Flora sukakan Haiyan yang telah ditunangkan dengannya oleh emak lelaki itu. Tapi, Haiyan pula sukakan Dhina, kawan baiknya sendiri. Namun, Dhina sayangkan tunangnya, Faiz. Percutian mereka di Port Dickson menemukan Faiz dan Flora yang ternyata saling mengenali. Semuanya hancur apabila Haiyan menemukan Flora di dalam bilik Faiz. "Kau nak aku terima perempuan yang dah ditebuk tupai. Oh silap. Perempuan yang dah ditebuk jantan?” - Haiyan “Saya bersumpah yang saya tidak berzina dengan Faiz.” - Flora Pertunangan Flora dan Haiyan terlerai juga. Namun, hidup Flora berubah 180 darjah. Dia perlu mengemis kasih sayang ibu bapa sendiri. Dia perlu menampal semula hati yang patah disebabkan orang kesayangannya. Setahun berlalu, Haiyan dan Flora bertemu semula. Kali ini, dalam hati Flora hanya ada kebencian. Sedangkan dalam jiwa Haiyan penuh kekesalan. "Perempuan tu Haiyan, dia senyum tapi hati dia menangis. Kamu tahu tak?” - emak Haiyan Haiyan terpaksa menelan akibat kesalahan lampaunya. Flora berterusan membenci. Namun ada sesuatu yang Flora tidak pernah tahu tentang Haiyan. Ketika dia mengetahuinya, jiwanya ranap. Jiwanya meraung. Namun, begitu mudahkan untuk Flora memaafkan Haiyan? “Baru aku tahu betapa aku sayangkan kau.” - Haiyan. Adakah cinta Flora akan kembali atau cintanya sudah beralih arah pada, Fakhrul. Sepupu Haiyan sendiri. Maaf itu mudah tetapi mengikhlaskannya itu yang susah.
weh puas gila baca. ada sakit pedih, ada manis, ada sedih, ada suka, cukup rasa semua. penulisan ieya sya ni memang buat i ketagih. harini takleh focus kerja sebab perasaan membuak-buak nak habiskan buku ni sampai distracted.
macam biasalah, watak FL yang Ieya Sya garap memang kebanyakkannya ada personaliti yang sama. Flora ni reminds me of Vena and Nayla. Bila dia marah, memang mulut bukan main lantang. Tapi lepas tu sendiri rasa bersalah sebab dah sakitkan hati orang lain. Tapi, masihlah I tetap suka dengan Flora ni.
Haiyan pulak, well, he was stupid. But he admitted that, so kita terima la kebodohan dia awal-awal tu. Tapi hehe i suka bila dia usik-usik Flora pastu gatal merenyam tetiba.
Tapi kan, kenapa ek authors (bukan Ieya Sya sorang, so this is not a direct attack lol) sukaaaa sangat tulis pain scenes panjang berjela, tapi bila part sweet tu secoet je bagi. kedekut betul. bagi la lagi extra 5 chapters untuk part sweet kiut-miut :(
anyhow, tangan i menggigil skrg nak beli ebooks ieya sya yang lain tapi kena sabar tunggu promo sebab nak borong sekali banyak. tolong lah ada year end sale, kak ieya.
Mengisahkan tentang Flora dan Haiyan, mereka bertunang tanpa cinta— kerana pilihan keluarga. Di satu percutian, Haiyan menangkap Flora di dalam bilik lelaki lain. Haiyan tidak mempercayai gadis itu lagi, dia memutuskan pertunangan dan memberitahu segalanya kepada keluarga mereka. Walhal itu semua hanyalah fitnah, kata Flora dia tidak melakukan apa-apa; dia diperangkap. — Emosi lepas baca? Hm tak okay. Jujur cakap ini ebook paling menyesakkan emosi saya, dari awal sampai habis bertubi-tubi kesakitan dan kebenaran yang susah nak hadam.
Mula-mula memang geram sangat dengan Haiyan, disebabkan dia Flora kena pergi banyak blind date semata-mata sebab fitnah dia. Lagi geram bila Haiyan cakap dia takde masa untuk minta maaf?? Ya allah setahun tu lama tau!! Dia tak fikir ke tuduhan tu sangat berat?! Nonsense!! TAPI kalau dah nama buku Kak Ieya, takkan takde kebenaran kan? Sakit jantung ni bila kita tahu kisah sebenar. Siapa yang bersalah sekarang ni?? Saya lah salah sebab dah salahkan Haiyan :’)
Tambah lagi konflik lebam di muka dan tubuh Haiyan, terbongkar lagi satu kebenaran yang tiada siapa boleh dipersalahkan. Saya betul-betul minta maaf dengan Haiyan sebab dah maki dia di awal cerita, saya tak sangka sesakit ini untuk jadi seorang Haiyan. Saya suka sangat bila ‘apa yang terjadi tu’ ada kaitan dengan apa yang Haiyan cakap dengan Flora masa dia minta maaf, jangan main dengan nyawa pls 🙏🏼
Tapi sakit juga jadi seorang Flora, setahun menderita dan melayan perasaan sendiri. Nak menangis pun dah tak guna, sangat valid bila dia susah nak maafkan Haiyan. Siapa je tak marah bila melibatkan ahli keluarga? Kesian sangat dengan dia bila dia meraih kasih sayang dengan keluarga sendiri. Saya betul-betul marah ya bila ada parents yang macam ni, iya faham kecewa tapi cuba selidik dulu.
Overall, saya tak okay. Saya terlalu happy dapat baca buku pain macam ni, banyak persoalan tapi tak tertinggal satu pun yang tak terjawab. Senang cerita, sangat puas hati. Sesiapa yang nak hatinya patah, silalah baca :))) Highly recommended
— walaupun sikit je scene diorang lepas kahwin tapi manisnya cukup!
ehhh kalau tengok tajuk pun, aku dah agak yang aku akan stress baca ebook ni. Dan tepat sekali. Pelbagai rasa ada. Ada time aku gelak, time aku sakit hati, paling banyak time sedih, dan time manis pun ada. Kalau pernah baca buku penulis, contohnya Khayla, perasaan tu sama je. Awal cerita, aku dah sakit hati, lepas tu, okay jap, dah nak habis pun sakit hati lagi, nasib baik, endingnya manis. .
Pertama sekali, terima kasih kepada penulis untuk hadiah ebook ni. Sebenarnya dah lama aku tak join contest, ni pun, aku jawab soalan 'kenapa Ieya Sya basuh pinggan' je? hahaha...dan alhamdulillah rezeki. Dahlah diberi pilihan, ebook mana yang aku nak? OMG. Aku rambang mata dan beruntunglah YPH yang aku pilih. .
Permulaan cerita lagi dah panas. Flora dan Haiyan. Mereka bertunang atas permintaan keluarga. Padahal, Haiyan sebenarnya sukakan Dhina yang sudah pun bertunang dengan Faiz. So, kisahnya, Faiz dan Flora ditangkap berduaan dalam bilik. Flora mempertahankan yang dia tidak bersalah. Tapi Haiyan dan Dhina tega menyalahkan Flora sehingga pertunangan mereka diputuskan. .
Sejak itu, hubungan Flora dan ibu bapanya menjadi renggang. Dan Flora berdendam dengan Haiyan dan Dhina yang memfitnahnya. Dan sekarang, selepas setahun lebih, mereka bertemu semula. Flora pun dah berubah menjadi lebih sarkastik dan pendendam. .
Apakah kisah yang sebenarnya berlaku? Kenapa walaupun Haiyan dah tahu kebenarannya, dia mendiamkan diri? Dan siapakah Fayyad yang sentiasa memukul Haiyan? Berjayakah cinta mereka bersatu semula? .
Di awal cerita, penulis create watak Flora yang aku suka. Flora ni selamba je memikat lelaki, kenyit mata, tenung lama-lama. hahaha. Dan bila jumpa je Haiyan dan Dhina, mulalah nak jadi macam singa lapar. Haiyan pulak, berjaya buatkan aku benci dia sekejap. Tapi sesungguhnya, hero yang penulis ciptakan takkan mampu buatku benci. Haiyan ni sebenarnya baik gila. Ada something yang dia sembunyikan. .
Oh ya, aku geram part 2 orang ni dah berbaik. Both love each other. Eh tak boleh ke kalau korang confess, lepas tu, kahwin je. Kenapa nak kena mengalah bagai. Nasib baik Fakhrul tu baik. haihhh... .
And I love their sweet moments, especially lepas kahwin tu. Weh gaduh sampai beratus mukasurat, tak boleh ke part manis tu dipanjangkan lagi? hahaha. Dan aku suka juga bila sebenarnya, dorang ni dah lama suka sama suka. Especially masa first met tu. Dengan baju Flora yang dah kotor pun, sempat lagi eh nak blind date. Tapi, Haiyan ni yang buta. Tapi takpelah. Akhirnya berjodoh jua.
Cukup rencah dalam ebook kali ni. Yang kurangnya part romance ☺️🤗
Aku suka bila Haiyan menyesal and cuba make up for his mistake to Flora. Flora pulak kesian betul la teraniayai. Tapi geram betul dengan bff Haiyan niiiii 😤
Warghhh…..again..my feelings up and down baca nukilan eiya… sebaknye bila tunang sndri tak peracayakan die.. lg sedih bila fitnah yg dilemparkan rosakkan hubungan dgn parent… Susunan cerita superb…lepas satu,satu cerita dikupas..baik belah hero or heroin..semuanya hebat la…menitik air mata aq xtau la berapa kali… psl perasaan yg tersimpan… arghh…its killing me… nasib la ade sepupu and kawan yg mmbantu bagi buka mata tu..buka mulut tu…luahkan…
Love..love..i always love ieya..so pls guys..serious besttttt!!!!
perasaan kasihan bertandang untuk kedua-dua watak utama. masing-masing mangsa pada timeline diri sendiri. benda yang tak dijangka berlaku dan melibatkan keseluruhan watak dan situasi.
penulis Ieya Sya bijak mengatur cerita. sangat suka. sebab rasa yang lalu dalam jiwa mampu diredakan walaupun berkali-kali sebak mendatang.
flora. disisih dalam diam oleh emak dan ayahnya kerana dikata sudah tidak bermaruah, bermukah dengan faiz iaitu tunang kepada dhina. dia putus tunang dengan haiyan kerana perkara itu.
setahun. setahun masanya hilang dengan emak ayah sendiri. flora sanggup blind date demi mencari seorang suami untuk buktikan dia masih suci.
tapi kemunculan semula haiyan depan mata makin buat hatinya pilu. tambah bila haiyan berkata jujur dengan emak dan ayahnya. walaupun kasih sayang diperlihatkan semula tapi entahlah. entah kenapa dia rasa marah sangat pada haiyan.
banyak perkara timbul seperti timbulnya kembali haiyan depan mata.
dan paling tak sangka. dalam tempoh setahun dia memendam duka, rupanya ada perkara yang lebih sedih berlaku.
perkara yang menjelaskan kenapa haiyan mengambil masa setahun untuk memberitahu kebenaran. kenapa haiyan hilang dan kenapa haiyan sering dipukul.
flora kelu bila dapat simpulkan semua perkara yang berlaku.
persilangan kisah masa lalu dan semasa oleh penulis mendramatikkan lagi perjalanan cerita. mampu datangkan segala jenis emosi dalam jiwa pembaca.
benarlah.
ada ketika, cinta mampu buat manusia hilang pertimbangan. cinta mampu manusia berkorban apa saja. cinta mampu buat manusia menzahirkan dalam apa jua bentuk bukti nyata.
cinta juga mampu gadai nyawa.
. bonus - kisah Bibah Aku Punya oleh cik Miss Cactus pun sangat sedap untuk dihadam. walaupun disampaikan dalam bentuk santai namun banyak pengajaran.
rumah tangga itu adalah untuk saling melengkapi pasangan. bukan diberi kelebihan untuk satu pihak saja.
dan setia kasih oleh budi pun sangat mencuit hati. dia redha bila jodohnya bukan dengan bibah. dan dia yang mengorak langkah untuk jaga bibah sebaiknya bila diceraikan oleh rafizie.
. dua-dua kisah memperlihatkan satu topik yang sangat-sangat perlu dalam perhubungan.
Oh hoi! Tunggang langgang emosi baca kisah ni. Tak sedar pun dah habis. Nak tahu sangat apa jadi pada Haiyan dalam tempoh setahun tu. Kenapa Haiyan selalu lebam-lebam macam kena pukul? Kenapa dipendamnya duka lara tu seorang diri? Tengok macam Flora, dia tak pendam dia terus sembur je dengan mulut selagi hati kata tak puas.
Mula-mula baca, saya dah geram dengan Haiyan dan Dhina. Haiyan minta putus tunang dengan Flora. Akibatnya Flora dipulau keluarga sendiri. Kemudian, keluarga Haiyan pula berpindah dan berjiran pula dengan rumah keluarga Flora. Mak ayah Flora dan Haiyan adalah kawan baik. Walaupun anak sendiri buat masalah langsung tak jejaskan persahabatan mereka.
Seiring dengan waktu di mana pergaduhan Flora dan Haiyan masih lagi berlangsung, ada rentetan peristiwa yang berlaku. Rupa2nya Haiyan dah lama tahu kebenaran tapi langsung tak berusaha nak betulkan semula. Itu yang Flora sangat2 marah pada Haiyan. Bila Haiyan akhirnya mengaku kesilapan tu, Haiyan pula yang dipulau keluarga sendiri.
Saya dah memang suka dengan karya penulis, banyak lagi tak baca. Perasaan tu masih sama bila membacanya. Nak sakit hati lebih2 dengan Dhina pun tak boleh. Kasihan jugak pada dia. Geleng kepala tengok Flora dan Dhina ni bergaduh. Gaduh2 sayang sebenarnya.
Sweetnya tengok Flora dan Haiyan. Geram jugak sebab masing-masing nak mengalah. Apa salahnya mengaku suka sama suka. Semua masalah boleh selesai kalau hati ni redha menerima apa yang dah ditakdirkan. Akan rasa lapang hati bila kita memaafkan. Kalau buat salah kena usaha minta maaf.
Genre— pain, melodrama, angst Yang patah hati— haah yg membaca ni sekali yg patah hati bukan MC je yg patah hati. Cerita yg sangat bermain dengan emosi dan panjang betul yek liku liku kehidupan kesedihan, kesengsaraan dan kedukaan Haiyan & Flora.
Cerita yg bermula dengan Haiyan yg ditunangkan dengan Flora tup tup Flora buat onar tup tup juga terputus tali pertunangan mereka. Selepas setahun mereka terjumpa semula secara tak sengaja di kafe tempat Flora bekerja. Dah jumpa secara tak sengaja tu alih alih secara tak sengaja jadi jiran pulak haih memang bala lah yek musuh bertemu kembali. Tapi apakah onar yg terjadi dan adakah benar Flora yg lakukan onar tersebut? Tak cukup dgn onar Flora, ada juga rahsia yg Haiyan pendamkan seorang diri haih ini pun geram jugek tak tahulah nak cakap apa 😇
Intro cerita rasa nak marah je dgn si Haiyan ni sebab dia nampak salah Flora je alih alih member tu takde salah apa pun haa dahtu rasa bersalah menghuni diri, nasib lah ko bang siapa suruh tak berterus terang tapi tulah tak boleh nak marah Haiyan lama lama sebab Haiyan pun ada kisah sedih dia, kenapa dia tak muncul muncul dpn Flora selama setahun dan Flora pun haih sedih betul memendam rasa, menafi apa yg dia rasa sekian lama. Mmg rasa kelakar si Flora ni duk pergi blind date tapi hakikatnya dia menutup kesedihan hati tu. Maap cakap mmg sedih yek dia nak move on tapi tak boleh tu 🥹 MC mmg sedih dan menyedihkan, kaau boleh masuk dalam cerita, mmg dah ruqyah dah dua orang tu, kit hati kita ☺️💔 dah lah backstory MC dah menyedihkan pastu dua dua duk menambahkan lagi kerumitan, kedukaan dan kesengsaraan 😭 cerita ni kan sumpah sedih cuma air mata je tak mengalir betapa terseksanya nak tgk MC mencapai kata bahagia tu walaupun ada kisah bahagia menggedik Haiyan tu tapi kisah sedih tu 90% 😔
Pastu watak watak lalang pun menguji kesabaran yek 😇 yg ni elok makan penampar dua dua ni lagi lagi si Dhina tu akulah kan haih geram betul sebab nak mengendeng dgn tunang orang pastu bukannya ada hati pun sengaja carik pasal. Fakhrul tu pun haih aku lah kan hangin betul, engko dah nampak yg Haiyan-Flora cinta satu sama lain, janganlah menyebar fitnah. Derita ya menengoknya 😔 nasib baiklah Fakhrul jugak jadi punca Haiyan ni sedar diri. Agaknya Haiyan ni tak digelar bodoh dgn Fakhrul sampai ke sudahlah agaknya tak dpt kawin dgn Flora haih Haiyan Haiyan (saya taip sambil geleng kepala)
Rahsia yg Haiyan simpan ni yg buat Flora terbuka hati nak maafkan Haiyan. Haih bila ingat balik pun rasa nak nangis 😭 betapa sayangnya Haiyan dkt Flora sampai sanggup gadaikan nyawa sendiri. Orang yg dia sayang yg menjadi keutamaan tapi sayang lembap berterus terang 😇 Haiyan ni selain mulut dia boleh tahan takde filter dengan lambat nak berterus terang tu semua on top. Takde kurang, memang husband material!
Papepun lurve dgn family Haiyan sangat sangat supportive & green flag. Family Flora pun lurve jugak tapi awal awal tu berduka dulu lah membacanya. Neways tiga serangkai tu penambah suasana. Kalau ada lagi scene Haiyan-Flora dgn tiga serangkai ni mesti lagi comel tapi tertanya gak apa jadi dgn Fayyad
Waaaaaaaaa takmauu commenttt nanti nak menangih lagii 😭😭😭😭 This ebook, berbeza sangat dengan Noah Tiara yang kelakar, Yang Patah Hati ni storynya terlalu berat dan menyeksa jiwa raga pembaca. Baca setiap bab tu kalau tak tersedu sedan, memang tak sah.
Flora dan Haiyan. Kerana satu kesilapan, kerana salah faham, kerana satu fitnah, kerana satu pertolongan, kerana patahnya hati seorang wanita pabila diuji, kerana sayang. Ya kerana cinta dan sayang semuanya bermula dan berakhir. Honestly, I'm impressed dengan YPH sebab love story mereka tak berat dan tak romantik but still ada lebih banyak tarikan lain. Persoalan yang tak penah terungkai di setiap pertemuan mereka, then bila dah terbongkar satu-satu tu, hemmm menangis lagi saya huhu. Flora such a strong girl, but Haiyan was more than that. Bagi saya Haiyan lah yang paling kuat kerana menanggung derita yang tak terluah.
Sedihhh tak habih lagii. Thankyou Kak Ieya Sya sebab berjaya buat saya bermadah jiwang with YPH. akan disimpan lovesad story ini smpai bila bila 😭😭