What do you think?

Ini Adalah Thread
Ini Adalah Thread merupakan antologi penulisan Asrul Muzaffar Mohammed sebelum letusan era media sosial antara tahun 1998 hingga 2008, dipilih berdasarkan empat topik utama, Ruh, Aqal, Amal dan Hati. Beliau cuba menggalakkan pembaca berfikir dari berbilang sudut melalui Metoda Pemikiran Saintifik, mengagumi kekuasaan Allah swt melalui astronomi, menjengah cabaran karier seorang Pengamal Penjenamaan dan Komunikasi serta melakar spontan apa sebenarnya erti Cinta yang abadi.
Lebih dari itu, Asruk menggalakkan pembaca turut meninta pada kalam dan menulis dari hati, ibarat apa yang terlintas di kepala beliau , itulah yang dibaca oleh anda. Jujur, terus terang, seadil mungkin dan tanpa selindung

224 pages, Hardcover
First published March 1, 2020
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
October 11, 2020
Assalamualaikum, buat pertama kalinya saya membaca hasil karya beliau. Tajuk Ini Adalah Thread menarik minat saya mengenai kandungan buku tersebut walaupun saya tidak pernah mengenali penulis, sama sekali tidak pernah membaca karya penulis. Namun, tajuk yang diberikan seperti tiada kaitan dengan isi kandungan, mungkin maksud yang cuba disampaikan oleh penulis tidak sampai kepada saya. Mungkin..
Intipati buku ini terbahagi kepada empat kategori, Ruh, Akal, Amal dan Hati. Secara ringkasnya, di awal permulaan kandungan buku ini lebih menerangkan ideologi atau pemikiran secara saintifik, dan perbandingan antara Sains dan pemikiran Saintifik. Dan seterusnya penulis bercerita tentang pengalaman beliau bekerja dalam bidang perhubungan awam dan mengenai isu semasa branding mempromosikan produk pasaran peniaga masa kini. Seterusnya berkisar tentang cinta, keluarga, nasihat seorang bapa. Keempat2 elemen ini disatukan dalam buku tanpa perkaitan antara topik, tetapi lebih kepada cerita untuk dibukukan sebanyak 224 muka surat ini.
Beberapa bait yang indah, yang menyentuh emosi dan membuka minda saya memperolehi ilmu baru telah saya coretkan dalam Update Reading.
Itu sahaja.

February 3, 2022
Markah sebenar ialah 3.75. Ulasan bakal ditulis nanti di folder Maraton Membaca 2022.
June 16, 2022
Mula² aku pening baca buku ni. Rasa menyesal pun ada sebab aku beli buku ni berbanding pinjam di perpustakaan.
Tetapi selepas membaca bab yang seterusnya sehinggalah ke topik #minda, aku jadi seronok dengan fakta baru yang diceritakan penulis. Seperti jika kita mahu berkomunikasi dengan makhluk asing, kita menggunakan nombor.
Persoalan penulis mengenai adakah benar bulan terbelah dua menarik perhatian saya. Ya benar, perlu ada orang Islam yang mengkajinya. Bukan untuk menidakkan mukjizat Baginda nabi, tetapi untuk mengukuhkan lagi keimanan.
Bab seterusnya sudah tidak menarik minat aku. Aku memaksa diri untuk menghabiskan juga membacanya.
Oh ya, aku tidak kenal pun penulis ni siapa. Main cuba baca sahaja.

November 16, 2021
Bila membaca tajuk buku ini, saya terus membayangkan aplikasi Twitter. Dalam kepala, apa yang dikongsikan penulis adalah berkaitan posting melalui aplikasi tersebut. Namun buku ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Twitter. 😅
Ia adalah kompilasi penulisan penulis dari tahun 2002.

January 3, 2023
Penulisan lain daripada yang lain.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews