Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seni Dari Penunggu

Rate this book
Ammar sering diganggu makhluk halus yang sebenarnya hadir menawarkan seni yang tidak semua manusia mampu untuk miliki?

Seni yang akan membunuh Ammar untuk terus berjalan ke jalan yang benar.

Jiwa dan nafsu Ammar diuji berkali-kali. Adakah Ammar akan tumpas?

316 pages, Paperback

Published July 1, 2020

5 people are currently reading
47 people want to read

About the author

Abstrakim

6 books197 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
130 (83%)
4 stars
9 (5%)
3 stars
12 (7%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Fazli Luthfi.
4 reviews3 followers
December 3, 2020
Dalam satu buku ada horror, family, romance, sad, friendships.
Macam thread and buku @abstrakim yang lain full dengan plot twist yang tak mencapai akal aku.

10/10 :-)

Done after 3 hours reading.☠
5 reviews
September 4, 2024
Just nk cakap jgn baca waktu malam, seram ea... But personally cerita ni best n macam biase plot twist bersepah.. so highly recommended
Profile Image for Kamalia Jalil.
13 reviews
November 6, 2020
Nice!!
Dari cerita twitter sampai novel mmg penuh dgn plot twist. Seram, kelakar, sedih semua ada...
Btw jin tu nama Orisix tp aku asyik terbaca Osirix je...
mcm nama software kt tmpt kerja 😂
4 reviews2 followers
December 3, 2020
Buku seram paling terbaik di abad ni. 10/10
Profile Image for Norizan.
7 reviews
June 17, 2025
Bayangkan ko baca novel abstrakim start dari introvert, extrovert, introvert vs extrovert yang jenis relax n chill. Tiba2 ko baca SDP memang another side of penulis. Plot twist di mana2.

Baca dari buku fixi reboot yg baru.
Yang dipaparkan ni dari penerbit lama.
Profile Image for Hamidah Effendi.
397 reviews4 followers
December 27, 2025
Ulasan Buku: Seni dari Penunggu — Abstrakim

Selepas tamat menghabiskan Seni dari Penunggu, aku sendiri mengiyakan kata-kata watak utamanya, Ammar:

“Susah aku nak percaya. Aku keliru. Aku tak tahu nak percaya siapa dah…”

Itulah ringkasan paling tepat untuk keseluruhan jalan cerita buku ini.

Plot twist datang bertubi-tubi. Elemen seram benar-benar menjadi, dan sebagai pembaca, kita sendiri rasa tertipu bersama Ammar. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran watak Karim yang meninggalkan cliffhanger padu di penghujung cerita.

Nak apa lagi?
✅️Kekeluargaan, pengkhianatan, persahabatan, sedikit romance, dendam, aksi, kesedihan, misteri dan mistik — semuanya ada.

📖Plot disusun dengan kemas dan sentiasa bergerak ke arah yang semakin menarik, buatkan kita susah nak berhenti membaca.

🥲Ending paling sadis, dan watak yang paling kesian sudah tentu Ammar — mangsa keadaan sepenuhnya.

Kalau nak dihuraikan, ini bukan sekadar cerita manipulasi berganda, tapi triple manipulator yang membuatkan emosi pembaca benar-benar diuji.

Cerita bermula di sebuah rumah sewa milik Ammar, namun punca sebenar masalah bukan dari kisah silam rumah tersebut. Untuk tahu kebenaran yang sebenar, korang memang kena baca sendiri.

Kesimpulannya, Seni dari Penunggu wajib ada dalam koleksi. Tak rugi untuk dibaca semula, dan sangat sesuai untuk bangkitkan reading slump.

Selamat membaca. 📖
6 reviews
September 23, 2025
Novel ini memperlihatkan keunggulan yang amat menonjol pada setiap aspeknya. Plotnya tersusun rapi, mantap, dan berupaya mengekalkan keterikatan pembaca dari awal hingga akhir (5/5). Watak-wataknya pula digarap dengan mendalam, memperlihatkan perkembangan psikologi serta emosi yang autentik dan meyakinkan (5/5).

Dari sudut bahasa, gaya penulisannya mengalir dengan lancar, indah, dan mudah dihayati, sekaligus memperkukuh pengalaman pembacaan (5/5). Kreativiti yang ditampilkan amat segar, memperlihatkan keaslian serta keberanian pengarang dalam mengolah naratif dengan cara yang inovatif (5/5). Akhir sekali, kesan keseluruhan terhadap pembaca begitu kuat, meninggalkan impresi yang mendalam serta nilai estetika yang tinggi (5/5).

📊 Jumlah keseluruhan: 25/25 (100/100) → ★★★★★ (5/5).
Profile Image for Miyuke.
199 reviews2 followers
January 28, 2026
Naskah yang nyaris di ‘dnf’..

Naskah ini bersimpang siur dan agak tunggang langgang dengan plotnya. Penulis nampaknya berusaha untuk mengaitkan semua faktor dengan sebegitu banyak peristiwa dan sebab menyebabkan naskah ini agak berserabut untuk dihadam.
Profile Image for Fishball&#x1f421;.
29 reviews2 followers
June 24, 2025
4.7

1. Mindblowing plot twist. The second part apabila Ammar menerima Thoth dalam hidupnya, was the best part.


2. Apa yang saya suka pasal Abstrakim, dia tak akan tinggalkan klu. Jadi kita tak akan tahu, stp watak itu memainkan peranan apa. Tapi along the way, watak yg kita kira hanya watak yg main-main disebut, watak itulah kan memainkan peranan yg besar dlm plot twist dan ada backstory mereka. Tiba tiba, eh bukan dia ni ke yg mention time bab tiga? Like, wow!

3. Too much backstory. You need to draw a family tree in order to understand the story. It was good, tapi ada sampai satu tahap, you just feel letih utk hadam or belek utk cari in which chapter this character was mention. Last, you just baca membuta tuli.


4. Saya suka dgn nilai spiritual yg diserapkan. Saya jenis akan google each of them. Jadi makin excited apabila term atau sejarah yg disebut, ada dlm carian google menandakan ia wujud. Scary level? Still manageable to read during night.


5. Ammar was mistreat so much. Kalau watak dia boleh masuk ke dunia nyata, rasa dia akan serang penulis nanti. Why he even deserves that kind of ending? Why he was fooled until that extend? Why he was torture emotionally? He doesn’t do anything wrong😭. Poor boy. He just wants to live.


6. Last one, Arjuna-Seri backstory was my favourite. Great example of right person but at the wrong time. 🤧

Profile Image for Hannan.
41 reviews
January 15, 2026
This book left my jaw dropped. And the final scene was dead-on perfect!
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
August 1, 2021
Aku first time baca cerita dari penulis.

Wow gila dengan plot dia. Tersusun kemas, padu lepastu boom plot twist sepanjang masa. Part seram memang aku pun rasa meremang. Terkejut aku baca pastu terbayang pulak, Haih! aku dahla jenis baca pukul 2 3 pagi dekat luar rumah sbb sejuk. Dua tiga kali aku mengintai kiri kanan.

Cerita ni fast pace, tak perlu meleret-leret. Watak Ammar tu kesiannya. Aduh! :(

Senang baca cara penulisan author sbb simple dan kemas, kiranya ringan kepala nak faham.
Recommended la yang pasti, jangan lupa beli.
Profile Image for Edi Rozaidi.
134 reviews
July 18, 2025
Cerita yang memang lepas satu plot ke satu plot yang lain. Memang rasa penat tapi puas sebab sentiasa nak tahu apa yang jadi.

Memang banyak plot twist novel ini. Sangat disarankan baca sebab sekejap boleh habis baca.

Cerita tentang Ammar mengalam gangguan dan setelah gangguan semakin teruk, dia pulang ke kampung untuk berubat dengan ayahnya. Tetapi dia dengan ayahnya mempunyai hubungan yang dingin.

Pelbagai jenis emosi ada dalam novel ini, seram, sedih, kelakar, thriller. Memang wajib baca.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.