Dianggap sebagai ‘pesalah’ selama bertahun-tahun menjadikan Sara seorang yang paranoid, menyendiri dan menutup diri sendiri dari dunia luar. Apatah lagi yang menjatuhkan hukuman itu adalah Kifli, darah dagingnya sendiri.
Hadirnya Faz, seorang lelaki halimunan di alam mimpi membuka ruang untuk dia melarikan diri dari realiti. Disangka cuma teman ilusi mimpi, rupa-rupanya Faz wujud di alam realiti. Mereka berjanji untuk bertemu setelah wujud rasa indah antara mereka.
“Cukup tujuh kali kita bertemu dalam mimpi ni, kita jumpa di dunia sebenar.” – FAZ
Tiba-tiba Adam muncul sebagai penyewa rumah. Seorang lelaki yang adakalanya menjengkelkan dan adakalanya menyenangkan. Entah kenapa Sara merasakan Adam sentiasa ada untuknya. Sentiasa menjadi penyelamatnya. Setiap kali dekat dengan lelaki itu, ada getar debaran di dadanya. Ada rasa indah di jiwa. Macam mana dia boleh jatuh hati kepada dua orand lelaki dalam masa yang sama?
“Aku mula cintakan kau, Sara...” – FAZ “Saya takut kalau awak cuba terima saya selepas tahu saya cintakan awak.” – ADAM “Ya, saya cintakan dia!” – SARA
Namun satu nota merubah segalanya, termasuk kisah cinta mereka. Rahsia dan kisah sebenar punca kejadian Sara menjadi ‘pesalah’ mula terbongkar. Mereka semua terlibat.
Siapakah sebenarnya yang bersalah dalam kejadian itu? Siapakah lelaki yang menjadi pilihan Sara dan layak menerima cintanya?
Kisah yg sgt menarik. Belit sana belit sini akhirnya semua ada saling kaitan. Dan obvious buku ini mengingatkan saya ttg buku2 dr terbitan prolog. Genre yg sama tetapi sangat menarik kerana adanya plot twist. Mmg sangat mengujakan dr awal pembacaan sehingga ke akhirnya.
Kisah antara Sara dan juga Adam mungkin tidak logik bg sesetengah orang. Tetapi tiada yg tidak logik jika keizinan dariNya. Bermula dari mimpi mereka dipertemukan.
Sara yg terkesan dgn kematian Hafiz membawa rasa bersalah yg menggunung sehingga dia lebih selesa hidup bersendirian. Adam yg merupakan penyewa di tingkat atas rumahnya sering ada disisinya walau kdg kala Sara berasa yg Adam itu adalah misteri.
Pelbagai kejadian yg menimpa keduanya mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Adam yg penuh dgn rahsia memegang kejap akan rahsia mereka kerana tidak mahu Sara terluka. Hingga akhirnya rahsia terbongkar, Sara terduduk. Pemergian Adam membawa seribu kepahitan dlm hidup Sara.
Ingatkan kehadiran Fazwan di hadapan Garden Apartment membuka rahsia sebenarnya ttg siapa Faz dlm mimpi Sara. Rupanya byk lg kejutan demi kejutan yg dilalui oleh Sara.
Apa yg pasti, saya suka sgt dgn Coffee, Sara. Walau lokasinya adalah Malaysia, tetapi entah kenapa saya bayangkan yg cerita ini berlatar belakangkan luar negara. Tahniah Ieya Sya atas kisah ini dan saya hope Ieya Sya memperbanyakkan lg genre2 sebegini di masa akn dtg. Love❤️
Novel ini merupakan karya kedua Ieya Sya yg aku baca. Best giler. Misteri dan dendam menjadi tema utama novel ini. Satu persatu kebenaran terbongkar dalam setiap kejadian yg mempunyai kaitan dengan Sara. Aku kagum dgn Sara, gadis yg kuat dan jujur. Juga berani utk berhadapan dengan setiap masalah yg muncul. Strong girl.
Kisah mengenai Sara, seorang gadis misteri. Sangat perahsia. Bertahun-tahun Sara dihukum sbg pesalah. Semuanya bermula dgn peristiwa bunuh diri Hafiz. Kematian Hafiz menjadi punca utama dalam semua masalah yg menimpa Sara. Paling meremukkan hatinya apabila Kifli, abang kandung juga membenci dan menjauhkan diri dari Sara kerana kematian Hafiz. Dan selepas itu setiap kemalangan yg menimpa org terdekat akan dikaitkan dgn Sara. Kononnya Sara adalah penyebab kpd semua itu. Sara dihukum sbg seorg pembunuh walaupun bukan salahnya.
Sara bertemu seorg lelaki bernama Faz dalam mimpi. Pertemuan dgn Faz mengisi kekosongan jiwa Sara walaupun tidak dpt melihat wajahnya. Sara bahagia di alam mimpi dan mrk berjanji utk bertemu di dunia sebenar slps 7 kali bertemu di alam mimpi. Bolehkah pertemuan itu terjadi? Wujudkah lelaki bernama Faz di dunia sebenar?
Muncul pula Adam sbg penyewa dibahagian atas rumah Sara. Adakala kala Sara rasa Adam sbg pelindungnya, adakala kala sgt misteri sampai Sara rasa tak selamat dgn adanya Adam. Siapa Adam sebenarnya? Apa rahsia yg disembunyikannya dan apa motif sebenar Adam terhadap Sara?
Cinta? Ia juga terselit dalam novel ni. Faz dan Adam sama-sama mempunyai perasaan cinta pada Sara. Cinta tiga segi? Siapa yg dpt memikat hati Sara?
Novel ini penuh dgn teka-teka. Satu demi satu rahsia tentang setiap watak akan terbongkar. Apa kaitan semua watak dgn Sara akan terungkap. Congrats penulis, sbb menghasilkan karya yg sgt baik. Semoga terus maju jaya.
Ada kawan GR suggest buku ni. Yeahhh! dia macam bengong dan blur kejap tau sepanjang pembacaan.
Tapi bila ending dia tu sampai...MasyaAllah rasa cerdik sikit kembali dan lega. Lega seleganya. Dia mcm finally!!! terungkai jugak. Aku pun dh boleh rasa apa yang si Sara ni rasa, total clueless. Kalau aku kat tempat sarah, bukan takat clueless, aku sendiri akan call tanjung rambutan dengan rela hati nak register masuk situ. Boleh gila memikio kaitan antara diorang semua.
Aku rasa cerita dia mmg whoa, aku tak expect plot twist dia terutama part 'mimpi'. Dan kaitan antara diorang semua mmg aku tak boleh teka langsung lah.
4/5 . Kurang 1 bintang sebab aku rasa mcm banyak sangat watak dan penulis nak juga sumbat kesemua mereka nampak related dan bersangkut paut antara satu dengan yang lain walau mcm mana cara sekalipun. Ranson bersangkut dengan Mr.Ed. Mr.Ed bersangkut dengan Adam. Adam tu penjaga Ranson. Adam kenal pakcik zaim. Pakcik zaim ayah aura. Aura kenal ranson dan adam. Aura kawan baik sara. Ranson pulak adik angkat Halley. Halley kakak kepada hanna. Hanna dan Halley pun duduk dengan family adam. Grandma kenal Kifli pulak nanti pastu sangkut dengan galeri. Oh gradma granpa kenalan kepada kawan uncle zaim. Nanti sangkut kisah suhana pulak, pastu suhana relate dengan semua org termasuk yang tak tahu menahu pasal dia pun dia nak bunuh. Ayden relate dengan fazwan dan adam. Fazwan pula gi kawan dengan kifli. whahaha Belum kisah diorang jatuh dari apartment tu. Itu MAIN RECIPE DIA. Bacalah dan bersedia lah korang untuk di sangkut pautkan sel otak korang...🤣
Bytheway, Adam tu hurmmm tanak buatkan aku coffe ke?
hahahha..buku ni best! As expected. Tak sia-sia aku habiskan masa lepas habis kursus untuk habiskan buku ni. .
Okay, cam biasa lah, dah lama aku tahu buku ni best. Tapi aku baru beli 3 bulan lepas. So, sangatlah tidak adil untuk aku baca buku ni dulu, sedangkan buku aku dari 2018 pun tak baca lagi. (ceh, sebelum ni pun, bukannya adil sangat pun. haha) Tapiiii, disebabkan aku plan nak baca buku lain, tapi buku tu buatkan aku ngantuk, so, nak tak nak, gigih lah cari buku ni yang tersorok di belakang rak. .
Okay, buku ni mengingatkan aku pada buku Prolog Media. Rindunya nak baca buku-buku camni lagi. Ada elemen misteri, time travel dan plot twist yang bersepah. .
Dan untuk tidak memeningkan kepala, klunya ada pada tajuk buku ni. Hahahah..Coffee, Sara. So, aku dah pandai dah sekarang. Aku tidak lagi tertipu dengan mudah. Based on that clue, boleh la sedikit sebanyak faham jalan cerita. Tapi penulis pandai je, dia tahu aku pandai, dia twist lagi jalan cerita ni. hahaha .
Sara ni sering menyalahkan dirinya sendiri atas kejadian yang menimpa Hafiz pada 3 tahun lepas. Kerana insiden tersebut, abangnya memulaukannya. .
Bila terlalu stress, dia akan tertidur dan mimpi. Dan masa mimpi ni la, dia jumpa dengan Faz. Namun sayangnya, hanya Faz yang nampak dia, dia tak nampak Faz. So, dia jatuh cinta pada Faz tanpa mengenal wajahnya. Okay, kat sini, aku teringat Novel Mesej by Anna Lee. Rindunya pada Nik-Aria-Jason. .
Pada masa yang sama, Adam muncul untuk menyewa di rumah Sara. Adam ni attractive, tapi ada aura yang misteri. Dahlah masa mula-mula jumpa Sara lagi, dia dah tahu yang Sara ni tak tahan panas. .
Sedih sebenarnya jadi heroin untuk novel IS ni. hahaha..mesti menderita, ada guilty feeling. Tapi Sara ni tabah. .
Aku suka part kenapa ramai yang berdendam dengan Sara ni. Sebab nya aku tak boleh nak teka. Sangatlah berselirat ya. hahaha..tapi aku boleh teka siapa Faz. .
p/s: recommended untuk yang sukakan time travel, plot twist gini.
This is the first book I've read by Ieya Sya, and I don't usually have high expectations for authors whose works I've never read before. Here's my take on Coffee, Sara:
• Minor spelling errors - badan lembab (it should be lembap, lembab means bodoh), Wolkswegan (Volkswagen)
• Tenses/ Phrases - Lady first (Ladies first), Called me Rowan (call me Rowan), Let's the Devil go (let the devil go), You just a crazy idiot (you're a crazy idiot)
It's an unusual story where the characters meet in a dream. Weird? Well, there's no limit fictions anyway and I applaud the author for her attempt to write such a plot.
This story centralizes on the sibling's relationship - at the end of the day, you only have each other. Acceptance - to make peace with fate, no matter how difficult it might be. It also shows that all the negativities thrown could be ingrained into someone, and it does a lot damage than we can imagine.
I don't know why, but I've always felt sleepy whenever I tried to continue this. The first half of the plot was unclear to me - too many unanswered questions but towards the end, they unravel slowly.
The plot twist? Is there any? My bad, maybe it wasn't as mind-boggling, but overall it was an okay read. Looking forward to reading Ieya Sya's other works!
Apa yang aku boleh cakap : Buku ni besttt ya bagi aku, buku first drpd author ni yang aku baca. Buku ni agak underrated ya, this book deserves more attention 😌
Buku ni bg aku cam secukup rasa. Ada action scene sikit, the thriller part 👍 the plot twistttt 🤯, the family relationship, the mystery part, the romance part. Aku suka ya, cara penulisan author pun aku suka.
Lepas ni nak try cari karya author ni yang lain pulak 😌 #emptycanvashida
Hmm aku tak tahula aku ni susah nak fahamm cerita or cerita ni complicated? Tak tahu 😭 maaf, aku kurang suka dengan buku ni. Plot twist pun aku mcm tak terkejut sgt. Cuma "😲" sahaja. Aku beli pun rating kat GR and voucher diberikan. Hm ... Tapi takpa, aku akan cuba buku tulisan penulis yg lain ^^. Mnthu ini bukan my cup of tea tapi novel² beliau lain, ya. Ehek okay lah itu sja. Tak dpt tulis panjang² sbb aku pun tak tahu apa yg aku baca :// sorry 😭
Wow! Sebuah kisah cinta, misteri, fantasi yang diadun dengan sedikit psiko-thriller. Kisah yang sangat misteri dan sangat menarik. Dia punya susunan plot, tanda tanya, jawapan, semua wow dan best! Sangat kena dengan jiwa aku.
Ada apa dengan Adam dan Sara? Juga Faz, si halimunan di dalam mimpi Sara?
Adakah ianya cuma kisah Sara dan Hafiz ketika tragedi itu berlaku? Tidak. Tragedi itu bukan hanya melibatkan mereka berdua. Tragedi itu melibatkan ramai insan lain. Luka tragedi itu bukan hanya meninggalkan luka di hati Sara dan Kifli tapi Adam dan beberapa watak lain.
Siapa Adam? Siapa Faz dan Fazwan? Adakah mereka orang yang sama? Apa yang terjadi sebenarnya?
Inilah persoalan yang timbul sepanjang pembacaan. Banyak perkara yang tak diduga. Aku seperti 'ohh..' 'wah...' 'patutlah..' hahaha tapi hanya satu yang ku yakin dari mula. Identiti sebenar Faz. Ku teguh pendirian biarpun penulis memutar sana memutar sini jawapannya.
Namun pada akhirnya, Faz tetap orang yg ku teka. Suka? Ofcozzzzz!
"sebab awak untuk saya. sebab takdir tak mahu saya bencikan awak"
buku yang unik. perjumpaan pertama dalam mimpi. sangat pelik, orang biasa pun tak akan percaya jumpa seseorang dalam mimpi.
Adam. Lelaki yang misteri tiba tiba datang nak menyewa. cold, tapi hot grr. suka dengan kopi hitam, nasib jiwa tak hitam. annoying tapi boleh diterima la. Adam selalu ada setiap kali Sara dalam kesusahan.
Sara. Perempuan yang choose to menyendiri selepas apa jadi 3 tahun lepas. Jarang senyum, kalau senyum pun senyum paksa. for me, Sara sangatlah strong to go through life apa jadi. she is not at fault tapi, everyone blamed her. dia tak patut disalahkan atas apa yang berlaku.
Faz. lelaki halimunan dalam mimpi Sara. (Nak juga mimpi ada Faz 🥲) sweet man.
this book, banyak pengajaran. Kasih sayang antara abang adik. Takdir. Acceptance. for me, buku ni tak worth the hype. sure its a beautiful story, tapi i dont really feel the emotion. the twist? mungkin sikit. tak ada sampai nak gasp. apa pun, i did enjoy my time reading this hehe ><
Tanpa fikir banyak kali terus aku bagi full mark kat novel ni. Dgn plot twist dia yg menjadi, dan membuatkan aku sedih bila Faz itu Fazwan. Fuh, nasib baik bukan. Hampir saja aku menyumpah buku ni. Nasib baik dia Adam. 😌😂 Ok, nak minum coffee jap!
Ini kisah Sara. Sara, gadis penuh misteri. Seorang yang perahsia namun kejujurannya amat aku kagumi. Dihukum sebagai seorang pesalah bertahun-tahun. Perit. Kifli, abang kepada Sara. Benci pada adiknya? Tidak, dia hanya menafikan kerinduan yang terbuku di dada. Ego? Itu pasti.
Faz, lelaki yang muncul dalam mimpi. Sering membuatkan hatinya berirama indah dan sentiasa ada dengan Sara tatkala hidupnya penuh keserabutan. Adam, lelaki yang hadir sebagai penyewa rumah atas. Seorang yang misteri dan menyimpan seribu satu kisah hanya melalui pandangan matanya. Sara merasakan Adam ada aura yang tersendiri. Malahan, Adam dan Faz juga pernah mengungkapkan rasa cintanya kepada Sara.
Fazwan, rakan baik kepada abang Sara. Sikapnya agak menjengkelkan tetapi dapat menenangkan hati mereka. Menyindir seorang Kifli merupakan kewajipannya.
Sebuah kisah yang bertemakan dendam, psiko dan suspen misteri. Setiap helaian yang kau selak, pasti ada persoalan yang membelenggu fikiran. Bagai kepingan puzzle yang perlu dicantumkan supaya terhasilnya sebuah karya.
Panasaran. Asbab yang cukup munasabah untuk aku teruskan pembacaan.
Siapakah Faz yang sering hadir dalam mimpi Sara? Mengapa Adam kelihatan terlalu misteri? Apakah faktor yang menyebabkan Sara dianggap sebagai seorang pembunuh? Siapa Fazwan yang sebenarnya? Apakah tiada sirna untuk Sara setelah apa yang menimpa dalam kehidupannya?
Kopi itu memang pahit. Namun, tatkala menghirupnya pasti akan merasai kenikmatannya. Same goes with life. Kehidupan ini sememangnya kita akan lelah dengan ujian dan dugaan. Namun, terselit juga secebis kemanisan serta hikmah yang berlaku di sebaliknya.
Akhir tinta, aku berasa puas hati atas hasil nukilan cik penulis @ieyasha. Karya yang penuh emosi aku katakan yang kadangkala membuatkan aku geram, sedih dan ketawa girang. Tahniah diucapkan kepada @ieyasha atas karya ini dan moga diberikan ilham untuk terus berkarya. Syabas! ^_^
Disebabkan selalu sangat buku ni direkomenkan oleh beberapa bookstagram. Semalam baru terdetik nak baca dah macam tak percaya dapat habiskan harini waktu lunch. Siapa suka baca genre time travel - mystery - romance. Rasanya tak salah kalau kalian cuba beli dan baca Coffee Sara.
Ini bukan buku pertama yang dibaca dari penulis. Saya selesa dengan cara penulis menulis setiap karyanya. Kena dengan citarasa saya. CS secara ringkasnya mengisahkan tentang Sara yang bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Faz di dalam mimpinya. Malangnya hanya Faz yang boleh melihat Sara, tidak bagi Sara dan atas sebab itu mereka sudah membuat perjanjian untuk berjumpa genap mimpi mereka berdua yang ke 7 (kalau tidak silap). Dan kemunculan Adam sebagai penyewa baru di tingkat atas rumahnya serta Fazwan (kawan kepada abangnya Kifli) membuatkan Sara keliru. Dia was was dengan perangai misteri Adam dan banyak perkara terjadi sepanjang Adam pindah ke situ.
Penulis pandai menyusun jalan cerita untuk CS ini. Persoalan demi persoalan akhirnya terjawab sedikit demi sedikit. Memang saya akui saya tak sabar nak tahu semua benda serentak tapi benar kata orang sabar itu indah. Haha. Membaca CS mengingatkan saya kepada satu movie bertajuk The Lake House. Saya sukakan movie itu sebab mind blowing. Jadi saya boleh katakan penulis masih tetap berjaya menulis CS dengan baik walaupun saya ada rasa seperti penulis mendapt inspirasi dari movie tersebut secara tidak lansung. Dengan memasukkan mimpi sebagai perantaraan kepada watak utama memang menarik.
Semua watak memang berkait antara satu sama lain. Cerita A dan B dan C dan D semuanya secara kebetulan memang saling kena mengena. Memang banyak watak sebenarnya tapi saya anggap watak sampingan masih diperlukan untuk menjayakan CS. Jika tidak mesti akan rasa kehambaran jika wataknya sama saja. Habis itu, itu la juga. Kan boring.
Bila dah habis baca buku ni, aku sedar berapa banyak kali aku ‘WHAT?!’ ‘gasp’ yang mengejutkan aku. Terkejut je dengan plot-twist and kejutan dalam buku ni. Sabar aje lah.
Anyway, disebabkan aku ambil masa lama untuk habiskan buku ni (busy dengan semester baru, assignments and meeting program sana sini), i decided to give a 4/5 stars. Sebab aku lupa sikit apa jadi dekat permulaan bab sebenarnya 😂
Suka betul dengan cara Ieya Sya elaborate cerita dia. It was so well written. Mula mula kita akan jadi curious dengan apa jadi, lama gila, then konflik masuk, pembaca mula geram, lepas tu tunggu lagi, and then baru reda balik. She never failed to not explain things lah in her story. Pengarang tak biarkan pembaca tunggu at the last moment time buku nak habis baru dia cerita kan. Itu apa aku nampaklah.
Aku tak pernah baca buku Ieya Sya sebelum ni, ini buku pertama. Kalau diberi peluang and ‘duit yang banyak’ untuk karya Ieya Sya yang lain aku akan beli. Tapi aku tak kuat dengan twist 😂 iya lah, mana tak nya. Fikirkan twistnya akan setel situ je, lepas tu dikejutkan lagi dengan twist lain. Fuh.
Aku akan rindu dengan character dalam ni. Aku geram jugak kenapa FL tak end up dengan si Dia tu at first (you know who) tapi dikejutkan pulak yang si Dia tu bukan Dia yang kita harapkan, tapi orang lain 😂 aish entahlah. Terpusing-pusing plot twist dia tapi aku suka gila.
Bravo Ieya Sya..Anda senantiasa tidak pernah mengecewakan. Kisah yang berbelit-belit . Teka sini salah . Teka sana pun salah . Walau apa-apa pun, watak Sara yang cekal , tabah amat terasa di hati . Garapan watak dan jalan cerita yang sangat tersusun . Bagiku semua watak baik Sara , Adam , Fazwan & Kifli semuanya saling berkaitan . Agak sukar mencari genre sebegini untuk sebuah nashkah tempatan, tetap ada untuk dihasilkan bagi penulis yang berani dan anda adalah seorang daripadanya , IS .. Well done !!!
Separuh buku cuma pengenalan watak sahaja. Aku masih tak paham jalan cerita, ke arah mana? Science fiction ke? Aku dah mula terbayang filem Mr. Nobody, The Butterfly Effect dsbnya.
Klu muncul dan jalan cerita bergerak sedikit demi sedikit. Aku mula rasa sedikit bosan. Pada mulanya aku beranggapan cerita ni berkaitan dengan 'sumpahan' sebab Sara membesar dengan 'kematian' orang disekelilingnya. Ramai yang menderita tanpa Sara sedari. Watak Suhana muncul untuk menggerakkan jalan cerita.
Yang aku boleh rumuskan dalam buku ni, Sara degil; Kifli pula baran. Konsisten dari mula sampai tamat.
Aku tak paham logik Kifli, dia lebih pentingkan perasaan kawan berbanding adik? Sanggup abaikan darah daging sendiri. Are you okay bro?
Mimpi? Ini ke ‘plot twist’ yang dimaksudkan? Sejujurnya, aku tak boleh ‘rasa’ perasaan sedih, terkejut dalam penulisan kali ni.
Sebuah cerita yang penuh teka-teki.. Tak sesuai sangat tajuk dia.. Awalnya Sha sangkakan Fazwan tu seorang yang jahat tapi sebaliknya.. Tapi memang sukalah dengan penyampaian penulis.. Sedikit demi sedikit semua puzzle akhirnya bercantum dan mberikan keseluruhan cerita.. Kemunculan Suhana akhirnya menjadi pencetus kepada kebenaran disebalik kejadian trauma yang memisahkan Sara dengan abangnya serta kaitan Adam dan Fazwan dalam kehidupan Sara..
Memang best, sesuai la dengan rating buku ni. Penuh misteri. Baca buku ni jadi tak senang duduk selagi tak habiskan, sebab nak tau misteri disebalik tu. Sara...sara...kesian kau sara...
Awal" aku rasa bosan sikit. Maybe sbb baru nak kenal". But everything is okay. Tapi curious jugak dengan mimpi Sara tu. Then, aku teruja nak tahu siapa lelaki tu. Perghh. Mula" dpt tahu siapa lelaki tu, aku rasa mcm... Haish. Takleh cakap lh. Tapi gempak giler plot twist eh. Kudos tu the writer. Mcm" jadi. And aku suka giler bila writer dpt connect kan background every character. Then baru aku faham apa yg jadi. Sempatlah terima kenyataan yg tak berapa nak jadi tu. Haha.
jalan ceritanya agak menarik ada misteri, thriller dan fantasi. jenuh berteka-teki apa kaitan semua watak ni dengan tragedi malang yang berlaku dalam hidup Sara. penulis cuba kelirukan pembaca tapi part Faz tu dah boleh teka siapa. yang best banyak plot twist yang menarik, sampai jadi seram pula nak tahu siapa sebenarnya Adam ni sebab banyak betul rahsia dia.
4.9/5 ⭐️ Btw, tak sangka habis dalam masa beberapa jam, nampak tak betapa bestnya? Hahaha
I cant deny the plot is good, I really love how the author wrote this story with a very good pace and I would say every chapter has its own clue. Rasa macam tengah nak susun puzzle bila baca cerita ni. Saya sangat sangat sukaaa untuk sebuah cerita yang bergenre romance thriller. Sebab tk meleret tapi still memaksa otak saya teka macam2. Hahaha.
Pernah baca novel Khayla dan beberapa ebook penulis yang membuatkan saya dah hadam cara dan trick penulisan cik penulis. Disebabkan tu, saya terus tertarik nak baca novel penulis yg lain.
Cerita ni bagi saya banyak pengajaran yang jelas. Terang dan mencelikkan minda. Antaranya, kepercayaan manusia yg syirik sampai percaya pd istilah ‘pembawa si*l’ , hubungan kekeluargaan yang ibarat air dicincang tak akan putus dan bagaimana cinta yang berlebihan kepada manusia sangat membunuh jiwa.
Saya bagi kurang 0.1 sebab saya merasakan ada sedikit ‘fakta’ yg menganggu saya (Saya rasa hanya saya yg rasa mcm ni). Hanya kerana ‘insiden’ tersebut, Sara disalahkan bertubi2. Sebagai golongan manusia yg berakal waras dan boleh berfikir, salah Sara ke kerana tak terima cinta Hafiz sehingga berlakunya perkara tak diingini. Rasanya cukup menyalahkan Hafiz yang bertindak bodoh kerana terlalu tenggelam dgn cinta manusia.
Saya boleh terima jika Sarah adalah Hafiz yang desperate, dan Hafiz yg mati disebabkan kelakuan Sarah yg tak fikir panjang. Lepastu Sara hidup. Kemudian seluruh alam nak salahkan dia, then I think I would accept that.
I think that’s all from my honest opinion. But overall, penyusunan plot terbaik, paling saya suka ialah tidak ada ayat yang meleret-leret dan ‘too descreptive’. Cara penulis leraikan satu-satu pun saya sangat sangat sukaaa. Tersusun, padat, jelas dan straighforward!
Looking forward to read more of her books since she has become one of my fav authors hihi.
Novel ke 4 yang aku baca daripada penulis ieya sya. Apa yg kulihat, penulis byk melakukan improvement dlm penulisan beliau. Last aku baca Hey Laura, dlm novel tu aku byk menyuruh penulis melakukan penambahbaikan dan inilah hasilnya .
Ada apa disebalik kisah Coffee, Sara? Siapa Sara? Sara menghukum dirinya sendiri atas kesalahan yg diletakkan ke atas bahunya. Kematian Hafiz membawa punca kpd permasalahan dlm hidup Sara. Dari kecil dia digelar pembawa sial. Tapi benarkah ungkapan itu? Atas dasar apakah mereka tegar melabelkan Sara sedemikian? .
Seringkali bertemu Faz di alam mimpi membawa kegembiraan pd Sara. Biarpon hanya sebuah mimpi . Tapi wujudkah Faz di alam nyata? .
Adam, penyewa baru rumah dua tingkat milik keluarga Sara. Tapi perwatakan Adam sgt misteri. Siapa Adam? Pernah terlihat Adam dlm keadaan berdarah menjd tanda tanya pd Sara. Dan paling teruk, Sara pernah menyelamat kan seorang gadis dlm rumah Adam dlm keadaan berdarah2 dan dia nyatakan supaya Sara tdk mempercayai Adam. Siapa gadis itu? Apakah perkaitan dia dgn Adam? .
Dalam novel ni, korang akan byk berteka teki. Persoalan demi persoalan yg timbul. Wujud keraguan, siapa yg benar siapa yg tidak? Pada siapakah perlu sara berpaut kerana satu2nya abg tmpt dia begantung membuangnya disebabkan kematian Hafiz. Tiada tempat utk Sara tuju .
Elemen misteri, dendam mendominasi jln cerita CS ini. Turut terselit elemen psiko. Siapa pesalah sebenar? Siapa Sara? Siapa Adam? Siapa Faz? Persoalan inilah yg akan berlegar dalam pemikiran kita. Dan apa perkaitan tajuk novel dgn kisah hidup Sara? Korang kena dapatkan jawapannya dlm Coffee Sara .
Mengisahkan tentang Sara yang membuang semua orang sebab dia rasakan diri dia ni pembawa malang. Pakcik, sepupu dan juga ibu dia sendiri meninggal kerana ‘sentuh’ tangan dia. Sampaikan abang dia , Kifli membenci dia sampai bertahun putuskan hubungan persaudaraan mereka. Sara ni setiap kali tidur dia akan mimpi yang dia akan berjumpa seorang lelaki bernama Faz ni. Tapi Sara tak boleh nampak Faz tu cuma Faz yang boleh nampak dia.
Adam pulak seorang lelaki yang menyewa tingkat atas tempat Sara. Jadi dari sini lah perkenalan mereka. Adam dan Sara ni ada ‘pertalian’ istimewa.
Pertengahan cerita muncul pula kawan abang Sara bernama Fazwan yang kononnya nak satukan balik adik beradik yang terputus kerana dendam tapi Fazwan ni pun ada cerita dia 🥵.
Antara Adam dan Fazwan siapakah yang akan dipilih Sara ? Faz pulak betul wujud ke ataupun hanya rekaan dalam kepala Sara ? Kalau nak tahu korang kena baca buku ni.
Tema buku ni menarik sangat. Ada sentuh pasal lucid dream, dendam dan kekeluargaan. Watak sampingan seperti Fazwan, Hana, Halley, Kifli, Hafiz, Aydan dan makcik sebelah rumah Sara (aku lupa nama dia 😭) melengkapkan cerita. Mereka ada berkait sesama sendiri dan bila di hujung cerita baru kau akan faham.
Disebabkan aku dah baca ‘Selalu Ada Dia’ karya penulis yang sama so aku rasa cerita ni tak boleh lawan buku tersebut dan aku macam dah boleh agak plot twist cuma salah 😭🥲 tapi korang jangan salah faham pulak tau. Buku ni best cuma buku SAD tu BEST GILA!
My first by this writer. Not bad at all. Cuma perlu berhati2 baca sebab cerita ni ada mimpi, realiti dan diadunkan dengan kisah lampau yang mengikat semua karakter dalam buku. Bagaimana si polan A, B, C etc berkait kerana satu peristiwa berdarah dan bagaimana mereka melalui hari2 selepasnya menjadikan buku ini naskah yang tidak kurang hebatnya. Rasa mcm ada inspirasi daripada The Glass House sikit… apabila dua karakter utama berutusan pada tahun yang berlainan namun akhirnya berjumpa juga. Bukan berutus surat tapi bertemu dalam mimpi. Nice.
TAKDIR… Bagi aku, perkataan ni yang menggerakkan jalan cerita Coffee, Sara. Semua watak dalam ni belajar menerima takdir masing-masing. Cuma, cara bagaimana, cepat atau lambat sangat bergantung kepada diri sendiri dan sokongan orang sekeliling. Walaupun watak dalam ni agak banyak, penulis bijak membuat kita tahu perbezaan karakter setiap watak tersebut tanpa kita keliru. Aku suka nama watak-watak dalam ni yang ringkas dan senang disebut; Adam, Sara, Kifli, Fazwan.
Pertama kali baca karya Ieya Sya, aku boleh habiskan satu malam sahaja. Plot nya macam kita tengok drama yang thriller di mana penghujung setiap bab penulis bijak letakkan cliffhanger membuatkan kita akan terus membaca. Sedar-sedar dah jam 3 pagi.
Cara penulis menulis cerita macam aku rasa sedang tengok filem Hollywood. Cara watak-wataknya berdialog mengingatkan aku kepada filem rom-com Hollywood. Cuma, cadangan aku, penulis tambah sedikit apa-apa yang membuatkan latarnya ada nuansa tempatan. Contohnya, disebut menu makanan Malaysia atau latar tempat Malaysia yang popular seperti Langkawi dan Cameron Highland. Jika tidak, aku akan rasa macam baca novel Inggeris yang diterjemahkan.
Bagi aku yang dah lama sangat tak baca novel Melayu, sejak syarikat Jemari Seni tutup, yes, aku akan cari lagi novel Ieya Sya yang lain pulak. Cara penulisan beliau bagi aku ada identiti sendiri. Kudos kepada penulis.