“Hai, saya Nadrah. Panggil Nad je. Awak kan Rasy…” “Rasyad. Saya Rasyad.”
Dan itulah kali pertama mereka berjumpa, di KLIA, sebelum berangkat ke Da Nang. Berjalan merantau dengan orang yang dia tidak kenal? Nadrah rasa semua itu kerja gila.
“Awak bebas dengan plan awak dan saya pun bebas dengan plan saya.”
Itu yang direncanakan Nadrah namun seringkali dia terserempak dengan Rasyad di kota asing itu. Pelbagai insiden berlaku sehingga hubungan mereka menjadi rapat. Dari Da Nang, Rasyad sanggup mengikuti Nadrah ke Saigon sebelum meneruskan perjalanan merentasi Vietnam-Kemboja dan Thailand.
“Forget me not.”
Itu kata-kata terakhir Rasyad sebelum mereka berpisah di lapangan terbang Don Mueang. Nadrah menyangka dia akan bertemu lelaki itu di tanah air tetapi Rasyad yakin bahawa itu adalah pertemuan terakhir mereka.
Bertahun-tahun lelaki itu hilang tanpa khabar. Padanya hanya sebuah buku dan poskad serta sebuah topi pemberian lelaki itu sebagai tanda perpisahan, perpisahan yang dia sendiri tidak tahu akan terjadi. Bertahun Nadrah hidup dalam kenangan dengan harapan lelaki itu akan datang mencarinya semula seperti yang pernah dijanjikan dahulu.
“What if kalau saya hilang lagi? - Nadrah “Saya akan cari awak. Sampai jumpa.”- Rasyad
Bertahun berlalu dan akhirnya sebuah nota di dalam buku pemberian Rasyad membongkar siapa dia sebenarnya. Nadrah kesal, selama ini dia hanya membiarkan buku itu di atas rak tanpa langsung menyentuhnya sedangkan di dalamnya ada sesuatu yang akan membawanya kepada lelaki itu.
“Go away Nadrah. Saya tak nak jumpa awak. Pergi… Dan jangan cari saya lagi.” Nadrah terkedu sendiri, apa salahnya?
Novel ini saya kira merupakan karya pertama daripada penulis ini. Pertamanya, tertarik untuk membeli novel ini (bersama dengan dua novel yang lain) disebabkan 'cover' hadapan novel yang sangat cantik bagi saya. Ringkas sahaja tapi nampak elegan. Baiklah, berbalik kita kepada isi novel ini.
Berkisar mengenai Nadrah dan Rasyad yang mula mengenal diri masing-masing saat percutian mereka di Vietnam, disusuli Kemboja dan Thailand. Nadrah yang pada mulanya rengsa dengan sikap Rasyad, 'abang' kawan karibnya, perlahan-lahan mulai menerima kehadiran lelaki itu dalam percutiannya. Segalanya berubah saat mereka menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Perpisahan itu amat menyakitkan, lebih perit bila perpisahan itu perpisahan yang tidak berpenghujung. Nadrah nanar sendiri. Sehinggalah dia bertemu semula dengan Rasyad. Namun, ada saja ujian yang menduga.
Novel Kasih Dia Tanpa Sempadan berketebalan lebih kurang 600 halaman ini punya isi yang baik. Penulis membawa kita mengenal dengan lebih tentang negara Vietnam dan Thailand. Suka saya saat membaca tentang percutian Nadrah dan Rasyad. Terasa seperti kita turut 'bercuti' bersama mereka. Cumanya, saya kira pada 'separuh masa' pertama cerita ini agak perlahan memandangkan pembinaan rasa antara dua watak itu agak mendatar. Lebih kepada kisah mereka bercuti sahaja. Sehinggalah pertemuan semula antara Rasyad dan Nadrah, barulah pergerakan cerita lebih menarik. Walau apapun, percubaan pertama penulis ini sangat saya kagumi lebih-lebih lagi melibatkan babak percutian tanpa dirancang antara Nadrah dan Rasyad. Tahniah buat Citra Fitz! Teruskan berkarya.
Dah lama nak baca novel ni sebab novel tentang jelajah backpackers ke negara Indochina. Daripada dulu memang teringin nak pergi tempat-tempat bersejarah di Cambodia; contoh macam Angkor Wat dan muzium perang di Siem Reap. Jadi seronok sangat baca novel ni sebab semua tempat yang Nad dan Rasyad lawati diceritakan secara detail sampai rasa macam kita pun ada kat sana.
Bagi saya, KDTS boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama menceritakan tentang perkenalan awal Nad dan Rasyad dan perjalanan mereka menjelajahi Indochina. Plot cerita mungkin agak perlahan sedikit sebab penulis lebih fokus tentang penceritaan perjalanan mereka berdua. Tetapi penulis berjaya tak membuatkan saya bosan bila ada flashback tentang kisah silam Nad dan keluarganya. Rasa suspen juga muncul bila beberapa kali Rasyad cuba menceritakan hal sebenar kepada Nad tetapi selalu je terhalang. Cuma kadang rasa keliru baca sebab tak ada indicator untuk scene flashback.
Di bahagian kedua pula fokus selepas tiga tahun mereka berpisah. Jalan cerita lebih laju dan menarik di bahagian ni sebab jawapan tentang ke mana dan siapa sebenarnya Rasyad terjawab. Terus terang saya cakap, bila baca bab penghujung ni memang rasa sedih betul. Lagi-lagi bila Rasyad tak nak terima Nad lagi dalam hidup dia. Perpisahan kali kedua mereka berdua memang sedih tapi kagum dengan watak Nad yang tak terlalu cengeng menangis ditinggalkan dan setia tunggu Rasyad kembali. "𝑳𝒂𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒂, 𝒍𝒂𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒋𝒖 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒎𝒂𝒉𝒖𝒌𝒂𝒏. 𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂, 𝒃𝒂𝒍𝒊𝒌𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂."-𝑹𝒂𝒔𝒚𝒂𝒅 .. Walaupun novel ni tak tebal tapi pengisian dalam novel ni banyak. Daripada info negara luar sampailah pengajaran untuk kita ambil.
"Treat life like a Ferris wheel ride, you must get past the fear to enjoy the ride."-
Walaupun aku tertarik untuk beli novel ini disebabkan cover dia, sekali tengok, terus membuak-buak rasa rindu untuk mentadabbur alam, tetapi ia masih tidak mampu untuk meyakinkan aku untuk membelinya sehinggalah aku membaca blurb...
dan ternyata tak sia-sia pembacaan aku beberapa hari ini, kerana Kasih Dia Tanpa Sempadan yang ditulis oleh Citra Fitz ini masih meninggalkan kesan kepada aku. Aku masih merasa sayang dengan kenangan-kenangan perjalanan mereka. Masih teringat-ingat bagaimana mereka ditakdirkan untuk berjumpa dan merentasi perjalanan bersama.
Kisah antara Nadrah dan Rasyad yang sangat istimewa pada aku, digarap dan diolah dengan baik oleh penulis. Rentetan peristiwa dan bab juga membuatkan pembaca mudah dan senang mengikuti. Di tulis dengan tidak melebih-lebih, gaya bahasanya juga santai tetapi cukup buat akan rasa sayang pada kedua-dua karakter dan keseluruhan kisah ini.
Selain dapat melepaskan kerinduan, lewat perjalanan mereka berdua merentasi keindahan Vietnam-Kemboja & Thailand, penulis juga menguatkan cerita mereka dengan falsafah kehidupan yang berbeza dan beberapa kejadian yang tak terjangkan
Walaupun ada yang mengatakan ini cubaan penulis menulis novel buat pertama kalinya, tapi aku rasa cubaan kali pertama ini cukup untuk memikat hati. Tahniah Citra Fitz! Semoga terus menulis. Recommended bagi yang korang suka membaca dan berlatarkan perjalanan yang panjang. ❤️
❗THIS REVIEW CONTAIN SPOILER SO READ AT YOUR OWN RISK! EVERYONE HAVE THEIR OWN TASTE SO HERE MINE 😉❗
Aku nak tulis panjang ni so bersabarlah ehhh kalau baca 🤭
Buku ni macam jarang je org sebut² or post in any social media platform (rasanya setakat ni tak jumpa lagi). One thing aku kata if you contemplated nak beli I'm 100% recommending it to you. Belilah! Sangat berbaloi.
Tapi jujur kata masa beli buku ni sebab cover dia cantik sgat! Pemandangan Chao Praya mmg menarik minatlah nk beli buku ni. Tapi tak letak high expectation cause tak pernah dengar pasal penulis Citra Fitz. Baca sinopsis terus grab and bayar kat kaunter.
▪️ STORYLINE/PLOT: I have to say cerita Kasih Dia Tanpa Sempadan ni sgat sempurna dri segi story flow, fakta² yg dikongsikan and character introduction to character development. Story flow dia sedang² and sgat sempurna bila kita sebagai pembaca tak terasa sangat slow cerita dia and ending dia pn tak rasa sgat rush.
Cerita ni bnyak berkisar tentang penjelajahan di IndoChina bermula dengan negara Vietnam, Cambodia dan berakhir di Thailand. Cerita pengembaraan ni sangat perfect 100% rasa mcm kita mengembara bersama-sama dengan Nadrah dan Rasyad. I have to say kisah travel ni tak boleh dicapai tanpa pengalaman daripada penulis itu sendiri.
Penulis sangat bijak dalam mengambarkan tempat² yang dilawati oleh Nadrah dan Rasyad sepanjang melawat Vietnam, Cambodia dan Thailand tu seolah² kita sebagai pembaca 3rd person ada di situ sekali. Fakta² yang dikongsikan tidak terlalu detail tetapi cukup utk buat kita rasa kehebatan sejarah dan binaan yang ada negara di IndoChina itu. Terasa seperti nak pergi melawat ke sana and tengok sendiri dengan mata keindahan yabg diceritakan.
Teknik suspen sepanjang travelling tu membuatkan kita tertanya² siapakah Rasyad, rahsia apa yang disimpan tapi tak keterlaluan sampai menganggu story flow.
Citra sangat bijak dalam menggunakan teknik flashback sebab ada beberapa bab yang Citra menulis semula ayat² yang pernah dituturkan sama ada oleh Nadrah ataupn Rasyad jadi kita sebagai pembaca seolah² terikut sama berada di dalam scene "flasback" tu. And tak perlu utk kita flip previous page semata² nak ingat balik apa yg pernah kita baca dulu. Tapi ada beberapa bab dimana penulis menceritakan dulu outcome in present and seterusnya menceritakan full story in another chapter so kepelbagaian teknik ni yang menarik kita utk hook in the storyline.
Bukan tu je ya, penulis sangat bijak and strategic dalam merancang plot dia! As I said before perfect! Dripada pre-travelling, to post-travelling, kepada konflik and ending! Sgat well structured!
Ending dia! Ohhh myyyy myyyy kalau di awal bab, dua hati disatukan oleh satu pengembaraan, di akhir bab dua hati yang bersatu bersama² mengembara! Sangat berpuas hati dgan ending cerita ni.
Disclaimer:If you want to find hero yang sweet berkilo² gula, heroin yang lantang bersuara, babak² fiksyen rasanya this is not the novel you looking for. Tapi if you want a healing novel, mencari erti kemaafan, mencari erti kekuatan then this is perfect story for you.
▪️CHARACTER
Nadrah - watak Nadrah is well made for me sesuai dgan umur dia pelajar universiti (mungkin early 20s) seorang yg suka mencuba perkara baru. For me Nadrah ni sgat istimewa di hati aku setakat ni cause she has flaw! Seseorang yang menjelajah ke negara orang mencari erti kehidupan. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Dia menghadapi satu kehilangan yang sangat besar dalam hidup dia. Pertemuan Nadrah dengan Rasyad satu takdir Allah S.W.T yang membuka mata dia erti kemaafan.
One thing I like about her is how humble she is. Bila mana dia rasa dia salah dia meminta maaf, bila mana dia rasa dia perlu bertindak dia tak akan teragak² utk mempertahankan dan seiring dngan tahun character Nadrah dilihat lebih matang dari yang sebelum nya.
Sikap dia yang matang tu yang buatkan aku terpikat sebabnya dia tahu utk memberi ruang buat Rasyad dan kecekalan hati dia dalam membantu and menunggu Rasyad.
Rasyad - watak ni bukanlah watak hero² fiksyen yang susah nak jumpa tu ya 🤭. Dalam pada kelembutan tutur katanya terselit ketegasan tindakannya. I have to say he's also one of my favourite character cause he has flaw! Plan asal utk menjelajah Hanoi yang dibatalkan tu sesungguhnya takdir indah Allah S.W.T.
Watak Rasyad ni for me sgat realistik, and I love how he accept different ideas and prespective. Rasyad bukan seorang yang ego ya jadi dia tahu bila mana dia perlu menerima teguran, meminta maaf dan bila mana dia perlu bertindak. I guess he's few years older than Nadrah cause dia masih ada baki 2 years utk habiskan Master (maybe mid 20s) jadi setiap tindakan dia seiiring dgan umur. Lebih matang tetapi terselit aura muda remaja tu.
Kecedaraan yang dialami oleh Rasyad membuatkan dia terbang ke U.S semula mencari erti kekuatan. Perpisahan itu sebagai penguat utk Rasyad bangkit semula.
One thing I love about him is how mature he is. Tak de istilah cemburu buta, manja mengada-ngada, ego tak tentu pasal. He is the real definition of MAN!
Hans and Humairah - MasyaAllah, their friendship is what I adore the most. Ada bila mana Nadrah memerlukan mereka, punca kekuatan Nadrah, sgat understanding dan setiap nasihat mereka buat aku pn tersentuh sama. Their friendship is so pure!
▪️CONCLUSION
Rasanya mcm dah bnyak dah bebel ni 😂. Akhir kata kalau aku boleh bagi 100 ⭐ aku dah bagi dah. This definitely one of my favourite. Cerita dia tak terlalu sarat dengan konflik tapi masih menarik utk baca. One of my healing novel I guess.
Novel ni buat aku teringat² cerita "Little Forest" either Korean or Japanese adaptation.
This is one of the qoute from Little Forest Korean adaptation that conclude the whole story of Kasih Dia Tanpa Sempadan
"When things are hard, remember scent of the land, the wind and sun here, then I know you can dust yourself off and get up again. Let's think of it as a start of a long trip to return home well"
Sekian ❤
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel Kasih Dia Tanpa Sempadan by Citra Fitz. Saya sendiri kurang menganali penulis novel ini. Tidak tahu tentang novel-novelnya yang lain. Tetapi novel ini sangatlah menarik kerana ia salah satu novel yang menceritakan pengalaman travel ke negara lain. Kisahnya bermula dimana Nadrah ingin ke Da Nang bersama rakannya tetapi todak kesampaian. Sebelum berangkat ke DaNang, Nadrah berjumpa dengan Rasyad, dimana Nadrah tersalah orang. Dia tersalah faham bahawa Rasyad ialah abang kepada kawannya yang sepatutnya menggantikan tempat adiknya itu. Bermula dari perkenalan itu, Rasyad mengikuti Nadrah dan berkawan ketika di Kemboja kerana risaukan Nadrah yang keseorangan.
Jalan cerita ini sangatlah tidak menghampakan. Kedua-dua watak utama sangatlah matang dalam menyelesaikan masalah mereka. Looking forward for another novels by Citra Fitz.