Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hanya Ingin Kamu

Rate this book
Tiga tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya, hatinya hanya menginginkan Adam. Hanya dia! Tetapi…

“Ada apa dengan kita?” – Adam Haidar

Layanan dingin Adam jauh berbeza dengan setiap gerak-gerinya. Aileen yakin Adam turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Namun sayang, tidak semudah itu. Di antara Aileen dan Adam, ada satu tali penghubung bernama Auliya. Kerana Auliya, mereka bersatu tetapi kerana Auliya juga, mereka pernah berpisah. Bagaimana pula dengan sekarang? Adakah Auliya akan tetap menjadi garis yang memisahkan?

“Sampai bila aku kena cemburukan orang yang dah meninggal dunia?” – Nurul Aileen

Aileen menyimpan rahsia, Adam terbelenggu dengan rasa berdosa dan sebuah janji. Tidak cukup dengan itu, Aileen perlu hadap kebencian ibu bapanya terhadap Adam. Dosa silam seseorang mampu menggugah hubungan Aileen dan Adam. Kewujudan Zayyan turut menyukarkan lagi keadaan.

“Kadang-kadang melepaskan jauh lebih baik daripada bertahan. Lepaskan Adam, Leen. Lupakan dia,” – Zayyan

Benarkah kesakitan Aileen bisa hilang selepas dia melepaskan Adam? Adakah sememangnya dia dan Adam tidak ditakdirkan bersama?

568 pages, Paperback

First published October 1, 2020

1 person is currently reading
94 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books224 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (51%)
4 stars
42 (35%)
3 stars
12 (10%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
894 reviews85 followers
November 23, 2020
[140-2020]

#HanyaInginKamu #SyuAriani

Kali ini, genre yang dipersembahkan penulis berfokus kepada kisah cinta romantik berbanding aksi/thriller seperti novel penulis sebelum ini. Kisah ini tertumpu kepada tiga watak utama iaitu, Aileen, Adam dan Zayyan, di mana dalam cerita ini tema/isu seperti komunikasi, kepercayaan dan kesetiaan diberi penekanan.

Sejujurnya, bagi saya novel ini digarap dengan baik. Bahasa mudah difahami di samping perjalanan cerita yang disusun dengan teratur membuatkan pembacaan saya terhadap novel ini tidak terganggu.

Cumanya... Barangkali disebabkan sudah terbiasa membaca karya aksi/thriller daripada penulis, saya ambil sedikit masa untuk menghadam novel ini. Macam saya katakan, novel ini memang menarik, cuma itulah sebab sudah terbiasa dengan karya genre lain daripada penulis. Apa-apapun tahniah buat Syu Ariani!
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
February 16, 2021
Hanya Ingin Kamu menampilkan kisah yg bergenre melodrama. Kisah ttg masa silam yg membuatkan watak utamanya terikat, bukan mudah untuk melupakan sesuatu yg amat bernilai. Kehilangan org tersayang sgt terkesan dihati Aileen dan Adam. Dan konsep kesetiaan adalah tunjang utama novel ini.

Nurul Aileen, berkerja sbg pembantu rumah Pn. Sharifah. Menjadi satu tanda tanya kpd Pn. Sharifah siapa Aileen sbnrnya krn Aileen perahsia orgnya. Aileen selalu dibuli oleh Zayyan, anak Pn. Sharifah. Mereka selalu bertikam lidah. Dan Aileen menggelarnya Giant kerana sikap pembuli Zayyan tak ubah spt Giant dalam siri Doraemon yg membuli Nobita. Walau agak klise tp aku suka olahan Syu part Aileen-Zayyan ni.

Kehadiran Adam sbg anak saudara Pn. Sharifah dan En.Dahlan membuka semula kisah silam Aileen. Siapa Adam yg sebenarnya? Apa kaitannya dengan Aileen?

Part kakak Aileen iaitu Nurul Auliya paling sedih. Kenapalah Auliya dilayan seteruk itu sampai nafas terakhir. Tp trauma yg dihadapi oleh Pn.Amalin menjadi punca semua ni. Dibenci ibu sendiri amat menyakitkan. Kenapalah tidak dirawat dari awal. Pasti semuanya akan lebih baik buat Auliya.

Konflik lebih memuncak bila Zayyan jatuh hati pada Aileen. Sedangkan Aileen kesetiaannya cuma pada Adam. Cintanya terhadap Adam tak pernah berubah walau masa telah memisahkan mereka. Aileen yg memilih itu kerana cemburunya pd Auliya yg amat akrab dgn Adam.

Kisah hubungan cinta yg amat complicated antara Adam-Aileen-Zayyan akan terjawab dgn membaca novel ini. Pd aku kisah mereka ini menyentuh hati dan penuh emosi. Cuma ada part yg aku rasa agak mendatar maybe sbb sblm ini aku baca novel Syu yg bergenre psiko-thriller, masih terbawa-bawa dgn olahannya utk genre itu. Apa pun karya ni menunjukkan kebolehan Syu menulis dalam genre yg berbeza. Tahniah.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 21, 2020
Ini adalah baby ke 7 @syuariani yg aku baca. Selepas pelbagai genre, syu hadir dgn genre melodrama. Boleh aku katakan yg syu memang multi-talented. Mampu menulis pelbagai genre
.

Kisah kehidupan insan yg bernama Nurul Aileen. Kerana ikutkn hati, dia sendiri yg merana dan memendam rasa. 3 tahun mengubah hidupnya, menjadi seorang pembantu rumah di kediaman milik Tuan Dahlan dan Puan Sharifah
.

Kemunculan Adam Haidar di rumah majikannya menggugat hati Aileen. Memori 3 tahun lalu kembali menerpa. Terpancar rasa menyesal terhadap apa yg pernah dia lakukan kpd Adam. Ditambah sikap Adam yg membeku Aileen rasa sakit
.

Auliya, kayu penghubung kpd hubungan antara Aileen dan Adam. Namun tiapkali nama Auliya meniti di bibir Adam, Aileen menjerut rasa. Siapakah Auliya dihati Adam? Kenapa Aileen merasakan Auliya penghalang kpd perasaan Adam terhadapnya? Kemunculan Zayyan menambah bebanan. Tanpa sedar dr sekadar suka mengusik, muncul bibit2 cinta terhadap Aileen. Berbalaskah cinta Zayyan? Atau Aileen tetap memilih Adam walaupon hatinya terluka?
.

Aku geramkan perangai mama dan papa Aileen. Kejam. Kenapa mereka terlalu buta utk menilai? Kenapa menghukum insan yg tidak berdosa hingga ke akhir hayat? Tapi aku sukakan kehidupan kekeluargaan majikan Aileen dan juga keluarga Adam. Terpancar suasana kekeluargaan. Tidak spt keluarga Aileen yg huru hara
.

Aku kesiankan Qila. Apakah pengakhiran kisah Qila wahai cik penulis? Gadis yg sangat baik. Kuinginkan kisahnya pulak dicoretkan. Bolehkah?😆
.

Oh ya, jangan dibuat main dengan trauma seorang wanita apabila maruahnya direnggut oleh sang durjana. Boleh hilang pedoman diri. Dan juga boleh bawa maut jika tidak diubati traumanya dgn segera
Profile Image for addreads.
296 reviews25 followers
January 13, 2023
"𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚?"

3 tahun terpisah itu perkataan yg keluar dari mulut Adam untuk Aileen?atas sebab apa dorang terpisah? but yg pasti setiap story dorang mesti ada mention nama 'Auliya'🤔siapa 'Auliya'? ada related dengan Aileen & Adam ke?

"𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐠 𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚?"

kerana 'Auliya' dorang bersatu & kerana 'Auliya' juga dorang terpisah🥺pelik kan? tapi siapa yg Aileen maksudkan meninggal dunia? also yg buat Ad jadi lagi curious is si Aileen ni ada simpan rahsia & si Adam pula always dibelenggu dengan rasa berdosa and janji😥 apa niii? habistu 'Auliya' akan keep on jadi punca dorang tak boleh happy ke? ish apa jadi ni? makin banyak tanda soal tau

Overall, wow😲Ad memang suka sangat buku from kak Syu ni😍always memuaskan. storyline dia memang chef kiss🤌🏻💋emosi naik tak turun-turun woo eh risau eh😫buku ni kalau korang start je baca mesti tak sabar nak tau ending dia sebab curious banyak benda🫣

For Ad juga main point of the story is 'communications' disebabkan satu ni wow macam-macam boleh jadi tau. ishh sedih tau Ad baca ni Kak Syu😭tapi bestt puas sangat😍baca tau korang, boleh torture diri sikit ehek🤪happy reading🫶🏻 jap fav ayat Ad dalam ni..

"𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭.. 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐣𝐚𝐮𝐡."
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
November 22, 2022
4/5 ⭐

kehilangan seseorang yang membawa pertemuan dan kisah Adam Haidar dan Nurul Aileen.

saya capai buku ni tanpa sebarang expectation, and it is worth it. mengalir air mata dengan back story Auliya, kawan baik Adam dan kakak Aileen. her heart is too pure for this cruel world.

Adam Haidar, seorang yang sangat cold toward Aileen after mereka berjumpa semula. dia terluka, dan sebab itulah dia cold sangat dengan Aileen tapi saya rasa dia hot sangat bila dia cold gini sebab dia macam suka tapi tamau tunjuk. ego!

Nurul Aileen. saya faham kenapa dia berbuat begitu walaupun saya tak setuju. she was heartbroken, distressed. i loveee how she always make the first step! i love confident women! cuma, saya tak suka how dia selalu larikan diri dari masalah.

anyways, Zayyan dan Aileen comellll sangat! Zayyan dengan usik mengusik Aileen, Aileen dengan membebel diam diam sebab Zayyan! cooomel!

a lil slack reason Aileen buat gitu macam tak strong sangat. i understand why, but just, tak cukup kuat bagi saya untuk dia berbuat gitu.
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
August 15, 2022
buku ni kan aku geram tauuuuu. geram dengan communication mereka dua ni!!! ieee rasa kann cubit cubittttttt. HAHAHHA. gara-gara miscommunication tu la konflik tu terjadi. haiyoyoyooy.

tapi nasiblah adam haidar tu hshshshhshs ideal man gitu lorhhh. eleh diam2 tanda suka lah tuu. luahkan rasa sayang dengan perbuatan. omgomogmg... dalam diam dia caring dengan aileen tapi tula. aku masih geram tauuuuuuu. cuba jujur. aku rasa kalau aileen and adam jujur, konflik ni x terjadi kot. hahah. tapi dh nama pun novel. kalau tak ada konflik mesti pelik agaga. overall okay la. byk main perasaan. seorang tu suka tu, yg lagi 1 suka ni. cinta tak kesampain. cinta tersalah orang. hmmmm berapa segi dah. kesian sikit dgn zayyan. he deserves better :D. kesian kesian kesian. tersalah suka hak orang huhuhu

k bye, adam haidar crush baru gue HAHAH
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
January 2, 2021


Aku mengambil sedikit masa untuk mendapatkan Hanya Ingin Kamu walaupun teaser yang dikongsikan oleh Syu Ariani bagaikan menarik-narik perasaan aku supaya cepatlah, dapatkan HIK. Macam best! Once aku dah dapatkan, aku mula membaca dengan jangkaan seadanya. Aku merasakan paparan cerita antara Zayyan dan Aileen di beberapa bab awal sedikit cliche' tetapi tetap menghiburkan.

Walaupun perjalanan HIK sesekali terasa sedikit mendatar tetapi aku teruskan juga pembacaan apabila satu demi satu (rahsia: konflik) yang diketengahkan oleh penulis mula menampakkan diri dan mula menimbulkan tanda tanya.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam perhubungan Adam & Aileen, sehinggakan Adam selesa membeku, dan Aileen tak jemu-jemu mengambil langkah pertama. Konflik diri yang di alami oleh Puan Amalin juga konflik yang aku kira berat jika kita dapat menghayati dengan baik. Kehadiran Zayyan aku kira penambah perasa yang melengkapkan konflik utama dalam HIK.

Cukuplah aku katakan yang HIK ini sebenarnya merupakan naskhah yang bersifat melankolik tetapi cukup rencah dengan gaya penulisan yang mampu menambat fokus pembaca dan juga konflik-konflik yang membuahkan mesej tersendiri.

Tahniah Syu Ariani! All the best untuk next novel.

Kalau korang suka baca kisah yang bersifat melankolik, korang boleh dapatkan HIK dari fajar pakeer atau Syu Ariani atau kalau boleh aku cadangkan novel-novel Syu Ariani yang lain:

1. Jagakan Aku
2. Ursula
3. Anastasia
4. 100 Hari Mengenal Cinta
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
February 19, 2024
Novel ni mengundang pelbagai rasa pada aku. Aku tertanya-tanya sangat kenapa Aileen tinggalkan Adam selama tiga tahun lamanya. Kisah disebalik seorang Aileen dan juga Auliya, perwatakan Adam masa mula-mula jumpa Aileen lepas tiga tahun. Semuanyalah! Ada babak yang berjaya buat aku mengalir air mata, apatah lagi bila baca kisah Aileen and Auliya. Kejamnya ibu ayah dia.

Flow cerita teratur cantik, memudahkan pembacaan aku. Mulanya aku pelik kenapa Aileen setuju nak kahwin dengan Adam kalau bukan sebab ibu ayah dia paksa (yelah, kan dia yang tinggalkan Adam) tapi rupanya sebab Auliya. Betullah sebab Auliya, Adam dan Aileen bersatu dan kerana Auliya juga Aileen tinggalkan Adam.

Aku ambil masa lebih kurang dua hari je untuk habiskan novel ni. Lagipun jalan ceritanya taklah complicated walaupun banyak rahsia yang tersimpan. Watak Adam walaupun digambarkan sebagai dingin, tapi dia tetap ambil peduli dengan Aileen. Aku suka babak dia cemburu masa Aileen terjumpa senior and ex-crush dia. Terasa comel haha.

Watak Zayyan bagi aku cuma sebagai penambah rasa. Dia yang nampak Aileen terseksa dan nak jadi pengubat kepada hati Aileen. Tapi sayang, dia bukan orang yang Aileen nak. Sedih jugakla waktu Zayyan membentak hubungan Aileen dengan Adam. Betullah kata ayah Zayyan, perkahwinan tu perlu dihebahkan, untuk mengelakkan fitnah.
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
February 22, 2021
Nurul Aileen, gadis yang memendam rasa selama tiga tahun akibat ketidakmatangannya dahulu. Hakikatnya, dia rindu pada seorang lelaki yang bergelar suaminya Adam Haidar. Hatinya hanya melaungkan satu nama sahaja iaitu Adam Haidar. Benar, perkahwinan awalnya adalah mencari kebenaran kakak tunggalnya, Nurul Auliya yang dibenci oleh keluarga sendiri.

Adam Haidar, lelaki ini menahan rasa mengapa ditinggalkan Nurul Aileen. Mungkin, tidak sedar dalam hati sentiasa menantikan satu hari takdir dipertemukan semula bersama isteri tercintanya. Membawa diri ke Jakarta demi sebuah kebenaran. Sikap bertanggungjawab Adam buatkan aku lebih kagum kerana sentiasa menginginkan yang terbaik buat wanita yang bergelar isterinya, Aileen.

Kisah bermula apabila Aileen berkerja sebagai pembantu rumah di kediaman keluarga Puan Sharifah dan Tuan Dhalan. Lebih menariknya itu merupakan sepupu keluarga Adam. Maka, Adam mengetahui perkara itu memutuskan untuk tinggal semula di Malaysia. Tanpa sedar, Zayyan merupakan sepupu Adam telah menaruh hati kepada Aileen. Kebencian keluarga Aileen terhadap Adam lagi merumitkan keadaan.

Karya ini mengangkat tema kekeluargaan, persahabatan, kesetiaan dan isu mangsa rogol. Setianya Adam dan Aileen apabila cinta mereka diuji, aku kagumi. Kejamnya papa dan mama Aileen buat sebegitu Auliya menyakitkan hati aku. Percayalah, apabila seorang maruah wanita direnggut boleh mengakibatkan trauma yang teruk. Sesungguhnya, aku sakit hati sikap manusia bertopengkan nafsu ni.😌

Kesimpulannya, hidup ini singkat. Usah persia-siakan masa yang ada. Sungguh, masa tidak boleh diputar semula, maka hargailah dengan sebaiknya. Kerna kelak kau akan menyesali apabila telah berlaku.

Apapun, tahniah karya kak Syu bergenre melodrama ni. Aku suka...semoga maju jaya untuk karya B dan C pula kak Syu.. Aamiin😆❤️(nak kisah Zayyan-Qila pula)🤣

(Delete, taip, delete, taip... Rasa bercampur baur nak buat review dan inilah hasilnya)🤧
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
December 28, 2021
Nurul Aileen and Adam Haidar.

Masa baca HIK ni teringat watak dalam CUSL.
And I think I want to know more about Zayyan hahahaha.

P/S : not in the mood of writing review
Profile Image for Zulaika.
122 reviews11 followers
October 28, 2022
Pertemuan semula antara Adam dan Aileen sangatlah menimbulkan persoalan dekat zu. Waktu zu baca buku ni, rasa nak cepat habis sebab zu nak tahu sangat dari celah mana punca semuanya ni terjadi.

Setiap memori antara Aileen dan Adam mesti akan ada Auliya, iaitu kakaknya Aileen dan kawan baik Adam. Aileen dengan salah fahamnya, Adam dengan janjinya. Pasangan yang suka sama suka tapi masih tak berterus terang tentang perasaan masing-masing. Ey zu geram je tau 🙂

“𝘼𝙠𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥… 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙚𝙠𝙖𝙩 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙟𝙖𝙪𝙝. 𝘼𝙠𝙪 𝙝𝙖𝙧𝙖𝙥 𝙠𝙖𝙪 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙖𝙠𝙪 𝙥𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙙𝙚𝙠𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖. 𝘼𝙠𝙪 𝙙𝙖𝙝 𝙩𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙠 𝙟𝙖𝙪𝙝 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙖𝙪 𝙡𝙖𝙜𝙞, 𝘿𝙖𝙢."

Pasangan yang membawa diri jauh antara satu sama lain dengan tiada kata putus. Hati mereka sakit, terseksa.

Apa yang terjadi pada Auliya? Apa puncanya Auliya meninggal? Apa sebab Aileen bawa diri jauh dari Adam? Siapa pula Zayyan? Qila?

“𝙄𝙗𝙪... 𝘿𝙖𝙢 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙖 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩-𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝘿𝙖𝙢 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙞𝙥𝙪”

Dari buku HIK zu faham yang betapa pentingnya berkomunikasi antara satu sama lain. Kejujuran pada diri sendiri dan pasangan itu juga adalah harus untuk tidak timbulkan syak wasangka dan salah faham ☝🏻

Dan untuk Auliya.. zu tak tahu nak cakap apa. Sedih sangat. Apa salah dia 😔 Zu nak peluk Auliya, nak bagitahu dekat dia yang ramai orang sayangkan dia, apa yang jadi ni bukan salah dia. Tabah dan kuatnya anak ini hingga nafasnya yang terakhir. Ingatkan dah boleh happy bila baca last chapter, sekali bila baca epilog 🥲 macam air hujan mengalir

“𝒦𝒶𝓀 𝒴𝒶 𝓈𝒶𝓎𝒶𝓃𝑔𝓀𝒶𝓃 𝐿𝑒𝑒𝓃 𝓉𝒶𝓊.”

Rasa nak nangis balik bila baca ayat tu. Perasaan zu bila baca buku ni memang jadi orang tak betul dah. Baru je nak tersengih dah sedih terus. Siapa yang nak baca buku conflict macam roller coaster ha boleh baca buku ni. Sangatlah recommend 🤧❤️ zu suka buku pain pain gini
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
May 25, 2022
Dalam banyak² watak, Qila juga yang matang. Haha. Adam, Aileen, Zayyan, masing² ada sisi tak matang dan bangangnya. Adam dengan Aileen, suka buat assumption sendiri yang memakan diri dan hubungan masing². Zayyan pula, terus jadi bangang bila dah terlalu suka Aileen kah? Tapi apa pun, cerita ni best. Cumanya, siapa Elyas tu yang tiba² boleh pula tolong Auliya masa Adam tak dapat pergi tu? Sis terskip ke part ni?
Profile Image for Bay.
269 reviews4 followers
September 11, 2023
okay la buku ni. cuma geram gak la sbb aileen dgn adam ni dua2 pesen x communicate. prefer rahsiakan semua. pastu kesian kt zayyan gak tp tu laa member dah kawin
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
March 27, 2023
TAJUK: HANYA INGIN KAMU by SYU ARIANI
•••
📌 4.8 ⭐️
📌 PAGES: 563
📌 TROPE : marriage of convenience
📌 AGES:
NUR AILEEN: 23 TAHUN
ADAM HAIDAR : 24 TAHUN
•••
Nur Aileen, bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Puan Syarifah dan Encik Dahlan. Kehadiran anak bongsu mereka, Zayyan, selalu menyakitkan hati Aileen kerana Zayyan selalu membulinya sehingga dia mengelar Zayyan sebagai ‘Giant’ kerana selalu membuli.

Namun, Aileen selalu dijentik satu perasaan rindu dan dejavu setiap kali disakat oleh Zayyan. Dia teringatkan seseorang iaitu ..

𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑯𝒂𝒊𝒅𝒂𝒓..

Kepulangan Adam ke Malaysia, dan pertemuannya dengan sepupunya , Zayyan membongkar satu rahsia. Bahawa orang yg ‘dikenalinya’ ada berdekatan. Senang kata, ada bekerja di rumah ibu dan bapa saudaranya sendiri. Cuma dia yang tidak tahu..

Sudah tiga tahun dia dan Aileen terpisah. Tanpa dia tahu mengapa Aileen meninggalkannya. . Aileen juga merupakan adik kepada arwah kawan baiknya sendiri, Auliya..

Sesungguhnya, kerana Auliya mereka bersatu tetapi kerana Auliya juga mereka pernah berpisah.

“𝙎𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙘𝙚𝙢𝙗𝙪𝙧𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖?” - 𝘼𝙞𝙡𝙚𝙚𝙣

Pertemuan semula antara Adam dan Aileen sangatlah kekok. Perwatakan Adam juga jauh berbeza dengan perwatakan Adam tiga tahun lepas. Adam juga agak dingin dengan Aileen. Salahnya juga yg membuatkan Adam berubah sebegitu. .

“𝙆𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜-𝙠𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙪𝙝 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣. 𝙇𝙚𝙥𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙙𝙖𝙢, 𝙇𝙚𝙚𝙣. 𝙇𝙪𝙥𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖.” - 𝙕𝙖𝙮𝙮𝙖𝙣

Bagi Aileen, cuma satu. Hatinya cuma mahukan Adam. Namun, bagaimana pula dengan Adam ?.

Zayyan pula semakin terang-terangan menunjukkan yg dia sukakan Aileen, kerana tiada siapa yg tahu status sebenar Aileen dan Adam .

“𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨-𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙙𝙖𝙢 𝙥𝙪𝙣, 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙙𝙞𝙖. 𝙎𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙙𝙞𝙖 𝘼𝙙𝙖𝙢 𝙃𝙖𝙞𝙙𝙖𝙧. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙧𝙚𝙡𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙨𝙖 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞, 𝙖𝙨𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙙𝙞𝙖 𝙘𝙪𝙢𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜.

“𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙧𝙚𝙡𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘼𝙙𝙖𝙢 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙪𝙧𝙖-𝙥𝙪𝙧𝙖 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙙𝙞𝙖. 𝘼𝙙𝙖𝙢 𝙬𝙪𝙟𝙪𝙙𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣... 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙩𝙪." - 𝘼𝙞𝙡𝙚𝙚𝙣

♡ Saya suka sangat dekat Aileen ! Aileen selalu make the first step and dia outspoken. Unpredictable pn ya jugak🤣 Dia berani mengaku dia sayang Adam dlu, tak segan silu nk tunjukkan yg dia sayangkan Adam. .

♡ Adam pulak dia tunjuk dia sayang melalui perbuatan. Cair gile tgk mcmna Adam prihatin dgn Aileen 🫠🫠🫠 Dia sangat lah dingin, tapi dia sgtlah alert pasal Aileen. Dalam diam-diam suka senyum dengan teletah Aileen.

♡ Mulut membebel marah Aileen yg careless, tapi dia jugak yg terus cuci luka and tampal plaster. Buat muka garang bila Aileen lenguh, tapi dia jugak urutkan Aileen. Tak suka tengok cita hantu dgn Aileen sbb Aileen penakut, tapi dia jugak yg bagi Aileen sorok belakang dia setiap kali Aileen takut. Bila Aileen mengadu panas, dia jugak yang halakan kipas untuk Aileen sorang je 😭🫶🏻

♡ Btw, Adam ni bukan orang berada. Dah la mak ayah Aileen sangatlah benci dekat Adam, sebab Adam ni kawan Auliya. Mmg kesian sgt dekat Auliya. Mak ayah Aileen sangatlah kejam dengan Auliya. Mereka cuma sayangkan Aileen kerana sejarah hitam yg pernah terjadi dahulu.

♡ Maaflah Dean, sekarang saya mcm tersayang Adam Haidar lebih pulak 🤣🤣
Profile Image for Mutiara Wanie.
52 reviews6 followers
February 22, 2021
Nurul Aileen seorang yg ceria, ringan tulang, merupakan pembantu rumah Pn Sharifah dan Tn Dahlan selain Yasmin. Dia disayangi seisi banglo dgn sikapnya. Tiada siapa yg tahu beban yg ditanggung dan kisah keluarganya.
Dia sangat perahsia terutama tentang kisah hidupnya. Dia pendamkan sesuatu dlm diam hingga mampu membunuh jiwanya.
--
Nurul Auliya, seorang gadis yg baik dan suci namun dikotori dgn hinaan dan cercaan sepanjang hidupnya. Kahadirannya dinafikan namun dia tetap tabah. Dia mencari satu kebenaran tentang dirinya yg dirahsiakan. Tatkala menemui kebenaran, dia pergi tinggalkan Aileen dan Adam dlm kekusutan. Dia yg menyatukan dan memisahkan mereka. Dia yg sentiasa membayangi hidup mereka.
--
Zayyan, anak bongsu dr tiga adik-beradik dan baru tamat pengajian kulinari di Michigan. Dia sedang bercuti sebelum menguruskan pembukaan restoran. Dia yg pernah terluka dan kecewa, suka mencari pasal dan jadikan Aileen bahan usikan. Tanpa sedar, dia mengingatkan Aileen tentang seseorang. Dan tanpa dipinta, ada rasa bercambah dijiwa.
--
Adam Haidar, sepupu yg paling rapat dgn Zayyan dan mesra sejak kecil. Personaliti mereka juga seakan-akan sama. Ditinggalkan seseorang membawa dia ke Jakarta bersama segala rahsia dan derita. Dibelenggu rasa berdosa dan kerana satu janji, dia cuba mencari jawapan. Setelah bekerja dan menetap lebih 2 thn, kini dia kembali ke Malaysia. Kembalinya dia hanya kerana satu perkara, kerana pencariannya hampir menemui titik noktah.
--
Teratak Raudhah telah menemukan Aileen dan Puan Sharifah. Bermula kehidupan barunya sebagai sebahagian dari keluarga itu. Yg dia tak sangka, dari situlah akan bermula segala pembongkaran kisah hidupnya. Hidupnya yg aman setelah dua tahun menghuni di banglo itu, menjadi huru hara bila Zayyan kembali setelah tamat pengajian.
--
Dunia ni terlalu kecil sebenarnya. Pertemuan semula Aileen dan Adam setelah tiga tahun berpisah dlm situasi yg sangat tak terduga. Pertemuan yg sepatutnya merapatkan mereka semula tp kerana kebencian ibu bapanya terhadap Auliya dan Adam semakin menghimpit perasaan. Ditambah sikap Adam yg membeku, menjadi punca sekali lagi dia menjauhkan diri.
--
Apa yg terjadi sebenarnya? Siapa Auliya dihati Adam? Aileen merasakan Auliya menjadi penghalang perasaan Adam terhadapnya, kenapa? Antara Zayyan dan Adam, siapa pilihan Aileen? Geram dan sakit hati atas perlakuan keluarga Aileen terutama melibatkan Auliya. Trauma yg tak sepatutnya dibiarkan dan diambil mudah. Tak sedar mata dah bergenang dan sangat menyentuh emosi. Berbeza dgn sikap keluarga Zayyan yg sangat mementingkan kebahagiaan dan kasih sayang.
--
Kisah kehidupan yg mengusik hati disusun indah hingga tak sedar dah sampai ke punghujungnya. Penulis bijak membolak balikkan perasaan dan rasa tertanya-tanya rahsia apa yg mereka sembunyikan. Sangat meruntun jiwa. Tak perlu panjang² buat ulasan sebab Hanya Ingin Kamu sememangnya sangat terbaik. Full marks 🌟🌟🌟🌟🌟
Tahniah Syu Ariani 💋
7 reviews
November 5, 2022
ʜᴀɴʏᴀ ɪɴɢɪɴ ᴋᴀᴍᴜ ʙʏ sʏᴜ ᴀʀɪᴀɴɪ
Rating : 9/10 ✨
***

💞 Firstly Fiya nak puji Syu Ariani dulu.Tatabahasa yang beliau guna Fiya jarang jumpa dalam mana-mana novel.It's so unique for me🤩.

💞Fiya rasa lega yang amat bila dah habis baca buku ni.Ya Allah dan nak dekat habis-habis tu dia punye plot twist,dia punye storyline tiba-tiba jadi berat yang amat subahanallah 😭😭😭

💞 To be honest , Fiya rasa macam-macam when Fiya baca this novel 😭 Ya Allah rasa dia bercampur-baur.Fiya nak describe perasaan Fiya bila baca novel ni pun Fiya tak tahu 😭

💞 This is the first novel by Syu Ariani yang Fiya beli and Fiya baca actually and it's give me mixed feeling 🙃

💞 Actually Aileen dan Adam ni,diaorang punya overthinking, diaorang punya jealousy ya Allah rasa nak hempuk je dua-dua ni😭

💞 Fiya suka watak Aileen🙈. Clingy wifey and she's so adorable ❤️ Ya Allah bila dah datang mode manja dia kalah ulat beluncas😂.

💙>"𝓢𝓪𝓶𝓹𝓪𝓲 𝓫𝓲𝓵𝓪 𝓪𝓴𝓾 𝓴𝓮𝓷𝓪 𝓬𝓮𝓶𝓫𝓾𝓻𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓪𝓱 𝓶𝓮𝓷𝓲𝓷𝓰𝓰𝓪𝓵 𝓭𝓾𝓷𝓲𝓪?"

💞 Mula-mula Fiya tak gemar sangat perangai si Adam ni🤭.
Tapi betullah orang kata tak kenal maka tak cinta 😇. Lama-lama bolehlah dengan perangai Adam Haidar ni🤗

💙>"𝓘𝓫𝓾...𝓓𝓪𝓶 𝓼𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓲𝓪 𝓼𝓪𝓷𝓰𝓪𝓽-𝓼𝓪𝓷𝓰𝓪𝓽.𝓣𝓪𝓹𝓲, 𝓓𝓪𝓶...𝓻𝓪𝓼𝓪 𝓽𝓮𝓻𝓽𝓲𝓹𝓾.𝓓𝓲𝓹𝓮𝓻𝓫𝓸𝓭𝓸𝓱𝓴𝓪𝓷.𝓟𝓪𝓵𝓲𝓷𝓰 𝓼𝓪𝓴𝓲𝓽,𝓓𝓪𝓶 𝓻𝓪𝓼𝓪 𝓭𝓲𝓬𝓾𝓻𝓪𝓷𝓰𝓲..."

💞Omg , I love Zayyan 😝💘 Fiya nak Zayyan actually 🤭 But lama-lama Fiya mula turn off dengan Zayyan 😭 Why 😭 Allahu 🙃 Why perangai dia berubah secara drastik like that 😭😭

💙>"𝓑𝓸𝓵𝓮𝓱 𝓽𝓪𝓴 𝓪𝔀𝓪𝓴 𝓽𝓲𝓷𝓰𝓰𝓪𝓵𝓴𝓪𝓷 𝓐𝓭𝓪𝓶?𝓓𝓪𝓷 𝓽𝓮𝓻𝓲𝓶𝓪 𝓼𝓪𝔂𝓪?"

💞 Storyline dia best🌟 I love the storyline but sometimes Fiya lost sekejap 🤭 I love the ending 😭💖 It's such a beautiful ending 💞

💞 Ya Rabbi plot twist 😶 Tak terkata Fiya baca plot twist tu🙂 Fiya kesian gila dekat Auliya😭 Ya Allah rasa sakit tu sampai sini 😢

💙>"𝓚𝓪𝓴 𝓨𝓪 𝓼𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓮𝓷 𝓽𝓪𝓾.𝓓𝓮𝓶𝓲 𝓐𝓵𝓵𝓪𝓱,𝓚𝓪𝓴 𝓨𝓪 𝓼𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓮𝓷 𝓼𝓪𝓷𝓰𝓪𝓽-𝓼𝓪𝓷𝓰𝓪𝓽.𝓣𝓪𝓴 𝓪𝓭𝓪 𝓼𝓮𝓼𝓲𝓪𝓹𝓪,𝓽𝓪𝓴 𝓪𝓭𝓪 𝓪𝓹𝓪-𝓪𝓹𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓫𝓸𝓵𝓮𝓱 𝓾𝓫𝓪𝓱 𝓽𝓾."

💞 Thank you sudi baca review Fiya yang tak seberapa ni 😇💞 Love you guys ketat-ketat ❤️💞😇
Profile Image for Latte Tiramisu.
47 reviews4 followers
June 12, 2023
Rabu
31 Mei 2023
11 Zulkaedah 1444
Review (1)

𝓗𝓪𝓷𝔂𝓪 𝓘𝓷𝓰𝓲𝓷 𝓚𝓪𝓶𝓾 𝓫𝔂 𝓢𝔂𝓾 𝓐𝓻𝓲𝓪𝓷𝓲 💕

𝘼𝙙𝙖𝙢 𝙃𝙖𝙞𝙙𝙖𝙧 𝙭 𝙉𝙪𝙧𝙪𝙡 𝘼𝙞𝙡𝙚𝙚𝙣

Rate : 9.5 / 10 🌟

Selak halaman pertama, kepala dah mula buat pelbagai persoalan. Penuh tanda tanya. Sememangnya kepakaran Kak Syu. Selak lagi dan lagi... rahsia demi rahsia mula terungkap.

Sambil tu ada rencahnya, sorang kejap cemburu ini. Sorang lagi cemburu itu. Lepas tu ada salah faham, bertekak lagi. Lepas tu baik semula. Rindu merindui.

Kenapa dia orang jadi macam tu? Kenalah baca sendiri. Baru rasa debarannya merungkaikan misteri antara Adam dan Aileen.

Entah kenapa setiap kali Adam marah, auto terbayang muka kecewa dia tu. Lagi lagi bila dia ketawa menangis dan marah dalam satu masa. Dia punya kecewa itu... dengan saya saya sekali feel 🖐

Adam nampak aje dia segak. Pandai memasak. Tapi dia simpan seribu satu perasaan. Dia pendam sendiri perasaan tu sampai orang tengok dia macam tak ada apa masalah. Apa masalah dia? Jeng jeng 😏

Bila Adam dah mula tunjuk sweet dekat Aileen, hatiku berdenting denting, ya gais 😍 Di mana saya boleh dapatkan Adam ini? 😞

Serius, konflik dia pada Latte tak terlalu berat. Pembacaan santai. Melayan ragam Adam, Aileen, Zayyan, Qila dan watak yang lain.

Cuma part Puan Amalin dan Encik Jamil sangatlah.... 😶 memula label mereka ini sangat kejam 🖐 bila dah tahu kisah sebenar barulah timbul rasa kesian 🥺 bukan senang ya nak melepasi trauma. Tak semua orang boleh move on dengan trauma yang tragis begitu.

Overall, story Kak Syu tak pernah mengecewakan. Sorry review sesimple ini saja Latte pandai olahkan. Takut terspoiler karang kena kecam. This is my first review on Instagram. Insya-Allah, akan menyusul yang lain. ❤
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
September 17, 2023
[BOOK 130]

Hanya Ingin Kamu by Syu Ariani.
.

Mungkin disebabkan dah terbiasa dengan karya SA yang bergenre action romance/thriller, jadi untuk karya melodrama ni, aku merasakan mood pembacaan agak mendatar. Ambil masa jugak untuk habiskan buku ni.
.

Kisahnya Aileen ni bekerja sebagai pembantu rumah kepada keluarga Zayyan. Zayyan ni selalu la mengusik Aileen. Dan terkadang, setiap gurauan Zayyan tu, mengingatkan Aileen kepada seseorang, yang telah lama ditinggalkan.
.

Munculnya Adam sebagai sepupu Zayyan, buatkan hati Aileen bergetar.
.

"Ada apa dengan kita?"
.

Apakah hubungan Adam dengan Aileen? Dan bagaimana dengan Zayyan yang juga sukakan Aileen?
.

Aku suka buku ni sebab ada la elemen curiousity tentang Auliya tu. Other than that, buku ni agak monotonous. Chemistry Adam dan Aileen pun tak rasa klik sangat. Mungkin sebab dah terbiasa baca buku SA yang fast paced kot.
.

Otherwise, seronok je baca.
Author 7 books28 followers
January 5, 2021
Hanya ingin kamu. Tajuk yang sangat tepat untuk perasaan Adam dan Aileen. Sejak mula lagi sudah sukakan watak Aileen, Zayyan dan Adam. Kisah tentang Auliya yang menjadi permasalahan utama novel ini memang meruntun jiwa. Bukan salahnya dilahirkan begitu. Tapi jugak tidak boleh salahkan Puan Amalin atas apa yang terjadi. Cuma kerana trauma yang tidak dirawat, Auliya terus terusan menjadi mangsa keadaan. Kesian dia. Kesian juga pada mangsa rogol.

Tahniah kak Syu Ariani. Ini merupakan novel cinta pertama penulis yang aku baca. Walaupun agak kekok tapi tetap sukakannya💖
19 reviews
May 13, 2022
BEST! Itu je nak cakap. Mula mula takut nak beli, bimbang cerita ni macam sedih. Tapi memang sedih pun, tapi tak ada lah sedih sangat SANGAT. Tolerable.

Cuma bengkak la mata baca sesetengah scene tu terlalu menghayati agaknya ceh!

Adam Haidar, besar pengorbanan you sebagai suami,sebagai kawan 😭 Kesian juga dekat Adam ni. Dekat Leen pun I kesian. zayyan pun i kesian.. dorang kesian dekat i ke tak sebab i fikir masalah dorang ni 😭😭

Papepun veryyyy greattt storyline!!! Suka! Walaupun memang sakit ya kawan kawan. Ni cerita Syu yang paling sedih so far huhu SILALAH BACA
Profile Image for Siti.
73 reviews1 follower
June 27, 2021
Paling membosankan....jalan cerita tak laju....kura kura lagi laju...menyesal baca
Profile Image for risha’s.
10 reviews
September 13, 2022
Maybe this not really to my taste but yea it’s good so i rated this 3.5 ⭐️
27 reviews1 follower
March 14, 2023
storyline okayy…saya suka buku ni best tapi for me dia biasa ii shj..

plot twist 👍🏻👍🏻👍🏻

took 5day for finished this book because i got slump reading 😭 even though this book 500+ page only
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
June 17, 2023
Hmmm secret kills
Profile Image for Nafisatul Ilmi.
14 reviews
September 21, 2022
saya nak letgo buku ni, rm22 sahaja.. boleh terus wasap 01157006071 or jenguk carousell @nur.akma

karya syu ariani tak pernah mengecewakan lagi setakat ni. suka dengan plot cerita, teknik penceritaan, gaya bahasa yang diterapkan dalam setiap novel dia <3
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.