Satu pengalaman yang sangat aneh telah dilalui Noah kebelakangan ini. Tak pasti apa puncanya, dia sering terlihat kelibat seorang gadis cantik jelita. Bukan di tempat biasa-biasa, sebaliknya di rumah penuh kenangan milik keluarga mereka suatu ketika dulu. Noah benar-benar buntu dibelit tanda tanya.
Siapa perempuan itu? Dan kenapa dirinya akan segera ‘berkejar’ ke sana setiap kali diseru? Yang paling menakutkan, dia bagaikan dipukau dan terkaku di dunia realiti setiap kali mengembara separa sedar ke Cameron Highlands. Seriously, apa dah berlaku sebenarnya? Siapa yang mengawal otaknya sehingga dia bertindak begitu?
Misteri yang berlaku bukan dialami sebelah pihak saja, malah Arissa turut sama terkesan. Mati-mati dia fikir rumah yang baru dibelinya ini berhantu. Kalau bukan gangguan hantu atau makhluk halus, macam mana lelaki itu boleh muncul umpama angin di depannya? Sepantas kilat menjelma setiap kali dia memanggil nama. Namun tanggapan tersebut pudar sedikit demi sedikit apabila hubungan mereka semakin selesa dan rapat.
Hidup Arissa taklah seindah mana. Sering didatangkan dengan ujian apabila hasad dengki ibu dan adik tirinya menghantar dugaan demi dugaan. Tapi setiap kalidia cuba diapa-apakan mereka, setiap kali itulah si hero datang menyelamat. Cuma dia hairan kenapa orang disekeliling mula menuduhnya hilang akal? Menuduh dia gila? Dan kenapa kewujudan lelaki itu dinafikan setiap mulut manusia? Impossible! Setiap hari mereka bertemu muka dan saling berbicara, siapa yang gila sebenarnya? Dah tentu bukan dia!
Dari pertemuan Arissa bersama Noah mula menampakkan hubungkait yang saling bersambungan. Satu persatu misteri dan keanehan mula memberi penjelasan yang lebih masuk akal. Rupa-rupanya masih ada urusan yang belum selesai di sini. Masih ada jiwa yang belum tenang untuk meneruskan perjalanan ke dunia abadi.
“Aku sukakan kau, kenapa kau suruh aku bercinta dengan orang lain?”
Kejamkah kalau Arissa enggan memaafkan? Tapi bagaimana dengan jiwa yang mula mengenal cinta? Tolonglah fahami hatinya. Dia juga ingin bahagia.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM25 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Sangka N, cerita ni ada unsur-unsur creepy tapi tidak langsung. But it is still a great one, and it has so much emotion. Sakit hati, sedih, kelakar, sweet; semuanya ada.
I like the fact that Noah, Arissa dan Luth tidak sempurna. Masing-masing mempunyai baggage, masing-masing cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan semasa. N sangat-sangat suka bagaimana tiga serangkai ni berkait rapat. And I also like the fact that dalam cerita ni, yang berharta adalah Arissa sebab selalunya kalau kaya jer mesti watak hero.
Sedikit sebanyak cerita ini mengingatkan N pada filem Casper tahun 90-an dulu. Mungkin akan ada yang argue, cerita ini 'tak masuk akal langsung' or cerita ini 'tahyul' dan 'terpesong'. And you may be right. But treat this story like how you would any fantasy. If cerita Twilight or cerita zombie dan seangkatan dengannya korang boleh telan, apalah sangat dengan cerita orang boleh nampak hantu ni.
Tak suka sebenarnya bila dihadapkan dgn buku2 yg tebal. Sbb cepat rasa bosan. Tapi bila penulisnya Acik Lana plus tema sebegini yg diberi, kugigihkan utk baca. Dan tak sia2 ku gigih membacanya kerana hasilnya sgt lumayan dan puas hati!
Watak yg paling penting dlm Kekasih Khayalan ini semestinya Luth. Kerana Luth, Arissa dibukakan hatinya utk memilih rumah putih. Kerana Luth, Arissa dipertemukan dgn Noah. Kerana Luth juga segala musibah yg berlaku kpd Arissa dpt ditangani kerana tekad Luth yg mahu melindungi Arissa dari marabahaya.
Kedatangan Luth sangat misteri. Luth dtg kerana mahu menyelesaikan segala hal yg tertangguh. Dan kedatangan Luth selalunya membawa Noah bersama menjelajah sehingga ke rumah putih. Apa yg dirasakan oleh Luth, pasti Noah akan merasa hal yg sama sementelah mereka adalah kembar. Walau terpisah di dua dunia yg berasingan, namun 'rasa' itu tetap sama.
Noah yg hidupnya byk beralah pada Luth, sering diabaikan kasih sayang ibunya. Sedih. Namun dia tetap redha. Dan kerana itu, walau Luth sudah tiada, Luth tetap berusaha utk menyatukan kembali kasih sayang ibunya terhadap Noah.
Terkesan juga dgn watak Syazwin. Belum terlambat utk dia kembali insaf dan bertaubat walau pelbagai rancangan yg dia lakukan utk menyingkirkan Arissa dari harta yg diperolehi.
Menyampah dgn watak Azira. Acah2 mangsa kecurangan tetapi dia sendiri malu utk memperkenalkan Noah sbg teman lelakinya kpd rakan sekerja. Yalah dia kan doktor. Mana setanding dgn Noah! Tapi sikap cemburu dia tu byk menyusahkan Noah dan ibu yg lemah emosinya.
Kasih sayang dan ikatan kekeluarga yg kuat yg menjadikan karya ini seolah2 hidup. Saya boleh rasa apa yg Arissa rasa. Ketakutan, kesedihan dan kegembiraan. Dan yg bestnya, saya boleh gambarkan sekali suasana rumah putih. Loteng, basement, pokok mangga dan terasa terliur bila Arissa bake burn cheesecake😋
945 mukasurat yang langsung tak menjemukan dari puan penulis cantik Acik Lana. pergerakan cerita dari awal, perkembangan, konfliks, klimaks, semua mampu buat pembaca terus diam menekuni tanpa ada rasa mahu berhenti membaca. penuh terisi dari awal hingga perkataan tamat.
luth. sangat tertarik dengan watak ini. kenapa? watak ini pencetus. pencetus cerita yang kompleks, sukar terima dek akal tapi semuanya tak mustahil untuk berlaku.
pembaca akan tahu lebih awal dari arissa. tahu yang luth sudah tiada lagi. tahu yang datang untuk berbual dengan arissa bukan manusia. dan setiap emosi yang luth bawa, sangat terasa.
arissa membeli rumah putih di cameron dan meninggalkan jakarta hanya kerana mahu membina semula kehidupan selepas kematian ayahnya. cumanya dia perlu bawa sekali syazwin, sabrina dan danish, keluarga tirinya itu untuk tinggal sekali.
kemunculan luth pada awal menimbulkan rasa seriau pada arissa tapi lama kelamaan dia selesa dengan kehadiran luth. tanpa arissa tahu yang noah juga main peranan sangat penting.
siapa noah? kenapa noah penting?
haa... di sini yang menariknya. tak kira apa saja noah sedang lakukan, bila arissa menyeru luth, noah juga akan kaku dalam apa saja perbuatannya ketika itu. noah adalah kembar luth dan dia akan 'bersatu' dengan luth bila luth muncul di hadapan arissa.
macam pelik, kan? tapi semua itu tak mustahil.
selain kisah syazwin dan sabrina yang sentiasa membuat rancangan untuk 'mengusir' arissa supaya mereka dapat harta peninggalan arwah ayah arissa, penulis juga membawa kisah kemurungan ibu noah yang menyimpan rasa sedih berpanjangan selepas kematian luth akibat sakit leukemia. dia bagai lupa tentang noah, anaknya yang masih bernafas.
kasih sayang ini sangat luas. sangat. setiap perbuatan, setiap tingkah laku bila beserta dengan kasih dan sayang, walaupun kecil, tetap akan terasa keikhlasan yang mengalir.
luth. sayangnya dia terhadap noah mampu buat ibunya sedar yang takdir itu indah sebenarnya.
noah. sayangnya terhadap ibu hingga dia pinggirkan segala rasa yang tercetus dalam hati.
arissa. sayangnya luth dan noah terhadapnya sukar digambar dengan kata-kata. terbukti dengan segala perlakuan mereka.
Kisah cinta antara 2 alam. Mampukah kekasih khayalan menjadi kekasih nyata? Atau ianya akn terus kekal sebagai khayalan Arissa? .
Setelah kematian papanya, Arissa ditugaskan utk menjaga ibu serta adik beradik tirinya. Walaupon mereka saling bertelagah, namun Arissa akur dgn amanat papanya. Lalu dibawa mereka berpindah ke Cameron Highland. Arissa membeli sebuah rumah yg digelar Rumah Putih .
Luth, kembar seiras Noah. Malangnya hidupnya tdk seperti Noah. Luth menghidap Leukemia. Pemergian Luth membawa jiwa ibu mereka sekali. Noah terkapai-kapai dlm menagih kasih ibu. Mujurla bapanya sentiasa disisi .
Pertemuan demi pertemuan antara Luth dan Arissa membuahkan satu perasaan. Malangnya bagaimana cinta 2 alam mampu bahagia? Tanpa sedar, tiapkali Luth bertemu Arissa, pasti dia turut 'membawa' Noah sekali. Disitu Noah mulai jatuh hati pd Arissa. Tp dia sedar, Arissa tak pernah mengenalinya. Mereka tdk pernah bertemu di alam nyata. Lalu, bagaimana dgn perasaan Noah? Adakah dia akn terus berkorban demi Luth? .
Pembelian Rumah Putih oleh Arissa sebenarnya dirancang oleh Luth. Tp bagaimana? Luth kan dh meninggal. Kemunculan roh Luth demi menyelesaikan masalah timbul. Tapi masalah apa yg tlh Luth lakukan? Bagaimana caranya Luth menyelesaikan semua itu sedangkan dia hanyala roh bukanla manusia berjasad. Bagaimana dgn kisah Noah? .
Kekasih khayalan vs kekasih nyata. Siapakah yg Arissa pilih? Adakah Arissa akan terus mencintai Luth yg hanya dtg sebagai roh? Atau berpaling kepada kekasih nyata, yg tentu2 dia akan miliki jasadnya? Temui jawapan dlm kekasih khayalan .
Jalan cerita yg mantap. Walaupon tebal, aku x lelah dlm membaca. Tiada part yg meleret. Syabas penulis. Antara fav genre pabila melibatkan cinta paranormal dan misteri
Terbaik! 1 malam je baca dan habiskan sebab tak boleh berhenti. Buku dah lar tebal ni. Tapi, macam biasa, AL punya cerita tak mengecewakan.
Cerita ni sikit-sikit macam cerita Ghost mat salleh tu, tapi ending dia best lagi lar. Masa baca tu memang boleh predicted sikit-sikit, cuma buat yang tertanya-tanya tu, apa sebab Luth? Apa alasan Luth buat macam tu? Macam-macam emosi ada, rasa berdebar sebab nak tau cemana si Arissa nak handle kenyataan bila dah tau nanti, pastu ada rasa sedih sangat dengan nasib Noah yang kurang kasih sayang mak dia. Tapi paling sedih sekali masa Luth pergi, walaupun dah boleh agak part tu, tapi masih gak nangis teresak-esak. Haih! Emosi terlebih pulak, macam aku ni Arissa. Haha. Watak Luth dan Noah, dua-dua buat sis jatuh cinta lar. Both pon sweet haih! Watak-watak jahat dalam ni ala-ala cerita Cinderella, Arissa ni ada mak tiri dengan adik tiri yang jahat. Tapi yang bagusnya, dia tak biar je diaorang buli dia hidup-hidup. Yes! Bagus, so tak da sakit hati sangat membaca tu. Yang lain tu konflik biasa-biasa je kot, yang paling mencabar tu part mak Luth tu je. Haihhhh...
Mula² creepy jugak tapi bila baca Luth ni kemas elok rupanya.. takdalah cuak 😄
Sedih baca part Noah bila kehilangan kasih sayang "ibunya". Mak Noah nie terlalu murung sampai terlupa dia ada anak sorang lagi.
Watak paling F menyampah si Azira. Dia sendiri tak jujur nak salahkan orang. Doktor apa perangai gitu sampai tolak orang. Tamak sangat. Rasa diri lawa kot tu semua lelaki dka layan.
Korang bacalah. Best kisah ini. Kisah Luth pujuk maknya redakan Luth pergi buatkan F sebak.
Arissa yg cantik dan baik menjadi pendendam bila papanya curang ketika mamanya memerlukan hingga meninggal dunia. Dia membawa diri menjadi sukarelawan di Jakarta. Kematian arwah papanya 4 bln lalu membawa Arissa pulang ke Malaysia dan terpaksa memikul amanat arwah papanya utk menjaga ibu serta adik-beradik tirinya. Kali pertama memandang, dia telah jatuh cinta pada sebuah banglo di Cameron Highland dan terus membeli. Tanpa dia tahu sejarah banglo tersebut yg digelar Rumah Putih. Ada rasa yg tertinggal. Ada perkara yg belum selesai. -- Noah seorang akauntan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Mempunyai abang kembar yg seiras iaitu Luth. Sayangnya kebahagiaan mereka sekeluarga hanya sedetik bila Luth menghidap leukemia ketika umur 10 thn. Sejak itu, mereka terpisah dan tanpa sedar Noah mula dipinggirkan dan kehilangan kasih sayang emak. Emak tinggalkan segalanya demi merawat Luth. 15 thn bertahan akhirnya Luth tinggalkan mereka semua. Sejak itu emaknya kemurungan yg teruk. Telah 2 thn mereka pindah ke KL dan telah banyak cara dilakukan utk merawat kemurungan emaknya namun masih sama. Terlalu banyak luka dan kecewa yg Noah tanggung demi emaknya tp dia tetap kuat dan cekal. Dia reda atas layanan buruk emak dan hanya harapkan kasih dari ayahnya. Entah bila emaknya akan 'balik' ke pangkuan mereka. -- Kejadian bermula bila Arissa berjumpa Luth di Rumah Putih. Pertemuan demi pertemuan merapatkan mereka. Tanpa Arissa sedar setiap kali bertemu, Luth pasti akan 'membawa' Noah bersama. Mulanya Noah tak percaya dan anggap hanya mimpi, tp bila kerapkali 'bertemu' Arissa, dia mula yakin dgn kewujudan Luth. Dan tanpa sedar, Noah telah jatuh hati pada Arissa sedangkan mereka tak pernah bertemu di alam nyata. Noah sentiasa ternanti-nanti saat Luth membawanya 'bertemu' kekasih khayalannya. Keadaan menjadi sukar bila Noah yg hanya berkawan dan tak mencintai Doktor Azira didesak utk berkahwin. Apa tindakan Noah? Apakah Noah akan berkorban demi Luth? -- Arissa sebenarnya sentiasa dikelilingi bahaya bila Syazwin dan Sabrina tak habis² merancang utk membolot harta yg dimilikinya. Mujur ada Luth yg sentiasa membantu dan mengagalkan setiap rancangan mereka. Tp bagaimana sedangkan Luth memang tak wujud di alam nyata? Lebih sulit bila Arissa dituduh sakit mental kerana bercakap seorang diri. Bagai ditakdirkan, Noah tiba² muncul pada masa yg tepat melenyapkan segala prasangka. Dapatkah Arissa terima kewujudan Noah sedangkan hatinya telah memilih Luth? Apa benar Luth yg muncul atau hanya halusinasi Arissa sedangkan dia telah lama meninggal dunia? Bagaimana pula dgn Azira yg menagih cinta Noah? -- Apa perasaan anda bila dilayan seperti anak pungut oleh emak kandung? Pilu. Itu yg dpt aku katakan bila Noah dilayan teruk dan dibenci emaknya. Hanya kerana penderitaan dan kehilangan Luth, Noah hilang kasih sayang emak yg dirinduinya sekian lama. Tak sedar bergenang air mata. Mampukah Noah mendapat semula kasih sayang emaknya? -- Bila baca novel ni rasa terubat rindu nak baca novel yg tebal. Plot cerita yg kemas tersusun sempurna dan tak meleret buat aku tersenyum-senyum sendiri dibuai keindahan suasana berlatar belakang Cameron Highlands dan tingkah Luth yg nakal mengusik Arissa. Aku tak nak pertikai kewujudan Luth krn segala di alam semesta ni adalah milik Allah dan hidayahNya datang dgn pelbagai cara. -- Luth 'kembali' krn rasa bersalah dan utk betulkan semula keadaan. Tp kenapa Arissa yg dipilih dlm jutaan gadis? Kerana antara mereka saling berkait rapat. Benarkah atau hanya khayalan semata? Antara kekasih khayalan dan kekasih nyata, siapa pilihan Arissa? Apa pengakhirannya? Jawapannya hanya dalam Kekasih Khayalan. Ada rahsia tersembunyi. Ada kebenaran yg perlu dibongkarkan. Karya Acik Lana memang tak pernah mengecewakan. Highly recommended. Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
Wowww!!!! Jujur aku katakan karya AL kali ini memang ditahap yang superb!!! 👏👏👏 Masakan aku berjaya khatam naskhah setebal 945 muka Surat dalam Masa sehari!!! Aduhh!!! Semuanya superb untuk aku terangkan baik dari segi watak, Jalan cerita, olahan semuanya terbaik!!! Kisah 2 dunia yang berbeza tetapi tetap melekat di hati. Arissa, Luth, Noah, Fauzan, Syazwin, Sabrina, Mak Tijah, En Zakir & Pn Nazila semuanya 'hidup' dalam naskhah ini. Menitis air mata untuk beberapa scene dan seriously sedih.. Highly recommend!!! Antara naskhah terbaik yang aku baca dipermulaan 2021... Tahniah AL!!!! 💪💪👍👍👍👍👏👏
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ya Tuhan. Tebal gila buku ni. 945 mukasurat. Aku ambil masa 2 hari untuk habiskan. Itu pun jenuh la duk bagi semangat kat diri sendiri, kalau tak habiskan buku ni, TBR tak berkurang, tak merasalah kita beli buku baru nanti. .
Buku ni bukan tak best ya. Best je. Acik Lana kot. Cumanya untuk aku, rasa semput la. Sekarang ni, aku prefer yang 400m/s ke bawah je. hahahaha. Kalau lebih, nak pitam. .
Tapi, dengan ketebalan itu, dengan harganya, dengan kualitinya, sangat berbaloi ya. .
Aku sengaja pilih buku ni sebab ada unsur misteri dan fantasi gitu kot. .
Watak utama dalam buku ni ialah Luth. Luth yang sering muncul dalam hidup Arissa dan menjadi sahabatnya. Dan Luth juga 'bawak' Noah untuk turut sama berkenalan dengan Arissa. Namun malangnya semua ini terjadi di dunia khayalan. .
Segalanya jadi haru biru bila Arissa dapat tahu yang Luth telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Habis tu, siapa yang bersembang dengannya setiap malam tu? .
Tapi bila nasib malang selalu saja menimpa Arissa, Luth dan Noah yang selalu menyelamatkannya. .
Apakah punca yang menyebabkan ini semua terjadi? Siapakah Luth yang sebenarnya? .
Jujurnya, aku rasa permulaan cerita ni agak slow. Sebab fasa pengenalan kot. Tapi, macam biasa, kalau karya AL, aku suka chemistry antara hero heroin nya. Cara AL describe tu, menggambarkan perasaan yang berbunga-bunga gitu. .
ANYONE WHO WANTS TO BUY THIS NOVEL, IM SELLING MINE FOR RM35 INCLUDING POSTAGE.
Kekasih Khayalan ni memang berbeza dengan novel-novel Acik Lana yang sebelumnya. Namun, it still has it own charms. Macam mana penulis berjaya membuat pembaca jatuh cinta dengan watak-wataknya. Kadang aku berpihak kepada Luth, but most of the times, I'm on Noah's side. Tentang konflik dan hubungan Arissa dengan keluarga tirinya, konflik Noah dengan perempuan tu ugh. Sepanjang baca novel ni, memang tak bosan langsung. Cuma, kadang-kadang penat nak melayan karenah bu Noah yang seperti tidak menghargai kehadiran Noah malah asyik meratapi Luth yang sudah lama pergi. Kesian gila dekat Noah and aku rasa aku menangis pun sebab Noah menangis. Oh, da ada satu lagi sebabnya! Tapi korang kena baca la!!! ><
It took me exactly 2 months to finish this book fuhhhh. Bukan cerita ni tak best, tapi mood membaca menjunam ke laut dalam after kena Covid. Hopefully dapat balik rentak membaca, in shaa Allah.
Kisah yang menarik dari segi plot dan jalan cerita sebab tak klise dengan novel² lain. Dalam movie mungkin dah selalu tengok, sebab tu bila baca tu boleh imagine the scenes. Dua alam yang berbeza tapi dapat berhubung dengan izin Tuhan.
Minus 1 ⭐ sebab aku rasa 'no conflict injection' pada watak² utama, di mana relationship tu kelihatan terlalu sempurna. Konflik dengan watak² lain ada dan agak memberangsangkan pada hemat aku. It's a nice long reading overall.
Honestly, i haven’t read any of acik lana book before. Tapi disebabkan tertarik dengan cover buku yang cantik, ku gagahi jua walaupun tebal buku setebal kamus ya. Why has nobody tell me about this underrated book???😩 once dah baca memang tak boleh stop. Tapi apakan daya kalau tak stop tak makan anak2 dan suamiku 🤭 almost 4 days saya nak habiskan buku ni. But this book is so great & fascinating. I love all the characters, except sabrina for sure. And the way author menceritakan tentang Luth, Noah & Arissa di didalam dua dunia yang berbeza cukup terang and jelas. Ada terselit juga banyak pengajaran yang boleh diambil daripada buku ini. Akhir kata, i really love this book. Thank you author 💜✨
Mengisahkan Arissa yang terpaksa tinggal dengan ibu tirinya, Syazwin dan kakak tiri, Sabrina setelah kematian bapanya. Ibunya telah lama meninggal disebabkan kanser. Dia bertemu dengan Luth dan jatuh cinta walaupun dia tidak pasti sama ada Luth itu manusia, bunian atau hantu. Dia akhirnya tahu yang Luth mempunyai misi mengapa dia terpilih untuk membeli Rumah Putih di Cameron Highlands. Kemudian, Arissa jatuh cinta dengan kembar Luth iaitu Noah yang sangat baik, lembut, romantik, penyayang dan kacak. Pelbagai dugaan yang ditempuhi sepanjang berkawan dengan Luth dan Noah.
BESTNYA novel Acik Lana nan satu ni. Luth, Arissa dan Noah. 3 watak terpenting yg mewujudkan satu ceritera
Disini, Luth merupakan kekasih khayalan Arissa. I actually expected a plot twist but it gets better till the end with another plan by Luth for Arissa utk tebus kesalahan dia semasa dia hidup dulu, iaitu dgn penglibatan adik kembar dia, Noah. And yeah, he succeeded
Kedengaran tak logik, nama pun fantasy fiction but I really really loved it!
Cerita yang sesedap tajuknya. Acik Lana kann..memang susah nak letak lah jawapnya. Lain dari yang lain. Noah dan Arissa. Kekasih khayalan penuh mistik. Gaya penulisan AL makin menjadi jadi kali ni. 대박!