Jump to ratings and reviews
Rate this book

Diam

Rate this book
Darah mengalir di atas lantai. Mereka semua masih diam. Diam melihat badan yang kaku tidak bergerak itu. Jari Saiful menyentuh pergelangannya. Namun, tiada sebarang denyutan terasa.

"Dia dah mati."
"302. Kita boleh dituduh membunuh dengan niat. Hukumannya lebih teruk. Boleh jadi, hukum gantung."

Mulai saat itu, seluruh hidup keluarga Pak Muhib berubah dengan serta-merta. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri.

"Jadi... kita perlu sorok mayat tu."

Namun, keputusan yang diambil mereka bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui oleh mereka sekeluarga untuk menutup 'kemalangan' ini.

"Tak ada mayat, tak ada kes."​​

253 pages, Paperback

First published July 1, 2020

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Zura Anwar

11 books33 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (29%)
4 stars
23 (48%)
3 stars
8 (17%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for hans.
1,168 reviews152 followers
June 15, 2021
Novel bertema jenayah dan kekeluargaan berkisar tentang keluarga Pak Muhib yang tak sengaja terbunuh Murad yang masuk merompak rumah mereka dan hampir merogol Shida, anak sulung Pak Muhib. Saiful si anak lelaki yang bercita-cita mahu jadi detektif cuba cari jalan dan mencipta alibi supaya mereka sekeluarga tak tertangkap memandangkan ayah Murad ialah orang kenamaan dan belum tentu nasib baik bakal menyebelahi mereka walaupun pembunuhan itu adalah secara tak sengaja.

Idea misteri dan jenayah yang menarik walau kisahnya simple saja. Aku suka dengan babaknya yang intens, perkembangan naratifnya yang laju dan tanpa lewah. Hampir lebih separuh narasinya bercerita tentang perjalanan Pak Muhib dan Saiful menghadap pelbagai insiden dan kebetulan untuk lupuskan mayat Murad. Bermacam hal dan kadang menghiburkan-- tayar lori pancit, ada orang nak tumpang, ditahan penjenayah dan roadblock. Dinamik watak Saiful dan Pak Muhib amat bagus, karakter-karakter lain yang melatari keluarga Pak Muhib juga diselit seadanya oleh penulis walaupun ada yang menjengkelkan tapi buat aku terfikir; betullah, orang macam ni memang wujud pun.

Pengakhirannya aku suka (walau agak tergesa), cukup menjawab persoalan dan tak tergantung. Setiap orang ada maksud dan kepentingan sendiri-- ada yang sanggup menggadai nyawa dan nasib semata untuk orang tersayang, dan ada yang dalam diam punya dendam yang menunggu masa untuk dibalas. Satu kisah yang boleh diambil iktibar-- tentang kecuaian Mak Yam, sisipan masalah sosial pada watak Murad, tentang orang berkuasa yang bongkak dan ambil kesempatan juga kesan desakan hidup pada watak Pak Muhib, Hanis dan Jasin. 4.3 bintang untuk DIAM.
Profile Image for Aina (Elfbookstagram).
23 reviews6 followers
January 2, 2022
Diam by Zura Anwar
.
Bertemakan misteri jenayah dan kekeluargaan. Bab-bab intens ni, bagilah kt Kak Zura. Genre slow pace ke fast pace ke, kalau berdebar tu tetap berdebar jugak🥶.
.
Kisah Pak Muhib yang secara tidak sengaja membunuh seorang pemuda bernama Murad dalam satu pergelutan untuk menyelamatkan anak perempuannya iaitu Shida daripada dirogol. Saiful yang bercita-cita menjadi detektif cuba mencipta alibi dan menghapuskan semua bahan2 bukti yang boleh disabit ke atas mereka sekeluarga. "302, hukuman gantung sampai mati bagi mereka yang membunuh". Apa yang mereka perlu buat hanyalah BERDIAM.
.
"Tak ada mayat, tak ada kes"
.
Keluarga Pak Muhib tersepit antara mahu menyerahkan diri kepada pihak polis atau hanya
berdiam dan dibelenggu rasa bersalah sampai mati. Trauma dan anxiety? Itu sudah pasti. Yang manakah mereka akan pilih? Nak tahu ending dia kena la baca buku ni okay🤭.
.
Susunan cerita yang smooth, jalan cerita yang intens, memang melekat je kt satu tempat waktu aina baca buku ni. Pengajaran yang boleh dijadikan tauladan. Keep simple, "kalau kita rasa kita betul, just jujur dan berkata benar. Tak perlu rasa takut. Kalau kita berusaha _menegakkan benang yang basah_, rasa bersalah tu akan tetap kuat dalam diri sampai bila2 bahkan bertahun".
.
Rating: 4.6⭐
Overall, jalan cerita yang baik dan banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada buku Diam ni. Sesiapa yang minat baca buku jenayah + misteri + kekeluargaan, korang akan enjoy dgn buku ini🥰.
Profile Image for ⠀.
122 reviews35 followers
August 29, 2022
Kalau dalam buku Ghairah sebelum ini berlatar tempat satu lokasi, dalam buku kali ini pula hampir keseluruhan cerita berlatar masa sehari. Kisah saspens tentang sebuah keluarga yang melakukan pembunuhan sewaktu cuba mempertahankan diri dan usaha mereka untuk merahsiakan jenayah itu. Kisahnya seringkas itu saja. Sepanjang buku menceritakan tentang usaha mereka cuba untuk menyembunyikan mayat orang yang dibunuh dan halangan-halangan serta gangguan-gangguan yang mahu mengancam cubaan mereka. Secara peribadinya bagi aku, ceritanya biasa-biasa saja. Okaylah. Cuma rasa cemas dan debar tak ada sangat. Mungkin sebab bagi aku penulisannya pun agak ringkas juga. Tidak banyak sangat perincian diberi untuk membina suasana saspens ataupun menunjukkan rasa cemas dan takut watak-watak yang cuba merahsiakan jenayah mereka. Tapi boleh tahanlah untuk kisah saspens yang ringan. Sesuai dibaca kalau mencari kisah thriller yang tak berapa nak thrilling dan tidak berapa berat sampai pening kepala nak fikir. Kerana seperti pengguna Panadol Actifast, tidak semua orang ada masa untuk sakit kepala.
Profile Image for SS.
529 reviews5 followers
May 8, 2024
Tajuk: Diam
Penulis: @zuraanwar_writer
Penerbit: Dear Novels

"Tak ada mayat, tak ada kes" 🔎

Hidup keluarga Pak Muhib berubah 100% pada hari tersebut. Hari dimana mereka sekeluarga tanpa sengaja terbunuh Murad yang bertindak di luar jangkaan. Demi menyelamatkan nyawa lain, satu nyawa terkorban. Sudahlah pada hari yang sama juga anak perempuannya bakal bertunang. Ada pula mayat di ruangan dapur. Macam mana agaknya mereka lupuskan mayat Murad? Apa yang akan terjadi seterusnya?

Bayangkan, nak sorok mayat tapi sejenis gabra yang tak boleh dibendung. Mujur ada si Saiful (anak lelaki Pak Muhib) yang jadi mastermind. Dia yang atur segalanya untuk sorok mayat sebab dia kan memang ada cita-cita nak jadi Detektif. Dia memang manfaatkan sepenuhnya ya. Siap cipta alibi bagi kukuhkan bukti. Pandai dia atur segala-galanya. Kalau nak harapkan ahli keluarga lain. Rasanya tak sampai berapa minit, semua dah ke lokap rasanya.

Baca blurb belakang buku terus teringat cerita Drisyam. Kita dah boleh tahu kemana arah ceritanya. Sebab to be honest, kita suka movie Drisyam tu and kita rasa penulis @zuraanwar_writer ubah banyak juga mengikut kesesuaian dan kelogikkan buat pembaca Malaysia.
Antara contoh yang diubah/berbeza ialah bilangan watak, siapa mastermind, punca terjadi pembunuhan, cara lupuskan mayat, kejadian yang terjadi sepanjang perjalanan dalam lori & ending.

Suspen tu kurang mungkin sebab kita nampak watak lebih pada gabra. Yang kita dapat rasa ialah perasaan intens especially bahagian Pak Muhib & Saiful dalam perjalanan nak lupuskan mayat. Ada saja dugaan. Dan juga seteres. Hshs. Tapi just imagine la dalam masa sehari macam-macam jadi. Penat betul. 😤 Sebagai pembaca, kita pulak yang rasa macam nak bawakkan lori Pak Muhib tu. Nak bawak laju-laju. Haha. Cepat sikit sampai. Kita rasa macam Pak Muhib bawa lori cam siput.

Dan, kita tak sangka ending dia turn out jadi macam itu. Penulis twist macamtu je. Walaupun agak rushing bahagian ending. Rasa macam terlalu cepat sangat. Tapi banyak persoalan akhirnya terjawab.
Sampai bila dapat sorok rahsia besar tu? Korang kena baca buku Diam ni.

📌 Kita takut kita salah cakap berkaitan hal plagiat. Jadi boleh sesiapa terangkan dekat kita tak beza antara plagiat & inspirasi?
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 2, 2020
Ini first time aku baca novel penulis ni. Tertarik lepas baca teaser di fb dear novel
.

Pak muhib, keluarganya biasa2 saja. Dia bekerja sebagai penjual ikan manakala isterinya menjaja makanan di tepi jalan. Mempunyai 3 orang anak, Shida, Saiful dan Safwan
.

Tanpa sengaja, pak Muhib telah tertikam Murad saat mereka bergelut kerana Murad cuba perkosa Shida. Murad, si kutu rayau yang inginkan Shida tp ditolak. Mereka merancang untuk melupuskan mayat Murad kerana keluarganya tidak sanggup jika Pak Muhib dijatuhi hukuman. Mujurla Saiful biasa menonton cerita CSI, jd dia tau serba sedikit cara utk melupuskan mayat Murad
.

Cerita ni bole dikatakan berlaku dalam masa sehari je. Permulaan drpd Murad dibunuh, cara mereka mengalih mayat dan hinggala mereka selamat melupuskan mayat Murad. Tapi adakah sebegitu mudah? Bagaimana ke akhirnya? Selamatkah keluarga Pak muhib drpd tuduhan membunuh?
.

Aku suka dengan semangat kekeluargaan mereka. Walaupon mereka menghadapi masalah yg berat, mereka masih bekerjasama dan saling melindungi antara satu sama lain
.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
December 25, 2021

– 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 –
Hari yang sepatutnya indah untuk keluarga Pak Muhib menerima romobongan pinangan anak sulungnya bertukar menjadi tragedi apabila seorang ‘perompak’ masuk ke rumah mereka dan secara taksengaja terbunuh ketika keluarga Pak Muhib mempertahankan diri. Demi mengelakkan sistem undang undang yang ‘tidak adil’ seperti tuduhan membunuh tanpa niat, keluarga Pak Muhib terpaksa berhempas pulas mengharungi pelbagai rintangan dalam menghapuskan segala bukti terutama sekali mayat tersebut.

– 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 –
Rentak buku ni bagi kita laju & tak melewah. Every chapter ada punchline dan plot penting yang takboleh skip.

Saspens dia kita bagi full mark! Seriously, adaaaaa je scene yang macam “𝙚𝙝 𝙚𝙝 𝙙𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙣𝙩𝙤𝙞 𝙠𝙚 𝙣𝙞” then rupanya “𝙩𝙖𝙠, 𝙤𝙝 𝙡𝙚𝙜𝙖” pastu sambung lagi “𝗵𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗶?!” dan begitu lah banyak kali

Kita suka macam mana penulis selit satira dalam buku ni contohnya macam budak 5 tahun yang annoying suka panjat panjat kat rumah orang, majikan yang suka bagi jawatan kat kroni sendiri and of course makcik bawang haruslah ada! 🤣☝🏻

Something missing (bagi kita lah) from this book is bcs dia thriller kan plus cover buku ni tunjuk mayat pulak tu is the “goosebumps” feeling. Rasa seram tu ada sikit time kat hutan tapiiii yang rasa “goosebumps” tu takde bila baca buku ni. Tapi tapi tapi, maybe sebab killer nya pun orang baik baik & bukan psycho killer so it’s understandable.

– 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 –
Pembaca yang suka roller-coaster saspens, baca lah 🤣👍🏻
Untuk yang tengah reading slump, nak yang santai santai je pun boleh pick up this book

————
𝕋𝕒𝕜 𝕒𝕕𝕒 𝕞𝕒𝕪𝕒𝕥, 𝕥𝕒𝕜 𝕒𝕕𝕒 𝕜𝕖𝕤 - 𝕊𝕒𝕚𝕗𝕦𝕝

🌟🌟🌟.5 /5
6 reviews
March 25, 2022
Diam by @zuraanwar_novel

♡ Sebuah novel yang bertemakan jenayah dan kekeluargaan.

"302, Kita boleh dituduh membunuh dengan niat. Hukumannya lebih teruk. Boleh jadi, hukum gantung."

♡ Pak Muhib tidak sengaja telah tertikam Murad yang cuba untuk menceroboh rumahnya dan memperkosa anak sulungnya, Shida. Oleh disebabkan mereka sekeluarga tidak ingin disabitkan dengan undang-undang di dunia, mereka sekeluarga memilih untuk menyorok mayat itu dan menghapuskan semua bukti.

"Tak ada mayat, tak ada kes."

♡ Jalan cerita yang teratur, saspens, penuh dengan debaran di setiap helai muka surat dan buat Syu rasa taknak stop baca sebab tak sabar nak tahu kesudahannya.

♡ Walaubagainanapun, ada banyak pengajaran yang disampaikan oleh penulis.

1) Walaupun kita terlepas dengan hukuman dunia, kita takkan terlepas di muka pengadilan Tuhan kelak.

2) Kita juga takkan dapat hidup dengan tenang walau memakan berpuluh tahun lamanya.

" Dia mengerling polis yang baru melintasi mereka sebentar tadi, kini dia berasa trauma dan takut apabila melihat orang yang berpakaian seragam biru tua itu. Dia berfikir entah sampai bila harus dia hidup dalam sangkar resah ini."

" Biarpun mereka cuba untuk melupakan tragedi tersebut, namun separuh daripada diri mereka tidak boleh berbohong. Ya, mereka tidak tenang. Sehinggakan, kadang-kadang mereka termimpikan Dato' Ismail dan jasad Murad di dalam tidur mereka."

♡ Ending dia memang Syu tak expect lansung. Selamatkah mereka sekeluarga?

♡ Bagi Syu, novel ini sangat sesuai untuk mereka yang minat dengan dunia penyiasatan dan thriller.

That's all thanks for reading 🦋

Bookstagram : @libraryofsyu
Profile Image for Keju.
12 reviews
September 25, 2020
Novel DIAM ini mengandungi 28 bab dan 253 mukasurat sahaja. Cetakan pertama 2020. Bergenre crime/thriller.

Ianya mengisahkan kehidupan sederhana keluarga Pak Muhib, isterinya Mak Yam dan tiga orang anaknya iaitu Shida, Saiful dan Safwan. Pak Muhib bekerja di pasar ikan manakala isterinya menjaja makanan tepi jalan.

Kehidupan mereka berubah total selepas peristiwa hitam menghantui setiap ahli keluarga. Ia melibatkan seorang lelaki yang cukup mereka kenali. Kutu rayau, pemabuk dan pencuri.

Semuanya bermula dengan kehadiran Murad di rumah Pak Muhib. Dia adalah anak kepada seoarang ketua pengarah syarikat swasta, Dato' Ismail. Ayahnya seorang yang berpengaruh dan tamak biarpun asetnya berjuta.

Kisah ini akan membawa anda menyelusuri satu perjalanan panjang(road trip) yang penuh dengan pelbagai rintangan. Mampukah mereka menghadapinya? SERAH atau DIAM?

Bagi aku, cerita ni lebih kepada jenayah, kasih dan persahabatan. Ada satu plot yang buat aku tertipu. Ah demmit! Nice la writer! aku nampak KARMA dalam buku ni.

Watak yang semakin bertambah dipertengahan cerita, menguatkan lagi jalan penceritaan. Susunan plot pula boleh tahan, twist tu ada. Ada beberapa plot yang aku rasa macam terlalu rushing. Ka aku yang huru-hara sendiri. lol.

Penulisan senang difahami. Dari intro, mid sampai klimaks, semua peringkat umur boleh baca. Kesalahan ejaan ada satu saja tapi tidak mengganggu pembacaan. Jalan terus.

Bagi peminat kisah-kisah kekeluargaan, jenayah dan penyiasatan, bolehlah dapatkan dan baca novel ni. Recommended! Boleh order dengan Penerbitan DearNovels

Tahniah penulis.

4/5
55 reviews2 followers
December 24, 2021
Jalan cerita dan cara penyampaian yang menarik. Pengembaraan keluarga Pak Muhib dalam satu misi untuk menghapuskan mayat Murad buatkan kami sebagai pembaca berasa takut+teruja. Macam2 yang dihadapi oleh mereka sepanjang perjalanan itu. Banyak kali juga saya menepuk dahi sepanjang pembacaan ini. Tapi tak dinafikan jalan cerita yang sangat menarik.

Perasaan bersalah dan gusar yang dihadapi oleh keluarga itu memang akan menghantui mereka selama-lamanya. Tapi bukan salah mereka kerana itu sekadar mempertahankan diri. Niat mereka untuk mempertahankan diri mungkin akan diputar belitkan oleh peguam dan menyatakan itu sebagai bunuh dengan niat. Lagipun benar apa yang dikatakan penulis, tanpa duit yang banyak untuk upah peguam yang handal akan menjadikan situasi yang sukar sekali bagi keluarga Pak Muhib. Dan rancangan Saiful yang bijaksana, berjaya menyelamatkan keluarga mereka.

Fast forward 20 tahun kemudian, saya suka dengan ending cerita ni. Rasa menyesal pulak sebab sebelum tamat pembacaan, saya lihat dulu spoiler di bahagian epilog. Kalau tak tengok spoiler, mesti keterujaan saya membaca tu makin meningkat.

Apa-apapun bila baca novel Diam ini saya teringat filem malayalam bertajuk Drishyam. Both novel dan filem ini memberikan rasa teruja buat saya dan kebijaksanaan Saiful sama seperti Georgekutty
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for farah.
9 reviews
August 12, 2023
Pendapat saya tentang novel ini:

1) Saya rasa kalau dari awal lagi keluarga Pak Muhib menceritakan perkara sebenar kepada jiran-jirannya yang telah bersedia untuk menolong mereka, keluarga Pak Muhib tidak perlu bersusah payah menyorok jasad Murad dan hidup dengan rasa kesal.

2) Pak Muhib sekeluarga tidak berfikir panjang. Kalaulah mereka ditangkap polis, bukan Pak Muhib sahaja yang akan dikenakan hukuman, tetapi Shida dan Mak Yam juga kerana mereka terlibat. Saiful masih bersekolah dan Safwan pula masih berusia 5 tahun. Apakah akan terjadi kepada mereka jika kedua ibu-bapa dan kakak mereka berada di dalam penjara? Adakah mereka terpaksa hidup dengan keluarga lain tanpa ibu bapa mereka?

Bagi pengakhiran cerita ini pula, saya rasa ia berpotensi. Saya berasa ghairah untuk sampai ke pengakhiran kerana saya benar-benar ingin tahu bagaimanakah cerita ini berakhir. Namun, saya dikecewakan. Pengakhirannya seolah-olah penulis ingin menamatkan cerita ini secepat mungkin. Di manakah jasad murad sebenarnya? Mengapakah kes kehilangan Murad dilupakan begitu sahaja? Tidak ada penutup untuk Pak Muhib sekeluarga.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Skyfall.
19 reviews3 followers
January 27, 2021
DIAM ~@zuraanwar

"Woww!"
.
.
Actually, novel Diam by ZA ni first book ZA yang Sha grab kat shopee @dearnovels. Dah baca lama tapi baru nak buat proper review. Tahu pasal buku ni masa DN introduce DIAM kat FB. Baca sinopsis, tak cukup dengan itu Sha search author DIAM kat FB. Yup! Post ZA about novel DIAM, membawa mayat secara road trip berjaya buat Sha ke Shopee DN untuk beli DIAM. So worth it, tak menyesal.
.
.
DIAM, apa yang Sha suka dgn Diam ni ia agak unik. Sha belum pernah baca kisah mcm ni kat mana2 buku. The only one. Jalan cerita yang teratur dan menarik.
.
.
DIAM, menceritakn mengenai sebuah kluarga yg bahgia. Telah berlaku Pembunuhan di dalam kediaman mereka. Tidak ingin di sabitkan undang-undang mereka sekeluarga memilih untuk menutup kes ini dengan menghapuskan semua bukti. Untuk menghapuskan bukti tidak semudah yang di sangka. Membawa mayat beratus kilometer dan menghadapi pelbagai halangan. Sangat mendebarkan. Fuhh! Jgn lepas kan peluang untuk membaca DIAM. ❤️ The best thriller book 📖
.
.
DIAM, 🌟🌟🌟🌟🌟
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
December 29, 2024
[BOOK 83]

Diam by Zura Anwar.
.

Okay, lama giler aku peram buku ni. Baca bulan 8, hujung tahun baru gelabah nak review.
.

Buku ni best untuk aku sebab ada aura suspense tu.
.

Kisahnya Pak Muhib terbunuh seorang lelaki yang cuba memperkosa anaknya di rumah. Jadi mereka nekad untuk menyembunyikan mayat tersebut sebab takut kena masuk penjara walaupun atas alasan mempertahankan diri.
.

So, inilah pengembaraan mereka untuk sembunyikan mayat tu. Punyalah kalut dengan aku pun berdebar sekali.
.

Aku suka dengan epilog buku ni. Kurang la sikit rasa bersalah sebab bersubahat sembunyikan mayat tu.
.

by the way, kalau korang sukakan buku sebegini, aku juga recommend buku Kambus oleh Ayumi.
.

p/s: terima kasih buat Kak Khai yang dikasihi untuk hadiah buku ini. Sangat menghargai dikala reading slump ni.
Profile Image for Baca buku.
22 reviews3 followers
February 25, 2022
Mula baca: 25/02/22
Tamat baca: Hari yg sama

Menarik, saya suka unsur kekeluargaan dalam buku ni. Tapi berbanding Sorok dan Ghairah, pada pendapat saya Diam agak kurang thrill. Kurang berdebar berbanding dua buku dari Cik Zura Anwar yg sebelum ni. Mungkin sebab Sorok dan Ghairah buat pembaca tertanya-tanya tentang banyak persoalan, tapi Diam hanya memfokuskan kepada apa yang akan berlaku kepada keluarga Encik Muhib. Mungkin sbb tu lah kot.

Apa-apa pun, terima kasih cik penulis atas penulisan yang menarik ni :D
25 reviews1 follower
April 6, 2021
Pertama kali baca karya penulis Zura Anwar. Beli novel ni disebabkan tajuk dan covernya menimbulkan rasa ingin tahu tentang jalan ceritanya.

Sebuah novel yang memaparkan banyak elemen penyiasatan terutamanya melalui watak anak Pak Muhib, Saiful. Selain itu, ada mesej dan pengajaran penting yang disampaikan oleh penulis.

Secara keseluruhannya, memang menarik cuma kurang faham sikit tentang plot twist di penghujung novel.
Profile Image for octobook.10.
15 reviews
January 21, 2026
Buku yang sangat menghibur.
Meskipun agak sedikit terganggu yaa ama covernya hehehe.

Rasanya tegang sepanjang baca buku ini. Seperti ikut dalam lori bersama dengan Syaiful, Pak Muhib dan penunmpang lain dibagian belakang lori yang tertutup karpet itu.

Ceritanya cukup page turning buat aku, rasanya pengen cepat-cepat sampai dihalaman terakhir. Pengen tau berhasilkah mereka dengan tujuannya?
Bagaimana kehidupan mereka setelahnya??

Endingnya??
Puass banget dengan Karma yang diterima!!
Profile Image for Jann.
3 reviews
August 8, 2021
Saspens! Jalan cerita yang kemas dan teliti. Konsep kisahnya ringkas - untuk menghapuskan bahan bukti. Tetapi terdapat banyak halangan yang bikin nafas berhenti.

Epilog di hujung cerita memuaskan hati. Kalau di dunia realiti, pasti kita mahu setiap kes kehilangan ada solusi. Kena ingat nama-nama watak dalam ni. Hint untuk epilog nanti.
Profile Image for gabbyy.
26 reviews3 followers
February 15, 2023
Ini buku pertama from Zura Anwar yang saya baca dan saya suka! Plot dia kemas and story pace-nya laju. Saya suka sebab tak meleweh leweh or draggy. Saya suka watak Saiful sebab bagi saya dia kelakar and dia sangat teliti ye👀. Ada suspens nak2 bila part Pak Muhib and Saiful on the way ke “hutan”. Banyak sangat halangan. Untuk ending saya rasa macam hanging sikit. Nak tahu apa Jasin buat huhu
Profile Image for asywaq.
63 reviews
January 31, 2026
It's an entertaining book because of the fun-pace and light story-telling. The suspense is not as heavy but still got you "careful", and because they focused in the whole plot—it's sooo much more fun to keep reading. Lurveeee the story-building, how everything related to everything. Yuppoooo fun! [just kinda hates certain sexist jokes in this]
Profile Image for Syarul.
45 reviews1 follower
April 14, 2021
Cuma ada satu soalan je... Siapa Jasin yang dimaksudkan dalam hujung cerita ni?
Profile Image for Farah Amira.
43 reviews1 follower
Read
July 18, 2021
Cerita ni havoc, kelakar dan best. Baca satu malam memang ngam
Profile Image for LadyKeira Zachary.
417 reviews16 followers
February 17, 2022
ʙᴏᴏᴋ 5/2022
ʀ ᴇ ᴄ ᴏ ᴍ ᴍ ᴇ ɴ ᴅ ᴇ ᴅ

ɪᴛ's ᴀ ᴡᴏʀᴛʜ ʀᴇᴀᴅɪɴɢ ʙᴏᴏᴋ. sᴇʟᴀɢɪ ʙᴇʟᴜᴍ ʜᴀʙɪs sᴇʟᴀɢɪ ᴛᴜ ɴᴀᴋ ᴛᴀʜᴜ ᴀᴘᴀ ᴀᴋᴀɴ ᴊᴀᴅɪ. ᴋᴇᴇᴘ ᴜᴘ ᴛʜᴇ ɢᴏᴏᴅ ᴡᴏʀᴋ ᴍs ᴡʀɪᴛᴇʀ.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
180 reviews3 followers
December 28, 2024
Pace yg mmg laju… dan latar masa secara keseluruhan adalah dlm masa sehari shja…. Dan lepas tue baru melompat 20 tahun kemudian… love how fast it was… x bosan and smooth je pembacaan
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.