Buku ini memperlihatkan perkembangan sejarah bahasa dalam tamadun awal manusia menerusi bukti sejarah yang ditinggalkan seperti batu Bersurat epik Gilgameshyang berusia sekitar 4000 tahun sebelum masihi. Menerusi bukti tersebut dapat dikesanpenggunaan bahasa Mesopotamis terawal iaitu bahasa Akkadiah yang ditulis dalam tulisan paku (Mismariyyah).
Huraian sejarah tamadun bermula dari Nabi Adam sehingga Rasulullah SAW dan revolusi bahasa Arab. Bacaan sejarah yang sarat dengan maklumat dan foto-foto yang menarik. Mengimbau kembali silibus sejarah zaman sekolah mengenai Mesopotamia dan Tigris-Euphrate dengan sisi tamadun Islam. Saya membaca buku ini sedikit-sedikit bersesuaian dengan kandungannya yang penuh fakta.
Buku yang membuka Mata peminat sejarah tamadun. Hubungan tamadun manusia yang dikaitkan sangat signifikan dan membantu saya untuk meneliti kemajuan bahasa sesuatu tamadun bermula dari sumber primer yang sama.
Tahniah..semoga banyak artikel sebegini dihasilkan lagi.
Tamadun berkembang seiring dengan perkembangan bahasa sesuatu bangsa. Kajian secara mendalam dilakukan penulis beserta bukti-bukti yang dikemukakan membawa kepada suatu kesimpulan baru tentang revolusi bahasa di dunia. Siapakah tamadun terawal, bahasa terawal dapat ditemukan di dalam buku ini.