Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rehatkan Hati Dengan Solat

Rate this book
"Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal."

Begitu kata-kata Rasulullah SAW kepada Bilal RA.

***

Saban hari, rutin harian yang kita lalui menemukan kita dengan masalah dan cabaran yang membuatkan hati kita berasa letih dan penat. Kita mencari kerehatan dengan hiburan, makan-makan, jalan-jalan, bahkan juga solat. Tetapi rehatnya hati ini cuma sementara. Selang beberapa ketika, ia kembali lesu dengan masalah dunia.

Solat yang seharusnya menjadi kerehatan, dirasakan seperti beban.

Takbir, rukuk, sujud dan salam, hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan dan impak pada hidup. Ketenangan yang dicari masih belum dirasai.

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol membawa pembaca ke alam solat yang mampu merehatkan hati yang semakin gusar dengan dunia. Hakikatnya, jarak di antara hati dengan ketenangan yang diinginkannya ialah sebuah solat yang tulus penuh makna.

257 pages, Paperback

First published September 1, 2020

56 people are currently reading
151 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
149 (69%)
4 stars
53 (24%)
3 stars
10 (4%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 57 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
November 20, 2020
Rating sebenar 4.6.

Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian. Gaya penulisannya okey dan penulis menggunakan kaedah "straight to the point". Cumanya di bahagian terakhir, tidak banyak isi yang saya rasakan benar-benar bagus seperti di bahagian satu dan dua, namun ianya disertakan beberapa kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Ada juga isi-isi yang saya rasa berulang. Mungkin kerana penulis mahu memberi penekanan padanya, seperti "Hablumminallah, hablumminannas".

Selain memasukkan beberapa sirah menarik, penulis juga sudah tentu memasukkan dalil-dalil yang diambil dari Al Quran dan Ahadith untuk menyokong isi penulisannya.

Buku ini sudah tentu sesuai untuk sesiapa sahaja yang bergelar muslim yang lebih-lebih lagi di saat pandemik ini, jiwanya meronta akibat pelbagai ujian yang menimpa. Beberapa isi penting yang diberi penekanan di dalam buku ini adalah peringatan bahawa jangan menjadikan solat itu sebagai ritual, tetapi solatlah dengan ilmu dan hati yang hadir. Jagalah khusyuk dari semua segi, baik dari lahiriah, mahupun batiniah.

Seperti yang saya sebut dalam sesi Booktalk IG Live bersama sahabat saya di Instagram, jika kita mampu beryoga, duduk mendengar lagu di rumah sambil menghidu lilin wangian, atau ke pantai demi mencari kerehatan dan kedamaian hati, InshaaAllah kita mampu mencarinya melalui kaedah solat.

Ayuh berkenalanlah dengan solat dan dapatkan kerehatan hati melaluinya atas izin Allah! kerana insan yang hebat, hatinya cukup rehat. Dan insan yang hebat, membawa impak besar pada keluarga, masyarakat dan dunia!
Profile Image for Ikram Noor.
17 reviews5 followers
April 2, 2021
Buku ini mengajak kita merefleksi semula tentang duduk letaknya solat dalam kehidupan kita.

Ia bukanlah ingin mengajar kita cara solat yang betul, tapi membetulkan cara pandang kita terhadap solat.

Gaya bahasa di dalamnya mungkin bukanlah cara tipikal Ustaz Pahrol gunakan seperti buku-buku lain beliau yang bahasanya lebih lembut dan memujuk. Dalam buku ini, kebanyakan masa, ianya lebih 'straight to the point' untuk menyedarkan kita tentang kepentingan solat sebagai sesuatu yang menghadirkan damai dalam kehidupan.
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
November 13, 2020
Bayi akan tenteram dalam pelukan ibunya. Begitulah hati akan tenteram dalam solat kerana diri berada dalam 'pelukan' Allah--m/s 253
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 15, 2021
- Buku ini membawa makna yg mendalam tentang ibadah solat dan memberi motivasi kepada pembaca utk lebih memperbaiki solat yg dilakukan seharian.

- Solat ibarat hadiah utk Allah. Tergamakkah kita memberi sesuatu hadiah itu sekadar cincai dan tiada keikhlasan langsung ?

- Solat sebagai tanda terima kasih dan bersyukur kita kpd pencipta. Solat juga tanda hadiah Allah kpd kita. Kita mampu solat kerana mendapat hidayah dan taufiq dariNya.

- Kehadiran umat islam ke masjid (dlm erti kata membawa hatinya ke masjid) menjadi indikator kpd kecemerlangan umat ini. Terfikir sejenak dgn KPI ini jika dilihat dgn keadaan yg berlaku di Malaysia. Masjid banyak tetapi lengang. Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Profile Image for Norshafarina Faharuddin.
290 reviews5 followers
February 18, 2022
Tulisan Ustaz Pahrol tak pernah mengecewakan.
Buku ini sangat bagus untuk "Refresh" perkara2 yang berkaitan solat
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
October 20, 2020
"Orang yang kaya jiwa; apabila tiada harta dia bersabar, dan apabila beroleh kaya dia bersyukur. Sabar dan syukur ialah kekayaan bagi jiwa." – m/s 42

Inilah antara salah satu nasihat yang telah meninggalkan parutan keinsafan terhadap diri saya secara peribadi.

Sesungguhnya, bukan mudah untuk istiqamah terhadap sifat qana'ah (rasa cukup dan sabar).

Adakala kita dikuasai oleh kawalan nafsu yang menginginkan segala-galanya dengan segera; bukan hanya pada harta, tapi termasuk juga kepada tangki-tangki emosi dan rohani.

Sebab itulah, sebaik-baik nasihat dan mantra buat hati– ketika rakus, gundah atau amarah itu menebak ke hati, bersiap-siagalah memperbaiki kualiti solat dan doa-doa kita kepada Allah SWT.

Kembalilah membumikan diri dan mengkhusyukkan kembali ibadah kita kepada Sang Pencipta.

Solat itu bisa membimbing dan melatih sifat kehambaan, membina rasa bertuhan, menyesal pada setiap kecuaian dan kelalaian dan menyuburkan hati yang dahagakan rasa pengharapan.

Solat adalah bekalan dalam perjalanan kehidupan.

Terima kasih di atas naskhah yang amat berharga ini Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan Iman Publication

Barakallaufeekum 💕
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
December 15, 2020
Saya selalu percaya, dan "menyebarkan" kepercayaan saya ini bahawa segala amalan kita, dari membaca Al Quran, puasa, solat dan ibadah lainnya harus kita tingkatkan kefahaman mengenainya, sesuai dengan usia kita yang makin meningkat. Kefahaman kita tentang solat sekarang tidak boleh sama dengan kefahaman kita tentang solat ketika kita pertama kali kita mempelajarinya di tadika dahulu. Kefahaman kita tentang puasa tidak boleh hanya berputar sekitar menahan makan dan minum tanpa dihayati falsafahnya. Membaca Al Quran tidak hanya pada merdunya alunan suara tapi harus memahami dan menghayati maksudnya
.
Dan begitulah buku ini. Ia membuat kita faham tentang apa yg dimaksudkan dengan - Solat itu Tiang Agama. Buku ini membantu orang yg bukan berlatar belakangkan pengajian agama seperti saya. Melihat bagaimana tingkah laku kita dalam solat harus memberi kesan kepada kehidupan seharian kita
.
Saya juga baru faham tentang istilah Fahsya' yg digandingkan dengan Munkar dalam satu ayat Al Quran yg sering kita dengar - Solat itu mencegah dari perbuatan Fahsya' dan Munkar. Rupa-rupanya Fahsya' itu khusus merujuk kepada nafsu syahwat. Dan saya yakin, mesti ada signifikan mengapa Allah mengkhususnya dalam satu perkataan dan perkara itu harus saya gali lagi
.
Bab terakhir yang membicara soal solat Subuh dan hidup berjemaah, benar-benar membuatkan saya rindu akan diri saya dahulu. Sebuah rasa kebersamaan yg hilang dalam jiwa hampir 2 tahun, saya mengharap, 2021 akan menjadi lebih baik buat saya untuk terus menjadi bermanfaat pada orang sekeliling
.
Kerana dari solat, jiwa kita terubat. Masyarakat kita sihat dan negara kita juga akan bertambah kuat. Kita harus percaya dengan membaiki solat lah Allah akan memperbaiki kehidupan kita dari segenap aspek, dan moga-moga Allah memberi kita hidayah untuk terus menjadi kan solat sebagai waktu rehat kita, dan berhubung dengan nya dengan ikhlas dan jujur
.
#izzatireads #izzatiwrites #rehatkanhatidengansolat #pajroljuoi
Profile Image for aliaareadstoo.
254 reviews7 followers
September 25, 2022
Rehatkan Hati Dengan Solat is an impactful reading. The tips and reasonings behind of each act in perfecting our daily prayers this book have, made me reflect how far have I applied them myself.

Personally, I believe that Allah inspired me to read this book at the right time (finished it in June 2022). Hence, I'm taking it as a cue for me to re-evaluate and improve my daily prayers from there onwards. Since human beings need to be reminded as they're forgetful in nature I think it's really nice to feel slapped in the face once in a while 😅

I just had problems with the errors of vowels placements in the Qur'an verses quoted in it which could lead to misreadings that convey different meanings than the ones intended. However, since the edition that I'm having is the 1st edition (yes, I'm 2 years late 😇) so I'm sure that the subsequent editions have been corrected accordingly (I've checked the latest ones in stores, they're 7th edition!). There are also repetitive paragraphs and stories; while it's not harmful, I feel that more tips and reflections can be given in their places.
Profile Image for Ain Sakinah.
26 reviews30 followers
April 7, 2021
I rate this book for 3.5 star.
This book is like a revision to our daily routine in prayers.
I love few tips the writer shares on how we can achieve khusuq in prayers.
Also tips in the meaning of our movement during prayers
The writers has amazingly separated the process of before, during and after prayers.
He tells on how a prayer should start, how is it on-going and how does the prayers impact one as he always stick to the prayer routine.

This book is divided into 3 chapter and I felt the most impactful chapter is in chapter 1 & 2. A long the reading towards the end, the chapter is slightly declining my mood in terms of reading and information.

Reading this book requires in depth research from other book or sources to understand better. Especially in terms on the meaning of our movement in prayer such as, why be bow, why we stand.
This book definitely fits as a self- development genre in renewing our intention and understanding our prayers.
Profile Image for Izan Hussein.
3 reviews1 follower
October 22, 2020
Buku ini mengingatkan kita betapa pentingnya solat. Entahlah berapa banyak kali saya beristighfar sepanjang membaca buku kerana rasa insaf sangat atas kelemahan dalam menjaga kualiti solat. Betapa solat adalah kunci kejayaan dalam kehidupan manusia. Jika ada masalah dalam diri atau masyarakat kita, perbaikilah solat kita. Solat adalah silah kita dengan Allah. Bacalah buku ini. Rehatkanlah hati yang sedih, sepi dan gusar dengan sebuah solat yang khusyuk.
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
January 8, 2024
Buku refleksi solat yang bagus untuk dibaca. Saya suka cara penulis menganalogikan sesuatu. Penyampaian yang mudah faham.
Semoga saya dan sekalian pembaca dapat tambah baik roh solat dan menghidupkan nilai solat di luar tikar sejadah.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
June 27, 2021
Sewaktu deria dan cepu fikir disapa fakta dan data tentang kemurungan, niat bunuh diri, cubaan bunuh diri dan kejadian bunuh diri yang meningkat sewaktu pandemik, langsung teringatkan buku ini yang dirasakan diwajib baca.

Ia tampak 'sempoi', sentuh perkara akar. Namun tanpa akar, takkan tumbuh buah yang bermanfaat. Tanpa akar takkan mampu wujud 'kawasan tadahan hujan' yang seterusnya menjadi sumber air bersih buat jutaan umat manusia.

Di pertengahan halaman buku, ada perenggan yang saya anggap inti kepada buku terbitan Iman Publication ini; Masalah dunia akibat manusia yang bermasalah, diakibatkan oleh hati yang bermasalah, tanpa rasa hamba, tanpa solat yang sempurna.

Buku ini bermula tentang persoalan tanggungjawab dan rasa hamba manusia kepada Tuhan. Argumen golongan pengkritik Tuhan yang persoalkan 'solat tapi masih ditimpa musibah' wajar difahami hujah balasnya supaya akidah tidak terpesong.

Kemudian, barulah dibahas mauduk solat dengan panjang lebar; tujuan dan kebaikan solat serta khusyuk dan impak solat. Selain itu tiada kompromi antara solat dengan akhlak buruk - orang yang solat mesti turut memiliki akhlak yang mulia.

Ustaz Pahrol juga memberikan penekanan kepada solat Subuh sebagai antara sumber kekuatan yang hebat, manakala waktu subuh selayaknya untuk diagungkan.

Tulisan Ustaz Pahrol kali ini kelihatan kurang beritma sebagaimana biasa, namun tetap ada genta rasa dalam bicara. Ada juga nada sinis, seperti buat golongan yang lantang bercakap tentang agama tapi lewat bangun subuh.

Ada kesilapan baris dalam ayat ke-20, surah al-Ma'arij di halaman 98. Penerbit perlu lakukan sesuatu yang konkrit dalam menanganinya demi kesucian kalam Tuhan. Apa pun tahniah dengan penerbitan buku, dalam momen yang tepat.

Profile Image for ainisreading.
86 reviews11 followers
April 26, 2022
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan fahsya’ (keji) dan mungkar.”(Surah al-Ankabut: 45)

Menjaga hak Allah SWT itu bererti kita menjaga hukum-hukum dan menjaga perintah-perintahNya termasuklah menjaga solat kita. Jika urusan akhirat diutamakan, urusan dunia dipermudahkan. Jika urusan dengan Allah SWT dilunaskan, urusan dengan manusia diselesaikan.

Sedarlah kita bahawa jarak antara masalah kita dengan jalan penyelesaiannya hanyalah di antara dahi kita dengan tempat sujud.

Segalanya bermula dari hati. Bagi mendapatkan kekuatan, kita perlu mempunyai satu hubungan yang kuat dengan Allah SWT.

Perkara utama dalam mendepani apa jua permasalahan ialah kembali kepada tauhid agar kita dapat melahirkan sifat kehambaan. Perbezaan antara orang yang Sedar dan Tahu bahawa mereka ialah hamba Allah SWT adalah; Tahu yang kita hamba Allah SWT itu letaknya di akal, namun Sedar yang kita hamba Allah SWT itu letaknya di hati.

Solat ialah satu jalan untuk mengingati Allah SWT kerana mengingatiNya ialah sumber ketenangan bagi hati. Kata Imam Al-Ghazali, satu cara untuk mendapatkan solat khusyuk ialah dengan menjaga niat bersungguh-sungguh kerana solat itu waktu untuk kita merehatkan jiwa daripada ujian-ujian dunia sepertimana sabda Rasulullah SAW;
“Wahai Bilal, dirikan (panggilah orang untuk) solat, rehatkan kami dengannya.” (Riwayat Abu Daud).

Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk dan patuh kepada Allah SWT sepanjang waktu mengerjakan solat. Hanya solat yang khusyuk mampu menyelam ke dalam diri iaitu mengubah rasa hati, gaya berfikir, prinsip hidup, emosi dan perilaku seseorang. Hati menjadi tenang dengan mengingati Allah SWT, dan apabila tenang, kita akan tabah menghadapi apa juga ujian hidup.

Ingatlah kita bahawa terputusnya hubungan dengan Allah SWT ibarat layang-layang yang putus tali dan Allah SWT meletakkan kejayaan, kekayaan dan ketenangan kepada hati yang dekat kepadaNya.

Ketahuilah benda yang paling mahal pada akhir zaman ini ialah ketenangan. Ketenangan itulah yang menentukan kualiti hati kita. Namun, tiada cara lain untuk memperoleh ketenangan jiwa selain dengan mengingati Allah SWT dan mendekatkan diri kepadaNya.
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’d: 28)
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
September 10, 2021
“𝐑𝐞𝐡𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭, 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐁𝐢𝐥𝐚𝐥.”

Buku yang mengajak pembaca untuk menilai, bermuhasabah dan merenung diri kembali, sudah sempurnakah solat yang ditunaikan selama ini? Atau sekadar perbuatan dan lafaz kosong tanpa roh?

Intipati buku ini mengulas serta membincangkan lebih kepada peranan solat dan impak solat terhadap diri sendiri.

Ustaz Pahrol juga menekankan tentang solat sebagai nadi atau kepala ibadah dalam kehidupan seorang Muslim.

Solat juga merupakan tunjang atau sesuatu yang utama dan besar yang mempengaruhi seluruh ruang lingkup kehidupan.

Kita sering tertanya-tanya,

“𝘈𝘬𝘶 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘫𝘢𝘩𝘢𝘵?”

Di sinilah bermulanya proses muhasabah diri. Nilai kembali solat yang kita lakukan selama ini.

Buku yang sangat bermanfaat dan membuka hati saya untuk memperbaiki solat saya. Highly recommended!

Tahniah dan terima kasih kepada Ustaz Pahrol serta team @imanpublication untuk buku ini!
Profile Image for umairahmn.
28 reviews2 followers
November 25, 2020
"Apabila keletihan jasad menjejaskan prestasi ibadat, barulah kusedari betapa kembara rohani ini masih terlalu jauh. Kerana seorang muttaqin itu beribadah dengan kekuatan hatinya, bukan jasadnya."

"Kalau nak baiki hidup, baiki solat."

Buku ini tidak menjadikan pengetahuan tentang solat itu lengkap sekaligus, kerana pada saya, solat itu perjalanan peribadi masing-masing dengan Allah. Seumur hidup pun, tidak akan boleh saya katakan pengetahuan tentang solat saya sudah sempurna. Namun, buku ini banyak mengupas berkenaan ibadah solat dalam kehidupan harian, makna solat dalam hidup kita, apa sepatutnya yang kita rasa daripada ibadah solat serta kepentingan berjemaah dalam beragama.

Perjalanan menyempurnakan solat ini masih panjang, ada naik turunnya. Tapi teruslah memperbaiki solat kita sehingga kemanisan dan keindahan lima waktu ini dapat dirasa.

Slowly but surely, inshaaAllah ✊🏻
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
December 17, 2022
Recommended untuk dibaca. Banyak input yang bermanfaat dalam buku ni. Cuma bab-bab di penghujung mempunyai kurang input sedikit. Apapun, buku ni memang recommended untuk dibaca.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
November 13, 2020
Bagaimana cara mencintai Allah ?
-mempelajari ilmu akidah
-selesaikan urusan kita dgn Allah melalui ibadah iaitu SOLAT.

Mengapa ketenangan tak hadir walaupun dah solat ?
-Baiki kualiti solat kita.

Setiap drpd kita perlu ada sifat kehambaan. Sifat kehambaan yg ada dlm diri kita terbahagi kpd 2 iaitu
-TAHU. Kita tahu kita hamba Allah tetapi kita tak ikut suruhan-Nya
-SEDAR. Kita sedar kita hamba Allah maka kita akan buat segala suruhan-Nya

Tepuk dada, tanya iman.

Solat itu merehatkan jiwa drpd ujian dunia bukannya satu beban. Walaupun diberi nikmat, hati tetap berasa tak bahagia kerana tiada 'hati' dlm solat kerana kita melakukannnya semata-mata melaksanakan tanggungjawab bkn utk kesan kpd hidup dan siapa diri kita.

Benda yg paling mahal pd akhir zaman ini ialah ketenangan. Ramai manusia mempunyai kesenangan hidup tetapi semakin tandus ketenangan. Hakikatnya, ketenangan itulah yg menentukan kualiti hati kita, sedangkan kesenangan mempamerkan kuantiti harta kita. Sekiranya tidak mampu, cukuplah sekadar mendapat ketenangan hati agar ketenangan itu mampu menampung kesusahan² material dlm hidup kita.
Profile Image for Najihah Yusoff.
19 reviews1 follower
July 17, 2024
Sebenarnya aku beli buku ni sebab tertarik dengan cover buku dia yang striking. The combination of red and white is a lovely combo in my eyes. Kemudia buku ni lama bersemadi di rak buku. Tidak disentuh, malah masih utuh berbalut plastik.

Sampai ada satu ketika, ada seorang housemate nak pindah tinggal di kampung, aku hampir menghadiahkan buku ni sebagai tanda perpisahan tapi tak sempat, dia dah siap pindah haha.

Akhirnya masih bersemadi di rak buku sampai awal Jun haritu. Ke hulur ke hilir buku ni aku bawa dengan harapan bila ada masa akan baca. Tapi tak semudah tu especially bila niat masa tu cuma nak habiskan list TBR.

Sampailah satu ketika aku dilanda rasa keimanan yang semakin menipis. Rasa gelisah dan resah silih berganti. Rasa tak tenang dan restless tu terlalu lama sampai sendiri rasa frust ada perasaan macam tu. Rasa solat-solat aku selama ni seolah-olah tidak meninggalkan kesan kepada diri. Peribadi dan akhlak yang lebih baik hasil dari jagaan solat tak nampak hasil. Sedangkan diri sendiri tahu yang solat ni mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Tapi kenapa tak begitu? Kenapa masih ada perangai-perangai yang tak berakhlak seperti yang Islam ajarkan?

That’s when I remember, “Heyy I have a book about this!” Barulah sis mula membaca buku ni.

Susun atur setiap bahagian buku ni sangat kemas in my opinion.

Pertama, penulis mulakan dengan realiti masyarakat kita sekarang yang pandang solat tak penting. Kita lebih prefer untuk menyiapkan urusan dunia kita terlebih dulu baru kita fikir pasal solat. Contoh, kalau kita tengah study, kita bagi kita settle study dulu baru pergi solat walaupun dah lama masuk waktu. Contoh-contoh lain kita sendiri boleh reflect dalam aktiviti harian kita. Mungkin bagi yang dah bekerja, pilih untuk zosar ja kat ofis sebab sekali harung tanpa peduli hakikat kita dah sengaja lewatkan solat zohor.

Kenapa macam ni? Sebab kita tak tahu dan tak rasa yang tujuan hidup kita adalah beribadah kepada Allah. Bila kita tak tahu dan tak rasa yang tujuan hidup kita adalah beribadah kepada Allah, maka kita takkan ada rasa kehambaan. Bila tak ada rasa kehambaan, kita tak rasa perlu taat.

Maka, kita tinggalkan solat, buat solat jadi perkara kedua dalam hidup kita, rasa solat ni tak penting. Hasilnya, lahirlah masyarakat yang tak solat atau kualiti solat dia sangat low.

Disebabkan tak jaga solat betul-betul lah kita dilanda berbagai masalah.

Solat ni memberikan kerehatan hati. Memberi kita rasa tenang kerana banyak mengingati Allah. Memberi kita rasa kuat untuk terus hidup walau berbagai ujian yang datang. Memberi kita kesedaran hakikat hidup bertuhan, maka kita takkan sengaja menambah dosa yang sudah banyak. Memberi kita pengharapan bahawa ujian yang datang sebenarnya sekecil sebutir pasir kerana Allah Maha Besar.

Semua ni pula hanya akan kita rasa bila kita betul-betul menghayati ibadah solat kita kepada Allah.

Dalam buku ni ada tajuk berkenalan semula dengan solat. Kat dalam tajuk ni penulis huraikan dan beri perincian apa itu solat sebenarnya. Jadi, bagi yang mencari makna solat dan ibadah-ibadah kita selama ni yang seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan, tajuk ni sangat membantu untuk kita muhasabah dan fahami bagaimana nak start over dan menjadikan ibadah-ibadah kita terutamanya solat menjadi waktu-waktu yang sangat kita impikan.

Dalam tajuk yang sama, penulis ceritakan tentang khusyuk dan bagaimana untuk khusyuk. Mencapai khusyuk dalam solat bukan sesuatu yang mudah namun hasil daripada khusyuk tu boleh mengubah seluruh kehidupan kita sebenarnya.

Khusyuk yang kita harapkan memanglah seperti para sahabat Rasulullah. Walau dipanah bertubi-tubi, tetap tumpuannya hanya kepada Allah. Namun, jika tidak sampai ke tahap itu, cukuplah kita benar-benar fokus kepada Allah sahaja dan gangguan lain tu dah jadi bayang-bayang sahaja.

Penulis ada kupaskan maksud “hidayah itu milik Allah” yang sebenar. Selama ni yang aku faham, maksud frasa tu adalah orang yang hendak berubah ja yang Allah akan beri hidayah. Rupa-rupanya, maksud dia lebih lagi. Hidayah itu milik Allah ni bermaksud, kurniaan hidayah itu memang hanya Allah ja yang boleh beri kepada hambaNya yang terpilih. Tapi kita sering tak sedar yang, kerana hidayah itu milik Allah jugalah, Allah boleh tarik balik bila-bila masa ja.

Kita hari ni taat kepada perintah Allah adalah kerana hidayah yang Allah berikan. Namun, kita kena ingat yang hidayah itu milik Allah. Maka esok-esok kita tidak lagi taat kerana Allah dah tarik balik hidayah yang Dia bagi tu.

Kiranya, orang yang taat hari ini tidak semestinya selama-lamanya akan taat. Orang yang ingkar hari ni, tidak semestinya tidak akan pernah taat. Ini adalah kerana hidayah itu milik Allah.

So, kalau kita sekarang rasa kita masih ada kemahuan untuk taat, berdoalah kepada Allah untuk sentiasa diberikan hidayah olehnya.

Towards the end of the book, tajuk hujung-hujung penulis mention tentang masjid. Perkataan masjid sendiri derive dari perkataan sujud. Sujud tu rukun solat yang ketika tu lah kita paling hampir dengan Allah. Ertinya, masjid adalah tempat untuk kita ingat dan lebih dekat dengan Allah.

Sayangnya, manusia hari ini rasa masjid ni tempat terakhir yang patut dia tuju. Kalau nak rehatkan minda, pergi bercuti. Tak pergi masjid dulu. Kalau nak healing, tak nampak yang dekat masjid lah tempat healing yang paling menyembuhkan.

Sebab tu kita tengok masjid-masjid di sekeliling kita solat jemaahnya saf tak penuh. Selama ni ingatkan masjid tu yang tak vibe, tapi macam mana lah masjid tu nak ada vibe kalau jemaah pun tak ada?

Bukan ke yang menghidupkan suasana sesuatu tempat adalah penduduknya? Macam dekat Jom Heboh, kenapa begitu rancak dan meriah sekali suasananya? Sebab ramai orang datang meramaikan. Sama juga dekat masjid. Macam mana nak masjid tu ada suasana meriah? Masyarakatnyalah yang perlu mengimarahkannya. Nak mengimarahkan masjid mestilah bermula dengan hati yang rasa nak tunduk sujud kepada Allah.

Masih panjang perjalanan masyarakat muslim di tanah air Malaysia sendiri pun, untuk menjadikan Allah yang prioriti utama dalam hidup. Rasa kehambaan kepada Allah perlu dipupuk sejak dari kecil sebelum anak tu kenal ABC lagi. Barulah dia akan dewasa menjadi manusia yang mengutamakan Allah.

Namun, itu bermaksud yang dewasa sudah terlambat untuk faham. Selagi hidup, selagi tu masih layak dan berpeluang mengutamakan Allah.

Berusahalah. Kemanisan iman itu pasti dirasai. Selamat merehatkan hatimu yang gundah dengan sujud kepada Allah.
Profile Image for Amirah Mardhiah.
38 reviews5 followers
January 21, 2021
"Solat itu ialah ikatan hati antara seorang hamba dengan Ilahi. Tanpa ikatan itu, putuslah segala harapan, sandaran dan kekuatan. Hidup umpama layang-layang yang terputus talinya"

Tajuknya sahaja sudah berjaya menambat hati saya. Jujurnya, saya memang dah lama cari buku tentang solat yang saya boleh baca dan hadam. Bukan buku berkisarkan tatacara solat, tapi lebih kepada memahami maksud di sebalik solat itu sendiri. Saya terfikir, setiap hari 5 kali kita solat, pada kebanyakan masanya hanya dalam keadaan semata mata solat. Takbir, rukuk, sujud dan segala tatacara dituruti. Namun, terasa kosong tanpa apa-apa rasa.

Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama berkisar tentang persoalan solat itu sendiri. Adakah benar solat itu sudah tuntas difahami apabila ianya diajar seawal sekolah rendah pada anak2 kita. Adakah solat itu sekadar ritual yang kita lakukan sebagai seorang Muslim? Persoalan2 ini telah dikupas dengan sangat lumat oleh Ustaz Pahrol pada hemat saya. Banyak persoalan2 saya telah terjawab dengan membaca buku ini. Penulis telah menyingkap penuh tentang solat. Tujuan kita bersolat, apa yang sepatutnya kita capai dengan solat, dan part yang paling saya suka ialah; Panduan Imam Al-Ghazali tentang enam peringkat khusyuk dalam solat.

Bahagian yang kedua mengajak pembaca untuk berkenalan semula dengan solat. Beliau juga menjelaskan kembali akan salah faham tentang ibadah. Saya sangat suka apabila Ustaz Pahrol menyentuh tentang perkaitan hati dengan solat. Bagaimana sifat hati itu sangat mudah berbolak balik dan tidak konsisten. Justeru, kita diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW untuk membaca doa;

يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
Ya Rabb yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu dan taat kepadaMu.

Bahagian yang ketiga menyentuh tentang solat yang boleh mengubah kita. Ilmu dan penghayatan adalah 2 perkara yang sangat penting untuk memastikan solat yang didirikan itu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kesan dan impak solat kepada kehidupan kita juga diterangkan dalam bab ini. Beberapa kisah juga diselitkan untuk pengajaran kita semua.

Semoga kita semua diberi Taufik dan Hidayah oleh Allah. Amīn.
Profile Image for Dayana Wong.
66 reviews7 followers
September 1, 2022
Sebagai insan yang sering lalai dan alpa, pernah tak anda tertanya-tanya, "adakah solatku selama ini diterima oleh Allah?" 🥺 Antara salah satu cara untuk kita ketahui sama ada solat seseorang itu diterima atau tidak adalah melalui akhlak dan perbuatannya (swipe ◀️)
-
"Untuk memperbaiki dunia kita hendaklah memperbaiki manusia, dan untuk memperbaiki manusia kita hendaklah memperbaiki hatinya. Dan cara untuk memperbaiki hati manusia itu perlu dekat dengan Allah SWT melalui solatnya." - m/s 245.
-
🔖Dayana tertarik dengan buku ini kerana ia berkisarkan tentang solat yang merupakan kepala kepada segala ibadah orang Muslim. Penjelasan yang cukup padat dan mudah untuk difahami! Perumpamaan yang dijelaskan oleh penulis juga memudahkan lagi pemahaman konsep solat.
-
📍Banyak input baharu yang Dayana dapat hasil bacaan buku ini:
💚 Solat itu dapat mencegah kita daripada perkara fahsya' (keji/zina) dan mungkar
💚Solat itu haruslah diterapkan sejak kecil lagi kerana ia dapat mengajar manusia cara pengurusan masa yang baik dan berdisiplin kerana solat itu sendiri ada tertibnya dan waktunya.
💚 Solat membentuk akhlak yang baik, dan akhlak dapat dicerminkan melalui hubungan seorang manusia dengan manusia lain.
💚Individu yang menjaga hubungannya dengan Allah SWT melalui solat, pasti Allah akan menjaga hubungannya sesama manusia.
💚 Kualiti kehidupan, ekonomi, politik, pendidikan kita bergantung sepenuhnya kepada kualiti solat kita.
💚 Solat adalah untuk kita berhubung dengan Allah, dan dengan mengingati Allah hati kita akan tenang.
-
Selesai pembacaan buku ini, Dayana sedar ada banyak lagi peningkatan/improvasi yang perlu Dayana lakukan dalam ibadah solat Dayana 🥺 Manusia itu sikapnya mudah alpa, buku ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran buat Dayana untuk menilai tahap kualiti solat diri sendiri sekali gus membuat Dayana lebih faham akan tujuan solat dan cara untuk lebih khusyuk dalam solat.
-
Untuk anda yang juga ingin memahami konsep solat yang sebenar, tujuan solat dan tips-tips khusyuk solat, this book might be suitable for you!

Semoga amal ibadah kita yang banyak cacat cela ini diterima olehNya 🤲🏻
🌟5
Profile Image for Erin95.
153 reviews5 followers
May 10, 2022
5/5 ⭐

Solid 5 bintang dari aku untuk buku ini. Kerana apa aku bagi 5 bintang, sebab Buku Rehatkan Hati dengan Solat cover keseluruhan aspek tentang solat. Bermula dari hati yang serabut dengan kehidupan dunia yang melelahkan, tercari-cari ketenangan hidup.

Ketenangan sebenar yang dicari, ada dalam solat. Bagaimana realiti solat kita. Khusyuk kah kita, faham kah kita maksud-maksud bacaan dalam solat, fahamkah kita setiap makna pergerakan dalam solat. Contohnya seperti:

"Apabila kita berdiri tegak tanpa bengkok lalu bertakbir, apa maksudnya? Ia lambang kepatuhan dan menyerah. Apabila kita rukuk, ia lambang kita hendak menghinakan diri di hadapan Allah SWT. Kita luntur dan leburkan keegoan kita dalam rukuk. Naluri manusia apabila mahu menghormati seseorang, dia akan tunduk."

Seterusnya, buku ini juga menyentuh secara details dengan bahasa yang sangat jelas dan mudah difahami apa sebenarnya tujuan solat ni?

Tujuan solat:

1) Kerana kita hamba-Nya. Macam mana nak wujudkan sifat kehambaan (disentuh dalam buku ini)
2) Untuk mendapatkan kekuatan bagi menghadapi ujian-ujian dunia ini.
3) Solat ialah kerehatan, bukannya beban

Buku ini, bagi aku sebuah panduan lengkap tentang solat. Turut menyentuh kesan solat pada ummah, kenapa kita solat, tapi masih tak mampu cegah kita buat maksiat dan kemungkaran. Mungkin kita belum benar-benar faham tujuan solat, dan kita belum benar-benar menyerahkan diri pada Allah dalam solat. Kita hanya menggerakkan badan tetapi hati kita tidak mengingat Allah. Takbir, rukuk, sujud dan salam, hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan dan impak pada hidup. Ketenangan yang dicari masih belum dirasai. Allahuakbar.

Banyak nak ceritakan pasal buku ni, menyentuh kesan solat pada ummah, kesan solat berjemaah, kesan bangun awal untuk subuh berjemaah. Lengkap semuanya.

Aku akan baca lagi buku ni untuk ulangan.

"Solat itu waktu untuk kita merehatkan jiwa daripada ujian-ujian dunia."

Terima kasih Ustaz, tuliskan buku ini.
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews11 followers
January 29, 2025
Buku ni tidak membahaskan soal solat secara terperinci daripada sudut praktikal namun lebih kepada membantu kita soal memperbaiki niat kita untuk beribadah dan memberi sudut pandang yang lebih baik tentang kepentingan menjaga solat

Walaupun saya akui kita tetap memerlukan buku-buku lain untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang lebih terperinci dan lengkap berkaitan ibadah solat,

Bacaan ini tetap berjaya memberi impak pada diri saya kerana selalu menyelitkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang banyak menyentuh jiwa saya berkaitan dengan solat

Dan selalu meninggalkan saya dalam keadaan termenung jauh kerana merenungkan ayat-ayat tersebut dengan lebih mendalam. Terkesima dengan keindahan kalam-kalam Allah SWT dan bagaimana solat itu sebenarnya hadiah daripada Allah SWT bukannya BEBAN.

Secara tak langsung, buku ni telah berjaya menambahkan rasa kagum dalam diri saya akan kehebatan dan keesaan Allah SWT dan kebenaran yang dibawakan nabi terunggul, Rasullullah SAW.

Maka, niat saya yang awalnya ingin menambahkan ilmu berkaitan solat dan berharap dengan pengetahuan yang diperoleh dapat membuahkan hasil dengan menyuburkan lagi rasa cinta akan ibadah lalu meringankan rasa beban akhirnya dapat terlangsai sedikit sebanyak dengan penulisan ustaz Pahrol.

Jika ada yang juga mencari bacaan untuk niat yang sama, saya sarankan buku ustaz insyaallah tidak mengecewakan
Profile Image for Alya Hadiera.
1 review1 follower
February 18, 2021
Skop kandungan yang luas dan membuka mata; untuk mengubah dunia, perlu perbaiki manusia. Untuk perbaiki manusia, perlu perbaiki hati mereka, dan untuk perbaiki hati manusia, cara yang terbaik adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui solat yang diperbaiki.

Penyampaian Ustaz Pahrol sangatlah mudah difahami. Baca sekali dah boleh cerap. Tambah pula dengan contoh2 kisah yang menarik. Saya paling suka bahagian di mana Ustaz membuat perkaitan antara ibadah dan impaknya kepada masyarakat dan bagaimana dalam ibadah kita ada hak2 bagi manusia yang lain. Kerana saya percaya, masih ramai lagi di luar sana yang menganggap bahawa ibadah dan nilai sosial adalah dua perkara yang terpisah.

Secara keseluruhannya, saya suka buku ini sebab ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk sentiasa perbaiki kualiti solat saya. ❤️
Profile Image for nienaaziann.
3 reviews
June 8, 2021
Selalu serabut dengan hidup and sometimes rasa macam nak lari dari dunia , then one day teringat pesan ustazah , rehat yang sebenarnya adalah solat.

One day , ternampak slurpee crank updated his ig stories , suddenly ternampak buku ni , then try cari dekat bookstores @imanpublication then ada .

For those yang nak rehat dari dunia , you should read this book . Buku ni banyak mengajar kita tentang erti solat. Solat dengan hati dan khusyuk . Ada satu quotes yang membuatkan niena ingat sampai sekarang adalah -
" solat itu dapat mencegah dari kemungkaran dan fahsya' . Tbh , i thought kemungkaran and fahsya' adalah benda sama tapi sebenarnya berbeza .

Kemungkaran ialah - suatu kejahatan
Fahsya' ialah - nafsu jahat

So totally it's different.
Itu sahaja daripada niena . Bye 🤍
Profile Image for Athirah Hazwani.
3 reviews1 follower
September 26, 2021
Buku rehatkan hati dengan solat banyak membantu sy mengenal kelebihan solat, kenapa kita perlu solat, kenapa perlu berjemaah. Buku ini juga menjawab persoalan kenapa orang yang solat tapi masih lagi bersifat sombong dgn manusia dan Allah. Buku ini juga membuka minda dan mata hati saya kepada perlunya solat subuh berjemaah. Bukan sahaja solat subuh tetapi semua solat solat wajib yang lain juga. Setiap pergerakan dalam solat ada maknanya yang tersendiri. Betapa pentingnya utk kita faham erti setiap pergerakan kita dalam solat dan maksud utk bacaan solat. Khusyuk dlm solat caranya. Sesuai untuk semua pembaca
Profile Image for Hidayah Fauzi.
178 reviews3 followers
February 28, 2022
Antara buku yang wajib dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang bergelar muslim. Kenapa? Supaya kita semak balik kualiti solat kita bagaimana seharusnya. Supaya kita tahu kepada siapa kita berhadapan ketika solat, kenapa kita solat dan sejauh manakah kepentingan solat untuk orang Islam.

Solat sangatlah berat melainkan bagi orang2 yang kusyuk. Dan solat yang berkualiti boleh mencegah kita daripada perbuatan keji sebagaimana solat membuatkan kita lebih taat kepadaNya. Solat yang berkualiti takkan memberatkan kita untuk melakukan solat sunat yang lain pula.

Belajarlah untuk kenal dan hayati makna sebenar di sebalik solat yang kita lakukan 5x sehari smalam.
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
February 13, 2021
Bukan buku tentang cara-cara nak solat.

Ianya buku tentang bagaimana solat dapat merehatkan hati kita yang telah penat seharian melakukan aktiviti di dunia. Buku ini banyak sedarkan saya kembali bahawa solat sangat-sangat penting. Kadang-kadang solat pun ala kadar sahaja sebab penat dengan dunia. Astaghfirullah.

Penulis ada bagi tips juga untuk khusyuk dalam solat dan macam mana nak jadikan aktiviti harian kita satu ibadah. Bila baca buku ni rasa semangat nak betulkan balik kualiti solat kita. Terima kasih penulis.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
April 25, 2021
Melihat kepada tajuk buku, saya menjangkakan isi kandungannya menceritakan tentang solat semata-mata. Tetapi ternyata skop penulisan buku ini sebenarnya lebih luas.

Buku ini sesuai untuk individu yang mahu memperbaiki makna solat itu sendiri. Mungkin selama ini solat kita cukup rukun dan sunatnya. Tetapi adakah kita memahami erti setiap rukun solat yang kita kerjakan? Adakah solat yang kita dirikan memberi kesan terhadap hubungan kita dengan Allah dan makhluk di sekeliling kita?

Ayuh muhasabah!
Profile Image for Zi.
32 reviews
May 18, 2021
Buku ini sesuai bagi yang mempunyai masalah dengan solat. Untuk faham tujuan solat, sejarah solat, kisah kisah solat zaman Rasullulah, dapatkan solat yang khusyuk dan sebagainya.

Penulis ada selit mengenai solat subuh. Benefits, peristiwa and etc. Boleh baca dan dijadikan pengajaran.

Ada bab yang agak berat ada bab yang ringan. Banyak juga penulis repeat same sentences tetapi cara tulisan sangat simple dan mudah faham. Tak rasa bosan dan contoh yang diberi sangat reletable.

Lepas baca buku ini, rasa sayang nak main mainkan waktu solat. Terima kasih penulis!
230 reviews4 followers
July 6, 2023
Jika anda memerlukan sesuatu untuk menyemarakkan semula semangat dan cinta anda untuk melakukan solat, bacalah buku ini. Ringkas tetapi padat dengan nasihat berguna dan kata-kata perangsang yang jelas dan mudah diterima tanpa istilah-istilah yang memberatkan seperti kebanyakan buku tentang solat yang bersifat ilmiah. Pada masa yang sama, mungkin penulis boleh pertimbangkan untuk menyeneraikan bahan rujukan yang digunakan bagi pembaca yang ingin mengkaji lebih mendalam. Buku yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat kita.
Displaying 1 - 30 of 57 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.