Mengenali Daniel Huzair sebagai bos, Qismina Aliya asyik kecut perut. Selain dari suka marah-marah, kemahiran Daniel ialah membuli.
“Qismi!” – Daniel. “Encik panggil saya ke?” – Qismina. “Habis tu, panggil siapa? Nama awak Qismi kan? Bukan Qisyu.” – Daniel.
Bermula peristiwa di Sabah, sikap Daniel berubah. Kalau sebelum ini Qismina selalu kecut perut, tapi sekarang seperti ada rama-rama dalam perut.
“Encik tak ada bakat buat kopi.” – Qismina. “Saya ada bakat buat awak teringatkan saya.” – Daniel.
Bakat Daniel bukan hanya boleh buat Qismina teringatkan dirinya tetapi lebih daripada itu. Rasa yang tumbuh dalam dada untuk encik bos buatkan Qismina rasa terseksa. Daniel sudah ada Nina, si tunang a.k.a anak bos besar tempat mereka bekerja. Bagaimana boleh dia menyelit di hati lelaki itu.
“Bantu saya buang segala rasa dalam dada saya.” - Qismina. “Bantu saya buang rasa sayang saya pada awak.” - Daniel
Dan kesungguhan Daniel berjaya menyeret Qismina ke alam perkahwinan. Kahwin secara rahsia demi cinta yang sudah membara. Namun, semuanya hanya sementara apabila rumah tangga yang mereka bina goyah di awal perkahwinan.
“You sepatutnya zip mulut you sampai I beritahu Qismina hal sebenar.”- Daniel. “Don’t blame mekalau pelan ni bermula atas idea you.”- Nina. “Ceraikan saya. Tamatkan semuanya.”- Qismina
Apakah pelan yang dirancang oleh Daniel dan Nina sebenarnya? Benarkah Daniel betul-betul mencintai Qismina atau semuanya sudah dirancang sejak awal pertemuan mereka?
As what others reviewer jalan cerita agak klise but still terhibur baca..seorg boss yg garang tbe2 mcm mane ntah blh suka menyakat si heroin…tp hero tu dah tunang pulak..
Ade 1 incident membuatkan si hero ni nak bertggungjwab and they married.. tp rupenye2..ade 1 dusta yg hero ni sorokkan… heroin rase tertipu wlaupon die dah syg sgt dgn hero…
Husband and wife ni sgt2 la nakal…masing2 suka trigger kenakalan masing2…agak dewasa la aku rase penceritaannya…i enjoy reading it..
Kisah cinta yang agak cliche tapi sangat menarik untuk dibaca. Kisah bos singa yang membuatkan heroinnya sakit hati, marah dan geram. Tapi semua itu sekelip mata bertukar menjadi cinta.
Insiden di Sabah membuatkan hubungan mereka dipanjangkan dan diikat melalui lafaz sah.
Suka bila dorang berdua ni main-main cinta di ofis sebab pernikahan yang dirahsiakan.
Tapi, ada sedikit plot twist dalam kisah ni, yang membuatkan kita persoalkan sama ada cinta Daniel ni benar-benar ikhlas atas semata mahu mempergunakan Qismina.
Berbaloi untuk dibaca, dan ada masa buat saya ketawa, sedih, geram. Cukup rempah rasa dalam buku ni.
Tahniah penulis. Sebab kan ni buku pertama penulis yang saya baca, mungkin saya akan cari karya penulis yang lain.
Cinta yang hadir dimulai dengan dusta, lama2 dusta bertukar menjadi kesetian. Warning: this novel contains full of lawak laki bini after kahwin. Kalau kau bukan 18+ keatas, tak perlu baca
Pada permulaan cerita aku enjoy baca. Kisah is singa, Daniel dan staff bawahannya Qismina. Qismina selalu kena marah & dibuli oleh bos singa pada awal cerita, hinggalah terjadi tragedi di Sabah yg merapatkan lagi hubungan mereka berdua & Danial tanpa teragak2 berjumpa dgn family Qismina sebaik sahaja pulang dari Sabah utk melamar Qismina dan mereka bernikah secara senyap2 tanpa pengetahuan kenalan & keluarga Danial. Ada satu salah faham terjadi di prtgahan cerita yang menimbulkan salah faham dan Qismina keguguran. Cuma novel ni rasanya tidak sesuai dijadikan bacaan umum kerana terlalu byak scene yang tidak berapa sesuai dimasukkan.
Jalan cerita kat awal-awal tu best je, tapi kenapa kat tengah-tengah tu jadi boring. Cliché. Ada beberapa part novel ni,budak-budak tak berapa sesuai nak baca.