Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jodoh Di Luh Mahfuz

Rate this book
Perigi mencari timba?

Ya, itulah gelaran yang paling layak untuk insan bernama Nur Aisyah atau nama timangannya 'Aisyah'. 26 tahun dia berpijak di bumi yang nyata, selama ini jugalah dia mencari timba. Tetapi masih belum ada timba yang sesuai.

Ejen pak cik bawang sentiasa sibuk masuk campur urusan jodohnya. Nak bilang dia tak laku ke apa? Bukankah jodoh itu di tangan tuhan? Bawalah bersabar sedikit, jangan tergesa-gesa.

Pada suatu hari, dia bertembung dengan sang Adam di persimpangan rumah Allah tanpa dirancang. Tak mungkinlah 'cinta monyet' akan berputik kembali? Apa yang penting adalah cinta monyet yang bertepuk sebelah tangan.

"Lepas ni tolonglah hati-hati ya, cik..." - Umar

"Encik? Hello... Encik okay tak?" - Aisyah

"Astaghfirullahaladzim..." - Umar

Perubahan ketara berlaku dengan begitu drastik terhadap diri Aisyah. Secara tiba-tiba, pada satu hari dia terdengar ceramah yang diberi tajuk 'Luh Mahfuz'. Aisyah terjatuh hati dengan perkataan itu.

Luh Mahfuz?

Apa maksud sebenar di sebalik perkataan yang indah itu?

"Tiada sesiapa yang tahu isi catatan di Luh Mahfuz, kecuali Allah SWT. Kisah dari permulaan zaman sehingga akhir zaman tersusun cantik di dalamnya. Begitu juga takdir kita semua di atas muka bumi ini." - Umar

"Saya tertanya-tanya, siapakah jodoh saya yang tercatat di Luh Mahfuz? Saya dah tak sabar nak berjumpa dengan jodoh saya." - Aisyah

Seperti yang sudah sedia maklum soal jodoh, rezeki, ajal dan segalanya adalah rahsia Allah SWT. Dan rahsia itu telah tersusun cantik di Luh Mahfuz, tidak begitu ramai yang tahu. Siapakah jodoh untuk Aisyah yang sudah tercatat di Luh Mahfuz?

Mampukah juga Aisyah menghadapi segala rintangan dan dugaan yang telah tercatat di Luh Mahfuz buat dirinya?

213 pages, ebook

Published January 1, 2020

6 people want to read

About the author

Miss Honey

15 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (18%)
4 stars
3 (27%)
3 stars
6 (54%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
October 17, 2023
.....The starting of this story was completely ridiculous, I must say.

I get it's for the character development, but I wish the author didn't portray the MC as someone whose world centralizes on a guy she has a crush on. It was very suffocating to read, honestly.

But hey, it gets better as it progresses. Hope to see the author's improvement!
Profile Image for SS.
527 reviews6 followers
December 27, 2021
Terimakasih buat Cik Honey sebab berikan ebook ini kepada sis. Honestly, saya baca sinopsis sekali imbas saja. Jadinya, saya rasa dengan cara begitu saya tak dapat clear view cerita ini sebenarnya mengenai apa.

Mengisahkan tentang Aisyah yang ada crush dengan seorang lelaki di sekolahnya. Lelaki yang bernama Umar itu setahun muda darinya. Tetapi, dia terpaksa lupakan Umar kerana baginya mungkin ianya adalah cinta monyet semata mata. Aisyah juga mempunyai seorang kawan baik bernama Raudah. Kemana saja mereka bersama sehinggalah 10 tahun yang datang.

Kejadian ketika di rumah Aisyah tersebut memberi satu pandangan buruk saya kepada Aisyah. Saya cop watak Aisyah sebagai watak yang tidak matang, suka bersikap melulu,lady boss, berlagak dan boleh nampak Aisyah seakan akan memberontak. Sedangkan pada ketika itu, umur Aisyah sudah 26 tahun dan I wonder adakah umur 26 tahun masih tidak cukup matang untuk fikir mana yang baik dan buruk. Yang penting adab itu macam tak ada.

Nak dijadikan cerita, Aisyah bertemu Umar semula. Dan Aisyah juga mula memasang strategi untuk memikat hati Umar. Sanggup berhijab hanya untuk impress Umar. 😅 By the way, watak Raudah senyap seketika ketika Aisyah cuba memikat Umar. Namun, Raudah muncul semula setelah di kemuncak. Menarik sebab dari sini kita dah boleh rasa konflik cerita. Rumit? Iya rumit. Ada solution? Iya pasti ada. Kena dapatkan dan baca okay.

Best part dalam buku ni ialah di mana penulis berjaya membawa satu feeling lain ketika part di Mekah. Untuk orang yang teringin macam saya nak jejakkan kaki ke Mekah. Terasa seolah olah ianya membawa saya ke sana sekali. Dan perasaan di mana kehilangan orang yg tersayang itu juga turut dirasai sama. Sedih.
Dan perubahan setiap watak itu boleh dipuji. Dari jahat ke baik dan dari baik ke pentingkan diri sendiri. Semuanya kita boleh lihat.

All the best penulis dengan manuskrip yang lain 🌸

Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 28, 2020
Setiap perincian hidup kita telah ditetapkan di Luh Mahfuz. Jodoh, ajal maut semua dah tertulis saat kita di dalam rahim ibu
.

Aisyah, nama yang lembut dan indah. Tapi pemilik nama Aisyah sangat berbeza dengan namanya. Seorang yang sangat 'moden' hinggakan pemakaianya 'tidak cukup kain'. Seorang yang bisa apabila berkata2
.

Ustaz Umar merupakan salah seorang penceramah di kawasan perumahannya. Ianya diwarisi drpd ayahnya yg juga penceramah. Umar juga merupakan guru mengaji kpd ayah Aisyah
.

Pertemuan semasa sekolah membibitkan rasa kasih Aisyah terhadap Umar. Membawa ke besar, pertemuan semula dgn Umar membuatkan Aisyah cuba mengejar Umar. Malangnya, Umar bakal bertunang dengan sahabat baiknya, Raudhah. Aisyah kecewa. Bermula titik tolak pd itulah membuatkan Aisyah berubah ke arah kebaikan dgn ikhlas
.

Rezeki Aisyah serta ibu bapanya mengerjakan Umrah. Di sana dia bermohon untuk dipertemukan dgn jodoh yang baik. Namun, ajal ayahnya menjemput di tanah suci. Dia pulang dgn kesedihan di tambah sahabat baiknya, Raudhah tidak dpt dihubungi. Sekembalinya di ke Malaysia, dia menerima berita pemergian Raudhah sehari sblm perkahwinannya dgn Umar. Tiba2 ummi Umar masuk meminang dan mereka berkahwin. Namun sikap Umar sgtla dingin. Atas alasan apakah Umar berkahwin dgn Aisyah tapi tidak meletakkan Aisyah di tmpt sepatutnya sbg isteri?
.

Aku suka dengan idea penulis. Cumanya watak Aisyah dilihat terlalu manja dan tidak matang. Berusia 26 tahun tp perangai seakan remaja yg memberontak. Manakala ayahnya pula melayan Aisyah persis anak2 kecil yg perlukan sepenuh perhatian.

Tahniah penulis. Sejujurnya kamu mempunyai idea yg sgt menarik. Cuma bahagian watak tu kena perbaiki sedikit dan ada sesetengah penggunaan perkataan yg kurang sesuai. Masih boleh diperbaiki👍

Kepada sesiapa yg ingin membaca kisah cinta Aisyah- Umar boleh dptkn ebooknya di e-sentral. Mari kita support penulis tempatan💕💕
Profile Image for Siqahiqa.
598 reviews107 followers
February 7, 2021
"Tiada siapa yang tahu isi catatan di Luh Mahfuz, kecuali Allah. Kisah dari permulaan zaman sehingga akhir zaman tersusun cantik di dalamnya. Begitu juga takdir kita semua di atas muka bumi ini."

Berdasarkan tajuk, sudah boleh ditebak pengakhiran cerita ini. Cuma bagaimana ia berlaku dan kisah tersirat yang menjadi persoalannya.

Cerita dimulakan dengan kisah crush Aisyah kepada Umar ketika sekolah. Mujur juga Aisyah tidak tenggelam dalam crush kepada Umar kerana menganggap ia adalah cinta monyet semata. Aisyah juga ditemani oleh sahabat setianya bernama Raudhah. Persahabatan mereka terjalin dari sekolah hingga 10 tahun akan datang.

Cerita berterusan dengan kisah Aisyah bertemu semula dengan Umar. Namun, kisah cintanya tidak kesampaian kerana Umar bakal bertunang dengan Raudhah. Konflik berlaku namun tidak berpanjangan 👍🏻

Jujurnya, aku sangat tidak menyukai perangai Aisyah. Bagiku, umurnya sudah 26 tahun tapi perangai sangat menyakitkan hati. Tidak matang, berlagak, dan paling penting adab menghormati orang tua itu tiada dalam kamus hidupnya. Malah, Aisyah turut bersikap kurang ajar pada ibu bapanya.

Ada dua perkara yang aku suka dalam buku ini. Pertama, apabila Aisyah ikhlas berhijrah kerana Allah dan tidak hanyut dalam rasa kecewa kerana cinta manusia. Kedua, apabila Aisyah dilimpahkan rezeki dan membawa ibu bapa ke Mekah untuk menunaikan umrah. Penulis menceritakan mengenai keadaan mereka di Mekah yang memberi rasa rindu mahu ke Mekah walau aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Tahniah penulis!

Ringkasnya, jalan cerita mudah dan lancar cuma penulis boleh mengembangkan lagi idea agar cerita jadi lebih menarik. Bahagian watak juga boleh diperbaiki lagi. Apa pun, tahniah penulis atas karya ini. Selamat maju jaya untuk karya akan datang 👍🏻

Terima kasih @misshoney memberi ebook ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku.

Kepada yang berminat, boleh dapatkan ebook ini di E-Sentral.

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
January 6, 2022
Jalan cerita yang okey. Saya berpendapat pengarang boleh menambah baik dari segi gaya bahasa dan penerokaan watak-watak sampingan khususnya.
Profile Image for ai.liliyha.
48 reviews
October 10, 2020
'Jodoh, rezeki, ajal, semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz. Tiada siapa yang dapat menduga perancangan Allah.' - Jodoh Di Luh Mahfuz by Miss Honey

Buku ini mengisahkan tentang Aisyah yang telah jatuh suka terhadap Umar sejak di bangku sekolah lagi namun disebabkan dirinya sering diendahkan, Aisyah membuat keputusan untuk melupakan Umar yang muda setahun darinya.

Namun benarlah kalau dah jodoh tidak akan ke mana. Sepuluh tahun kemudian, Aisyah bertemu semula dengan Umar di mana Aisyah telah terlanggar Umar di hadapan masjid di kawasan perumahannya.

Sejak itu Aisyah cuba untuk memikat Umar dengan berubah ke arah yang lebih baik dan mengerjakan solat di masjid tersebut. Namun terdapat beberapa kejadian yang telah berlaku hingga mengikat Umar dan Aisyah sebagai suami dan isteri.

'Jangan terlalu hanyut dengan emosi kerana ketika kau mendalami perasaan, mungkin sudah banyak hati yang tersakiti dan jiwa yang dilukai.'

Tak dinafikan, bila kita mencintai pasti akan terasa sakitnya bila insan tersayang pergi menghadap Ilahi. Namun wajarkah tindakan kita dengan membiarkan diri dibawa hanyut dengan kesedihan ?

- - - - -
4 🌟 untuk karya yang penuh dengan pengajaran ini. Aku suka hubungan Aisyah dan sahabatnya, Raudhah. Sahabat yang sentiasa ada susah dan juga senang. Terasa indahnya persahabatan jika bukan asbabnya untuk kepentingan diri. Namun aku kurang gemar dengan sikap Umar yang terlalu mengikut perasaan.

Aku suka cara penulis ceritakan apa yang berlaku di Mekah. Terasa seolah-olah aku dibawa sama ke sana. Perasaan yang sangat indah. Moga Allah izinkan aku ke sana nanti, insyaAllah.

Penceritaan yang tidak terlalu meleret dan mudah untuk difahami namun permulaan dan pengakhiran agak tergesa-gesa. Sekiranya dipanjangkan sedikit di bahagian pengakhiran, mesti lagi cantik rasanya.

Apa-apa pun, tahniah buat @misshoney_author sebab berjaya hasilkan karya yang tidak kosong ini ❤ Moga karya yang seterusnya jauh lebih baik daripada yang ini. Selamat maju jaya 💐

Buat sesiapa yang ingin menyelami kisah cinta Umar-Aisyah boleh dapatkan e-book ini di E-Sentral 🌻
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.