Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Shadow Series #2

Code Name Shark

Rate this book
2020. BLUE OPERATION
Objektif: Menggagalkan rancangan gila Pharma Art untuk menghasilkan senjata biologi paling berbahaya di dunia
Misi: Menjejaki dan melindungi orang yang menyimpan rahsia formulasi terakhir Blue Antharax
Sasaran: Dr. Indira Rao

Dia ialah wanita berbahaya. Dia ialah wanita yang dikatankan sudah mati. Namun, kemunculannya secara tiba-tiba di Kota Semporna telah menggegarkan segala-galanya. Pharma Art mahukan dia semula! The Shadow tidak akan biarkan itu berlaku!

"Kita kena sampai dulu kepada dia. Protect her and bring her back."

Arahan sudah diterima. Shark tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja demi melaksanakan misinya. Bagi dia, wanita itu adalah satu-satunya kunci demi menamatkan segala kegilaan Pharma Art.

Namun...

Berdepan dengan seorang Indira Rao, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu keras dalam caranya tersendiri.

"Don't mess with The Shadow. Dr. Indira Rao."
"Kenapa? Kau nak seksa aku sampai aku buka mulut?"

Tidak cukup dengan itu, muncul pula lelaki itu. Yang tidak akan pernah berhenti, sehingga Indira jatuh ke dalam genggamannya.

"They have my woman. Dan itu adalah apa yang aku tak boleh maafkan."

Masa semakin suntuk. Shark semakin terdesak. Dia perlu membawa Indira pulang ke ibu pejabat secepat mungkin! Malangnya, dia tersilap perkiraan. Indira jatuh ke tangan lelaki itu. Kini, terpulang kepada dia unuk menyelamatkan Indira dan menakmatkan semuanya hingga ke kata noktah. Kerana sesungguhnya, seorang Shark ialah...

"Aku jenis lelaki yang aka korbankan nyawa aku untuk kau."

710 pages, Paperback

First published January 1, 2020

13 people are currently reading
338 people want to read

About the author

Sara Aisha

18 books469 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
93 (55%)
4 stars
67 (39%)
3 stars
8 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
January 24, 2023
My own rate for this book: 5⭐

Buku ni bagi aku jalan cerita dia lebih menarik daripada CNC, mungkin sebab buku ni buat aku teringat zaman2 belajar dulu 🤭 Ada nutrient media, petri dish bagai, bacteria and virus. Fuhh, teringat2 time buat labwork dulu. Ok tiber 🤣

Karya Kak SA mmg karya yg dah jadi 'auto beli' aku. Selepas aku baca buku, Aku Lelakimu, terus cari karya Kak SA yang lain. Mungkin bias sikit, sbb feveret genre aku, action-thriller-romance. Satu yg aku kagum, karya Kak SA memang cukup rencah, maksud aku balance antara semuanya. Scene action yang mantap, thriller part dia, dan romance yang tak nampak forced pun. Memang ngamlah dapat gelaran 'Queen of thriller' gitu 👍 Buku ni pun jalan cerita dia macam tersusun cantik for me, macam kita dapat feel dengan every karakter dalam cerita ni. Karakter villain dia pun pergh, karakter yang memang aku geram sangat tapi kadang2 buat aku mcm suka ehh 😆 Part yang aku suka mestilah part yang dah kalau Cobra, Shark dan Wolf bergabung, memang mantap 🤌 dan tabik to the FL yang tak lembik dan kuat dengan cara dia yang tersendiri 😎

Ok, nak sambung terus dengan Code Name Wolf, sbb geram sangat Wolf ni cold, tenang je selalu, nak tgk jgk camana dia kalau gelabah 😂🤭 #emptycanvashida
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
August 14, 2022
Untuk The Shadow Series yang ke-2 pula, kita berkenalan dengan ejen Shark aka Varun. Dengan misinya untuk menjejaki dan melindungi Dr. Indira Rao yang bertindak menghasilkan Blue Anthrax. Dia mcm virus covid-19 jugak. Kalau merebak habis nyawa seluruh hidupan. Nak masuk makmal Pharma Art untuk nak buat blue anthrax ni pun kena pakai PPE. Memang bila baca CNS ni rasa macam kita tengah berada dalam situasi yang sama cuma virus yang berbeza.

Dan makhluk yang paling ku benci dan paling kejam adalah John Carlo Martinez. Dia ada matlamat sendiri dalam penghasilan blue anthrax, demi wang. Tapi Indira Rao, dia hanya nak membuktikan pada keluarganya yang dia boleh berjaya walaupun dia seorang perempuan. Dan kejayaan yang dicapai sebagai microbiologist telah disalahgunakan oleh orang lain. Dalam perjalanan untuk menyudahkan formula akhir blue anthrax tu, Dr. Indira Rao sedar yang dia patut hentikan semuanya sebelum terlambat.

"You can't make people change, if they don't want to."

Ya, sejauh manapun kita nak orang tu berubah walaupun orang tu sedar dia dah buat silap yang besar tapi kalau orang tu sendiri tak nak berubah, kita sendiri pun tak boleh nak buat apa. Biarlah undang-undang yang menghukum manusia sebegitu.

Untuk kisah Shark vs Indira Rao kali ni tak membuatkan air mata aku mengalir. Aku rasa lagi perit kisah silam Anthena Li. Tapi kedua-dua wanita ini cukup cekal dan berani dalam mengharungi hidup dalam linkungan bahaya. Berdepan dengan manusia yang tak berhati perut. Pentingkan diri sendiri semata. Nasiblah ada ejen Shark sebagai penyelamat kepada Indira.

Tak sabar plak nak menanti The Shadow Series : 3. Kali ni edisi Code Name Wolf. Saje je Cik Sara Aisha tinggalkan pertanyaan tentang identiti seorang wanita di akhir cerita. 🤔 Dan aku suka salah satu dialog perbualan antara Wolf dan Cobra.

"Aku tak tahu apa yang tak kena dengan kau orang berdua." - Wolf

"Apa?" - Cobra

"Selalu sangat bawa balik perempuan yang memeningkan kepala puan." - Wolf

So, aku teringin juga nak tahu perwatakan perempuan bagaimanakah yang Wolf akan bawa balik. Agak2 Puan Ana Maria pening ke tak? 😂 Kuat betul penangan Wolf dekat aku. Daripada CNC lagi aku dah minat kat dia. Aura dia memang lain macam. 😁
Profile Image for Glow.
81 reviews
March 20, 2023
4.5 star.

Aku suka action dalam ni. Nampak lebih bervariasi dan lebih hidup berbanding novel SK, INAM dan CNC. Tiga novel ni aku macam tak berapa nak in sangat dengan actionnya. Tak tahulah kenapa.

Awal penceritaan tu, aku lebih suka John walau dia jahat hahaha. Aku rasa chemistry dia dengan Indira lagi masuk, berbanding Indira dengan Shark. Tapi bila dah selesai semua konflik, aku lebih memihak pada Shark hehe. Dia memang 'home' untuk Indira. I can feel that. Touching betul! Then, dalam novel ni pun banyak sangat pengajaran dan info-info best. Really recommended for you guys to try it.

Selain daripada tu, aku suka susunan konflik, permainan emosi dan plot novel ni. Awal tu je slow tapi lepas babak Indira kembali pada John terus aku rasa terpancing nak sambung baca setelah lama dnf.

Overall, CNS ialah salah satu novel best dan buat aku kagum dengan penulis sebab berjaya tulis novel sebagus ni. Good job Sara Aisha. Tak sabar nak baca CNW pula lepas ni.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
August 6, 2021

"You can't make people change if they don't want to."
"Just like you can't stop people change if they want to."

Aku membaca Code Name Shark dengan rasa yang berkobar-kobar kerana membayangkan Blue Operation kali ini akan menjadi cerita yang mengujakan seperti Red Operation. Walaupun permulaan bab tidak sekuat Code Name Cobra, tetapi masih mampu membuatkan aku untuk terus kekalkan pembacaan.

Indra yang mempunyai sejarah silam, ingin membuktikan bahawa kewujudannya tidak hanya menyusahkan. Obsesi untuk membuktikan kewujudannya mampu memberikan kebaikan telah membuatkan dia terperangkap dengan misi John Carlo. Tanpa sedar, keghairahannya mencipta blue antrax merupakan kesilapan yang mampu meragut nyawa.

Aku merasakan sedikit mencabar untuk menghadam kisan Blue operation kali ni yang melibatkan ciptaan blue antrax dan makmal di Pulau Diwa. Cuma kali ini, strategi untuk Blue Operation yang dipaparkan oleh penulis lebih realistik, sebab kali ini memaparkan The Shadows banyak kali gagal dan terpaksa membuat perancangan yang lebih baik untuk menumpaskan John Carlo yang sangat licik.

Aku enjoy dengan perincian cerita dan kesinambungan setiap rentetan peristiwa yang ada, cuma kali ini aku rasa ceritanya lebih memberat kepada binaan perasaan. Shark menunjukkan sifat melindungi lebih dari seorang ejen dan lebih beremosi terhadap Indra seawal misi menyelematkan Indra. Kekuranganya mungkin juga ari pembentukan watak Shark, tidak bold dan sedikit sebanyak dibayangi oleh Kai.

Sehingga sekarang pun, aku masih teringat tentang Kai berbanding Shark. Sorry Shark. Kesimpulannya, ia masih sebuah naskhah yang mengutamakan action-thriller cuma, cuma ia tidak mengujakan seperti Code Name Cobra. Tidak dapat menghalang diri untuk membandingkan dan ini mungkin juga salah satu strategi penulis untuk mangangkat Code Name Wolf. Mungkin lah.

Tahniah penulis. Semoga terus berkarya!
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
August 15, 2022
4.0/5 ⭐

If Code Name: Cobra gives you trust issues, Code Name: Shark gives you paranoia. the villain here, is a freaking psycho! a manipulative-crazy-psycho villain.

Shark 🤝🏼 Cobra
      A simp

misi: selamatkan Dr. Indira Rao

dan selamat masuk ke hati Shark 👀🤣

there's a whole move dalam kepala bila baca buku karya kak Sara ni. memang detailed yang tidak meleret. tapi Code Name Shark ni ceritanya macam a bit meleret for me. bukan yang meleret malas nak baca, meleret yang 'cepatlah tangkap villain tu!' dan 'hello! kenapa villain ni selalu dapat apa dia nak!'

serious rasa nak baling buku ni jauh jauh masuk laut sebab villain ni. tahap kegilaan dia macam minta penampo laju laju!

"aku ni jenis lelaki yang akan korbankan nyawa aku untuk kau"

lads and gents, he really did that. tinggal nyawa nyawa ikan weh waktu tu, saya cam 😲. Shark buktikan apa yang dia cakap. Indira baru lepas nangis, boleh pula dia buat lawak bodoh 😭 penat la perangai Shark ni 🥲 lagi satu, Shark ni pendengar setia, tunggu je Indira habis nangis, baru dia tanya kenapa 😻 comel sangat

Indira Rao, seorang yang sangat degil, tapi sangatlah comel bila jealouskan Kajol HAHAHAH. apa yang berlaku pada dia, ya sangat traumatised weh!

sian Shark di bucu pintu memandang kegedikan Athena dan Cobra, dalam hati berkata 'i wish i have that with Indira' HAHAHA

"True love will make you feel calm, Indira. Will make you feel safe. As if, you're home. Somewhere that you really belong to."

ps: nama Shark sangat hot ya saya suka 🔥😻

ps 2: Saya masih simp dekat Wolf, more than Shark hehehe
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
January 25, 2023
Code Name Shark - The second instalment of The Shadow series.

Shark's mission is to save Dr. Indira Rao from the antagonist, John Carlo, who is a manipulative, psychotic guy. I often found myself getting irritated with him because ughhhh! Why did he always get away with things so easily?!

I don't have much to say about CNS, but here are some of my favourite quotes:

"Aku ni jenis lelaki yang akan korbankan nyawa aku untuk kau."
*Screamssss


"True love will make you feel calm. Will make you feel safe. As if, you're home. Somewhere that you really belong to."



I kind of prefer Code Name Cobra more as it toyed with my emotions better. Maybe because I'm a masochist? LOL. But anyway, I'm excited to start Code Name Wolf, I have a feeling I'm gonna enjoy it so much!!
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
February 23, 2021
"Aku ni jenis lelaki yang akan korbankan nyawa aku untuk kau. ~ Shark"

Operasi The Shadow kali ini digelar Blue Operation di mana objektifnya untuk mengggagalkan rancangan Pharma Art menghasilkan bioweapon yg merbahaya dikenali sbg Blue Antrax. Operasi ini lebih ditumpukan kpd Shark kerana dia mahir dlm perkara yg berkaitan dgn air. Lokasinya adalah disekitar Semporna. Misi utama untuk menjejaki dan melindungi Dr. Indira Rao iaitu org yg mempunyai rahsia formulasi terakhir Blue Antrax.

Kemunculan Indira di Semporna telah menggemparkan krn dia disangka telah mati. Pharma Art yg diketuai oleh John Carlo Martinez mahukannya semula utk melengkapkan formula terakhir Blue Antrax. Hanya Indira yg boleh menyelesaikannya kerana dia yg mencipta Blue Antrax.

Shark menjalankan misi menyelamat. Bukan mudah utk berhadapan dgn Indira, wanita yg keras hati krn pengalaman telah mengajarnya utk berhati-hati. Sukar untuknya memberi kepercayaan kpd org lain terutamanya org yg dia baru kenal.

Pd pandangan Shark setelah dia mengenali Indira, tak mungkin perempuan spt Indira tergamak utk mencipta sesuatu yg merbahaya yg akan memusnahkan org lain. Bg Indira, pengalaman hidup telah buatkan dia berubah. Berubah krn nak tunjuk pd keluarga yg membuangnya yg dia juga boleh berjaya. Tp dia tersilap langkah. Nasib baik masih diberi peluang utk membetulkan keadaan dgn lari dari Pharma Art dan John Carlo.

Bg aku, siri kali ini adalah lebih slow sikit berbanding dgn siri yg pertama. Maybe perbezaan watak dan perwatakkan antara Cobra dan Shark tu buat aku rasa spt itu. But I still love Shark and Indira story. Suka bonding mereka. Punya nasib yg sama. Idea yg diketengahkan iaitu tentang bioweapon buat aku rasa wow. Byk info dan input yg aku dpt sbg pembaca. Satu lg yg aku nmpk kedua2 siri The Shadow ni ada persamaan. Agen jatuh cinta dgn target. Harap dalam siri ketiga yg melibatkan abam beku Wolf, Cik SA akan buat sikit kelainan.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
August 15, 2021
The Shadow kembali dengan misi baru diberi nama Blue Operation. Isu kali ini sangat besar kerana melibatkan satu senjata biologi yang boleh memusnahkan jutaan manusia.

Dr. Indira Rao: salah seorang penyelidik di Pharma Art, the giant pharmaceutical company yang bertanggungjawab dalam penciptaan Blue Anthrax dan menyimpan formula terakhir.

John Carlo: pemilik Pharma Art merangkap bekas teman lelaki Dr. Indira yang memburu Indira untuk menyiapkan projek ini.

Shark: ejen The Shadow yang memegang misi utama untuk melindungi Indira daripada jatuh ke tangan John Carlo.

Prolog dimulakan dengan kemunculan semula Athena bertemu Cobra. Kemudian hilang begitu saja dan aku menjadi tanda tanya mengenai hubungan Athena dengan cerita ini. Pembacaan diteruskan dan secara keseluruhan, aku rasakan yang plot dan susunan cerita berkembang agak perlahan pada beberapa bahagian kerana banyak dialog dan lebih kepada persoalan beserta penerangan yang berbalik pada kisah Indira-John, Indira-Shark. Geram juga dengan sikap Indira yang bermain tarik tali dengan Shark.

Tidak berpanjangan perasaan geram pada Indira kerana dia menyerlah sebagai seorang wanita yang boleh mengharungi apa saja untuk menghalang kejayaan Blue Anthrax dan melindungi Shark. "He's my man and I can die for him". 💪🏻

Aku rasakan yang walaupun buku ini meletakkan Shark dan Indira sebagai watak utama, namun, penglibatan Cobra dan Wolf boleh tahan banyak juga. Cobra, si penceria suasana yang cukup suka perasan dan itulah sikap yang menjadikan buku ini tidak terlalu serius seperti isu yang dibawa. Wolf pula bagaikan abang sulung yang sungguh tenang dan sentiasa menasihati Shark apabila dia sudah dikaburi emosi. Tidak dilupa juga, kemunculan Athena walaupun sebentar berjaya memberi impak positif dalam cerita ini. Aku suka dengan kisah Athena-Cobra dan Shark-Indira. Bukan main lagi ye manis macam gula ❤️

Secara total, aku berpuas hati dengan CNS cuma bagiku mungkin lebih baik jika the last battle itu dipendekkan sedikit dan juga tidak begitu banyak monolog dalam diri. Cik SA memang saja bagi Epilog begitu untuk pembaca terus mula membaca Code Name Wolf kan 🤭

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
October 12, 2020
Idky tapi this one susah sikit nak habiskan. Kurang feel sikit. Maybe shark dgn cobra ada flirty side yg sama tu buat rasa mcm biasa dah.

Anyway, tak sabar nak baca kisah wolf pula.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 24, 2020
Siri ke 2 dlm The Shadow Series. Which is in this series, the main lead is, Shark
.

Shark, seperti nama gelarannya, dia hebat di dalam air. Yang mana dlm cerita ini melibatkan pantai
.

Blue operation dinamakan sempena nama Blue Anthrax yg mana satu formulasi yg mmpu membunuh berjuta2 orang. Tugas mereka adalah menggagalkan rancangan gila Pharma Art dlm menghasilkan senjata biologi dgn menggunakan Blue Anthrax
.

Dr. Indira Rao. Sasaran utama the shadow sbb dia merupakan org yg mencipta Blue Anthrax. Kehilangannya selama 2 tahun menyebabkan blue anthrax tdk sepenuhnya disiapkan. Kemunculannya di Semporna menyebabkan Pharma Art mahukan dia semua utk menyiapkan blue anthrax. Namun The Shadow terlebih dahulu mendapatkan Indira
.

John Carlo Martinez,manusia yg bertanggungjawab dlm Pharma Art. Baginya business is business. Biarpon dia tau blue anthrax mampu membunuh jutaan manusia. Matlamatnya cuma 1, mendapatkn kembali Indira demi menyiapkan blue anthrax
.

Aku suka dengan perhubungan yg tercipta antara Indira dan Shark. Tapi yg menjadi persoalan, bagaimana Indira melibatkan diri dalam blue anthrax dan Pharma Art? Sedangkan pd mata Shark, Indira terlihat seperti gadis yg baik². Apa yg sebenarnya terjadi? Mampukah the shadow melumpuhkan rancangan John Carlo setelah Indira terlepas kembali ke tgn John Carlo? Bagaimana cara mereka nk mendapatkan kembali Indira dan memusnahkn Pharma Art?
.

Tak sabar nak baca kisah si beku, Wolf pulak. Haih. Setiap hero the shadow mempunyai kelebihan mereka tersendiri
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
June 12, 2022
Awesome! I would say it is better than book 1, where there is more action and the romance part is not exaggerated. And the villain is kinda hot I can't even sjjshsjsjs, but dah jahat tu jahat la kan, we still stan for Shark. As for the plot, the idea of biological weapon is common but the way the author describe it really hooked me to the book. Tak meleret. But I hope the author can cerita more about Shark's past. Maybe a book where all the agents' pasts will be revealed, haha!
Profile Image for lily.
6 reviews
July 10, 2025
𝑪𝒐𝒅𝒆 𝑵𝒂𝒎𝒆 𝑺𝒉𝒂𝒓𝒌 𝒃𝒚 𝑺𝒂𝒓𝒂 𝑨𝒊𝒔𝒉𝒂🦈

"𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢 𝘯𝘪, 𝘪𝘵'𝘴 𝘺𝘰𝘶, 𝘚𝘩𝘢𝘳𝘬."💙

as the book cover, mission kali ini ialah blue operation. mendapatkan dr indira rao , pencipta blue anthrax sebelum beliau terlepas semula ke dalam genggaman pharma art🥼 blue anthrax, sebuah senjata biologi yang mampu membunuh jutaan nyawa jika jatuh ke tangan yang salah kerana mangsa akan perlahan-lahan mati dalam takungan darah dari tubuh badan sendiri😨

dr indira rao, saintis yang berjaya menjadi saintis muda dengan kepakaran yang hebat serta otak yang geliga. kepakaran yang diasah demi menunjukkan kepada mereka yang membuangnya suatu ketika dahulu bahawa dia juga boleh berjaya dan keputusan mereka adalah salah sama sekali🤝🏻 kemampuan yang dia punya mula menarik perhatian jejaka tampan yang diidamkan para gadis iaitu john carlo martinez. bersama-sama mereka mengorak langkah di diwa island sebagai pasangan kekasih dalam menghasilkan ciptaan terulung dengan menggabungkan varian bakteria dan virus terkuat, one in a lifetime creation, the blue anthrax🧬

namun, sebelum dr indira menjayakan the final formulation, dia telah menyedari kesan buruk ciptaannya lalu mengambil keputusan untuk melarikan diri dari pulau tersebut, lalu dr indira hilang buat dua tahun lamanya👣

ejen shark, bertugas mendapatkan dr indira yang muncul semula lalu melindungi beliau dari tangan jahat yang cuba merampasnya. kenapa shark yang dipilih? kerana dia mempunyai kelebihan untuk bertahan lebih lama di dalam air berbanding ejen-ejen yang lain sesuai dengan gelarannya🤌🏻 dalam buku kalini, kak sara mempersembahkan kita dengan sisi shark yang baharu, yang lebih serius, masih berlagak selamba tapi yang paling lily suka ialah sisi shark yang sayangkan indira dan risaukan indira. shark yang nampak tulus dan tegas dengan cinta yang dikatakan💞

john carlo martinez, lelaki yang menyayangi dan disayangi indira rao dua tahun lalu. lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai keinginannya walaupun mungkin tujuan itu boleh menghancurkan jutaan kehidupan manusia di luar sana. ya, apa sahaja😤 menyeksa orang bahawan jika mereka gagal dalam misi dengan menyuntik solfuzin yang menjalankan 'inside torturing' di dalam tubuh, menjadikan kanak-kanak sebagai tebusan dan menjadikan haiwan yang tudak bersalah sebagai bahan ujikaji. ye dia kejam dan dia suka itu🫵🏻

sejujurnya, lily memang benci watak john setiap kali ada tindakan bodoh yang dia ambil. namun, apabila muncul indira dalam satu jalan cerita yang sama, perkara itu menyentuh hati lily😕 mungkin kerana lily rasa sebenarnya kasih sayang yang diberikan lelaki itu ikhlas cuma dia terlalu dikaburi dengan impian tingginya tanpa sedar menyakiti wanita kesayangannya. seperti kata john, "kalau aku dapat tahu dia lukakan kau, aku akan muncul balik dan bunuh dia" kedengaran kasar tapi membuktikan bahawa cintanya pada indira tidak pernah pudar walaupun setelah segala pengkhianatan yang berlaku antara mereka🫂 (people are gonna think i'm crazy)

this book evokes a lot more emotions compared to the first one. emosi lily sangat tidak stabil waktu membaca. sekejap happy, sekejap pening nak fahamkan fakta, tiba-tiba terkejut lepastu takut. senang kata, semua perasaan terlibat🥲 banyak kata-kata dalam buku ni yang menyentuh hati lily dan pastinya lily kena snap simpan dalam gallery. isu keluarga yang dibawa juga sangat berat, sama ada keluarga kandung indira mahupun keluarga angkatnya, kedua-dua memberi impak yang sangat hebat dalam cerita ni❤️‍🩹

semasa baca buku ni, lily banyak kali juga ulang baca beberaoa scene terutama bila masuk fakta mengenai varian-varian yang lily tak pernah dengar namanya🦠 lepastu, setting tempat dalam cerita ni sangat gempak ye terutama sekali bangunan 107. macam mana kak sara boleh terfikir untuk wujudkan sebuah binaan yang sangat teliti setiap fungsinya dan semua itu berjaya digarap dengan penceritaan yang mudah difahami👏🏻

yang paling penting, akhirnya dalam buku ni cobra dah jumpa kebahagiaan yang diimpikan🥰

apapun, code name shark bukan hanya buku action thriller semata-mata melainkan membawa mesej yang sangat penting iaitu menghargai insan yang hadir dan membuat kita rasa complete, tidak kosong dan tidak sepi lagi🫶🏻

5🌟 read for 2025! fly high kak sara💞
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
September 6, 2022
Code Name Series : 2

Berkisahkan salah seorang agen The Shadows iaitu Shark atau nama sebenarnya ialah Varun (The God of Water). Agen Shark, sesuai dengan gelarannya mahupun nama sebenarnya merupakan seorang yang sangat mahir dalam air. Bermain dan menyelam di laut dalam ahhh itu sudah kepakarannya. Heroin dalam kisah ini ialah Dr. Indira Rao, seorang microbiologist yang telah dimanfaatkan kepakarannya oleh bekas kekasihnya iaitu John Carlo Martinez untuk membuat satu bioweapon. Bioweapon yang dikenali sebagai Blue Anthrax, yang cukup berbahaya dan boleh menyebabkan kematian yang cukup ngeri. 50% benda hidup boleh mati dengan cepat dalam jarak 1km Blue Anthrax dilepaskan ke udara.

Jadi apa misi utama dalam Series-2 ini? The Shadows atau lebih tepat agen Shark (yang bertanggungjawab dalam misi kali ini) perlu menjejaki dan melindungi individu yang menyimpan rahsia formulasi terakhir Blue Anthrax iaitu Dr. Indira Rao. Banyak usaha yang mereka lakukan demi menyelesaikan misi kali ini. Dari darat ke udara ke lautan, menjadi taman permainan mereka kali ini. Sangat menarik dan hampir membuatkan otak saya penat sebab membayangkan aksi-aksi mereka dan ketegangan situasi pergelutan 🔥.

Secara peribadinya, saya mengambil masa lebih kurang 6 hari untuk menghabiskan novel CNS ini. Disebabkan perjalanan cerita pada awalnya pada saya agak slow dan motif misi kali ini lambat pembaca dapat tahu. Saya mula bersemangat baca, bila Athena Li (heroin Code Name Cobra) muncul dalam novel ini. Dan bermula dari itu, barulah perjalanan kisah ini menarik dan lama-lama meletop. Saya banyak kali terlelap sepanjang saya nak sudahkan bacaan saya kali ni. Ahhhh itu saya kena jujur (ya, mungkin pada orang lain tidak).

Untuk kisah percintaan Shark & Indira, dalam novel ini nampak macam smooth saja, Indira pun dari awal dah mula selesa dengan insan yang baru dikenali dan percaya bahawa insan tersebut mampu melindunginya. Tapi untuk watak John Carlo, lagi sekali secara jujurnya saya rasa kasihan pula pada dia. Saya percaya dari awal perkenalan dia dan Indira sehinggalah ke akhirnya, dia tetap cintakan Indira. Cuma ya, sikapnya yang mementingkan diri sendiri dan kekayaannya, dia kehilangan Indira, wanita yang pernah dia bayangkan akan menjadi sang isteri dan ibu pada anak-anaknya kelak.

Overall, tahniah Kak Sara Aisha sebab sekali lagi telah menghasilkan great masterpiece yang lengkap dengan kajian awal yang sangat bagus. Pengetahuan Kak Sara Aisha memang terpaling top dalam penghasilan novel aksi-thriller ni. Really love them 🥰
This entire review has been hidden because of spoilers.
5 reviews1 follower
February 14, 2022
Novel ni for me can be kind of romance action gitu maybe? So this one background berunsur science sikit ada berkaitan bioweapon. Male lead, Shark and female lead, Indira, kedua2nya berbangsa India. Dr.Indira adalah yang bermain dengan bahan biology tu semua virus and bacterias manakala Shark pula agent yang perlu jaga Indira. So dalam novel ni basically banyak citer pasal hidup Indira yang kena berjaga-jaga sebab otak dia yang bijak tu then of course hero kita Shark ni penyelamat keadaan. Then sebab ni lah they fall in love with each other. Ok maybe akan rasa macam biasa2 but actually jalan cerita dari diorang tak kenal sampai jatuh cinta for me nice dia x de lah like tiber2 bagi sayalah dia seriously slow and nampak why dan saya dapat mendalami cerita mereka. Then why i said it's action? Sebab dalam novel ni banyak adegan yang merbahaya and then setiap scenes yang melibatkan aksi pergaduhan tu ditulis dengan nice sangat macam nampak depan mata hehe i like it soo much! Semua ayat bahasa yang digunakan was really good sebab nampak kematangan di situ. Then tentang jalan cerita actually not too hard to figure out the next part tu apa maybe sebab dh pro sebab dh baca Code Name Cobra. But walaupun begitu overall this novel was nice sebab semua unsur-unsur yang dimasukkan macam kepercayaan, determination, kebijaksanaan and so on but tentang sifat kemanusiaan paling penting sekali. Novel ni cerita tentang sifat kemanusiaan yang sepatutnya ada dalam diri kita semua. That's why i like it. After baca ada dapat something. That's all about this novel. So kalau awak tertanya2 nak beli novel ni or not. Saranan dari saya adalah if you minat romance then you 70% should buy it cause it's really sweet (tapi sebenarnya not sweet yang mencairkan dia sweet yang biasa2 tapi sebab cerita novel ni yang tragis dia jadi more and more menusuk ke kalbu gitu hahaha). If you minat action and suka citer tentang background science macam biotechnology and smart tech then yes you also can try this one cause unsur ni banyak dalam novel ni juga. That's all hope you guys also will enjoy this book(◕ᴗ◕✿)
Profile Image for laila.
22 reviews
February 16, 2022
THE SHADOW SERIES 2 : CODE NAME SHARK @ciksara_aisha

4/5🌟

Shark, one of the shadow’s best agent who is also considered as the lord of water.

Indira Rao, an expert biologist working for Pharma Art.

It’s all about Blue Anthrax. The most lethal biology weapon that only Dr. Indira knows how to handle it. I’m lying if I say that I’m not impressed at all. How can I not be? The way CNS has been written is just so detail and smooth. I salute the writer for all the research she did for this book. There are tons of research that you need to do and make sure that everything is well-written so that the readers can easily understand what are things that you’re trying to tell.

Reading this whole story literally opened my eyes about how lethal knowledge can be sometimes if we use it in a wrong path. Now I understand when people say “the most intelligent human is the one who know which room they should go with their knowledge.” And I’m genuinely impressed on how cruel and painful the writer can write when describing the situation of the effects of Blue Anthrax. That’s horrible but impressive at the same time. I was too stunned to speak hahaha! There are two things that I would like to highlight in here.

First, past.

“Don’t let your past define you, Indira. Jangan hidup di hari ini dengan melihat ke belakang.” -Shark

Well, he is true though. If we keep on locking ourselves with our past, we will never be able to move one step ahead. Even if we are moving, we still holding tight to our past which somehow in future it can pull us back from moving forward. Or worse case scenario, it can be the reason of our falls in future.

Second, greed.

John Carlo Martinez is the one who is definitely accurate for me to highlight for this one. Just because of his greed, he push aside his sympathy and sense of humanity. Planning on selling Blue Anthrax with an unstable condition? Really? Even ‘insane’ word can’t describe how crazy he is. To be rude, he is a murderer in this story. Totally, a murderer. Because of what? Greed. Money.

If you love action and science in a story… Then this will be the best one!
22 reviews3 followers
October 5, 2020
Sebenarnya saya ada tulis review d FB saya, sebagai rujukan peminat novel tanah air. Tapi saya terpanggil nak kongsi juga d GR sebab ramai orang akan nilai dulu di sini sebelum mendapatkan novel, dan tak salah buku ini masih ada dijual. Maaf Kalau saya silap informasi.

Wow! Lebih wow daripada buku prtama siri ini, Code Name Cobra. Barang kali saya kurang penghayatan bila plot melibatkan kisah ala2 gangster (kecuali versi cerita kak SA, Salju Kyoto. This one is always superb!)

Senjata biologi? Memanggggg sangat menakutkan. Penyampaian idea dan isu ini digarap dalam bentuk fiksyen tapi berasaskan beberapa fakta sebenar, ialah satu penulisan yang sangat mahal. Dengan detil lokasi sebenar, pulau2 rahsia yang tidak ditanda dalam Google maps dan Lain2. Komplot jijik pemimpin2 besar dunia, tamak haloba mereka seperti penulisan hebat contoh nya buku oleh Jerry D. Gray. Kesan Senjata bio kepada dunia jika ia benar2 terjadi.

Seperti biasa, hero dan heroin mesti akan mnjadi ikon cinta dalam novel, namun kisah cinta mereka bkn seperti tipikal novel cinta romantik. Hero heroin harus bertemu dalam suatu tragedi, dan persamaan yang tragis sebelum terus melupakan kisah lalu demi mengecap bahagia yang diidam. Shark a. k. a Varun dan Indira, punyai kisah lampau yg pahit dan sekian lama, akhirnya merasai apa yang dinamakan bahagia. Walau agak sukar melupakan cinta prtama, tetapi jika hala tuju dalam suatu hubungan tidak seirama, lepas kan ia jika lebih baik.

Buku ini secara keseluruhan menerima 4.5 bintang daripada saya. Kenapa tidak penuh? Kerana karya manusia tiada yg sempurna sifatnya. 😊 Bacaan yang amat disarankan bagi yang suka prjalanan aksi mendebarkan. Juga realiti daripada fantasi.
Profile Image for fs.bacabuku.
25 reviews
September 30, 2022
4.5/5⭐️

📍"Just cry,Indira. If you want to."
📍"Jangan rosakkan masa yang kita ada sekarang, kerana masa akan datang yang tidak pasti."
📍"Siapa kau yang dulu, tidak menentukan siapa kau yang sekarang, dan siapa kau yang akan datang."

• ⭒☆━━━━━━━━━━━━━━━☆⭒•
CNS menyajikan kisah Shark yang merupakan salah seorang ejen The Shadow yang terlibat dengan satu misi rahsia untuk seorang doktor saintis yang berkhidmat di Pharma Art.

Bukan calang-calang Indira ni. Saintis pakar sampai orang ambil kesempatan untuk gunakan dia. Kita bukan orang sains jadi agak struggle nak faham skop kerja Indira ni tapi nasib baik Kak Sara jelaskan secara terperinci dalam buku ni. Mantapp💯💯💯

Shark diarahkan untuk melindungi Indira yang diburu oleh pihak John Carlo iaitu pemilik Pharma Art. Punyalah brutal si John ni sampai semua benda dia nak ugut😭 Geram seyhh sama dia!!! Sampaikan asyik fikir bila la mamat ni nak tumbang?😂
Tak dinafikan juga John ni sweet🥲 Tetap sayangkan Indira walaupun otak dia sewel.
Tapi siapa je nak pertahankan orang yang mempermainkan nyawa orang lain?
Jadi, keputusan Indira tinggalkan John sangatlah disokong!

Suka dengan isu utama dalam cerita ni. Penciptaan senjata nuklear. Mampu ke The Shadow halang? Aipp jangan pandang sebelah mata.

"𝘋𝘰𝘯𝘵 𝘮𝘦𝘴𝘴 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘛𝘩𝘦 𝘚𝘩𝘢𝘥𝘰𝘸."

Tak expect langsung yang Shark and Indira akan secomel ini dalam cerita dorang😭😭😭 Shark sangat supportive dengan Indira like he knows how to comfort her very well❤️💯

What I learn from CNS is, betapa pentingnya kita memaafkan diri kita atas kesilapan di masa lalu yang pernah kita lakukan untuk melangkah ke hadapan. Masa lalu takkan pernah kembali bahkan mustahil jadi apa yang kita ada hari ini ialah masa kini. Jadi manfaatkan sebaiknya untuk baiki demi diri sendiri.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
November 25, 2022
Setahun baru dapat baca sambungan Code Name ni. Ini pun pinjam orang😂

✨SINOPSIS✨

BLUE OPERATION
Itu misi untuk Ejen Shark yang terkenal dengan mode hindustannya😂 misi untuk menyelamatkan Dr Indira Rao dari John Carlo sekaligus menghentikan pembikinan Blue Antrax, virus yang paling berbahaya. Semuanya tidaklah semudah yang selalau dia sangkakan. Well, kalau halangan tak teruk, tak mungkinlah dia boleh jadi ejen terbaik The Shadow kan? At the end, it’s all about mission and his woman.

✨MY OPINION✨

Membawa elemen bangsa India (mungkin) dengan mod Hindustan sebenarnya buatkan aku nak marathon movie hindustan😂 cuma belum sempat je lagi.

Jalan cerita dia panjang tapi tak boring. Cumanya, bila dah settle misi itu, aku pilih untuk baca dialog supaya pembacaan aku laju😂 sekurangnya aku tahu misi dah berjaya dan apa yang jadi pada John Carlo. Geram jugaklah dengan mamat tu tapi memang perangai dia macam tu. Haih..

Bagi aku adegan pertarungan itu memang mendebarkan. Well, this is Sara Aisha. Dia takkan buat cikai-cikai punya cerita. Sentiasa penuh dengan penyelidikan dan pengetahuan. Kiranya puaslah kalau beli sebab tak rugi kalau suka kan cerita yang ada babak lawan-lawan, penggunaan senjata, yang watak heroinnya tak lembik atau watak heronya bukan jenis kerja ofis pergi-balik ofis tak buat apa.

You will find something different in this book. Maybe will fall in love with this agent shark more! But i still love Conra😂 he really my type🤪

My advise, buku ni tebal. Ada dalam 700 muka surat. Kalau tak nak spine rosak, make sure jangan buka besar-besarlah. Buku ni pun berat. Eloklah kalau ada yang menampung buku ni bila dibaca.

Lastly, thank you to my yayang sebab sudi pinjamkan buku ni🥺 dan congrats to author or this awesome book✌🏻
Profile Image for L.N.
48 reviews1 follower
March 17, 2022
Done and dusted!

I was to excited to read wolf now because of the ending! Pandai author buat saya excited to tahu kisah wolf. But before that lets talk about Shark!


Okay to be honest is more menarik because the target is a scientist macam ala ala movie Hollywood. But is really best sebab Sara Aisha study the character properly she do her homework. Cara Sara describe the target is really accurate that it doesnt show any sign shes lack of.

Jalan cerita dia menarik and tak meleret, Shark is my favourite for now because he is such a hero! Sweet jugak! He determination to save his girl, with a pinch of drama bollywood sikit. Is a good balance.

And more over the author touch about the girl background story which is something that not many people talk about and I really like her background story. (Kalau nak tahu kena baca)

Cerita ini best kali tak ada orang spoil kan macam movie Marvel. You have to experience it and you’ll understand the hype behind it.

Like I said before, i am not a Fan of Action thriller but this series is something else. Tak sangka I’m bout to go to my last book. So im really hype for this.

Sorry I’m no professional in books and review, but all I type is what I personally feel and think about this book itself. But again Sara Aisha, Love you sister! Keep this amazing work going!!
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
September 16, 2022
"𝐀𝐤𝐮 𝐧𝐢 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐮"🥺

𝘽𝙡𝙪𝙚 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣🔵

Shark or nama sebenar dia haa baca baru tau apa😜 kalau Cobra perangai nakal macam budak2 ha Shark ni 2 kali 5 tau, dua dua ni kalau gabung stress semua😂 But, ofc Shark lagi serious sikit dari Cobra.

Basically, objective Shark is kena gagalkan Pharma Art dari create biology weapon yg paling bahaya tau. So dia punya mission kena protect orang yg simpan formula akhir Blue Anthrax and orang itu ialah Dr Indira Rao☺️

Macam easy? but not at all😌 ada this guy (bacaa baru tau siapa hohoho) yg owner kepada Pharma Art ni nak tangkap pulak Dr Indira supaya dapat habiskan formula akhir Blue Anthrax😖 Tak smooth yeee perjalanan dorang. Kita yg baca stress sebab bila scene Shark dapat Dr Indira lah time tu pulak orang lain dapat. Stress tauuu eii

But, kak Sara Aisha kan ofclah ada idea dia nak buat kita punya emosi ni huru hara😔 which Shark sanggup korbankan nyawa dia to protect Dr Indira😢 AKU MENJERIT TAU BACA PART TU EIII😭😭😭 baca tauuuu

No worries still ada shuwit dia👉🏻👈🏻 Ingat Cobra je tewas dengan target dia, rupa rupanya Shark pon tewas jugak😝 geram je dorang ni. This one Dr Indira tak jual mahal sangat kita shuka ehh🙈 Overall, best gila takde ayat dah sebab memang best tak boong
Profile Image for Nara E.
10 reviews1 follower
July 8, 2021
Ini... kisah Shark.

The best in water, seumpama namanya. Misi The Shadow kali ini lebih bahaya, lebih berisiko, membabitkan nyawa jutaan manusia tidak bersalah dan pastinya, lebih mencabar.

ʙʟᴜᴇ ᴏᴘᴇʀᴀᴛɪᴏɴ💙
Target mereka kali ini, Dr Indira Rao. Manusia pertama di dunia yang mampu mengawal virus dan bakteria. She combined these two organisms and produced Blue Anthrax, the most dangerous bioweapon.

Semakin lama misi ini berjalan, hubungan Indira dan menjadi semakin rapat. Satu demi satu rahsianya yang terbongkar sudah cukup untuk Shark berazam melindungi wanita itu.
'ᴀᴋᴜ ɴɪ ᴊᴇɴɪꜱ ʟᴇʟᴀᴋɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴋᴀɴ ᴋᴏʀʙᴀɴᴋᴀɴ ɴʏᴀᴡᴀ ᴀᴋᴜ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴀᴜ.'

And I must say this, the villain is super duper evil. Sanggup lakukan apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai. I learnt many new things in this book. For sure, lebih menarik daripada buku Biology. Kalau masuk exam pasal Blue Anthrax konfem boleh score😭. Again, Kak Sara never disappoint.

P/s: Makin lama saya baca, makin jatuh hati dengan Wolf🥺
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
September 26, 2023
[BOOK 136]

The Shadow Series 2: Code Name Shark by Sara Aisha.
.

Disebabkan aku dah melepasi fasa mengharungi Code Name Cobra, jadi laju je aku boleh baca buku kedua ni.
.

Kalau Cobra tu, aku nampak macam adik-adik, Shark ni lebih macho la. Tapi of course, aura Wolf lagi hot la.
.

Memandangkan watak kali ni ialah Shark aka Varun, maka cerita ni lebih kepada aksi hindustan. Especially masa pertarungan yang terakhir tu. Yang aku rasa ada yang unnecessary pun sebenarnya. Boleh je Shark selamatkan Dr Indira dan lari keluar, tapi boleh pulak dia buat babak hero tamil kat situ. hahaa
.

Aku suka chemistry Shark dan Indira, walaupun Shark ni slow la sedar yang dia cintakan Indira.
.

Aku suka part Shark ialah 'home' untuk Indira.
.

Aku suka jugak part closure antara Indira dan John.
.

Overall best je. Cuma lagi best kalau pengulangan scene diminimakan.
75 reviews16 followers
October 20, 2025
Lepas setel je order Phantom The Protector, aku terus marathon baca semua buku ni.

Jalan cerita ni sebegini sejujurnya pertama kali aku baca, maklum la kitanya baca buku cintan cintun je, tak ramai penulis yang menulis dengan mengkaji sebegini. Mungkin dah banyak cuma circle bacaan aku masih tak meluas.

Tapi bagi aku cerita ni kategori agak santai berbanding code nama + lucy yang lain. Tiada apa yang terlalu menarik kecuali isu bioweapon. Tiada membuatkan adrenaline rush muncul. sorry


Carta best untuk Code Name + Lucy bagi aku:
1. Phantom The Protector
2. Saving Lucy
3. Code name Cobra
4. Code name Shark
5. Code name Wolf

Tapi kalau mengikut kegempakan jalan cerita:
1. Phantom The Protector
2. Code name Wolf
3. Code name Cobra
4. Code name Shark
5. Saving Lucy
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
October 27, 2022
CNC berjaya membuatkan aku kagum dgn The Shadow.

Tp CNS ni…. Alahai.. agaknya bila dorg maksudkan top 3 best ejen dlm The Shadow ni c Shark ni yg no.3 la kut. Tak relek la dia ni. (Emo plak aku)

Tp John… ntah knp aku simpati kat dia. Cintanya kuat.🥲 Kalau lah dia berubah jd baik, for sure dia watak paling sweet dlm siri ni. Ke aku rasa mcm tu sbb dia hensem & kaya? 😆

Aku tertanya2
i) adakah Unggun masih ingat kat Indira?
ii) apa jd dgn Estefan?
iii) Athena dtg nak bg keterangan je ke? Xleh VC? Hehehe

Aku x rasa jawapan ada dalam CNW & SL.

Tp trivia buatkan aku kagum. Terima kasih SA!
CNW & SL dalam perjalanan.. can’t wait!
Profile Image for Nani.
44 reviews1 follower
February 29, 2024
Buku kedua selepas code name cobra. kalau sebelum ni red operation, sekarang blue operation. why blue? kena baca. membaca karya author kali ni rasa macam diri ni penyelidik ubat ubatan. Ejen shark yang overprotective toward Dr Indira, scene action yang padu, jalan cerita yang smooth, character FL yang kuat especially in action scene but still FL Cobra first rank..badass. Every FL dalam cerita Code Name ni ada kisah silam masing masing, same goes to Dr Indira. kenapa 4 star, i love all the knowledge i gain from this book, rasa nak tempah tiket pergi Semporna lah. no..no.. not only this book but every sara aisha books.
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
March 10, 2022
Buku yang ni membuatkan aku rasa kagum gila dengan idea SA untuk sentuh topik bioweapon and how dangerous it'll affects the world. The amount of effort she made to write this book just voila!

Aku suka semua characters CNS tapi kan entah kenapa John Carlo menarik minat aku. Jahat dan tak berperikemanusiaan langsung. Tapi if you're villain, why hot though? Haha. Dia second lead yang tersakiti, tapi takpe biarlah tersakiti sebab dia jahat.

Plot cerita ini okay, cuma entah kenapa aku macam susah nak teruskan bacaan untuk permulaan cerita.

6 reviews
November 5, 2022
Siri !! How to hate John Carlo ? Haih.. walaupun dia jahat tapi dia betul² sayangkan Indira. Tak boleh nak benci watak John ni. Seriously.

Btw i like the way penulis gambar hubungan Shark dan Indira. Bab kata Shark " there's no need for word, when actions can do all the talking". Dieorg tak sedar perasaan masing-masing sampai John tangkap Indira. Itupun thanks to Cobra.. senior dalam bab percintaan . Tak rugi beli dan baca novel ni.. recommended sangat !!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for nessilly.
39 reviews
December 5, 2022
My 2nd book by Sara Aisha; Code Name Shark. Jujur cakap awal bab je dah fefeeling Hindustan. I boleh bayangkan kacaknya shark itu dan matangnya shark itu dalam novel ni. I suka part dia selamatkan Dr. Indira. THAT WAS THE BEST PART IN THIS NOVEL!! Shark sangat ambil berat pada Indira and he's so matured. Bukan macam Cobra. Jauh sekali... Sara Aisha, again you make me love your books and writing.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
December 13, 2020
3.8 je kot..tak mampu bagi 4 ⭐ . Rasa macam cerita Shark ni tak sampai sangat ke hati. Itu yang baca ambil masa 5 hari nak habis tu. Mood ke laut.
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.