Jump to ratings and reviews
Rate this book

Blind Date: Love Will Happen When It Wants...

Rate this book

Paperback

First published January 1, 2020

2 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Najwa Rahman

25 books47 followers
Najwa Ulfah Abdul Rahman

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (46%)
4 stars
11 (39%)
3 stars
4 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Nik Natia.
62 reviews3 followers
October 1, 2025
lama tak baca citer yg penuh emosi mcm ni.. menangis mcm tak ingat hari esok..bekok mata²
why kahcu, U assume sendiri²..sakit hati kita
tp watak kachu dgn ash ni memang ngamm
1st time baca citer dr author
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
October 8, 2020
kenapalah comel sangat piqa ni Najwa Rahman? i imagine it was you! kihkih... seriously.

mula-mula jom kenal dengan afiqah atira atau piqa atau kachu. pikachu! sempoi, selamba, tak girlish sangat. cantik pada pandangan mata orang lain. tak ada pakwe... huwaaaa!!! jadi kutukan mak cik-mak cik bawang seantero jiran. tak ada kerja lain diorang ni, kan?

sebabkan tak ada pasangan, dia dengan baik hati ke blind date. yalah. anak yang baik piqa ni. sangat sayang pada keluarganya.

watak kedua penting - muhammad qaiser alif atau acer. ash! acer ni, kalau korang lukis atas kertas graf, garis sifat dia mendatar. kalau ada lekuk pun sebab bila siku korang tersenggong. ha... camtulah ibaratnya. pembaris. lurus tiang kayu juga, payah manusia ni nak diajak bergurau. blur. piqa panggil dia laptop pun macam tak ada perasaan. adoi la hai...

tapi acer ni suka fei. fei pula suka fahmy. teruk jugalah kecewa acer. piqa lah bintang yang bawa sinar dalam hidup acer. tapi, kayu sungguh acer nih! apa anda buat dengan watak ini, wahai penulis cantik?

suka dengan setiap dialog yang diolah. tak meleret, merapu. banyak yang buat akak senyum sorang-sorang bila baca. lawak yang tak dibuat-buat. natural!

cinta mereka bukanlah ibarat lori gula terbalik. lebih pada nak isi gula dalam lori tapi salur asyik sumbat. acer lah ni. lambat sangat mulut dan tindakan. dah elok-elok bertunang dengan piqa, bila maknya suruh tolong fei, dia jadi serabut. come on man... cakap la... cakap. susah ke nak protect piqa, protect your own feeling?

adakala kena pentingkan diri sendiri. ya, acer kawan, sahabat yang sangat baik tapi kenapa susah nak beritahu yang tak sanggup nak berkorban sebegitu sekali? tak pasal-pasal, piqa berlalu pergi.

bawa diri yang sangat kecewa dengan acer.

and acer, you tinggal sorang, sepi. menyimpan perit kerana separuh hati dibawa oleh piqa, pergi.

itu sebab yang utama, komunikasi. bukan suruh bergaduh. tenang dulu baru bincang.

eh... bebel lak akak.

suka dengan cerpen bonus. suka dengan qairel dan fei. suka dengan wujudnya kisah mereka yang mewarnai dan melengkapkan kisah piqa dan acer.

kedua watak ini, dan cerita mereka walaupun ringkas tapi menusuk qalbu. lain feeling dengan kisah piqa dan acer tapi satu sebab yang sama iaitu - cinta yang sukar hendak diungkap dengan kata-kata. tapi, yang merasa itu sahaja yang tahu.

akak sangat suka dengan BEAUTIFUL FEELING.

DAY AND NIGHT, bagi lengkapkan kisah keri dan jane. keri sahabat baik acer dan jane adalah bff piqa.

serabut. mess. sungguh. keruk kepala akak baca. bukan sebab tak sedap tapi life mereka berdua dalam mencari pasangan tu yang sangat serabut. part ariana tu memang lawak. tak boleh nak imagine, keri hilang setengah jam saja pun sebab duduk dalam jamban, dia punya kecoh, adoi. tak pasal-pasal mengamuk keri dibuatnya.

hidup ini memang betul tentang pilihan. tapi, bukan perlu semberono. pilih dengan bijak. kalau ada kemelut dalam pilihan pun, mungkin itulah yang perlu dilengkapkan. jangan terlalu mengharap kesempurnaan sebab kita pun taklah sempurna mana.

its a blind. its a date.

itulah kehidupan.

ibarat 'buta' untuk menghadap 'tarikh' yang bakal muncul kerana tidak tahu apa yang bakal berlaku. tetap perlu teruskan jua langkah.

selagi bernyawa.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
March 23, 2021
Blind Date (Page 1-281)
— 3.5⭐
Hero; Qaiser Alif a.k.a Acer
Heroin; Afiqah Atira a.k.a Piqa/Kachu
Rasa macam tak ngam sangat dengan cerita ni.
Kurang suka dengan perwatakan watak.
Tak suka dengan konflik — as if overdramatic.

Overdramatic-nya tu sampai tahap macam kurang logik pun ada (pada persepsi aku laa). Yalah, kan... Bawa diri (a.k.a lari) sampai dua tahun hanya semata-mata untuk sebab yg remeh (benda boleh bawa bincang kot). Dah tu, dengan keluarga sendiri pun nak ignore jugak (lagilah tak logik).

Patah hati sebab sendiri punya hal (jump to wrong conclusion), alih-alih semua kena tempias 'diabaikan'. Gila tak matang punya perangai heroin.

Senang cakap ginilah. Aku tak suka story yg konfliknya jadi meleret '2 tahun kemudian' disebabkan CUMA miscommunication.

Piqa suka buat assumption sendiri.
Acer pulak langsung tak tegas, sibuk jaga hati orang lain lebih dari tunang sendiri.
Baik tak bertempat.

So... Itulah.

Bila konflik dengan perangai watak utama tu sendiri aku tak berkenan, terus aku jadi takleh nak masuk dengan kisahnya. Selain gaya olahan, konflik dan karakter watak pun sangat penting bagi aku nilai tahap suka aku kat buku tu.

Macam untuk kisah Acer-Piqa ni, aku just suka kisah mereka sebelum masuk part konflik tu jer. Sebelum masuk konflik tu, memang best dan menghiburkan, sayangnya... konfliknya tak best.

❇️ ❇️ ❇️
Cerpen Bonus: Beautiful Feeling (Page 283-337)
— 3⭐
Hero; Qairel (abang Acer)
Heroin; Fei (kwn/jiran Acer)
Pun konflik miscommunication jugak.
Pun aku tak suka.
Lebih-lebih lagi watak Fei lembik semacam.
Nak cakap bodoh macam kasar sangat, tapi itulah perkataan paling sesuai.
Tajuk Beautiful Feeling, tapi aku yang takde feeling membacanya.

❇️ ❇️ ❇️
Cerpen Bonus: Day And Night (Page 339-403)
— 3.5⭐
Hero; Keri (bff Acer)
Heroin; Jannah a.k.a Jane (bff Piqa)
Watak-watak dalam cerpen ni pun masih lagi memakai formula 'buat assumption sendiri' lalu tercetusnya lagi 'miscommunication'.
Tak sukalah aku baca kisah salah faham meleret macam ni aihhh.
Cuma yg ni better sikit dari Beautiful Feeling sebab watak Keri tu menghiburkan.
Aku suka watak dia.
Jane tu so-so lah. Hmm.

🔹🔹🔹
Overall, aku memang tak suka baca buku yg konfliknya tentang masalah komunikasi antara watak utama. Kalau salah faham then settle kat tepi selalu, takpe aku boleh terima. Tapi kalau sampai lari-lari, mengelak tak sudah, sedar-sedar '6 bulan kemudian... 2 tahun kemudian...', kirim salamlah aku nak suka, hmmm.
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
December 18, 2021
Tiba² tersuka Kachu and Acer. Suka gak pada Keri and Jane. So-so for Fei and Qairel.

Cerita ini more ke misunderstanding.. senang cakap lack of communication.

Wujud ke dalam dunia ni? Tak tahula nak cakap sebab F if tak puashati gan partner tanya direct je. Takda buat assumption.

Lelah gak baca 3 stories pasal miscommunication tapi sebab cerita best teruskan gak. Dialog tu yang buat F terhibur.
Profile Image for Cutie_pie28.
388 reviews8 followers
November 7, 2025
Suke ngn cerita Acer dan Kachu… dorg jenis selamba n best.. but whyy laaaa Kachu suke assume sendiri? Kan da bazir mase ber thun..


Yg si Fei nie pulakk adoiii.. terpaksa org lain sedar kn die.. die tk nk ber gantung harap kt Acer tp family Fei n mak Acer sibukkk nk soh Acer pujuk.. adoiii.. mak die tkde pulakk nk ckp pape kt Kachu lepas kejadian tu eh..


Short story bout Jane n Keri.. alahaiiiii.. ni pun same.. suke assume sendiri.. suka ckp laa suka kan.. tk confess kite tk tau..
Profile Image for Haslina.
39 reviews
October 2, 2020
Najwa Rahman never fails to awe her readers with love stories that touch the heart.
A love story between Acer and Pikachu - the main message is this "If it is meant to be, it will happen."

Profile Image for Ixora Riana.
32 reviews
June 18, 2021
Taktau macam mana nk describe tapi aku sangat² puas hati baca Blind Date ni. Segala perasaan ada bila baca Blind Date ni. Rasa nk tersenyum, nk marah, nk gelak dan terharu semua ada.

Bermula dari 'blind date' yg diaturkan oleh keluarga, hubungan Acer dan Piqa akhirnya sampai ke tahap bertunang. Cuma bila Acer tiba² lebihkan Fei yg baru kematian suami, Piqa mula sedar Acer masih blom move on dari berhenti cintakan Fei. Auchh! Kesian Piqa.

Apa taknya, lg 2 bulan nk kawin Acer minta tangguh majlis dgn alasan Fei masih bersedih. Acer terpaksa usulkan untuk tangguh sebab mama Acer yg minta Acer tolong Fei. Mama Fei pun tak habis² asyik suruh Acer tolong pulihkan anak dia. Dan Acer ni pun bodoh gak tak reti menolak. Jaga sgt hati semua orang sampai hati Piqa yg terguris teruk. Bila Piqa minta putus tunang dan berhijrah ke Johor, menyesal tak sudah Acer. Mama Acer berkali² minta maaf tapi semua dah terlambat.

Jadi, ending diorang berpisah camtu ke? Ehh, kena baca sampai habis! Panjang lg kisah diorang. Kenapa mama dan abah Acer bercerai. Kenapa Qairel tak percaya pd perkahwinan. Dan kenapa Jane dan Keri saling salah sangka. Haa panjang lg kisahnya. Ada bonus cerpen Beautiful Feeling (kisah tentang Qairel dan Fei) dan Day & Night (Jane dan Keri) kt belakang. Paling best watak² Gulp! Cafe dan Ijah turut terselit dlm Blind Date ni. Memang berbaloi sangat baca naskhah Najwa Rahman yg ni.
55 reviews2 followers
January 6, 2022
Menyesal sebab baru baca novel ni. Dulu rasa macam okay macam novel klise je. Tapi lupa, kalau novel karya Najwa Rahman janganlah judge dulu sebelum baca.

Ada tiga kisah dalam novel ini dan yang utama mestilah kisah Acer dan Piqa. Of course rasa geram dengan diorang berdua ni. Masing-masing dengan prasangka sendiri. And dua kisah selepas itu, Qairel-Fei dan Keri-Jane pun sama masalah utama dorang (Untuk Keri-Jane saya maafkan).

Tapi sebenarnya ketiga-tiga kisah ini peringatan untuk diri sendiri jugak supaya sentiasa luahkan rasa dalam hati and jangan ada miscommunication. Discuss elok-elok, mana yang terbaik buat diri kita sendiri dan orang lain. Kan susah bila buat keputusan tapi hasilnya menghancurkan hati banyak pihak.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
October 11, 2020
Jodoh memang x pernah salah alamat
Profile Image for Wahida.
36 reviews9 followers
November 19, 2021
Sukaaaa baca blind date ni. Rasa macam nak pergi blind date jgk la. Hahahaha. Manissss!
286 reviews52 followers
January 1, 2022
#1/75 (2022)

Sedihnya....2 thn acer terpisah dgn piqa...nsb baik endingnya happily ever after...huhu
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.