Jump to ratings and reviews
Rate this book

Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah

Rate this book
Tadabbur Al-Quran terhadap beberapa perkara berikut yang berkaitan dengan 114 surah Al-Quran.

Pertama: Mengetahui nama surah yang dibaca
Kedua: Sebab-sebab surah dinamakan sedemikian
Ketiga: Bilangam ayat yang menyebuy nama surah disertakan dengan mencatat ayat dan muka surat di dalam Al-Quran untuk memudahkan

237 pages, Paperback

Published May 1, 2018

12 people are currently reading
123 people want to read

About the author

Bushra Binti Talib

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (56%)
4 stars
10 (40%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
October 18, 2020
Kisah-kisah yang diceritakan dalam Al-Quran adalah kisah penting untuk kita pelajari dan fahami. Buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah boleh dijadikan permulaan untuk kita memahami Al-Quran. Berdasarkan tajuk, kita pastinya sudah mengerti isi kandungan buku ini. Intipati buku ini sangat ringkas dan padat. Setiap satu surah mengandungi hanya 2-4 halaman saja. Setiap halaman berwarna dan bergambar, tulisannya juga besar dan mesra penglihatan.

Setiap surah dimulakan dengan makna nama surah dan sedikit rumusan mengenai surah. Selain itu, terdapat juga beberapa segmen lain yang turut patut diberi perhatian seperti Kalam Hikmah, Fakta Saintifik, Segenggam Ibrah, Bongkar Sejarah, dan Tahukah Anda.

Buku yang mempunyai 237 halaman ini sangat sesuai untuk kita yang mahu memahami makna-makna indah di sebalik surah secara mudah. Tidak kira peringkat umur, asalkan ada niat mahu belajar dalam memahami sedikit sebanyak inti Al-Quran. Mulakan pembacaan dengan sesuatu yang mudah agar dapat memupuk keseronokan belajar.

Terima kasih @iqrabacalah.my kerana memberi buku ini untuk pertukaran ulasan buku. Alhamdullilah. Buku yang sangat bermanfaat untuk saya. Terima kasih juga kepada penulis atas initiatif beliau untuk menghasilkan buku ini. Usaha yang sangat baik. Semoga diberkati segala usaha penulis dan semua pihak terlibat dalam penghasilan buku ini.

Kalam Hikmah
"Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum gembira. Sepanjang hidup ini, kamu jalanilah ia dengan terbaik supaya saat kamu mati nanti kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis".

Segenggam Ibrah
"Setiap detik dalam kehidupan kita adalah sebahagian daripada buku catatan kita sendiri, maka jadikanlah, debatkanlah, gunakanlah ianya dengan elok supaya kita sendiri dapat mengambilnya dengan tangan kanan".

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Book MY.
36 reviews1 follower
April 14, 2025
Membelek buku ni kulit ke kulit barulah saya faham kenapa buku ni antara buku best selling tahun lepas. Buku ini secara mudahnya menjelaskan setiap surah yang ada di dalam al Quran berdasarkan 3 perkara utama i.e

i) Apa makna nama sesuatu surah
Eg: makna al baqarah ialah lembu betina

ii) Kenapa surah itu diberi nama itu
Eg: surah al ankabut bercerita tentang pergantungan manusia kepada selain daripada allah adalah ibarat bergantung kepada rumah labah-labah yang rapuh

iii) Apa poin utama yang cuba disampaikan dalam sesuatu surah
Eg: surah an nisa berkisar hak-hak wanita dalam pembahagian harta pusaka, nasab dll

Kerangka inilah yang digunakan oleh penulis bagi menghuraikan setiap surah secara ringkas dan padat dan ditambah pula dengan extra info yang berkaitan setiap surah seperti segenggam ibrah, doa, hadis dll. Bahasa yang digunakan sangat mesra untuk semua golongan dan sememangnya mudah untuk difahami.

Berbeza dengan kebanyakan buku lain yang membawa tema yang sama, buku ni lebih besar dan bersaiz A4 serta kertasnya licin seakan majalah selain juga ada banyak gambar dan ilustrasi yang berwarna-warni. Jadi, korang akan lebih enjoy membelek buku ni sebab memang tak bosan gayanya!

Kalau korang baru nak mula belajar tadabbur al Quran, ini antara buku yang sangat sesuai dan mesra pemula (beginner). Tak terlalu detail tapi cukup memberi kupasan yang ringkas berkaitan setiap surah.

Boleh klik link di bawah untuk membeli:
https://vt.tiktok.com/ZSrxUuAyS/
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews6 followers
April 23, 2021
Saya lebih aware maksud nama-nama surah dengan buku ni Alhamdulillah
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
May 7, 2021
Di Sebalik 114 Nama-nama Surah

Apa yang best?
1. Dinyatakan sebab dinamakan sesuatu surah, beserta teks quran yang menunjukkan kedudukan nama surah (nama surah dijelaskan dengan warna kuning). Kat sini kita boleh tahu maksud nama surah, beserta penjelasan.
2. Teks warna bersaiz besar. Memudahkan pembacaan dan bantu untuk kekal fokus.
3. Imej berkaitan nama surah turut diletakkan bagi setiap 114 surah. Insyaa allah, dengan imej, kita boleh agak apakah maksud nama surah.
4. Info menarik dari segi sejarah, fakta saintifik dan peringatan dalam ruangan "kalam hikmah"

Apa yang kurang best?
- Besar dan berat (untuk saya yang dah lama tak baca buku sebesar a4).
- Kertas kilat (kena baca dengan lighting semulajadi/bersesuaian).

Buku yang sesuai untuk pemula yang ingin mempelajari isi alquran.

Latest update: my ramadan read 😊
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.