Jump to ratings and reviews
Rate this book

Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor

Rate this book
Teguran Suci dan Jujur terhadap Mufti Johor merupakan sebahagian rakaman sejarah mengenai polemik agama yang berlaku di ranah Nusantara ini.

Karya ini mengandungi kumpulan jawapan balas HAMKA terhadap pernyataan-pernyataan Mufti Negeri Johor iaitu Dato’ Sayyid Alwi Tahir al-Haddad yang tersiar dalam akhbar Semenanjong, bertarikh 26 Zulhijjah 1377 (14 Julai 1958).

HAMKA dengan sikap budi pekerti dan rendah hatinya menangkis segala kenyataan Dato’ Sayyid Alwi dengan penuh bijaksana tanpa sedikit pun memperkecilkan peribadi mufti Johor tersebut.

Naskhah ini memperlihatkan kepada kita bahawa HAMKA merupakan tokoh yang mementingkan permuafakatan dan persefahaman. Segala pandangan yang dilontarkan HAMKA bersifat menjernihkan dan memurnikan.

Paperback

First published January 1, 1958

14 people are currently reading
260 people want to read

About the author

Hamka

111 books1,087 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
61 (52%)
4 stars
37 (31%)
3 stars
14 (12%)
2 stars
2 (1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
116 reviews44 followers
October 29, 2014
An impassioned defense on the subject of kaum muda vs kaum tua that so characterized an important epoch in Malaya of recent memory. The effect of which still lingers on today..
Profile Image for Shirin.
107 reviews6 followers
October 23, 2014
Not the genre I would usually make a beeline to, but, the recent and latest wars of words between the 'progressive muslims' and the cleric class in Malaysia drew my attention to the writings of HAMKA; HAMKA is the acronym of the good professor; Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah.

Browsing the book at Kino KLCC, i was pleasantly surprised that the so called 'progressive' thinking is not so progressive after all, if the message in this book is anything to go by. This book was written in 1958, in response to the then mufti of Johor, the southern state of peninsular Malaya, allegation that due to the progressive class , a bunch, about 10 million, of Indonesians have either, converted into Christianity, and 30 million became communist. HAMKA was then the head of the religious ministry for the Indonesian government, reporting to no less than Sukarno himself. So, one can imagine how irked he had felt when some towel head from across the pond says 10 million Indonesian has converted to Christianity and 30 million to communism.

The version I read, not the one featured here, has 114 pages and was reprinted by Pustaka Dini in 2010. Its a small book but i had difficulty reading due to Bahasa Indonesia, though not that significantly different but about 20% use of words differs from that in Bahasa Melayu, which is my native tongue.

The writing reads like a one way conversation, he writes like he is talking to the reader. HAMKA starts his writing setting straight the allegations. Had the mufti read the article when it was published, he would have to crawled back into his coconut shell.

Furthermore HAMKA touched on why the difference in the school of thoughts, the four being Shafie, Hambali, Maliki and Hanafi (ft Wahabi, salafi) should not be the reason for fall out among muslims; the prophet was after all quoted to say that all, regardless of school of thoughts are his followers.

Sadly, in year 2014 modern day Malaysia, this is exactly what the cleric class are doing. "heed to us clerics, because we know more than you do" is the mantra.

HAMKA also touched on the subject of ijtihad ( a favorite subject of Irshad Manji) and Taklid. If i understand right, he says go for ijtihad and not merely hang on to centuries old taklid which has no bearing to the world as it is today. HOWEVER, he made it clear that there is nothing wrong with taklid, based on his narrative of the meeting of islamic leaders in Lahore where all but the mufti of Siam votes for ijtihad (in modern day world, the malaysian mufti may just join the lone siamese mufti in leaning towards taklid, it feels like Malaysia is peddling backwards).

HAMKA has every reason to feel threatened by the johor mufti as what was alleged would have fallen within his jurisdiction. A lesser patient man would have shot the johor mufti out of the water with a bazooka; but then, the use of weapons would make him an extremist and in this day, or even then, would have made it a No No.

I highly recommend this book to the Muftis and clerics (who wears their so called title like an expensive cashmere coat) of Malaysia. It will make them more human and Islam less weird, rigid and violent to the rest of us who just wish to be an obedient abd Allah and fulfill our potential in this world.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
May 9, 2021
Usai menelaah tinta Hamka ini dan lebih 20 buah buku beliau yang lain, Hamka secara kasarnya agak adil dalam menilai antara golongan khalaf dan salaf walaupun lenggok bahasa dan hujah beliau kadangkala lebih condong kepada salaf.

Membaca buku ini mengingatkanku terhadap adikarya Imam al-Ghazali dalam “Iljām al-‘Awwām ‘an ‘Ilm al-Kalām” yang memberikan peringatan kepada pembaca supaya tidak bermudah-mudah melabelkan lafaz takfir kepada seseorang individu. Dalam buku ini, Hamka cuba menjawab satu per satu tuduhan takfir yang dibawa oleh Mufti Johor, Syeikh Sayyid Alwi Tahir terhadap “kaum muda” dengan penuh hemah memenuhi tatacara “adab al-bahts wa al-munāzharah”.

Pada awal buku ini, penulis banyak membahaskan isu kaum tua vs kaum muda. Kaum tua tampak berpegang kepada ijtihad ulama terdahulu seperti Imam Ramli dan Ibnu Hajar manakala kaum muda tampak berpegang kepada ijtihad baharu mengikut konteks semasa. Kedua-dua perbahasan ini boleh diperhalusi lebih lanjut lagi dan buku terbaik yang berjaya mengupas mengenainya setakat ini adalah kitab Shah Waliyullah al-Dahlawi dalam “al-Insāf fī Bayān Asbāb al-Ikhtilāf”.

Hamka juga dalam beberapa perenggan, tidak bersetuju dengan Syeikh Yusuf al-Nabhani, Sayyid Zaini Dahlan dan beberapa tokoh lain yang begitu lantang dalam menebas ijtihad-ijtihad baharu yang dibawa oleh al-Afghani dan seterusnya oleh dua anak murid pokoknya iaitu Muhammad Abduh dan Rasyid Redha.

Seperkara menarik yang diselitkan dalam buku ini ialah saat Hamka sempat bertemu dengan ilmuwan tersohor dunia seperti Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Syeikh Muhammad Abdullah Diraz dan al-Mawdudi pada Persidangan Ilmuwan Islam di Lahore, Pakistan pada penghujung 1957 yang mempamerkan kemuncak sikap berlapang dada antara ilmuwan terkemuka dunia.

Mesej utama persidangan tersebut yang mengangkat sikap berlapang dada dan fokus kepada krisis akar umat Islam itulah yang harus difahami umat Islam sejagat berbanding pertelingkahan ranting yang tidak berkesudahan.
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
August 5, 2015
Pertembungan antara kaum tua dan kaum muda dalam perkara furu' sudah diketahui dalam buku-buku sejarah.Hingga kini,pertikaian dalam furu' masih lagi mendapat tempat dalam masharakat tapi sangat tajam hingga menghiris hati-hati yang cintakan kedamaian dalam menjalani hidup beragama.

Sejauh mana pertikaian ini membawa kebaikan kepada masharakat muslim di negara kita?apa yang saya lihat,ramai yang semakin jahil dalam amalan agama.Itu pemerhatian saya.

Moga Allah melindungi kita dari budaya takfir!
Profile Image for Saadah.
54 reviews20 followers
December 22, 2023
Jujur. Tegas. Berhikmah.

Karya ini membawa keberanian seorang Hamka dalam memanifestasikan sebuah hadis Nabi SAW iaitu “الدين النصيحة”. Teguran yang beliau bawa merupakan sebuah nasihat khusus tetapi bersifat umum. Wajar dibaca kerana masalah yang dibahaskan masih wujud hingga ke hari ini. Daripada perbahasan tentang ijtihad dan taklid,  kaum tua dan kaum muda, wahabi dan salafi, takfir dan tab'id, usul dan furu', dan semua ini membawa perbalahan di antara satu sama lain.

Kata Hamka: "Apa guna berguna berkaum tua, apa guna berkaum muda. Berkaum Muslimin sahaja lebih baik!"

Bukankah Islam itu sepatutnya menyatu-padukan, dan perbezaan pandangan juga sebenarnya adalah rahmah.  Namun, ada adab dan ilmu yang perlu menjadi asas kepada solusi masalah ini.
Profile Image for ' Syamil.
236 reviews6 followers
November 17, 2023
Kaum muda ditulis oleh Hamka bahawa hasil daripada pengenalan Young Turk yang wujud di Turki lalu disamakan dengan kaum muda di Tanah Melayu bahawa mereka yang melawan. kaum muda yang tu itu tidak sama maksudnya dengan yang berlaku di Tanah Melayu.

Rabitah ialah suatu perasaan kasih dan ingatan murid yang mendalam terhadap gurunya sehingga terbayang rupa parasnya dalam Khayalan dengan harapan murid tersebut dikasihi Allah kerana mencintai seseorang yang dicintai Allah

Gerakan kaum muda menjadi luar besar apabila Kiai Haji Ahmad Dahlan menubuhkan Muhammadiyah kemudian menjalar pula ke dalam masyarakat Arab iaitu setelah Syeikh Ahmad syurga Ti mendirikan al-irsyad lebih-lebih lagi setelah tuan Hassan Bandung mendirikan Perkumpulan Persatuan Islam

Tuduhan mufti Johor mencampuradukkan gerakan kaum muda ini dengan gerakan Kristian yang menyebabkan 10 juta orang Indonesia menjadi Kristian Dan apabila kaum muda muncul 30 juta orang telah menjadi komunis. Ini adalah satu fahaman yang salah
: إختلط الحابل بالنابل
Bercampurnya pemburu dan si pemanah dalam satu pertempuran
: العلم حق مشاع للجامع
Ilmu adalah hak yang tersebut untuk semuanya
Mufti Johor juga menuduh kaum muda mengambil Fatwa daripada Qadiani ni lalu dijawab oleh Hamka bahawa ini adalah tuduhan tidak benar
Portugis masuk ke Melaka dan Maluku pada tahun 1511 Dalam protestan dinamakan zending dan dalam katolik dinamakan mission iaitu gerakan dakyah Gerakan kaum muda hanya timbul pada tahun 1905 di malaya
Portugis tidak berjaya memaksa di Semenanjung tetapi berhasil di Ambon kerana di sana ramai yang masih jahil demikian juga di Pulau timor dan Flores
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
March 20, 2020
Selepas membaca kali kedua.

Buku ini ringkasnya memberitahu supaya tidak jumud dan takliq buta dengan satu pegangan. Hujah lawannya dengan hujah.

Selama ini kita bertengkar-tengkar kerkaum tua berkaum muda, agama kita telah terserang dari segala penjuru. Kita banyak melihat al-alimin ghafilin (orang yang alim tetapi lalai) dan melihat pula al-jahilin al-munsikin (orang bodoh tetapi kuat beribadat). Ini belum kita tilik.
4 reviews
May 3, 2015
Satu pencerahan yg saya kira cukup tuntas dr buya hamka dalam menjawab persoalan yg agak genting pada ketika itu. Ya ia ditulis dalam bahasa indonesia tapi alhamdulillah saya dari malaysia boleh lagi memahaminya.
Profile Image for Nisa Mohd.
49 reviews
November 22, 2023
This is a highly recommended book. To encourage us to seek knowledge and always think critically. “Berani kerana benar, takut kerana salah.” “Jangan jadi katak bawah tempurung.”
.
Dalam ketegasan perbicaraan Buya HAMKA, dapat dirasai penyampaian beliau yang lembut dan penuh dengan kasih sesama saudara Islam. MashaAllah, dalam tata kesopanan, terkesan berkobar-kobarnya semangat beliau. Tapi masih tak “overwhelming”. Inilah “kepetahan” penulisan beliau pada umumnya.
.
Bagi yang suka topik-topik sejarah dan sosio-budaya, banyak sekali perkongsian menarik dan “menantang pikiran” dalam buku ni. Pertama, saya suka pasal kedatangan Islam dan Nasrani di Tanah Sumatera. Kedua, saya kagum dengan asal usul kewujudan Pesantren di Tanah Jawa.

Seterusnya, saya sangatlah tertarik dengan siapakah Kaum Muda ini? Apabila dibahaskan pasal Kaum Muda Turki; mereka sebenarnya sebuah parti perjuangan politik dan pemodenan yang progresif, bukanlah parti berunsur keagamaan sama sekali. Gerakan Muhammadiyah pula dilabelkan sebagai kaum muda di Nusantara ini boleh dikatakan sinonim dengan Salafi (bukan Sufi). Yang pasti mereka bukanlah golongan Ahmadiyah/Qadiani ya, saudara saudari sekalian.
.
Topik “Mencintai Ahli Bait”, mengingatkan saya dengan “trend” yang baru-baru ini melanda tanah air kita, Malaysia. Bacalah topik ini, bermula daripada muka surat 70, dengan hati terbuka ya. My thoughts on budaya-budaya Islam Nusantara, were triggered. “Bidaah baik” mungkin boleh lagi saya fahami dan toleransi, tapi golongan yang menokok tambah tiang agama demi kepentingan peribadi, sungguh saya kecewa, sedih dan ada juga yang saya meluat.

Wajib baca juga; muka surat 78 hingga 80. Secara ringkas diterangkan, Wahabi tu apa pula ya?
.
Pendek kata, naskhah ini rasanya memang boleh dijadikan rujukan, untuk seharian atau dalam bidang ilmiah.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
August 26, 2021
" Pada hakikatnya tidaklah ada faedahnya kita memakai segala gelaran atau nama yang akan mendatangkan ragu atau perpecahan."
Buku yang berkisarkan teguran Hamka terhadap mufti  Johor pada ketika itu, Dato' Sayyid Alwi Tahir Al-Haddad. Bertitik tolak hal ini kerana kenyataan Tuan Sayyid Alwi berkenaan mufti Johor membantah kaum muda dan menyatakan asbab kewujudan kaum muda telah menyebabkan 10 juta umat Islam Indonesia memeluk agama yang berteraskan kristianisasi. Malah, bukan itu sahaja, seramai 30 juta rakyat Indonesia juga telah menjadi Komunis.

Teguran hamka merangkumi subjek-subjek berdasarkan petikan akhbar daripada Yuan Sayyid Alwi Tahir Al-Haddad :

1) Perbandingan Kaum Muda Turki dan Kaum Muda Indonesia
2) Kristian dan Kaum Muda Indonesia
3) Lantaran Kaum Muda yang tercetusnya asbab bagi 30 Juta menjadi Komunis
4) Kaum Muda mengambil fatwa mereka dari Qadiyani

Teguran Hamka yang lembut dalam tegas membuatkan teguran beliau dapat dibaca dalam nada naik turun. Ini menunjukkan ada bahagian yang perlu ditegaskan dan ada bahagian perlu bermain dengan kata-kata. Malah, risalah kecil ini Hamka karang dalam masa 5 hari! Nampak betapa berilmu dan alimnya Hamka ini.

Ia juga menggambarkan satu gambaran yang jelas berkenaan ranah dan polemik berkaitan agama melalui petikan kata Mufti Johor yang akan mencetuskan kontroversi. Dilampirkan kisah Syeikh Ahmad Dahlan yang membina madrasah dan sekolah. Lalu, dilabel sebagai Khawarij, Muktazilah hanya tidak sependapat dengan Kaum Tua.

Polemik politik kegamaan di antara Kaum Muda dan Kaum Tua yang berselisih pendapat dalam memperjuangkan dasar-dasar agama mengikut acuan pembawaan masing-masing. Boleh nampak implikasi daripada polemik ini apabila agamawan bertelagah, sekali orang awam pun terpalit sama.
Profile Image for Fitri Khairuddin.
57 reviews2 followers
November 23, 2022
Whats striking to me is the fact that the points brought up by Hamka particularly on taklid vs ijtihad is still so much relevant today. Ustaz in this country are, with so much intensity, still fighting againts other ustazs who promote liberty in evaluating past scholars and ulama argument/ views, only with the ultimate aim of being guided by the Quran and sahih Hadith. To certain people this is insulting - may cause divisions among the muslims. They want poeple not to think, but accept whatever that is being thought.

I say striking because I have read Hamka's work before, and some issues being discussed really makes me feel that it was written 50 years ago. But this, this could be written today and still going to make some people melompat, just for the sake of going againts something they dont agree to.

Hamka said it best, with the effect of - "the fact that there are multiple school of thought shows that we are thinking"
Profile Image for MUHAMMAD NABIHAN.
26 reviews
June 14, 2021
Satu dialog dan jawapan balas oleh Hamka kepada kenyataan Mufti Johor, Dato’ Sayyid Alwi Tahir al-Haddad yang tersiar dalam akhbar Semenanjong, bertarikh 26 Zulhijjah 1377 (14 Julai 1958). Teguran yang dibuat oleh Hamka sendiri adalah teguran yang tegas tetapi penuh dengan keadaban. Tulisan ini sepatutnya dijadikan contoh buat kita, apabila berbeza pendapat tidak perlu menghukum dan melabel seseorang itu secara berlebihan.

Ia juga patut dijadikan teladan buat kita bahawa kritikan dan teguran ilmiah bukanlah bererti kita tidak mempunyai adab terhadap ulama atau guru tetapi ia dibuat kerana adab kita terhadap ilmu, untuk menyampaikan kebenaran. Itulah yang sepatutnya kita amalkan dan terapkan dalam masyarakat kita.

Tertarik dengan pendekatan Hamka yang mengajak kita untuk sentiasa bersatu walaupun berbeza pendapat dalam perkara-perkara khilafiyah. Umat Islam mestilah bersatu!
4 reviews
Read
November 24, 2025
Perbezaan pendapat, teguran, perdebatan, khilaf bukanlah satu perkara baharu, bahkan inilah jalan yang mencerahkan minda serta meluweskan fahaman dalam kehidupan seharian. Ada pandangan tertentu tidak disenangi oleh satu pihak dan begitulah sebaliknya.
Dalam menangani perbezaan ini sudah tentu bersandarkan dalil, nas, hujah yang bersumberkan pelbagai sumber. Dari situlah timbul pencerahan.
Label-label juga telah wujud sekian lama. Untuk lebih jelas bacalah buku ini. Sebuah cetusan minda Buya HAMKA yang tercetus pada 1958 dan sangat relevan untuk ditanggapi sehingga kini.
Profile Image for Nadiba Huda.
20 reviews2 followers
February 20, 2021
Sukar sedikit untuk memahami hal-hal berkenaan aqidah yang dikupas di dalam buku ini. Mungkin kerana saya orang awam dan pengetahuan saya agak terbatas. Namun, seperti biasa gaya bahasa HAMKA sentiasa mengagumkan. Penuh kelembutan tetapi sangat tegas!
Profile Image for Khairul Bakar.
12 reviews
June 3, 2021
Teguran HAMKA terhadap Mufti Johor yang dengan sewenang wenangnya mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah terhadap kaum muda. Buku yang menarik untuk dibaca. Penggunaan bahasa yang cantik.
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
May 18, 2015
"Sudah terbiasa di dalam hidup dan pergaulan hidup. Kadang-kadang fikiran bersamaan pada satu masalah dan kelak kemudian hari berselisih di dalam masalah yang lain dan kemudian bersamaan pula. Itulah alamat bahawa kita berfikir. Itulah sebabnya perselisihan demikian jangan dimasukkan ke dalam rongga hati dan jangan menjadikan dendam, kerana masih satu masalah pokok yang kita tidak pernah berselisih, iaitu bahawa kita adalah umat yang satu. Dan kita adalah hamba Allah yang dijadikan Tuhan bersama-sama dengan jin buat beribadat kepada-Nya!"[1]

Buya HAMKA, pada menyatakan tiadalah ganjil apabila umat Islam berbeza pandangan dalam hal ijtihad dan furuq, asal sahaja semua insaf bahawa mereka itu semua adalah umat yang satu, penyembah Allah dan pengikut Muhammad SAW, bagi menutup risalah ringkasnya.

Sebuah risalah ringkas yang penuh dengan ketegasan dan pembelaan terhadap apa yang disebut orang sebagai 'kaum muda'. Sesungguhnya antara penyakit besar dalam agama adalah 'menyembah' ulama'. Apabila tugas menuntut ilmu itu sudah diserahkan secara bulat kepada ulama' maka umat akan cenderung taqlid buta tanpa rasa bersalah. Apabila ulama' ini nyata terkhilaf, maka mudaratnya sangat besar buat umat yang taqlid padanya sebulat-bulat.

Adalah sangat malang bagi kita sekiranya wujud tanpa sedar, kasta dalam agama kita. Ilmu agama bukanlah milik golongan tertentu yang dijadikan sebagai hak istimewa melainkan merupakan hak milik seluruh umat manusia. Siapa jua yang punya keinginan haruslah diberi kesempatan untuk turut sama belajar dan mengkaji ilmu agama. Sesungguhnya ilmu agama bukan ilmu silat, di mana si guru sentiasa menyembunyikan jurus terkuatnya.

Buku ini haruslah dibaca dengan hati yang terbuka serta sedar bahawa ia ditulis bagi menjawab tuduhan yang dibuat hampir separuh abad dulu. Maka usahlah dituduh si polan atau si polan dengan itu dan ini kerana kita tidak tahu, apakah si polan atau si polan masih berpegang dengan pendapatnya.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari kerjabuat Buya HAMKA ini. Sesungguhnya seseorang yang menulis itu kekal abadi. Maka hiduplah terus HAMKA hingga ke hari ini walaupun jasadnya sudah tertanam enam kaki dalamnya.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 22, 2024
Buku Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor adalah sebuah karya yang menyentuh isu-isu berkaitan agama dan pemikiran Islam, terutama dalam konteks polemik yang melibatkan seorang mufti. Dalam buku ini, Hamka memberikan teguran dengan penuh keikhlasan dan keberanian, menekankan pentingnya dialog dan perbincangan terbuka dalam masyarakat Islam.

Hamka membahas pandangan dan pendapat mufti tersebut serta memberikan analisis terhadap isu-isu yang berkaitan dengan ajaran Islam dan penerapannya. Beliau menekankan bahawa perbincangan yang sihat adalah penting untuk kemajuan pemikiran Islam dan pembangunan masyarakat yang lebih baik.

Dengan menyampaikan kritik yang membina, Hamka mendorong pembaca untuk berfikir secara kritikal tentang ajaran agama dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Buku ini adalah sumber yang bermanfaat bagi mereka yang ingin memahami dengan lebih mendalam tentang polemik agama dan mencari pencerahan dalam isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam.

Secara keseluruhan, Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor merupakan sumbangan penting dalam perbincangan mengenai agama, mengajak kita untuk merenung dan bertindak bijaksana dalam menghadapi cabaran zaman.
Profile Image for Abdul Hakim Abdul Basir.
30 reviews5 followers
November 16, 2013
Menarik sekali dalam berpolemik, tokoh ini tidak mengambil langkah bermusuhan atau paling jauh (nauzubillah) mengkafirkan orang lain. Dengan itu, baiklah kita mengambil contoh daripada Buya Hamka ini. Malah, beliau mengakui sanggup berimamkan Mufti Johor tersebut jika ada peluang untuk berjemaah bersama.

Buku ini juga menyentuh apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kaum Muda dan Kaum Tua, yang akhirnya saya tahu polemik antara dua kumpulan itu menjadi perhatian semua umat Islam di Nusantara.

Buku ini adalah The Lost Manuscript Hamka, begitulah yang dikatakan oleh penerbitnya. Tentu menarik untuk dibaca sambil menambahkan lebih pengetahuan yang menyangkut hal ehwal Islam dahulu dan sekarang.
Profile Image for Firdaus Rosli.
1 review
May 7, 2014
jangan taqlid buta
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Muhammad Fahmi Ahmad.
12 reviews
May 30, 2014
Halwa minda,ringkas dan mudah difahami.Buya Hamka membantah gaya berfikir secara taklid dengan hujah-hujah berfakta.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
November 11, 2015
Buku ringkas yang ditulis ketika kemuncak pertembungan di antara kaum muda dan kaum tua. Beberapa dekad kemudian belum kelihatan akan beransur tenang.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
December 31, 2016
HAMKA 'menyerang' Almarhum mufti johor dengan pena.Buku ini adalah 'serang balas' terhadap 'peluru' yang disasar ke arah organisasi MUHAMMADIAH.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.