Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terpanah Asmara

Rate this book
AINAN SOFEA
Gadis polis yang terperangkap dalam permainan ibu dan anak. Hanya kerana satu kesilapan yang tidak disengajakan, dia terpaksa bersetuju untuk bergelar isteri kepada pemuda yang tak pernah dia kenal sebelum ini.

"Kenapa awak nak hancurkan masa depan awak hanya kerana nak ikut rancangan mengarut mak awak?" - Ainan

GHIBRAN MALEQ
Lelaki yang penuh dengan rahsia dan bakal bertunang dengan kekasih hati. Namun boleh pula dengan begitu mudah dia bersetuju bila dipaksa menikahi wanita yang baru dikenalinya.

"Jangan pernah terniat pun untuk tanggalkan cincin tu dari jari manis awak." - Ghibran

Ainan redha demi menjaga aib serta maruah keluarga. Tetapi sebaris ayat yang meniti di bibir pemuda itu membuatkan hatinya layu sebelum mekar.

Nikah gantung.

Tempoh 6 bulan diminta oleh Ghibran. Namun pada malam pertama bergelar suami saja, dia sudah tak mampu untuk berjauhan daripada isterinya.

"Dan kalau awak terlupa...nikah gantung tu juga bermakna kita tak boleh nak bersama selagi majlis kita tak selesai." - Ainan

"Kalau saya beritahu...saya nak mansuhkan saja nikah gantung tu." - Ghibran

Akan bertahankah terma dan syarat nikah gantung itu buat Ghibran Maleq? Atau ia sekadar kalimah yang dah tak boleh diguna pakai? Bagaimana pula dengan bekas kekasih yang muncul untuk menuntut haknya?

621 pages, Paperback

First published October 1, 2020

2 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Cik Tet

35 books114 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (18%)
4 stars
20 (52%)
3 stars
9 (23%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Siti Nuraishah.
14 reviews5 followers
November 11, 2020
Buku yang mudah dihadam. Konflik yang ringan. Geram je dengan Ghibran ni. Kalau dah memang suka tu kenapa buat macam tu. Memang padan pon dengam apa yang Ainan buat. Cuma part ghib n afia why he hate so much tu tak diterangkan secara detail. Means that tak diceritakan detail apa yang afia dah buat sampai ghib benci ngan afia. Scene flashback ke tak ada.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
January 10, 2022
Kisah tentang heroin rase mcm diri die diperangkap untuk kahwin and ragu2 dengan hati suami dia sbb klise..tak berterus terang.. cik tet novel memang well known dgn sweet die kan..so suka la tgk how both of them develop feelings thru their marriage..
Profile Image for Aziraemylia.
4 reviews
November 23, 2024
Haiii,
Nak review jalan cerita simple dan mudah difahami, biasalah novel kan banyak liku-liku percintaan antara Ainan dan Ghib tapi sweet. Konflik pun tak banyak dan tak terlampau berat. Lovee novel ni ❤️❤️
78 reviews1 follower
July 21, 2021
Ya Tuhan logiknya di mana kisah buku ni. Mula dari keluar bilik air, motif sangat. Tak boleh teruskan pembacaan. Sepatutnya setengah bintang je.
1 review
July 23, 2022
Saya baru download apps ni , jadi tak tahu macam mana nak guna .. boleh tak ajar saya macam mana nak baca buku kat dalam ni?
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.