ADAM menerima panggilan daripada kenalan lamanya Syasya. Syasya meminta pertolongan Adam membantu dia mencari adiknya yang hilang. Kaitan patung bernyawa dengan adik Syasya menarik perhatian Adam. Lantas dia bersetuju untuk membantu Syasya.
Kehilangan kanak-kanak di kampung itu angkara seseorang yang bertopengkan iblis. Mariam, wanita itu dikatakan telah menyumpah penduduk kampung dan penyebab musibah yang terjadi. Siapa Mariam? Mariam, merupakan orang gaji kepada Tuan Anderson. Dia bagaikan ibu kepada Elizaberth, ibu saudara Syasya dan adiknya Bellyna. Mariam telah dituduh menculik dan membunuh kanak-kanak tanpa usul periksa. Wanita itu dibakar hidup-hidup oleh mereka yang mengambil undang-undang sendiri.
Inspektor Izwan ditugaskan mengambil kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak terbabit. Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan berupa patung. Sadis dan kejam. Dibantu oleh Adam dan Syasya mereka mencari si dalang yang bersembunyi. Kejutan demi kejutan menghantui Adam dan Syasya. Benarkah Mariam yang dikatakan sudah mati itu bangkit membalas dendam?
Ini adalah sequel dari novel Mannequin. Segala persoalan dlm Mannequin terjawab di akhir cerita Boneka.
Adam adalah pewaris Hj Yusoff. Kejadian sadis yg menimpa insan² kesayangan telah mengubah titik hidupnya dan masih menghantui tidur malamnya. Lepas kematian Mak Wan, dia tinggal dgn Ziyad. Dendam lama yg tak kesudahan membawa Adam ke Kampung Gajah. -- Inspektor Izwan, sahabat baik yg banyak mengetahui rahsia hidup Adam. Dia sentiasa ada membantu Adam dari dulu hingga sekarang. -- Elizabeth anak Tuan Anderson ada kisah silam dan menganggap Mariam, pekerja bapanya seperti ibu sendiri. Malangnya Mariam dituduh orang² kampung tanpa usul periksa. Kesilapan mereka menghukum Mariam sendiri, akhirnya menjadi sumpahan. Elizabeth yg menjaga Syasya dan Bellyna, anak saudaranya. Tp Syasya tinggalkan mereka berhijrah ke bandar. Hanya Belly yg setia di samping Elizabeth. -- Syasya seorang yg suka terburu² dan tak sabar tp mengasihi adiknya. Belly mewarisi kelebihan Mariam sebagai pembuat anak patung. Cik Puan Fifi adalah pelanggan tetap Belly. Syasya balik ke kampung kerana Elizabeth menghidap penyakit misteri. Tiba² Belly hilang tanpa jejak. Tiada pilihan, Syasya hubungi kawannya, Adam utk cari Belly. -- Panggilan telefon dr Syasya membawa Adam ke Kampung Gajah. Sekali lagi segalanya bermula. Tanpa diketahui, Adam adalah sasaran utama. Keluarga Elizabeth juga diburu. Segala yg berlaku hanyalah perangkap. Penduduk kampung dilanda keresahan. Satu demi satu pembunuhan melibatkan kanak² berlaku menyesatkan siasatan polis. Mayat ditemui dlm bentuk boneka. Semuanya saling berkait rapat. -- Zaitun, musuh lama keluarga Adam telah lama mati namun legasinya cuba diteruskan. Anak Salimah, cucu Zaitun masih berdendam. Nyawa Adam terus-terusan dalam bahaya. Sangat sesuai dgn tajuknya, Boneka. Mereka yg berdendam dan melakukan pembunuhan sebenarnya hanyalah sekadar 'boneka'. Dipergunakan oleh seseorang demi melindungi identiti sendiri utk melunaskan dendam. Banyak nyawa menjadi korban bila bersekongkol dgn iblis durjana. Paling mengejutkan bila pelaku sebenar memunculkan diri di akhir cerita. Kejutan yang sangat dasyat. Siapa sebenarnya dalang sebenar? Kenapa dia mahu Adam mati? Apa pengakhirannya? -- Sebuah kisah seram-mistik yg penuh dendam. Plot cerita tak meleret dan straight to the point. Walaupun ada typing error, masih tak jejaskan pembacaan. Tekaan aku siapa pembunuh sebenar meleset bila penulis bg plot twist. Sungguh tak sangka dan aku kesiankan Adam. Best ⭐⭐⭐⭐
Memang sambungan yang ohsem.. Walaupun ada sedikit kesalahan ejaan namun tidak mencacatkan penceritaan.. sungguh mengejutkan bila Zaiton dah tak ada namun legasinya cuba diteruskan.. Nyawa Adam terus-terusan dalam bahaya.. Paling mengejutkan bila pelaku sebenar memunculkan diri.. Kejutan yang sangat dasyat..
Bismillah. Secara ringkas. Tak sangka pula ada musuh dalam selimut disebalik apa yg berlaku dan berlaku..sequel dari mannequin ini mmg menarik maka itu lah secara jujurnya mmg best karya ni. 👍 keep it up sister!