka memendam perasaan tu akhirnya luahkan segalanya pada Aur. Kalau baca dari mula hubungan Eid dengan Aur tu, faham lah kenapa Eid buat tindakan macam tu pada Aurora. Sebab nya penulis guna POV Aurora sahaja. So, saya jadi geram sebab tak tahu apa Eid fikir masa tu.
Masa kejadian Aurora maki hamun pada Eid. Sikit pun Eid taknak buat penjelasan kenapa. Terus patah hati. Then, lepas kahwin pun, saya pun terasa hati tau dengan sikap Eid. Dingin dan acuh tak acuh. Macam tak kisah langsung. Tapi bila Aurora jatuh sakit, tahu pulak kau kan.
Seperti yg Lyn cakap, Aurora dah berusaha nak minta kemaafan dari Eid. Banyak menangis dan makan hati dengan Eid. Tapi itu lah, apa yang Eid explain dekat bab epilog tu masih tak cukup tau untuk saya.
Walaupun agak cliche tapi aku enjoy the whole story. Cuma the way it ends yang buat aku tak puas hati. Aurora went through a lot untuk harga sebuah kemaafan. Yeah what she did was wrong but somehow, rasa macam too much yang dia kena hadap but at the end semudah tu je pengakhiran dia?? I kinda wish Eid suffer a bit not in the bad way cuma bagi aku tak patut dia hukum Aurora dengan cara macam tu. Main emosi and mental tu...
Aku harap aku tahu apa yang Eid fikirkan especially days yang he went MIA lepas kahwin. Tapi disebabkan cerita ni guna POV1, mungkin itu yang menyebabkan aku tak dapat nak relate dengan kesedihan Eid. It's like I know he's hurting but in someway, it didn't justify his act towards Aur. Which is why ending rasa mcm not fair to Aurora and agak rushing.
"Bila kita reda pada sesuatu yang buat kita berasa kecewa, Allah gantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang kita tak jangka."
Tak pernah langsung baca karya penulis ini. Tapi bila 'kakak-kakak novel' saya kongsi review dan bagi 5 ⭐ untuk naskhah ini, kenapa tidak aku mencubanya? Sampailah my sis tanya nak beli novel tak dekat shopee KS? Novel pertama yang terlintas adalah Aurora.
Novel yang ke-10 penulis, sempena 10 tahun menulis tapi jadi novel pertama dia yang saya baca. Dah lama tak baca novel yang buat saya menangis dari pertengahan cerita sampai ending. Murah betul air mata keluar saat Aur kehilangan kedua orang tuanya dan saat dia melalui ujian rumah tangga bersama Eid.
Novel ni terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, menggapai fantasi. Di mana ceritanya berkisar zaman Eid dan Aur belajar. Kat sini memang banyak konflik yang berlaku. Fasal mamat library, fasal perasaan Eid yang tak terluah dan fasal emosi Aurora yang celaru akibat salah faham tentang sesuatu. Eid bawa diri dan Aurora mengusung perasaan bersalah saban tahun.
Masuk ke bahagian dua, dihampar realiti. Kerana satu amanah, Eid mulakan langkah. Mewujudkan harapan pada Aur bahawa cinta mereka masih ada. Tapi sayang, malam pernikahan mereka disajikan dengan kata-kata Eid yang menggores hati Aur.
'One thing you should know. Our marriage is not like other normal couples. What we have is... a loveless marriage.'
'If you found someone that you want to be with and to grow old with... Just let me know. Masa tu saya akan lepaskan awak.'
Tapiiii... aku sangat sukakan semangat Aur masa ni. Dia sangat-sangat matang dalam menguruskan masalah yang dihadapi. Walau apapun yang jadi dia tetap berusaha untuk kuat. Kuat sangat. 🥺 Dan ada satu saat Eid mula buat sesuatu yang tak pernah dia jangka, aku plak rasa nak tolong hempuk Eid. Sebab Aur tenang sangat. Dia amat reda dengan keputusan Eid sbb dia masih rasa dia salah. Eid layak dapat bahagia. Dalam bahagia 2 ni aku rasa aku tak sanggup nak senyum, air mata asyik mengalir je. 😭
Tapi jangan risau, Aur tetap dapat bahagia dia. Dia tetap dapat tengok Aurora dengan 'Mr. Aurora' yang paling dia cinta. Dan pada saat itu, baru aku mampu tersenyum sebab penutup yang membahagiakan. ❤️ Dia macam gembira tapi ada lagi perasaan sedih yang menyelubungi di sudut hati. Ujian rumah tangga diorang amat pedih untuk diselami tapi I really love semangat Aur. Dia tetap berjuang untuk cinta dia walaupun hampir tewas.
Really recommended this novel. Kisah perjuangan cinta sejati. Dan pengajaran yang paling penting dalam cerita ni adalah bahagia itu bukan datang tanpa pengorbanan. Bahagia itu mahal. Dan akan dimiliki oleh mereka yang betul-betul berjuang untuk mendapatkannya. 5 ⭐ untuk naskhah ni. Tahniah penulis sebab berjaya buat saya suka dengan novel ni walaupun 1st time baca karya dia. Dulu, saya tengok drama adaptasi novel Teman Lelaki Upahan walaupun tak baca novel. Nangis jugak. Hehehe
Aurora menjadi pilihan aku bulan lepas, apabila aku hampir-hampir hilang minat untuk membaca. Tiada high expectation sewaktu memulakan Aurora yang ditulis oleh Azura Rasiddin tetapi sedikit sebanyak aku mengharapkan, minat dan keterujaan aku membaca tidak terpadam begitu saja.
Dan, seperti yang aku harapkan, Aurora berjaya membuatkan aku kembali excited untuk meneruskan pembacaan. Di sampaikan dengan gaya penulisan yang mengujakan, siapa saja yang tidak tertarik, kan? Pemilihan dan penggunaan ayat yang boleh menterjemahkan rasa dihati cukup buatkan aku tersenyum lebar dengan kisah Aurora dan Eidlan.
Antara kekuatan dalam Aurora, apabila penulis menggarap jalan cerita dengan menyentuh tema impian dan cita-cita, percintaan dan kekeluargaan dan olahan konflik dan mesej -mesej disebalik event-event yang diketengahkan melengkapkan kemenjadian kisah Aurora dan Eidlan.
Kelebihan penulis juga, apabila dapat membawa emosi aku merasai apa yang dilalui oleh Aurora dan Eidlan sepanjang menempuhi konflik-konflik yang ada. Dan satu yang jelas, Azura Rasiddin pakar membuatkan kita berasa marah dengan Eidlan, sebelum menggantikan perasan tersebut dengan sebuah simpati. Kalau aku boleh jelaskan turun naik emosi aku ketika membaca Aurora, mungkin hanya kurang sedikit dari sewaktu aku membaca Pelangi Untuk Ara.
Aku juga dapat melihat perkembangan watak Aurora dan Eidlan dengan jelas apabila mereka menempuh pelbagai konflik. Antara yang aku selalu nanti-nantikan ialan, perkembangan atau perubahan ketara yang aku boleh nampak sebelum dan selepas konflik berlaku. Bahagian dua tentu sekali melengkapkan bahagian satu, cuma aku mengharapkan endingnya sedikit berbeza dari yang asal, kerana ia mengurangkan tahap realistik kepada keseluruhan Aurora.
Overall, aku cadangkan untuk mendapatkan buku ini, jika korang suka sesuatu yang sedikit berat dari segi konflik dan mainan emosi yang sedikit turun naik :)
Tahniah Azura Rasiddin! Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti dan penuh rasa.
Seriously ending dia camtu je? It was too easy for Eid.. after what Aurora had been through.
F tak boleh hadam
Surat dari Orked tu pun F meluat. Senangnya cakap pinjamkan Eid for 6 months. Eid pun bodoh ikut je.
Eid kahwin sebab permintaan family Orked yang battle with her cancer
Eid kahwin dengan Aurora sebab amanat mama Aurora yang terakhir
Please la Eid. 7 years okay Aurora menagih kemaafan dari you. You just shut her down. You ignored her.. you hurt her badly! She has no one except you. Eeee menyampah betul F dengan sikap Eid
Aurora pun satu lepas parents dia passed away... kahwin dengan Eid dia jadi lemah. Lemah giler biarkan Eid lukakan dia dengan kata² yang teruk
I kesian dengan Aurora.. she deserve better. Tapi itupah dah suka kat Eid kan.. ermm hadam jela
Berdasarkan apa yang diceritakan, novel ini sangat istimewa daripada penulis. Dan... Saya kira cerita ini benar-benar istimewa. Ya, kalau dibaca pada blurb di belakang buku, ceritanya seperti klise. Tapi... Penulis berhasil melakarkan sebuah kisah yang menarik.
Berkisar mengenai Aurora dan Eidlan yang sering sahaja benci-membenci. Sehinggalah suatu hari, kebaikan mula muncul antara mereka. Namun, tanpa disangka kebaikan yang Eidlan berikan cumalah lakonan semata apabila Aurora terdengar bicara antara Eidlan dan sahabatnya. Hati Aurora jadi nanar sendiri sehingga dia meninggalkan kata kesat pada Eidlan. Tapi... Itu semualah salah sangka bila cerita sebenarnya lain daripada yang Aurora sangkakan. Kali ini, Aurora jadi kesal sendiri. Antara Ariff dan Eidlan, yang mana satu sebenarnya yang Aurora cintai?
Novel ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 saat Aurora belum berkahwin dan Bahagian 2 lebih tertumpu pada kisah rumah tangga Aurora. Saya suka bagaimana dialog yang digunakan menampakkan kelainan saat Aurora di alam universiti dan saat Aurora sudah bekerja dan mendirikan rumah tangga. Ada perbezaan dari segi kematangan dialog digunakan. Plot penceritaan bagi saya kemas tersusun menjadikan fokus pembacaan lancar dan tidak terganggu. Selain daripada itu, penulis juga berjaya bermain dengan emosi pembaca. Ujian demi ujian yang dialami Aurora membuatkan saya turut terkesan.
Secara keseluruhannya, novel Aurora merupakan antara karya terbaik nukilan penulis. Tahniah buat Azura Rasiddin! Teruskan berkarya.
Impian. Menemukan cinta sejati seperti mama dan papa. Di bawah langit aurora, melafazkan kata cinta yang bergelora. Ya, itulah fantasi yang sering diangan-angankan sejak dahulu kala lagi. Namun, apabila realiti hadir membuatkan dia tersentak.
Benih kebencian ditanam tatkala dilemparkan sesuatu yang mengusik hatinya. Hasilnya? Dia menagih sebuah kemaafan bertahun lamanya. Jarak yang berbatu dan rasa bersalah menghantui langkahnya. Sehinggalah detik disatukan mengubah anggapan mimpi yang disangka indah sekali.
Satu rasa. Tersemat kemas di tangkai hati. Berdiam diri. Definisi rasa yang menghimpit diri sukar diungkapkan melalui kata-kata. Kasih yang mula bercambah hari ke hari. Tetapi mengapa sukar sekali untuk dituturkan? Jurang terhasil. Walaupun dekat di hadapan mata tetapi jauh untuk digapai. Sesak. 𝐄𝐢𝐝𝐥𝐚𝐧
"𝑰 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒇𝒆𝒆𝒍 𝒊𝒕 𝒂𝒏𝒚𝒎𝒐𝒓𝒆." -𝑬𝒊𝒅
Sakit. Terseksa mencintai yang semakin mekar di hati namun hanya hirisan dalam diperolehi. Setia menanti. Ditelan segalanya dengan payah. Tangisan yang bersimfoni seringkali menjadi sahabatnya. Perpisahan atau terus kekal berdiri. Benarkah ada kebahagiaan yang menanti? 𝐀𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚
Persahabatan. Meminjam bahu menyuarakan kesakitan diri. Ketabahan. Masih cuba untuk bersabar menempuhi walaupun rebah berkali-kali. Cinta. Sukar hakikatnya mencapai kebahagiaan yang seringkali didamba semua dan ini kisah mereka.
Kesimpulannya, aku gemar plot Aurora dari awal hingga ke akhirnya cuma kurang berkenan dengan pengakhiran. Terlalu pantas setelah apa yang dilalui Aur untuk mengecapi kebahagiaan yang didamba. Pada saya, terasa kurang di situ. Apapun, tahniah kak untuk karya ini. Cukup bermain emosi namun tetap tidak boleh kalahkan PUA yang berganda-ganda kesedihannya.
🦋
Part 2
{MENGGAPAI FANTASI}
Permulaan kisah di mana Aurora ingin mengecapi fantasi miliknya. Bertemu cinta sejati serupa mama dan papanya. Hikayat yang indah sentiasa menjadi angan-angannya tatkala tiba masanya.
Tatkala menuntut ilmu zaman universiti, Eid merupakan seteru Aur. Sentiasa menyebalkan hati. Aku sendiri boleh agak kalau dah Eid selalu mengusik tu memang ada satu rasa sebenarnya. Cuma dinafikan. Benci? Benarkah itu?
My fav scene is lagu cuba dinyanyikan oleh Eid sambil memetik gitar. Aku dapat rasakan perasaan Eid yang ingin mengungkap cintanya tapi dia tak mampu. Sebab ketika itu, Aurora bertemu Ariff.
Hubungan yang dingin berubah baik apabila kejadian crush library. Pada awalnya maybe demi hubungan itu but lama-kelamaan semakin jauh. Aku tak nak cerita lebih bab ni sebab Aur pun banyak mungkir janji dengan Eid. Yup, aku suka bila mereka berbaik tapi kata-kata Aur berbaur hinaan tanpa sempat Eid menerangkan buat aku terpaku. Sakit.
Next, perpisahan. London. Yup, ketika itu Aur dah tahu kebenaran memang rasa menyesal gila. Tapi semua dah terlambat. Eid dah pergi tanpa sempat dia memohon maaf. Penantian. Bertahun-tahun untuk satu kemaafan sahaja. Mengelak. Aku pula geram. Kesian Aur. Aur pun masa tu dah berpisah dengan Ariff pun. Sebab dia sedar dalam hatinya ada Eid.
And here comes the ribut badai where semuanya hilang sekelip mata.. I cried... Nangis sebab dapat rasakan apa yang kita ada semua hancur sekelip mata. Tak lama selepas itu, perkahwinan diikat. Eid ajak kahwin sama tarikh dengan Lyn. Kembar Eid. Aur setuju sebab dia sukakan Eid. Lama.
Yup, berakhirlah bahagian 1 buku ini. Aku happy yang ini but rupanya ada kejutan menanti aku di bab seterusnya.
🦋
{DIHAMPARKAN REALITI}
Just imagine, kau baru kahwin dengan jejaka idaman kau tapi apa yang kau dapat.
Sakit. Dia kata hubungan ini hanyalah... "A loveless marriage".
Aku macam nak mengamuk. Nak marah sebab rasa dikhianati. Macam aku kat tempat Aur. Lagi pedih dia kata hanya amanah semata-mata. But the most hurt kata dia akan lepaskan jika Aur jumpa seseorang yang lebih disayanginya.
Itu baru sikit seksaan. Layanan acuh tak acuh Eid pada Aur. Balasan yang macam orang takde mulut. Memanjang "hurmm..." Aku sakit hati. Nasib belum memaki but still setiap kali Aur buat baik mesti diingatkan bahawasanya perkahwinan ini tanpa cinta. Jangan berharap.
Dah, penat tau setelah apa yang Aur lalui dengan airmata aku sekali meleleh. Eid ni cuma satu je, dia tak reti berterus-terang. Dia takut nak ambil risiko. Dia risau disakiti sekali lagi sedangkan apa yang dibuat olehnya berganda-ganda menyakitkan Aur.
Phia. Sahabat sejati sungguh. Ada dengan Aur setiap masa. Aku suka dia. A great friend, indeed. Dia lepaskan segalanya pada Phia. Aku faham Aur perlukan tempat untuk meluahkan rasa.
Aku rasa tak payah cerita banyak mana Eid sakitkan Aur. Anyway, aku cuma tak puas hati ending dia.
Memang bahagia. Cuma ada yang kurang. Sangat kurang. Kenapa lagi 30+ nak habis tu baru berbaik. Senang pula tu Aur maafkan Eid. Aku pula tak puas hati. Why you're too kind, Aur? Maybe betul kot, love is blind. Semua *dushhh boom* hilang hanya kerana cinta.
Aku merenung dinding selepas menamatkannya. Aku macam "dah habis? Why?"... Aaaaaa aku rasa kurang. Sepatutnya seksa sikit si Eid. Tapi apapun aku gembira untuk Aur. Akhirnya kebahagiaan telah pun ada. Dah tu je kot. Aku tak nak spoil sangat.
Cliche tapi best. I was like apa susah sangat Aurora ni nak bahagia? Kenapa susah sangat Eid nak berbaik semula dengan Aur? Aih. Best. Suka duka sedih nangis semua ada.
Buku ni simbolik kepada 10 tahun Azura Rasiddin bergelar seorang penulis. Congrats for your 10th year as a writer. .
Buku ni mendera emosi. Ada part sedih dan kecewa. Ada juga part bahagia. Dan kesimpulan yang aku buat lepas tutup buku ialah, aku tak suka Eidlan. Titik. .
Buku ni ada 2 bahagian. .
1. Menggapai Fantasi. .
Aurora dibesarkan dengan penuh kasih sayang, sentiasa dibentangkan dengan kisah cinta ibu bapanya di bawah langit aurora dan dia berangan untuk juga mencari Mr Auroranya. .
Aurora berkawan rapat dengan Lyn, tapi Aurora tak sukakan Eidlan, kembar Lyn. Dorang tu selalu je gaduh. Sampailah bila dah besar ni, Eidlan turunkan egonya, dan mereka mula berkawan mesra. Part ni, memang manis la. .
Sehinggalah satu salah faham merosakkan persahabatan mereka. Dan Aurora yang terpaksa menelan rasa bersalahnya demi meraih kemaafan Eidlan. .
Dan satu hari, Eidlan dan Aurora berkahwin. Aurora la manusia paling bahagia bila cintanya selama 8 tahun berbalas. .
2. Dihampar Realiti. .
Ya, realiti tak seindah fantasi. Eidlan mengahwini Aurora hanya kerana wasiat. Dan kehidupan selepas berkahwin, Aurora banyak berendam air mata. .
Cerita ni menggunakan POV 1. So, memang boleh rasa kesedihan Aurora, tapi aku tak faham perasaan Eidlan, so aku benci perangai dia. Lepas tu, endingnya agak tergesa-gesa. Kalau aku la yang jadi Aurora, aku amik masa untuk merajuk pula sebelum maafkan Eidlan, tapi nanti jadi makin tebal la novel ni. .
Cerita ni best olahannya, cuma aku kurang suka bab Aurora asyik duk bersedih je. Kejap dah reda, kejap lagi berharap lagi pada Eidlan. Sakit pula hati aku.
Tak sangka dapat habiskan buku ni kurang daripada 12 jam. Jalan ceritanya yang kita boleh simpulkan as tipikal novel Melayu 5-8 tahu. But saya masih enjoy membacanya. Masakan tidak, saya tak berhenti baca sebab ceritanya tak bosan. Malah banyak kali menangis dan sakit hati.
Dari crush - musuh - sahabat - kekasih. Begitulah lebih kurang. Banyak yang Aur lalui sebelum dia dapat Mr. Aurora yang dia dambakan sejak kecil. Penantian sejak 7 tahun yang penuh dengan derita, sabar, kecewa digantikan dengan pemberian yang sangat istimewa, Eid pulang ke sisinya membawa sejuta sesalan mengabaikan Aur sendirian sepanjang 7 tahun itu.
Aur akui dia memang silap langkah dengan memaki dan membenci Eid atas salah fahamnya terhadap ketulusan lelaki tersebut. Akibat daripada kata-kata cacian itu, Eid pinggirkan diri dan fikir begitu terukkah dirinya pada pandangan Aur? Bermula sejak itu, dia menghilangkan diri ke London, mengejar cita-citanya. Cuba untuk menghindarkan diri dan perasaannya yang masih kuat terhadap Aur. Benteng terpaksa dibina agar dia tidak melebih-lebih mencintai Aur dan perasaan takut untuk memiliki wanita itu makin menebal.
Sehinggalah Aur tahu ternyata salah fahamnya terhadap Eid adalah penyebab dia kehilangan sahabat dan insan yang paling dia cinta tanpa sedar. Akibat kata-kata nista terhadap lelaki itu, padanya dia telah menghapuskan perasaan cinta dalam hati Eid. Sehinggakan satu hari (selepas 5 tahun berpisah), Eid melamar Aur, bahagianya tak terkata, dia dapat juga Mr. Auroranya. Tapi indah hanya seketika kerana malam perkahwinannya, Aur dimaklumkan bahasanya perkahwinannya ini adalah loveless marriage. Takkan pernah sama dengan pasangan suami isteri yang lain. Kerana niat Eid memperisterikan Aur hanyalah kerana amanah dari arwah mama Aur dan permintaan mamanya sendiri. Cuma itu.
Perkahwinan yang hampir 2 tahun terjalin memang tidak bahagia dan penuh onak duri. Eid melayan Aur tidak ubah seperti housemate sahaja. Bukan suami isteri secara alami. Tapi tidak pada Aur kerana Aur tetap jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kecuali 'bersama' dengan suaminya. Aur positifkan diri dan anggap itu balasan atas apa yang dia pernah katakan pada Eid 7 tahun lalu. Siapa sangka positifnya dia, akhir sekali memakan hati sendiri. Eid bagitahu dia kena kahwin dengan Orked (kawannya semasa belajar di London). Aur terluka, kecewa, dan akhirnya merelakan jika itu boleh buat Eid bahagia. Sekalipun air mata sentiasa menemaninya setiap malam, dia redha kerana jika itu yang boleh buat Eid bahagia, dia takkan halang niat suaminya itu.
Sedih dengan Aur. She's a very strong woman! Hati dia kuat sangat. Saat epilog buku ini, saat semuanya terjawab dan Eid minta berbaik semula dengan Aur, aku macam "Whatttt?? Semudah itu je Aur terima lelaki dia balik? Kenapa dia tak jual mahal sikit? Biar nampak tindakan suaminya tetap salah!" Tapi bila fikir balik, kalau gitu gamaknya berjilidlah buku ni nanti. HAHAHAHA. So itulah sedikit 'spoiler' pasal novel bertajuk Aurora ini. Untuk menggapai fantasi, perlu melalui realiti yang dihamparkan 💙💚
This entire review has been hidden because of spoilers.
Alhamdulillah non stop baca novel ni dan non stop jugak menangis bila part sedih. Novel ni mcm kisah aku pulak 😅. Best novel ni. Part 1 aku happy dgn kisah eid dan aur ni. Comel. Tapi bila part 2 tu aduhai tak benti air mata ni menitis. Banyak scene sedih. Part ending tu hmm boleh diterima la. Nice. Novel kedua dari penulis yg aku menangis bila membacanya 👍🏻
Wow! Best! Penuh dan sarat dengan emosi. Pandai penulis. Memula dia buat kita bahagia, buat happy, emosi gembira jer, sweet...masuk part 2... Entah berapa banyak lar airmata sis ni tumpah. Kenapa Eid buat Aur macam tu wei. Pedih dan sakit hati ni baca apa yang Aur rasa. Kenapa Eid??? Kat sini rasa geram sangat dengan Eid, rasa nak hempuk je pala dia, apa jenis cinta ni. Eh!! Sedih tau part 2 tu. Baru je dok suka kat Eid dalam part 1, masuk part 2 memang dah rasa nak benci kat Eid.. Nasib lar Aur tu sayangkan Eid.
Saya pertama kali baca karya author ni adalah from ebook Tak Akan Menyatu. That book pain jgk. Dan saya suka cara penulisan author. Bab emosi mmg sampai. 👍🏻
Dan buku ni saya tak expect ianya se’pain’ ini. Ini yg saya maksudkan bila saya kata saya suka buku yang bagi ‘angst’ sbb rasa mcm feeling kita hidup. Hahahah. Idk how to explain 😆 Tp i love the pain this book gave me. Aku start baca buku ni like jam 8 mlm camtu, dan unexpectedly aku takleh stop baca. Dan aku habiskan buku ni dalam jam 2/3 pagi macam tu. 👀 Padahal esoknya kerja, tp disebabkan buku ni buat aku tak sabar sangat nak tau ending, aku terus habiskan baca 🫢 Part two sangatlah sedih ya, tak expect yang aku akan tersedu2 huhu. Punyalah feeeeeelinggg time baca tu, rasa mcm aku la karakter Aurora tu. Hahhaha, over 🤣
Tp seriously, i know FL ada salahnya, tp saya takleh terima apa yg ML buat pada FL. She doesn’t deserve that kind of treatment. She did her best though 😮💨 Dan ending dia felt kinda rushed. Sbb ehhh mcm tu ajeee. 🤔 Rasa mcm tak puas, rasa macam patut ada lebih lagi. And i just know that the author tgh tulis POV Eidlan. Can’t wait utk baca that one, so that maybe i can accept why Eidlan react that way 🤧😌 Maybe laaa. Huhu. #emptycanvashida
Saya mmg fan Puan Azura Rasiddin. Saya ada hampir keseluruhan novel dia Tapi apa yang saya dapat ulas mengenai puan Azura ialah dia suka jadikan hero dia sangat kesian, pendendam dgn heroin, suka tiba2 jadi benci, suka memendam rasa. Dari novel TLU, 9 pengakuan, Date me, Pelangi utk Ara dan sekarang Aurora. Like seriously ala bosan nya semua hero macam ni. Tapi dalam byk2 novel Pn Azura, saya rasa Eid ni la paling teruk sekali. Perasaan tak boleh nak maafkan Aurora tu kuat btul. Aurora tu pun alahai lembik sangat. Yang paling rasa nonsense bila part Eid ni pergi UK utk 6 bln sbb kawen lain. Pastu balik buat2 biasa. Ehh kau!
Seperti yang saya cakap Eid ni hero paling worst sekali. Hidup ni senang je. Kalau suka cakap suka Eid! Ko dok sanjung ego je. Lagi satu Eid dan Aurora ni takde chemistry.
Rasa byk bende nak rage pasal novel ni tapi takpelah. To Puan Azura, congratulations for your 10th years as a writer.
This is from one of my favourite novelist. I really like her writing, already ready a few of her books like Teman Lelaki Upahan, Layakkah aku?, Pelangi untuk Ara, Date Me, and Cinta Sedingin Mint. This novel is her last hard copy novel and she turned to e-book format now. So sad huhu since I don't really like e-book much and I am not the type read e-book.
As I said I like her writing. Her way of writing the storyline. All of her novels for me it was not really cliche. Maybe at first you may think it was a cliche plot but when you further read into it, it was not. I also like all her ideas. For me it was a fresh breath air, making the usual cliche plotline not cliche. Like in this novel, the part of library crush. For me, it is a fresh idea in a novel. I always like how she wrote the past background feelings of her characters in a subtle way. Like how she did not write so obvious but we know in our heart that Eidlan definitely like Aurora also. Like all the subtle lines showing how Eidlan like Aurora. I reading some lines then go read the future parts and I was like smiling like crazy alone connecting the dots hahaha. I really like development for Aurora, from her first crush on Eidlan, then her growing up thinking that it was a mere crush, then she crushing on Arif (I think this is the name ahahha), then she realizing her real feelings towards Eidlan. All the important scenes for is smart and like how deep was the emotion in there. Things like again the library crush, Aurora's parents accident, how Eidlan said there is nothing holding him back in Malaysia.
The conflict was really simple, like always. That's what I like about her writing. She always focusing more on the character's internal conflict. Since it was from Aurora's POV, we could not really see from Eidlan's POV but it was actually nicely written for me.
This novel clearly told us for the two separate part which are Menggapai Fantasi and Dihampar Realiti. This is new for her writings. For me of course my favourite would be the Menggapai Fantasi part. Actually I like the story from the beginning but not till the end. I only don't quite like the plot of Orked here. It was cliche for me from an author that is not cliche for me hahaha. But it was nothing serious lah hahah. Maybe it should have better development on how Eidlan finally able to get rid of his ego, his scared, and finally forgiving and accepting Aurora's feeling. But then again, maybe because of it was from Aurora's POV only, so that I could not really see it from Eidlan's POV.
A little bit complaint hahaha. How I wish we got proper throwback scenes of Aurora and Eidlan from their high school time. Same like Pelangi untuk Ara huhu. I need to work hard to imagine it uwaaaa.
Even though it was a little bit cringe for their ending scene but overall this is again definitely a good work from this author. I don't know how to explain but her writing definitely different from other author and it suit my taste. Fresh way of writing. I would recommend to go and read all of her other novels that I mentioned before this especially Pelangi Untuk Ara and Layakkah Aku?
S ingat karya Rehan Makhtar je yg mencabar kesabaran dan menambah tekanan jiwa. Rupanya, Aurora pun sama. How to say ya? S sakit hati dengan hero. Srs for the first time S benci dgn hero. Dahlah tak sweet, pastu perangai pun tak semengah. Apa jenis suami lah kau ni Eid? Follow the flow? The heck! Kut ye pun prinsip kau camtu, wujudkan lah effort kau tu dalam menambahbaik rumah tangga kau tu. Bukannya duduk diam macam org tak berpelajaran, langsung takde progress dalam relationship kau dgn Aurora tu. Ish stress lah membacanya, sakit hati pakej dgn air mata.
Aurora. S rasa, S tak ada kesabaran yg tinggi macam Aurora. Kadang geram jugak dgn Aurora yg terlalu positif. I can't! Kalau S jadi Aurora, S tak boleh dah nak positif. Org taknak, lantak dia. Kita dah selesai part kita, that's enough! No need to do more. At least dah try our best, that's good. And S respect dgn Aurora. Dia isteri yg terlampau baik dan sedar dgn kesilapan diri sendiri. Okay, semua org ada silap sendiri. Besar atau kecil. Faham tak, Aurora salah faham! And Aurora pun dah mintak maaf dekat org tu. Cuma, nak melupakan tu amik masa yg lama. And im frust with this conflict!
And ending nya pun, ciput sangat. Tak puas hati! Nak je tau bagi Eid rasa apa yg Aurora rasa. 7 tahun Aurora tahan rasa! Last last macam tu je Eid dapat kemaafan? Eh stress pulak kita. Tapi overall, novel ni srs best. And S tak expect conflict dia seberat tu, sbb kalau baca bab awal awal, storyline dia agak santai. Aurora yg benci ngan Eid, pastu ada crush kat library. Lah rupanya, tu baru sikit aje tau! Baru permulaan bagi sebuah penyelesalan Aurora dan konflik.
salam. baru habis baca novel ni dan sanggup sign up semata nak komen. saya bagi 3 bintang je sebab macam tak percaya ending macam tu je?? emo pulak bila baca, Eid tak bagitau pun mana dia pergi masa dia hilang setiap kali out station tu. Confession dia masa hujung cerita macam simple sangat lepas apa yang dia dumb Aurora macam tu lepas kawin tu. Tak boleh terima pulak. Tak macam novel TLU i really like that novel! Jalan cerita best sangat-sangat dan endingnya puashati penjelasan yang sangat jelas tak macam novel Aurora ni. Geramnya lahai Orked boleh pinjam laki orang macam tu je?? Kalau saya ni sejenis sedar diri kalau nak mati tu atleast jangan kacau hak orang lain. Idk, kurang suka pulak baca bahagian 2. Bahagian 1 okay, best memang setiap plot perfect je baca tapi masuk bahagian 2, i don't like that reality! haha tu je tak puashati Eid macam tak completely bagi reason dia buat Aurora macam tu.
First time baca penulisan dari Azura, and i fall in love. Gaya tulisan yang santai tetapi maksudnya tetap sampai. Bila sedih tu betul-betul buat pembaca ikut Aur sedih. Bila Aur kena layan dgn teruk oleh Eid pembaca pun sama rasa sakit nya.
Cuma ending tu terlalu rushing..tak cukup lagi kalau boleh nak la Aur tarik tali sikit HAHA XD ataupun mungkin saya perlukan lebih banyak sisi sweet Eid yang dah expressed his feeling dekat Aur. Perlukan lebih banyak sisi gentle, loving and protective of Eid terhadap Aur.
I love this book so much. Lepasni nak beli buku penulis yang lain. ^^
This entire review has been hidden because of spoilers.
All i can say is . Jalan cerita yg menarik dari bahagian 1 kita dibawa utk mengenali sisi muda aurora . Hubungan dia dgn eidlan . Kemudian ad library crush . Masuk babak kedua cerita dri sisi seorang aurora yg lebih matang i guess since ad peristiwa pahit yg berlaku . It really brought tears to my eyes. Cuma itulahh . Eidlan eidlan eidlann . I wish ending tuh tk npk tergesa2 . Sbb awal2 & tgh2 dh sedap . Tp hujung pulak mcm nk cpt hbs . Looking foward utk baca karya author yg sebelum2 ni pulak
Agak slow tapi lama-lama tu makin gila ye plot dia, aku kesian jugaklah kat Aurora ni sebab macam bodoh jugak tapi faham bila dah cintakan seseorang ni auto jadi bengap. Nasiblah ending nice je cuma macam damn Eid… walaupun tidaklah dikira curang tapi kira curang lah jugak tapi yelah main mati ni aku tak boleh nak kata apalah, tergamam and sakit hati jugak.
Anyways, kalau novel ni dijadikan drama tv, aku rasa boleh mengundang ramai makian ye sebab sangatlah unacceptable ye apa yang Eid buat. Lagipun, bukannya teruk sangat pun apa yang Aurora pernah buat, punca dari Eid jugak tau ish malas cakap lebih kang spoiler. Kalau aku jadi Aurora, aku berambus dah kot lantaklah first love ke apa, self respect aku tetap lagi tinggi hahahah.
Terlalu terikat dengan apa yang dah jadi 7 tahun sebelum. Eid tak layak untuk Aurora. Tapi at the same time, saya faham perasan Eid. Kalau saya ada dekat tempat Eid pun saya tak boleh nak maafkan sepenuhnya apa yang Aurora cakap. Tapi Eid tak patut buat Aurora menderita selama tu. Saya tak boleh terima bila Aurora masih bagi peluang untuk Eid..
This entire review has been hidden because of spoilers.
hmmmmmmmm penuh emosi aaa aku baca buku ni... see? COMMUNICATION IS A KEY?!!!!!!!!! plsla kalau tak suka/suka PLEASEEE CAKAPPP. huarrgh. aku stress nyah HAHAHA
anyway pace cerita ni cepat. mcm eh? tetiba tu tetiba ni. tula tak sedar 2 hari, aku dh habis baca buku ni. ianya seakan baca diary hehehehehehehe.
Cerita yang amat menyeronokkan. Kisah Aurora dan Eid yang membawa banyak sangat konflik. Kenapa Eid yang mudah merajuk dan sukar dipujuk..Kisah Aurora yang quite jual mahal dan begitu sabar walaupun tahu husband nak kahwin lain.....
Suka sangat sangat novel ni. So happy that i bought this novel. Rasa macam baca diary. Sangat menyentuh perasaan and I loveeeee kisah cinta dari zaman remaja, library crush, etc. Harap sangat one day ada movie atau drama (kalau belum ada) based on this book. Love love love!! ❤️
Kali ke2 beli novel dari penulis ni.. Sy rasa dah mula Minat dgn penulis. Sbb novel yang ttulis utk kita pun best. Aurora ni tak puas baca. Sama dgn novel sblm ni. Ending nya tu.. Sikit sgt. Part aur dan eid utk berbaik2 atau sweet2 tu skit. Hihi
Andai eid dpt rasa sakit hati mcm Aurora , sy bg 5star.patut 5 bab lg utk eid tu dpt balasan. Bru puas ati aku.biar eid tu rayu2 kt aurora br blh terima blik.tp best cite .sedih tu sampai jgk kt sini.