Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ramona

Rate this book
Haji Jawahir berjalan ke hulu dan ke hilir. Kenapalah disusun begini? Fikirnya.
Tiga mayat lelaki dengan celah kelangkang masing-masing merompong.

Semua wajah-wajah itu dia kenal. Wajah-wajah isteri mereka yang sedang menangis juga dia kenal. Jika Tuhan mengizinkan, wajah anak-anak di dalam kandungan perempuan-perempuan itu juga, bakal dia kenal.

Barangkali untung buat anak-anak itu. Sekurangnya mereka tidak harus menghadapi apa yang dia sedang hadapi kini. Mereka tidak harus melihat bapa-bapa mereka dalam keadaan begini.

“Apa yang berlaku?” soal Haji Jawahir pada balu-balu baru itu.

Mereka hanya menggeleng sambil menangis, kecuali seorang. Kerana hanya dia sahaja yang nampak apa berlaku. Bila isteri yang lainnya bersembunyi, dan menekup muka dalam gerun, dia berpeluang untuk setentang mata dengan makhluk yang telah meragut kebahagiaannya.

“Saya tau siapa yang buat semua ni. Saya nampak siapa yang bunuh suami saya!”

“Siapa?” soal Haji Jawahir, tidak sabar untuk mendengar.

Satu perkataan sahaja yang terluah dari mulut wanita itu dengan yakin. Lebih tepat, sebuah nama. Walaupun sebutir katanya, ia telah menggegarkan seluruh kampung.

“Ramona…”

427 pages, ebook

First published August 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Ismi Fa Ismail

32 books340 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (46%)
4 stars
5 (38%)
3 stars
2 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nadhiah Aida.
518 reviews27 followers
January 29, 2021
Baca lah sendiri
Tak pernah menghampakan

Kalau nak kata author Princess of horror genre dah boleh ni
Profile Image for Sha Mohamed.
2,542 reviews1 follower
October 24, 2020
Cerita yang sangat mendebarkan.. Penuh keseraman dan misteri.. Penceritaan yang sangat menarik bila penulis berjaya menyembunyikan motif pembunuhan yang berlaku sehingga ke hujung cerita..
Profile Image for Kiranim.
31 reviews
January 14, 2026
bagi aku jalan cerita best. semua persoalan ada jawapannya. tapi ada juga yang tergantung, mungkin ismi nak pembaca fikir dan nilai sendiri. idea dia ni makin lama makin pelik. pelik yang aku tak rasa penulis lain berani nak buat macam buku ramona ni.

ada 2 sebab kenapa 1 bintang hilang di my rating. 1. penulisan ismi macam tergesa2 nak siapkan novelet ni. jadi hilang seronok sekejap bila ada banyak salah2, macam tak diedit. 2. kan aku kata idea dia makin pelik kan. so adalah beberapa scene yang buatkan aku stop dan tutup buku sekejap, tarik nafas dan sambung baca semula. memang ada nota penulis bagitau ada unsur2 yang mungkin keterlaluan tapi bagi aku ini dah over keterlaluan.. ke aku yang makin tua makin tak boleh hadap benda2 cenggini lagi alahhh

akhir kata, saya akan tetap membeli dan membaca karya si ismi ni walaupun setiap kali baca mesti akan sakit kepala 🫶🏻
Profile Image for Su Zainudi.
176 reviews
September 30, 2025
Kekecewaan itu la punca segalanya.

Ada banyak persoalan yang tidak dijelaskan dalam buku ini. Namun, persoalan tersebut tidak menjejaskan pembacaan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews